Dua minggu adalah tempoh cuti yang agak panjang bagi seorang blogger amatur yang rajin mengupdate blog seperti saya
Saya mengambil masa yang agak lama nak menulis sesuatu sekarang ini. Bila dah lama tinggal, banyak la sawangnya. Bila banyak sawang, banyak la kuman dan virus penghalang.
Stress sebenarnya. Tapi, stress-stress pun tersengih jugak. Tak terfikir lagi nak termenung macam orang kena kejar ah long. Sempat lagi jadi pengarah program.. hehehe.. Tetiba je dilantik.. Dua tahun tak terlibat dengan organisasi kampus, macam naik darah ke kepala bila dimanahkan sebagai boss.. hahaha boss la sangat..
“Ok adham, kami dah sepakat untuk lantik awak sebagai ‘runner’ untuk taaruf fakulti ni”, dengan selamba Timb. DEkan, Puan JUzlinda memutuskan..
“Allah, runner tu apa? macam office boy ke?”, dalam hati je..
“Ok, pengarah program sebenarnya. Arrange satu metting dengan ketua-ketua biro”, arah beliau lagi.
Terpinga-pinga tapi saya terima
AlhamduLillah, ok la, peluang untuk polish balik benda-benda yang pudar. Dua hari je pun.
Saya gunakan peluang kecil yang diberi ini untuk ‘memberi’ sesuatu kepada adik-adik pelajar baru. Saya fikir, ini peluang pertama yang mesti. Lepas ini, ia akan menjadi lebih mudah. MUNGKIN. InsyaAllah.
SElepas dua tahun sahabat-sahabat… AlhamduLillah
“Grab bang jangan tak grab.” Teringat adik-adik SEPINTAR..
Untuk itu, cukup rasanya. Saya tak dapat rentak lagi. Takut sumbang kalau panjang-panjang. Menyanyi kalau suara tak sedap, sumbang sana sini, cepat-cepatla berhenti sebelum ada barang yang terbang. Menulis kalau sumbang, segeralah ke perenggan penutup. Buatlah kesimpulan yang baik sebelum berkerut orang yang membaca.
Sebagai tambahan untuk renungan, hayati video ini:
ps: air suam wone!!
May 23, 2009 at 11:24 am
salam…insyaAllah…ana balik tahun ni…tunggu ana kat kuis…hehehe
May 25, 2009 at 5:04 pm
bawak ole2 skali… hehehe
May 29, 2009 at 4:45 pm
cam ada bakat jadi ahli politik..hehe..
manalatau wakil N.9 tahun 2020…asah bakat…jgn x asah..=>