Keadaan saya tak berapa baik ketika ini. Akibat terlanggar pantang, saya sedang melalui kegatalan hidung dan mata yang berair tahap sederhana.. he he.. Macam mustahak sangat!
Ni baru terlanggar pantang. Dah seksa menggonyoh hidung
Ishkk2..
Teringat dialog dalam Pendekar Bujang Lapok ni..
“Eiii, apa macam daa ramli! segala pokok bakau, batu engkau langgar ramli!!”
Pada hemat saya yang lemah ini, orang yang langgar larangan Tuhan dan buat dosa bukan tidak takut Allah. Tapi, orang buat dosa kerana kalah dengan godaan. Godaan kawan, godaan kemewahan, kemasyhuran, wanita dan keseronokan PS2. Aikkk, PS2 pun ada
Mestilah! Ada orang sanggup tak makan sebab PS2. Sanggup tinggal solat sebab bahana keseronokannya.. Tak percaya tanya yang selalu main
Kepada yang kaki PS, klik kat link ni :
Stop a While
Selingan….
Dalam surah Yassin ayat 60, Allah mengingatkan kita melalui firmanNya:
Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
Sahabat-sahabat,
Akhirnya, kita tahu bahawa punca segala godaan tak lain dan tak bukan ialah dari nafsu jahat dan syaitan laknatullah. Kita tahu tapi selalu buat tak tahu dan buat-buat hilang pedoman.
Firman Allah lagi dalam surah yang sama ayat 62:
Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?
Bukan bilang lebih kat orang lain. Saya pun sama malah lebih lagi rasanya..
Akhir sekali, sambil menikmati kopi radix mungkin
, moh hayati lirik lagu ni:
April 13, 2009 at 4:52 am
waaaa, besss gile vdeo stop a while tuh.. rmai la yg makan dalam..
April 13, 2009 at 4:56 am
adus, tkene diriku.. Tapi, bgusla video tu.. penerimaan mudah gitu
April 13, 2009 at 4:59 am
macam ana kenal tuan blog ni.. tp dimana yaa..
seb baik ana buta psl PS ni.. hehe
April 13, 2009 at 3:48 pm
aikkk.. sivaji pun ada
adui, rse pelik semcm ari ni.. rmai yg btandang dan nk tnggal ‘ole-ole’