Archive for the 'Iklan' Category

Moh kita berXPDC malam tahun baru!

December 26, 2008

Bismillah walhamdullillah

Senyum dan mula.. :)

“Yang dah lepas, biarlah.. Belajar dari kesilapan.. Esok masih ada sinar kebahagiaan untuk dirimu..”

Kata-kata yang sungguh manis untuk si pembuat silap.. Si pembuat silap pun rasa terharu, insaf tetapi belum ada rasa yang kuat untuk bertaubat..

“Ala, kiamat lambat lagi.. Aku pun muda apa.. Orang muda apa barang lepak masjid. Orang tua bolehla..”

Amboi, macam nak kena cabai mulut.. Sungguh kurang sopan statement tu..

“Eh, tak boleh couple ke? Takkanla, sebab I orang bandar, orang KL.. I lahir kat UK.. Takde life la kalau sorang-sorang.. Walaupun I orang Islam, tapi I tak biasa la. Itu tak boleh ini tak boleh.. Lagipun, kami bukan buat apa pun.. I cuma naik moto dengan boyfriend I pastu kami makan-makan,jalan-jalan sambil pegang-pejang tangan je.. InsyaAllah, I pandai jaga diri…”

Ni lagi masalah, cipta kejahilan diri..

Inila hakikat yang sedang berlaku lebih-lebih lagi pada malam-malam pesta sambutan malam tahun baru dan malam kemerdekaan. Dah tak pelik kalau pasangan bercinta ber’aksi’ lebih hebat dan dasat waktu ni..

Jadinya, seperti tahun-tahun lepas, XPDC dakwah malam tahun baru akan dilaksanakan.. Tidak boleh tidak mesti buat.. Saya dah terima maklumat sahih.

Tarikh : 31 Disember (Rabu)

Masa Berkumpul : 9.30 malam

Tempat Berkumpul : Masjid Negara

Pakaian : T-Shirt dan Seluar

Sahabat-sahabat boleh rujuk website gamis.

Bezanya kali ni, tempat berkumpul di masjid negara. Jauh dari tempat kebiasaan, iaitu masjid As Syakirin,KLCC.  Apapun, yang paling penting ialah kita bekerja. Jadi, jangan lepaskan peluang menyeronokkan.. “Intasurullaha yansurukum wa yutsabbit aqdaamakum”..

MOH KITA TURUN!

ps: lepas tu, boleh pekena radix :)

Jom ke masjid!

June 9, 2008

Salam ukhwah secawan kopi…

Selaku bekas mahasiswa KUIS, diri ini terpanggil untuk mempromosikan program yang amat baik ni.. KUIS, walaupun terletak di sempadan antara negeri Selangor dan Negeri Sembilan namun begitu kolej Islam ini bukanlah jauh di pedalaman ataupun terperuk di dalam hutan.. Kedudukannya agak strategik dan ada tasik di dalamnya.. hehe.. Sahabat-sahabat yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan bolehlah masuk ke susur keluar Bandar seri Putra dan Bukit Mahkota.. 100 meter selepas plaza tol, akan kelihatan papan tanda KUIS..

Saya terus kepada maksud tujuan bagi mengiklankan program Karnival Jom ke Masjid ini.. Ia sudah pun bermula 6 Jun lalu dan hanya akan berakhir 14 Jun ini.. Hari ini, 9 Jun 2008 program ini akan dirasmikan oleh Dato Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam dan Istiadat Melayu Selangor..

Dalam menarik minat orang ke masjid terutama golongan muda, inilah antara usahanya.. Golongan muda memang terkenal dengan ‘keberatan’ untuk hadir ke rumah Allah.. Al maklumlah, banyak ‘tarikan’ lain… Justeru, dengan penganjuran karnival ini mudah-mudahan masjid-masjid dan surau-surau akan terus senantiasa diimarahkan..

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

Saudara Rohaizad: 0179790849

Firman Allah swt bermaksud: “Hanyasanya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah dari kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka itulah yang akan tergolong dari kalangan mereka yang mendapat petunjuk”. (Al-Taubah: 18)

ps: Biasanya, masjid penuh kalau ada program ‘makan-makan’.. Betul tak?

Boleh cuba kalau mahu dan mampu!

February 14, 2008

Salam ukhwah….

Bukan nak promosi tapi nak membantu(^_^). Pasti ramai di kalangan sahabat-sahabat yang mempunyai 2 kad sim terutama yang sibuk dengan kerja-kerja organisasi. Ada 2 kad sim, maknanya ada 2 telefon bimbit.. Agak menyukarkan..

SAMSUNG SGH-D880 mungkin bukan telefon bimbit pertama yang wujud dengan 2 slot kad sim tapi yang pastinya ia terkini. Cuma mungkin harganya yang menyebabkan kita berfikir berkali-kali samaada sanggup atau tidak mengeluarkan sejumlah wang hanya untuk telefon bimbit baru. Dengan harga sekitar RM 1,700 mungkin kebanyakan dari kita sanggup untuk bertahan dengan yang sediaada walaupun terpaksa membawa kedua-duanya sekali.. Terpulang kerana saya sendiri pun lebih rela menyimpan wang sebanyak itu untuk kegunaan lain.. Tapi, mana tahu! Boleh cuba kalau mahu dan mampu! Tunggulah 5 bulan lagi.. Mungkin harga masa itu menarik kita untuk memilikinya.. Tepuk dada, tanya iman dan selera kita!

Boleh layari untuk mengetahui maklumat lanjut: