Archive for the 'diari' Category

Dua minggu buatku beku

May 18, 2009

Dua minggu adalah tempoh cuti yang agak panjang bagi seorang blogger amatur yang rajin mengupdate blog seperti saya :) Saya mengambil masa yang agak lama nak menulis sesuatu sekarang ini. Bila dah lama tinggal, banyak la sawangnya. Bila banyak sawang, banyak la kuman dan virus penghalang.

Stress sebenarnya. Tapi, stress-stress pun tersengih jugak. Tak terfikir lagi nak termenung macam orang kena kejar ah long. Sempat lagi jadi pengarah program.. hehehe.. Tetiba je dilantik.. Dua tahun tak terlibat dengan organisasi kampus, macam naik darah ke kepala bila dimanahkan sebagai boss.. hahaha boss la sangat..

“Ok adham, kami dah sepakat untuk lantik awak sebagai ‘runner’ untuk taaruf fakulti ni”, dengan selamba Timb. DEkan, Puan JUzlinda memutuskan..

“Allah, runner tu apa? macam office boy ke?”, dalam hati je..

“Ok, pengarah program sebenarnya. Arrange satu metting dengan ketua-ketua biro”, arah beliau lagi.

Terpinga-pinga tapi saya terima :)

AlhamduLillah, ok la, peluang untuk polish balik benda-benda yang pudar. Dua hari je pun. :)

Saya gunakan peluang kecil yang diberi ini untuk ‘memberi’ sesuatu kepada adik-adik pelajar baru. Saya fikir, ini peluang pertama yang mesti. Lepas ini, ia akan menjadi lebih mudah. MUNGKIN. InsyaAllah.

SElepas dua tahun sahabat-sahabat… AlhamduLillah :)

“Grab bang jangan tak grab.” Teringat adik-adik SEPINTAR..

Untuk itu, cukup rasanya. Saya tak dapat rentak lagi. Takut sumbang kalau panjang-panjang. Menyanyi kalau  suara tak sedap, sumbang sana sini, cepat-cepatla berhenti sebelum ada barang yang terbang. Menulis kalau sumbang, segeralah ke perenggan penutup. Buatlah kesimpulan yang baik sebelum berkerut orang yang membaca. :D

Sebagai tambahan untuk renungan, hayati video ini:


ps: air suam wone!!

Cerita Pasal rokok

April 14, 2009

Andai dikenang-kenang sejarah silam pasti pelbagai perasaan timbul. Tidaklah silam sangat. Umur saya pun baru nak masuk 25.. :)

Terkadang ketawa sendiri, terkadang sedih menyesali hingga mengalir air mata tanpa disedari..

rokok11Terkadang lagi perasaan bangga menyelebungi diri kerna berjaya menjaga kesucian diri dari dicemari najis rokok ketika diri dikelilingi perokok-perokok amatur dan Professional. Itu waktu di sekolah menengah..

Saya masih ingat, waktu hari pertama mendaftar tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, abah  berpesan:

Duduk asrama jangan macam-macam. Abah tahu ham merokok, siap! Berhenti sekolah, duduk rumah.”

Abah memang garang dulu. Garang nak didik anak. Bukan nak dera. Tapi, amaran keras abah waktu nak ‘melepaskan’ saya ketika itu, tidak menimbulkan sebarang kerisauan melampau bahkan saya hanya tenang mengangguk.mom-rokok

Jangan diajar

Saya tahu saya boleh bertahan. Saya anti asap. Saya tak boleh terima walaupun sekali untuk membenarkan paru-paru saya dimasuki asap.Saya berjaya untuk tidak mencuba walaupun sekali sehingga tamat sekolah.

Jika boleh pun sekarang, ia berlaku tidak sengaja samaada ketika menunggang moto, berjalan kaki, di kedai mamak dan ditempat-tempat awam. Maklumla, malaysia ni banyak asap. :)

Saya tak benci dan tak boleh nak membenci orang yang hisap rokok. Cuma kecewa. Tak tahulah.. Apa guna benci. Ramai perokok dikalangan kawan dan kenalan, mereka sangat baik. Kebanyakan mereka tahu mereka teruk dengan tabiat merokok dan mahu berhenti tapi malanganya tidak berdaya kerana kurang sokongan kawan serta keluarga. Jadi, selagi boleh saya akan memujuk dan memberi sokongan padu supaya mereka berusaha meninggalkan tabiat buruk tu.  Sokong dan pujuk dengan memaksa. Paksa sayang :) InsyaAllah..

Saya memang suka orang yang suka rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Tapi ada dikalangan mereka mungkin perokok. Ishkk.. Perukuk yang perokok. Macamana tu?

Kalau pak Ustat atau tok imam merokok di depan kita? Apa rasa ye?2113746649_b2da833799

Berhenti kat sini pasal rokok. Banyak sangat  sampai macam nak tertelan asap.. Uhuk2.. Jangan memain! Walaupun tak merokok, tertelan asap rokok lagi bahaya lebih-lebih lagi yang keluar dari perokok.  Ia dipanggil merokok secara pasif (passive smoking),,

Udah le. Saya gerun.. Kesannya kepada orang yang tidak merokok  dari segi kesihatan  lebih dahsyat dari kesannya terhadap perokok. Kasihan sungguh!

Tidak mengapa. Moga Allah ampunkan dosa kita semua :)

Sahabat-sahabat yang budiman,

Cerita hari ini adalah hadiah. Esok dan lusa belum tentu. Masih misteri..

Memetik kata master Oogway kepada Po dalam Filem animasi mantop Kung Fu Panda:

Yesterday is history, tomorrow is a mystery and today is a gift”

Nikmati hari ini sebaiknya. Kenanglah apa yang berlaku semalam dengan senyuman. Berdoalah sebanyak mungkin agar misteri dihari esok menjanjikan sesuatu  yang baik dan menyenangkan. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya..

ps: Dan ketahuilah sahabat-sahabatku, rasa kopi radix sangat sedap jika ia dibuat di dalam gelas kecil dengan hanya sedikit susu pekat manis. :) Tepuk dada tanya selera.. Maaf kepada perokok. MOga anda bahagia..

Pagi ini…

April 12, 2009

Awal pagi yang menyejukkan.. Terasa kedinginannya menusuk ke tulang.. Jam dinding rumah menunjukkan 06.48 pagi..

Intro yang baik :)

Nantikan, kehadiran novel pertama saya yang dalam angan-angan untuk disiapkan :D

Cerpen pun merangkak, novel kunun.. he he.. Perlian untuk diri sendiri :)

Bangkit, bangkit…

Wahai pemuda Islam,

Mari bangkit berjuang

kita tegak syiar Islam

Janganlah takut, janganlah bimbang,

Ingat syurga menjadi Idaman,

Allahurabbuna, Allahu Ghayatuna

Allah Tuhan kami, Allah matlamat kami,

DariNya kita datang,

Dan kepadaNya.. Kita kembali..

Teringat SEPINTAR!

Kredit to akh Izad kerna lagu terakhir kami ini.. Dari 5 lagu kawan-kawan.. haha, banyakk.. Bayangkan, betapa ’seronok’ hadirin yang mendengarnya :D

1 Sedang berlatih untuk tidak gugup
ps: Sengaja dikaburkan untuk tujuan keselamatan :D

Saya memang tak mengharap apa-apa melainkan semangat juang kami yang takkan layu.. Semangat dan faham. Semangat saja tak cukup. Andai semangat Jihad tidak dikepilkan dengan kefahaman ‘apa itu jihad’ maka ia akan jadi rosak. Pandai bicara tentang jihad tapi tidak ada semangat untuk ‘fasa pengapalikasian’ ia juga sia-sia. Ramai orang termasuk saya mungkin ada kurang di mana-mana..

Tidak mengapa..

Kita baiki sama-sama.. Tiada istilah terlambat bagi yang mahu..

Taknak takpelah.. Nak, kena berusaha.. Jangan di’lempang’ dan di’heret’ yang taknak.. Biorkan.. Pelan-pelan :)

Ada kelas jam 9 nanti.. Saya nak ‘prepare something’.. Nak ‘lempang dan ‘heret’ diri sendiri. :D

Saya agak ‘frust’, Man City kena tibai malam tadi.. Tapi saya lagi ‘frust’ kalau ‘kabinet baru’ cepat rosak.. Nak tukar lama lagi pulak tu.. 5 tahun sekali..

Eh, apa pulak! Ok la tu.. Cepat rosak, cepat la kita ganti dengan ‘kabinet tahan lama‘ dari ‘kedai Islam‘.. :D

InsyaAllah, wallahua’alam..

ps: Sebelum kelas bermula, kita radix dulu!!! (bagi yang puasa sunat, teruskan)

Kenangan di SEPINTAR

April 6, 2009

Bismillah Walhamdulillah,

Demi memenuhi tuntutan kerja dakwah, saya dan sahabat sekampus berkampung selama 3 hari di Sekolah Berasarama Penuh Intergrasi Rawang (SEPINTAR) dalam program tamrin tingkatan empat sekolah tersebut baru-baru ini.  Program ini juga dikenali dengan nama rasminya Akademi Kesyumulan Islam.  Kesemua fasi muslimin dari KUIS dan fasi-fasi muslimat menggabungkan tenaga kerja dari KUIS, Kolej Dar Hikmah, Darul Quran, UiTM dan UIAM. Program yang bermula pada 3 April (Jumaat) dan berakhir pada 5 April (Ahad) diwajibkan kepada semua 155 pelajar tingkatan empat, 70 muslimin dan 85 muslimat. Saya tidak ada apa nak dihuraikan selain cabaran dan pengalaman hebat berhadapan kecerdasan akal dan semangat mereka. :) Saya turut diamanahkan untuk mengendalikan satu slot ceramah. Sahabat-sahabat boleh melihat sendiri antara gambar-gambar yang sempat diambil.. :D

Hari pertama:

pic-1

Bergambar depan masjid SEPINTAR sebelum bekerja. YanG lain OTW… :)

2

Adik-adik peserta muslimin

3

adik-adik peserta muslimat (semberono je yang amik ni)

6

Slot ceramah

Hari kedua:

7

Slot re-call yang dikendali sahabat akh Izad

8

air mata keinsafan seorang lelaki

9

sesi tulis wasiat untuk makAyah

11

12

1314

15

Ditenangkan akak fasi ukht Hamizah (if i’m not mistaken)

Hari ketiga:

22Persembahan nasyid fasi muslimin yang agak sumbang di program perasmian penutup :D

dari kiri: rasyidi, adham, amirul, ariff, husaini, izad, zahir dan umar azihal


25Kumpulan Salman Al Farisi yang mantop!!! :)


27

Fasi-fasi muslimin dan urusetia dari SEPINTAR

SEKIAN…. :)

PS: Wahai sekalian pengundi! jangan tertipu dengan kerajaan jahat pasola.. Undilah dengan bijaksana demi negeri kalian pasir dua butir yang sangat berharga itu…

Ginila aku la ni..

February 28, 2009

Bismillah walhamdulillah,

Hari ini, banyak masa dihabiskan di rumah sewa.. Sahabat saya AzZahir, yang juga teman sebilik, teman sepengajian dan teman mesra :) pulang ke rumah keluarganya di Keramat. Saya seorang diri sejak semalam. Bukan menyendiri atau mengasingkan diri di bilik.. Tapi, dah ada bilik sendiri.. Takkan nak menempelkan diri kat bilik orang lain.. hehe.. Kadangkala sahabat-sahabat serumah yang lain datang menemani, bawa alat-alat bantu studi dan studi bersama saya..

Ya, saya ada dua final exam paper lagi untuk dihadapi.. 4 mac(rabu) dan 6 mac(jumaat).. Network fundementals dan Data Communication.. Kedua-duanya agak berat, tapi belum sampai tahap ‘killer subjek’. Carry mark yang agak baik memangkinkan saya untuk tidak terlalu tertekan.. :) Buat masa ni ya, saya agak relax.. Esok lusa Wallahu’alam.. InsyaAllah..

Sahabat-sahabat,

Tak ada apa sangat yang saya hendak bawakan dalam entri kali ini.. saya cuma ingin katakan bahawa kita sedang berhadapan dengan kesombongan dan keangkuhan pemerintah.. Jika firaun pada zaman Rasulullah SAW ialah Abu Jahal, maka kita sedang melihat firaun-firaun di Malaysia yang bertopengkan Islam.. Mereka perampas dan penghina undang-undang Allah.. Mereka kata mereka pembela tetapi merekalah pengkhianat.. Mereka tuduh Jebat penderhaka tetapi mereka inilah pewaris sikap jahat karmawijaya.. Bacul dan pembuat fitnah.. Talam dua muka dan muka tembok jugak.. Wallahualam..

ps: Saya kena saman lagi sebab tak pakai tali pinggang keledar minggu lepas. Kali ni JPJ. Kalau polis trafik saya tak heran tapi yang ni memang saya heran. Saya heran sebab pemandu berhemah macam saya tak patut disaman.. :D Jom radix!!

Inilah dia…

December 21, 2008

Seminggu yang terasa panjangnya. Seminggu lebih sebenarnya.  Saya hanya di rumah ‘terlantar kegeringan’ di rumah keluarga di Nilai. Tidak ke kuliah, tidak bersama sahabat-sahabat seperjuangan, serumah, sekelas dan seKUIS. Ya, saya mengalami sakit yang agak teruk dan AlhamduLillah, kondisi saya kini amat memuaskan.

Saya tak pasti.. Saya agak bluurr.. Sejujurnya saya seolah macam mahu menceritakan apa sebenarnya yang berlaku kepada saya. Apa sakit saya dan kenapa ia terjadi.. Saya ingin ceritakan.. Tapi, saya juga tahu bahawa perkara ini  bukanlah sesuatu yang baik untuk dihebohkan kerana yang paling penting saya sihat dan yang sama penting jugak saya tahu sahabat-sahabat tercinta merindui diriku ini.. :) That’s good enough… Saya juga begitu walaupun sahabat-sahabat seperjuangan tercinta ada beberapa kali datang melawat.. Maafkan saya kerana kondisi pada waktu itu belum membolehkan kita untuk berbual mesra.. Jasa baik dan pengorbanan kalian, hanya Allah saja mampu membalasnya. Jazakumullahu khoiron katsiiraa…

Nikmat kesihatan ini lebih utama untuk saya hebah-hebahkan dan saya bersyukur kerana penyakit yang saya alami tidak melarat lebih lama.. Kalau tak, memendam rindu lah jawabnya.. Allah..

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. 93:11

Saya dah tak boleh nak teruskan.. Sepatutnya saya boleh.. Tapi, buat masa ni biarkan dulu.. Moga Allah permudahkan urusan kita semua.. Wallahua’lam..

Benda sama

December 4, 2008

Dah masuk awal pagi Jumaat. Jam menunjukkan 12.30 pagi. Mata belum nak terlelap. Saya terfikir banyak perkara. Penting, tak penting, remeh, mengarut semua ada. Streamyx kat rumah ni pun dah ok. Tahap kestabilannya saya bagi B+ la. Belum layak dapat lebih dari tu.

Ishkkk, awaitla malam ni. Nak kata fikir MASALAH umat 100% tu takla. bercampur-campur. Allah, lemah sungguh!Nak tegur budak kat kampus yang duk bercampur sesuka hati pun dah tak mampu. Ikut suka hati je nak berdating kat cafe. Depan Ustaz pulak tu. Nak je aku luku kepala-kepala muka tak tau malu yang tengah bermesra mesraan depan pensyarah AI (Akademi Islam). Bengang!Hati membebel, sambil mata memandang dengan pandangan marah gila.

Lepas tu, mulala mulut pulak membebel dalam kereta sampai Apartment Sri Mawar (Rumah sewa). Yang jadi mangsa sahabat saya, Zahir. Mangsa bebelan. Kesian zahir.. Dah masuk rumah pun sambung lagi tu. Kesian sahabatku.. Mujurla dah 4 tahun kenal. Kami dah macam adik beradik. ‘bergaduh mesra’ tu dah selalu sangat. :) Sepanjang persahabatan kami, saya belum pernah nak ’smackdown’ dia. Begitu jugak sebaliknya. hehe.. Pengaruh gusti :D Astaghfirullah.. Baru dua tahun tinggalkan, dah PELIK nak TERBALIK KUIS yang ku sayangi.

Tak adil kalau saya nak bandingkan bi’ah KUIS sekarang dengan KISDAR empat tahun yang lalu. Tak adil! Tapi, lagi tak adil dan kejam kalau terus dibiarkan.

Persatuan dah banyak sangat kat KUIS. Dah gah dengan persatuan je. Kalau datang KUIS, dah tau, budak ni ahli Perkim KUIS, budak ni budak ALAM. Jangan memain! Siap ada blazer rasmi. Dari segi tu, saya tabik spring. Organisasi yang baik yang di dalamnya ada orang-orang baik dan hebat yang memimpin maka, apa saja yang dilakukan pasti ada manfaat untuk semua yang dipimpin. Saya tidak ada masalah tentang itu. Cuma, keseriusan tentang kerja-kerja dakwah belum ada kesepaduan ditahap yang optimum. Mungkin kena bersabar dengan keadaan terBALIK ni. Saya tak pasti sampai bila, tapi yang saya tau kerja kena diteruskan.

Baru-baru ni juga, saya terserempak dengan student Syariah semester tiga semasa saya sedang minum-minum malam dengan sahabat saya, Bro Buk. Dengan berantai lehernya, rambut ala-ala punk, seluar londeh, berserabut saya tengok. Berkerut dahi lepas tu. Aduh, parah tul. Kalau graduan syariah lepasan Azhar, balik Malaysia pun menganggur, dia nak kerja apa nanti dengan gaya peliknya tu???? Nak kata tak tau, takkan la. Sikap, sikap.. pe’el, pe’el.. Kalau macam ni la, aduh.. Tergamam daku seketika.

‘System not responding………..’.

“Nak buat macamana, dah dia memang macam tu”. Sahabat saya nak sedapkan hati. Saya tak tau nak cakap apa.

Saya kena tukar ‘proccessor’ baru la gamaknya. Mungkin AMD Turion x2 64. Tambah RAM ddr2 ke 2GB. OS upgrade ke Vista. Antivirus beralih dari avira ke kaspersky. Dan akhir sekali. hardisk 160 GB. Haa, lagi satu. Garphic card nak cuba Nvdia 9100. Perghh! Mantop!!! Barula ada power… :)

Allah.. Betapa sukarnya saya nak terima keadaan ni.. Sungguh! Nak kena ada benda baru yang menyuntik. Apa lagi ‘vitamin’ yang saya kena ‘telan’ agar bila ke kuis selepas ini saya bisa hadapinya dengan selamberani (selamba+berani).? Usrah.. Ya, istiqamah dengan usrah dan majlis ilmu.  Solat jemaah lagi la. Takde benda lain dah. Belajar menerima kenyataan dan terus bekerja. That’s it!!

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?  Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (Al-Infitar 82: 6-19)

Dr MAZA dah ke UK. Beliau tinggalkan banyak perkara untuk diingati. Rakyat Perlis terutamanya. Tindakan, keputusan, dan lain-lain.

Zaid Ibrahim dipecat dari uMNo. Dato Ariff Shah ‘join’ PR dan Arsenal kalah 2-0 kepada Burnley dalam Piala Liga selapas kononnya mengalahkan Chelsea :D Ishhhkk2..

Allah……..

Perjuangan perlu PENGORBANAN! Tanpa PENGORBANAN (play-safe) apalah erti sebuah perjuangan.

Untuk jalan ini, hanya jalan ini….  Untuk Islam kerana Allah… Salam Idul adha buat kalian. Jangan lupa pekena kopi radix di pagi raya! :D

Campur-campur

October 14, 2008

Salam ukhwah secawan radix

Seolah-olahnya buat masa ini, saya dah dapat melupakan tragedi yang melanda ‘rumah ini’. Ye ke? Entahlah, mungkin apa yang berlaku tidaklah teruk mana. Cuma diperbesarkan dengan cara yang songsang..

‘Dilema Rumah ini’.. Lucu :D Tapi tak kelakar la. Ada yang menyangka saya bergaduh dengan ayah. Memang agak kerap ‘bergaduh manja’ dengan ayah. hehe.. “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.” Tapi, kekadang kuah tu dihirup je pun sedap. Ataupun makan dengan roti kosong. Tak semestinya dengan nasi.. Ishk2.. :) Memang sengaja. Saya mengharapkan ‘Dilema Rumah ini’ dibaca lebih dari sekali supaya saya tak digelar anak derhaka nanti.hehe..

Saya biasa-biasa je sekarang ni. Tak terasa nak bergembira walaupun england menang 5-1. Setakat Kazakstan.. Ok la.. Saya tersengih menggeleng-geleng bila pasukan kebangsaan menang 4-1 ke atas Pakistan. Entah kenapa susah untuk berbangga dengan kemenangan itu. Bukan memperkecilkan. Bukan sebab ia ‘friendly match’. Tapi????? Tugas berat buat Uncle Satianathan.. Caiyo caiyo!!!

Tok Guru Nik Aziz kata, tanda orang yang kuat beribadah ialah meninggalkan yang HARAM. Makna kata, orang yang jaga solat fardhunya atau yang tak pernah ponteng solat malam belum layak di katakan orang yang kuat beribadah sekiranya pada siang harinya masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

Taubat itu satu proses. Ia perlu dilalui dengan tumpuan dan fokus berterusan sehinggalah mencapai ‘kejayaan’. Jangan terlalu memikirkan samaada taubat diterima atau tak. Tapi, terus bertaubat.. Kita boleh rasa penerimaan itu. Dosa lama dah ditinggalkan jauh malah rasa benci Allah hadirkan untuk mengulanginya. Mungkin itu tanda taubat diterima..

Salah satu dari lebih 30 kewajipan bagi seseorang menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah yang ditekankan Iman As Syahid Hassan Al Banna dalam Risalah Ta’lim ialah “Jangan sesekali menghisap rokok“. Apa barang jadi smoker? Mulut bau busuk. Opps sori. Tak berapa wangi.. Jangan marah ye kekawan.. :)

Nenek saya kata, perempuan sekarang ni dah hilang sifat pemalunya.. Bukan dah tak malu tapi terlalu berani kot. Mungkin saya yang tak faham atau amat memahami situasi akhir zaman.  Wallahu’alam.. Malu bertempat. Macamana malu bertempat? Zaman sekarang semua kena berani. Berani pun kena bertempat. Mungkin begini. Malu nak buat dosa. Malu kalau amal tak cukup. MALU.. Rasulullah malu nak berlengging (tak berbaju) walaupun dalam rumah baginda sendiri. Zaman sekarang bukan lelaki je suka berlengging, kaum hawa pun suka bersinglet je kat pasar malam. Apa nak pelik?  Iman dan malu tu serumpun. Hilang rasa malu maka faham-fahamlah sendiri..

Akhir sekali, ada apa dengan melayu sehingga terlalu bangga untuk diperjuangkan? Dakwah Islamiyyah yang dibawa Nabi SAW bukan atas semangat “Nasionalis Arab” dan sebagainya. Jadi mengapa melayu? Perlembagaan? Ada apa dengan perlembagaan dunia lagi? Mengada-ngada sungguh! Tak cukup ke kita dengar anak melayu ISLAM yang mendahului carta maksiat dan kejahatan setiap hari?

Cukup-cukuplah buat masa ini.. Kalau dah campur-campur memang banyak je nak cakap. Maaf pada yang terasa sebab memang sengaja..

ps: skuad bola sepak kebangsaan nak kena tutup aurat la kan.. Baru power!

Daki-daki kebenaran (^_^)

September 19, 2008

Sehari satu entri.. :) Macam dah takde kerja lain.. ‘Keyboard’ ni pun sampai dah naik berdaki.. Tidak mengapa.. Daki-daki kebenaran :)

Dulu, di tanam senior-senior UiTM, seminggu hafal satu hadis dan satu mukasurat Al Quran.. Bolehla walaupun sekarang payah bebeno nak mengingat.. Yelah, pelajar IT la katakan.. :) Jumpa orang sana, jumpa orang sini, ketawa sana, lepas tu gelak tak ingat (kekadang je), menonton rancangan-rancangan ‘macam-macam ada’, ‘dekat di hati’, ‘teman setia anda’, ‘duniamu’, pendek cerita dah bercampur baur.. Memang tak jadi la.. Mujahadah sungguh..

Dulu juga, ada seorang kenalan di KUIS. Dia ni pelajar tahfiz. Masuk semester empat dia nak tinggal luar (menyewa). Ustaz marah.. Ustaz kata, “nak menghafal apa kat luar tu?”.. Haa, tengok! Nak hafal Quran ni, banyak pantang larang. Mata, mulut dan telinga seolah-olahnya kena mangga.. Tengok tak boleh macam-macam.. Makan tak boleh sembarangan.. Nak hafal ayat Allah, tapi duk buat macam-macam, cheroi laa..

Jadinya, pelajar IT (Iman dan Taqwa) macam saya yang ada niat nak hafal 30 juz ni pun tak terkecuali.. Lebih-lebih lagi la kan.. Tapi, biarpun nak jadi pembaca setia je, mata, mulut dan telinga tu tetap kena mangga juga.. Mangga murah pun ok.. Yang senang nak buka la.. Nanti jadi pendiam sangat pun susah.. Maksiat depan mata pun, buat bodoh je.. Masalah tu.. Kunci mangga jangan hilang.. haha.. Masak kalau hilang :D

“Sebab apa kena mangga juga? Aku bukan budak pengajian Islam..”

Sebab, kita ni muslim dik oii.. Islam bukan untuk pelajar tahfiz je. Islam bukan untuk graduan-graduan Al Azhar je.. Islam untuk semua PAStinya..

Yang saya tahu, Islam hadhari bukan untuk semua.. Muktamad! Tak boleh panjang-panjang.. Nanti kena cekup macam bro Sheih. Akta hasutan tengah aktif la ni.. Tak puasa agaknya akta ni kan :D Yang peliknya, tak rasa terhasut pun baca blog dia.. Huh! pelik! Tapi, aku taknak pencen jadi blogger.. :) Bukan ada epf pun kalau berhenti.. Baik teruskan.. Kita sebar kebenaran!

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (2: 42)

Kita dah 19 hari berpuasa di bulan ramadhan.. Dah nak masuk masa-masa kecedaraan dah ni.. Kalau dalam bola sepak, masuk je minit ke 80 tu memang mendebarkan.. Kena pula 0-0 lagi.. Team mana yang ’score’, possibility untuk menang memang tinggi.. Namun begitu, bola itu bulat.. Kena tinggal 3-0 pun boleh menang lagi.. :) At least. draw la.. he he..

Itu bola..

Samala juga macam sekarang ni.. Ibaratnya kita dah nak masuk minit ke 80 dalam bulan ramadhan.. Apa kita dah buat? Berapa kali bangun qiamulalail haa adham? Dah berapa juzuk Quran yang dah kita baca? Dah dua kali khatam, AlhamduLillah.. Hebat! Tapi kalau baru juzuk dua, memang sah dah kena belasah 6-0.. :) Habis ramadhan mahu jadi 15-0 tu.. Allah..

Esok hari yang ke 20. Hari ni kita dah sepatutnya bersedia untuk buat ‘ super post-moterm’ terhadap prestasi amal kita sepanjang ramadhan.. Belum terlambat untuk bermula… Tidak ada istilah ‘dah terlambat’.. Masih ada 10 hari untuk bertarung dan mana tahu kita terpilih untuk bertemu dengan malam LailatulQadar :) Mudah-mudahan, kita terus di beri kekuatan beramal untuk baki ramadhan yang tinggal.. Ameen Ya Rabbal ‘alamin..

ps: Puasa orang awam macam kita ni kena buat jadual amal.. :D

Mulia hidup berprinsip

September 3, 2008

Assalamualaikum Warrahmatullah

Saya mulakan dengan satu sabda nabi saw yang mana maksudnya:

….Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keihklasan dan pengharapan untuk mendapat keredhaan Allah swt, nescaya Allah akan menhapuskan dosa-dosanya yang lalu -Sahih Bukhari

Sepanjang bulan yang mulia ni, saya mencadangkan kepada diri sendiri agar tidak memulakan salam pembukaan dengan sebarang nama makanan atau minuman (kopi radix, hehe) seperti yang telah biasa pada entri-entri sebelum ini. Boleh, tapi penutup, InsyaAllah :)

Gambar di atas telah berusia 12 tahun, dan masih dalam simpanan saya hingga sekarang. Memang tersengih melihat rupa sendiri ketika baru berumur 12 tahun (comel jugak waktu tu, hehe). Bila melihat kenakalan budak berumur 12 tahun sekarang ini, saya hanya membayang betapa saya juga sama nakalnya 12 tahun yang lalu, malah mungkin lebih dahsyat. :D

Entah di mana dua orang sahabat saya faizal Ahmad (kiri) dan Syukri Ismail (kanan) yang mengapit saya yang sedang duduk melihat keputusan UPSR. Keputusan yang hanya ok. 3A 1B. Biasalah, subjek yang B tak lain tak bukan ialah bahasa Inggeris. Trial gah dengan 4A. Saya yakin akan dapat keputusan yang sama seperti itu pada exam sebenar tapi keyakinan memakan diri. Saya menangis dan jika tak dipujuk abah waktu tu, saya pasti terus menangis. ( aku dulu memang gembing.. hehe)

“Takpelah, dah takde rezki”, pujuk abah.

Tak perlu dikenang lama-lama. Nanti lain jadinya :)

Tapi, ada perlunya sekali sekala melihat ke belakang kembali. Ia begitu menyenangkan. Kini, selepas 12 tahun, hikmahnya terlalu besar buat saya. Buat kehidupan yang saya bakal tempuhi yang entah bagaimana pula selepas ini. Bila penghujungnya pun saya tidak pasti.

Entah macamana sedang saya asyik membaca sebuah majalah Islam, saya terjumpa hadith ini.

Kata Nabi saw:

Janganlah kamu menjadi orang yang terikut-ikut dengan mengatakan, ‘kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim, kami pun akan berbuat zalim.’ Tetapi, teguhkanlah dirimu dengan berprinsip. ‘ Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan, kami tidak akan melakukannya’. (HR Tirmidzi)

“Jadilah orang berprinsip.”

Ia nampak mudah tapi bagaimana pula dengan seorang budak 13 tahun, hari pertamanya di sekolah berasrama harian biasa mampu untuk mempertahan prinsip baik yang ditanam ibu dan ayahnya sejak kecil untuk tempoh lima tahun? Allah…

Kita tak perlu pergi jauh. Bab rokok cukupla. ‘Senior’ pujuk sikit dah cair. “Try la, sedap ni bro. Awek nampak pun macho je.” Kena ayat baik, terus jadi gila sawan nak mencuba. Kalau cuba dan taknak dah takpe. Ini cuba dan jadi tabiat. Itu baru bab rokok. Belum masuk bab solat, aurat, perempuan (couple), akhlak, budaya kuning, Allah…

Hammons berkemeja biru, gembira sejurus diumumkan kemenangannya -majalah i, ogos 2008

Kalau saya nak letak contoh individu yang patut dicontohi seperti John Taylor Hammons mungkin terlalu tinggi. Sabrina Sagheb pun mungkin tak sesuai dan jauh sekali. Tapi lihatlah mereka yang berprinsip. Orang yang berprinsip seperti Hammons tak mungkin memenangi kerusi Datuk bandar Muskogee di Oklahoma pada usia baru 19 tahun. Sabrina Sagheb yang berprinsip mustahil dapat memberanikan diri bertanding sebagai calon paling muda dalam Pilihan raya umum Afghanistan. Di negara kita, contoh-contoh individu berprinsip masih ramai. Cuma, diri kita bagaimana?

Tak perlu terlalu mengimpikan ingin menjadi angkasawan seperti Dr Sheikh Muzapphar. Tapi, jadilah manusia berprinsip sepertinya. Kemuliaan akan datang sendiri kepada manusia yang berprinsip. Orang yang memegang erat prinsip hidup yang baik, mungkin dianggap polos, kolot dan ketinggalan. Biarlah, kalau sudah begitu. Tak perlu runsing dan malu. Bukankah kita hidup kerana Allah? Bukankah hari-hari dalam solat kita sudah berjanji, dalam doa iftitah yang kita baca “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam”. Bukankah? Jadi, kenapa takut menjadi manusia yang berprinsip?

Sahabat-sahabat,

Dalam keadaan Islam yang semakin dagang di akhir zaman ini, gerakan dakwah di kampus pula di lihat semakin bertenaga. Mungkin sukar untuk mendengar suara pimpinan gerakan Islam Kampus dek kerana halangan Akta Untuk Kaut Untung (AUKU). Tapi, jangan lupa bahwa zaman ini, zaman bersenjatakan pena. Jika mulut dikunci, masih ada tangan untuk memukul. Memukul keyboard maksud saya :) Bukan di kampus saja, bukan untuk satu golongan saja, tapi di mana-mana dan untuk semua. Kita ada portal-portal Islamik yang cemerlang seperti iluvislam.com, Ukhwah.com, kita ada blog-blog remaja yang sayang Islam yang berlambak dengan pelbagai corak tulisan. Ada yang sempoi, ada yang berbunga-bunga :) , ada yang tinggi penggunaan bahasanya dan macam-macam ada. Pendeknya, zaman ini, zaman berjuang melalui tulisan. Tapi, itu bukan bermakna kita tak perlu turun padang. Apalah sangat berpeluh sedikit. Letih untuk Islam kan :)

Allah…. Entri saya ni dah bercampur-campur. Tak taula rasanya macamana. Kalau rasanya bagus macam bubur lambuk Kg Baru, bolehlah saya tersengih panjang. :D Kalau tak, biarkan jelah sebab kekadang rasa pahit itu baik untuk kesihatan. :)

Katakan perkara yang benar, biarpun ia pahit

Benar atau tidak, pahit atau manis biar orang lain yang tentukan. Saya tak mahu syok sendiri. Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Selamat menambah iman dan amal. Ramadhan karim, ramadhan Al mubarak.