Seminggu yang terasa panjangnya. Seminggu lebih sebenarnya. Saya hanya di rumah ‘terlantar kegeringan’ di rumah keluarga di Nilai. Tidak ke kuliah, tidak bersama sahabat-sahabat seperjuangan, serumah, sekelas dan seKUIS. Ya, saya mengalami sakit yang agak teruk dan AlhamduLillah, kondisi saya kini amat memuaskan.
Saya tak pasti.. Saya agak bluurr.. Sejujurnya saya seolah macam mahu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku kepada saya. Apa sakit saya dan kenapa ia terjadi.. Saya ingin ceritakan.. Tapi, saya juga tahu bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang baik untuk dihebohkan kerana yang paling penting saya sihat dan yang sama penting jugak saya tahu sahabat-sahabat tercinta merindui diriku ini..
That’s good enough… Saya juga begitu walaupun sahabat-sahabat seperjuangan tercinta ada beberapa kali datang melawat.. Maafkan saya kerana kondisi pada waktu itu belum membolehkan kita untuk berbual mesra.. Jasa baik dan pengorbanan kalian, hanya Allah saja mampu membalasnya. Jazakumullahu khoiron katsiiraa…
Nikmat kesihatan ini lebih utama untuk saya hebah-hebahkan dan saya bersyukur kerana penyakit yang saya alami tidak melarat lebih lama.. Kalau tak, memendam rindu lah jawabnya.. Allah..
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. 93:11
Saya dah tak boleh nak teruskan.. Sepatutnya saya boleh.. Tapi, buat masa ni biarkan dulu.. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.. Wallahua’lam..
December 22, 2008 at 4:17 am
syafakAllah ya akhi… semoga cepat sembuh.. barakAllahu fiik…