Archive for the 'Islam dan kita' Category

Jangan PAUSE sokmo; tak semua yahudi jahat?

April 29, 2009

gabai

Sungai Gabai

Jiwa ketika ini benar-benar menyenangkan.. Hempasan air terjun sungai Gabai dari tingkat ke tingkat diserikan dengan suasana HIJAU hutan yang saya kira masih terpelihara, membibitkan ketenangan dan kedamaian. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Benarlah bahawa apa saja ciptaan Allah Taala sangat menguntungkan hamba-hambaNya.

Cumanya, samaada kita sedar atau tidak, kita sulit sekali mahu mengucap syukur. Malas! Kita ego dengan Pencipta. Kita sangka kita lebih faham diri sendiri. Hakikatnya, yang lebih mengetahui ialah Tuhan, Allah Rabbul Jalil.

Ibarat karipap daging yang lazat. Apa rahsianya? Sudah tentu yang lebih arif ialah orang yang membuatnya. Begitu juga dengan manusia. Allah yang menjadikan manusia. Allah yang memberi rezeki, menghidup dan mematikan. Allah jualah yang memberi dan merampas kembali apa yang telah dikurniakan. Lantas, kenapa kita begini? Fikir!!!

Pause ll

Saya akan ‘Play‘ balik nanti.. Kalau saya teruskan, nanti ada yang tekan butang ‘forward‘. Takpun ‘next‘. Dah banyak kali sangat sampai ‘stuck‘. Akibatnya, ‘control‘ > ‘alt‘ > ‘delete’.. Kemudian, ‘end task‘. Hehe.. Masak.. :D

Saya tak reti putus asa. Cuma kekadang terasa tua bila banyak sangat membebel kat blog ni. Banyak membebel tandanya sayang. :) Kita tengok ibu. Menurut pakar, berbanding ayah, ibu lebih banyak bercakap (membebel) dari ayah. Ibu suka mempamerkan sayangnya. Manakala ayah, rasa sayang jarang-jarang ditonjolkan.. Ayah lebih suka untuk bersikap lebih ‘cool’ dan ‘macho’. Saya tak pasti dari segi ‘percentage’.

Justeru, buat masa ni biarlah saya pamerkan sayang saya pada kalian yang budiman. Esok-esok, dah jadi ayah lain la cerita kan :D InsyaAllah..

Maafkan saya.. :)

Nasihat pakar, jangan  tekan butang ‘pause’ secara mengejut ketika sedang berfikir. Biarkan ia bergerak mengikut tempo pemahaman. Andai perlahan, raikan ia. Andai laju, jangan biarkan ia terbabas. Jika tidak, teruk nanti..

Saya akan minta sedara sedari berfikir lagi..

‘Bukan semua yahudi jahat‘.

Dulu saya sangka semua yahudi jahat, kejam dan menyokong penubuhan negara haram Israel di Tanah Palestin. Saya benci melihat Yossi benayoun, pemain Israel yang bermain untuk Liverpool. Benci!! Biarpun, ’skill’nya hebat dan ‘control ball’ nya menakjubkan, saya tetap mengecam yahudi keseluruhannya.

4897178

Yossi Benayoun

Tapi, lagi sekali, ‘Bukan Semua Yahudi Jahat’.. Jadi siapa yang jahat sebenarnya? Zionisme tu menate gapo pulok?

Yahudi memang terkenal dengan sifat jahat dan kejamnya sejak zaman para Nabi lagi. Sehinggalah, zaman Rasulullah SAW, bangsa Yahudi diusir keluar dari Madinah. Sejak dari itu, bangsa Yahudi hidup dalam buangan dan mereka hidup di merata tempat. Akhirnya, wujudlah dua kelompok iaitu Ashkenazim (80%) dan Sephardim (20%). Sephardim adalah keturunan bani Israel, dari Nabi Yaakub iaitu bapa Yusuf dan anak kepada Ishak. Ashkenazim pula adalah dari keturunan Khazaria yang diyahudikan sekitar tahun 711 masihi.

Zionisme pulak, ialah aliran politik yang penting dan menjadi dasar penubuhan negara Israel. Jadinya, zionis bermaksud orang yang mendokong fahaman zionisme. Saya nak jelaskan di sini, bukan semua yahudi menyokong zionisme dan penubuhan negara haram Israel. Dan, bukan semua pendukung zionisme adalah yahudi. Terdapat sebilangan besar penganut kristian juga menyokong zionisme.

Untuk, itu, ada dua hujah:

  1. Yahudi juga berasal dari Bani Israel. Ramai Nabi dan Rasul dikalangan Bani Israel di turunkan untuk menyelamatkan mereka.
  2. Ramai dalam kalangan Yahudi yang anti-zionis termasuk paderi mereka (rabbi). Mereka turut bekerjasama menentang zionisme dan Israel. Ramai juga yang memeluk Islam dan menjadi tokoh hebat seperti Muhammad Asad (Leopold Weiss) dam Maryam Jameelah (Margaret Marcus).

Kesimpulan untuk difikirkan, jangan mudah mengatakan bahawa semua yahudi jahat, busuk dan kejam.Yossi Benayoun mungkin mewakili negaranya Israel yang jelas-jelas haram. Tapi, perlu diingat bahawa negara haram Israel telah ditubuhkan di atas tanah Palestin sejak 15 Mei 1948 iaitu 61 tahun yang lalu. Benayoun mungkin antara manusia-manusia berbangsa yahudi generasi ketiga atau keempat yang mendiami Israel. Saya bukan peminat Benayoun. Tapi, yang penting pointnya di sini, ‘bukan semua yahudi jahat’.

Oleh itu, saya sesekali tidak boleh menyalahkan diri sendiri yang baru belajar dan tahu selepas mengkaji. Saya juga tidak boleh menuding jari kepada yang tak suka dan malas buka buku atau mudahnya berat nak ‘explore’ sendiri tentang perkara-perkara yang tidak pasti.

Jadi, berubahlah..

Berubahlah demi kesejahteraan agama.

Kerana Allah suka pada orang yang berfikir dan mengkaji dari yang taklid membuta tuli :)

Moga saya juga benar-benar berubah..

InsyaAllah Taala..

ps: Belilah buku “Online dengan Tuhan” untuk menggali benda yang best dan kupasan yang menarik. Baca sambil pekena radix suam.. MasyaAllah, enak sekali :)

Hakikat zaman ini

April 27, 2009

Sekarang bukan seperti zaman mak ayah kita. Zaman sekarang zaman selesa. Zaman senang. Maklumat di hujung jari. Zaman di mana manusia mencipta dan merebut peluang. Jauh sekali zaman ini seperti zaman sebelum kedatangan Rasul SAW. Biarpun Islam semakin dagang tapi agama Allah ini masih lagi dibela dan dimartabatkan.  Zaman ini, ilmu agama terlalu mudah untuk diperolehi. Tak macam orang-orang dulu. Berjalan kaki berbatu-batu semata-mata mencari ulama dan guru. Kalau malas nak dengar kuliah di surau atau masjid, kuliah online berlambak. Ustaz apa nak. Tok Guru mana. Semua ada. Tinggal diri sendiri je.

Tapi still lagi ada segolongan yang duk fikir yang depa ni berada di zaman sebelum merdeka atau lebih parah zaman sebelum diturunkan penyelamat, Nabi Muhamad SAW. Senangnya, zaman jahiliah.

Terukkan?Ya, memang teruk. Di kala begitu banyak surau dan masjid di bina masih ada lagi yang memekakkan telinga pabila azan berkumandang.Berkumpul, berborak dan mengumpat kemudian ketawa terbahak-bahak seolah-olah masa dan waktu milik peribadi.

Bang, maghrib pendek je oi! Taknak solat ke?”

Dalam hati je mampu. Sungguh, saya tak berdaya. Di kawasan bandar seri putra ini, ada empat atau lima buah surau yang dibina atas dasar sayang agama. Selain masjid Kampus Al Azhar, milik KUIS yang biasanya menjadi tumpuan pada hari jumaat, surau-surau disekitarnya turut aktif menjalankan kuliah dan ceramah mingguan.

syakirin

Antara surau yang ada di BSP

papan-besarJusteru, memang saya sukar untuk terima keadaan ini. Umat Islam Malaysia menjadi begitu manja dan selesa. Nak tunggu kena serang dengan musuh Islam baru nak belajar solat jemaah. Baru nak ingat pakai kain pelekat. Baru nak cari kopiah yang dah berhabuk. Nampaknya, bala tsunami 2004 belum cukup menyedarkan. Bala tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu belum boleh mengubah sikap. Nak tunggu kiamat?

Enta kena paham, hidayah milik Allah.

Memang hidayah milik Allah. Tiada keraguan walau sedikit. Tapi bagaimana dengan akal pinjamanNya? Kita letak mana. Kalau kata letak kat lutut, marah! Allah suruh fikir, malas!

Zaman sekarang, setuju atau tak, ungkapan hidayah digunakan untuk melepaskan diri.

“Awak ni bila nak pakai tudung dengan sempurna.”

“Tak dapat hidayah lagi. Nanti, nanti laa. Lepas kawin kot. hehe.”

Siap sengih macam dosa pahala kat tangan dia…

Moga Allah ampunkan dosa kita semua.. papan-tnda

Iman senipis bawang. Maka dengan iman yang serba lemah ini, saya menyatakan semua ini atas dasar cinta dan kasih saudara. Atas dasar manusia, saya hormati hak dan kehendak individu. Tapi atas dasar I’m a Muslim dan iluvislam, saya wajib untuk bertegas semampunya.

Setakat ini, saya masih tidak tahu ditangga dakwah mana saya berada. Namun, saya akan berusaha untuk terus berada di tangga dakwah ini dengan keupayaan dan kefahaman. Moga saya mampu naik ke tangga seterusnya dengan pautan  dan pelukan sahabat-sahabat sejalan.

Hanya jalan ini, Untuk Islam yang kucintai dan kerana Allah, Tuhan Rabbul jalil..

Ya Allah tetapkan kami di atas jalan agama MU dan ketaatan kepada MU.. Amin ya Rabbal ‘Alamin..

ps: moga matlamat untuk berjoging di taman tasik cempaka esok terlaksana. Lepas tu, beradix la :)

Cerita dakwah dulu dan perubahan

April 15, 2009

Dulu, saya amat keras dalam menegur.  Saya hampir jahil dalam berhikmah. Rasa saya..

Percaya atau tidak, saya pernah dipulaukan oleh sekumpulan pelajar kerana menegur mereka yang ketawa terbahak-bahak. Ada di antara mereka berkata dengan teriak yang jelas,” nak tegur pun, berhikmahla sikit.” Ingat kami murahan ke?”

Pada hemat saya ketika itu, hikmah itu seolah-olah berlemah lembut semata-mata. Bagaimana mungkin sekumpulan pelajar perempuan yang elok bertudung, berkumpul dan ketawa sehingga kelihatan anak tekak mahu ditegur secara berlemah lembut. Saya marah.. Ia seolah-olah menjatuhkan terus martabat kaum hawa yang selalu dikaitkan dengan perasaan malu.

Saya jadi ketakutan selepas itu. Saya bimbang kalau-kalau mereka terus-terusan mencabar kerja kecil saya untuk agama. Saya risau andai teguran itu langsung tidak diendahkan dan mereka menjadi semakin berani untuk melanggar batas-batas yang perlu ada dalam diri seorang wanita beriman.

Kebimbangan saya jadi kenyataan. Saya gagal. Malah saya dibenci untuk tempoh yang agak lama.Dalam tempoh beberapa ketika, saya agak terkejut kerna hubungan saya dengan mereka pulih dengan sendiri tanpa dipaksa.

Mereka amat segan dengan saya selepas itu dan saya sendiri rasa dihormati lagi dihargai. Itu yang saya rasa dan itu juga yang diberitahu..

Mereka ialah rakan  sekelas semasa diploma..  Itu cerita lima tahun lalu. Cerita kerja dakwah budak umur 20 tahun.

Kini, ia nyata berbeza. Pendekatan nampak sedikit ‘open’ tapi masih lagi kelihatan tegasnya. Itu apa yang dilihat sahabat-sahabat sejalan. Bukan syok menilai diri sendiri..

Saya masih belajar dan mencuba yang terbaik untuk agamaNya. Itu pasti..

Keinginan berdakwah, menjadikan saya seorang yang sangat serius. Dakwah menjadikan saya matang dalam berfikir. Ia membuatkan saya belajar cara hidup bermasyarakat. Bagaimana berdepan dengan mad’u pelbagai gaya, dan latarbelakang.

Memerhati perangai sekumpulan  pelajar sekolah menengah misalnya. Saya lihat saya di dalam mereka. “Aku pernah begini dan aku perlu faham.” Bayangkan pula saya adalah mad’u.. Saya mahu ditegur cara yang bagaimana.. Cara kasar, lembut, lawak atau bagaimana.

Saya tahu ia bukan mudah. Silap langkah, mad’u akan semakin jauh dengan Tuhan..

Pengalaman di SEPINTAR menceritakan sebahagiannya.. Bukan keseluruhan lagi. Mereka agak bertuah kerana berada di sekolah dimana biah solehah masih hebat terpelihara.

Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah harian biasa yang pelajar-pelajarnya ‘bebas keluar masuk’?

Ia cabaran besar buat saya sendiri kerana adik bungsu saya sendiri baru berada di tingkatan dua yang turut bersekolah di sekolah harian biasa.

Sahabat,

Cerita dakwah, berdepan masyarakat, dan sebagainya takkan habis di sini. Dakwah tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung jasad.

Dakwah adalah nyawa dan ia milik Allah.. Bukan hak kita memikir jayanya dakwah. Hak Allah semata-mata.

Sebagai akhirnya buat masa ini,

Dari abu said al Khudri r.a. katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangan. Jika sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Jika sekiranya tidak juga ia mampu maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Dan yang demikian itu, adalah selemah-lemah iman. (riwayat muslim)

Teruskan bekerja untuk agama Allah dan keranaNya :)

Orang muda yang banyak hal

April 1, 2009

Sudah pun masuk 2 April. Saya sedikit terlambat untuk ‘meraikan’ 1 April atau april fool dengan entri pertama bulan ini.

Saya tak mahu menulis pasal fakta-fakta yang ‘april fool’ memang keparat. Dan saya tak rela di’fool’kan pada tarikh ini.  Cukup-cukupla, warisan barat keparat ni diamalkan di asrama-asrama sekolah. Saya antara budak baik yang hampir menjadi mangsa kebodohan dan kejahilan. Mujurla abang angkat muncul tepat pada masa.. he he..Maklumla, baru 13 tahun waktu tu. Comei lagi :D

“Berani ko sentuh adik aku”.

Ceh! Saya tak minta semua tu.. Astaghfirullah.. :)

Ia memang ‘budaya’. Budaya haprak, perosak pemikiran dan akidah .

Sabda Nabi SAW:

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Saya bingung dan bimbang. Belum sampai tahap bangang lagi. Mudah-mudahan..

2674185860_c505989283

Apa kes?

Masalah sosial. Kata sahabat saya, bersosial tu perlu tapi kalau bermasalah dalam bersosial jadila SO SIAL. Kasar bunyinya. Memang kasar. Tapi masuk akal. Saya tidak mengiya dan tidak juga menggeleng.

Masalah sosial orang muda terutama yang masih bersekolah sangat-sangat merunsingkan. Tanyala siapa pun pasal pakwe makwe. Masing-masing dah ada yang ’special’. Tak payah surat-surat. SMS saja. Missed call orang di sana, orang di sini membalas tanda gembira.  Telefon bimbit yang sepatutnya digunakan untuk tujuan penting, disalahguna mereka. Geram saya. Mahu saja salahkan teknologi tapi ia sepertinya tidak adil dengan tuntutan masa kini. Itu satu hal. Belum lagi bab ikhtilat (pergaulan), pemakaian dan lain-lain hal.

Ini semua strategi musuh Islam. Perang saraf yang dilancarkan sejak sekian lama, nampaknya semakin membuahkan hasil. Saya tak nampak ia akan berakhir dalam masa terdekat biarpun semakin ramai golongan pelbagai peringkat semakin giat melakukan kerja-kerja dakwah.

Saya tak lihat jauh permasalahan ini. Cukupla perubahan itu saya alami dalam keluarga sendiri. Sulit rasanya mahu menegur sepupu sepapat yang ‘pelik’ cara hidup mereka.  Kalau ditegur, nanti dibilang jaga tepi kain. Kalau tak ditegur, makin koyak kainnya, makin aib di lihat orang. Bukan berlagak baik tapi sayang rasanya sebab kami membesar  bersama. InsyaAllah.

Kata orang sabah, “Palan-palan baa”.

Sebab itu, kerja dakwah mesti dioptimumkan.

“Apa aku sudah mulakan? Andai sudah, di mana aku sekarang? Andai belum, bagaimana?”

Nampak mudah bila berkata-kata. Tapi bila persoalan diiitimbulkan kita gagal berikan jawapannya. Saya tak pasti, di tangga dakwah mana saya berada. Memang dakwah adalah nyawa tapi ia boleh lemah dan mati. Jika tak tepat penawar  maka racun jadinya.

Saya berpesan pada diri sendiri yang hina dina ini dan sedara sedari yang budiman.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
-[Al-'Asr 103: 1-3
]

Ujian di Perak lalu dia terbang ke Jordan…

February 5, 2009

Bismillah walhamdulillah..

Jika apa yang berlaku di Perak membuatkan kita lemah dan kecewa, ya kita wajar berperasaan demikian. Saya juga begitu.. Tapi, saya sentiasa positif dalam menerimanya. Saya yakin, kebenaran akan kembali.. Kebatilan akan dikafankan. Pelan-pelan.. Allah tarik dan Allah akan kembalikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki.. Kebenaran tetap akan menang, dan Allah pasti bantu.

Keyakinan yang turun naik ni kekadang buat saya malas memikirkan pasal Dato Nasarudin yang masuk balik UMNO. Takde stand betul.. Dahla masuk bagi salam pun tak dengar, keluar pun tinggalkan taik kucing kat depan pintu rumah! Jangankan nak peluk tuan rumah yang bagi tinggal sepuluh hari, diludahnya pula tuan rumah dengan orang-orang rumah sekali.. Hishhh, pengotor benar sikap orang umno.. Kalau dah memang tak suka nak bersih diri, perangai kotor tu tak malu pulak nak ditonjolkan.. Takpe.. Kita tutup.. Buat masa ni :) Sambung sambil minum radix esok :D

Seorang sahabat saya akan ke Jordan tengah malam jumaat atau awal pagi sabtu, InsyaAllah.. Belum berangkat, dah terasa kehilangan.

“baiii, ana akan tinggalkan korang. Ana akan fly sabtu ni..”

“Sabtu ni!!” Saya memang terkejut.. Hati sayu..

“Dah confirm ke san.. KPT kol enta ke enta confirm sendiri ni?”, saya tanya nak sedapkan hati..

“Baru je dia kol ana.. Allah,, Banyak benda tak setel ni..”, Dia nampak benar-benar gembira.. Memang itupun yang dia nak setelah tak dapat ke Morroco tahun lalu..

Dia betul-betul akan pergi, pergi bukan untuk selamanya tapi 3 tahun memang lama.. Cukup-cukupla dia seorang.. Sahabat-sahabat yang ada, jangan tinggalkan daku kecuali yang nak berumahtangga.. Dibenarkan, dengan syarat kad jemputan mesti sampai kat tangan.. :D

Saya pernah hampir untuk sambung belajar ke UK dua tahun lalu.. Sangat hampir.. Tapi ibu tercinta berat nak lepaskan anak terunanya ni.. Ayah, dia senyum je.. “Ikut mak, ham.. Mak bagi abah benarkan, kalau tak kat malaysia je la..”

Almaklumla, anak lelaki tunggal.. Manis pulak tu.. hehe.. perasan..

Allah..

sahabat-sahabat,

Islam sedang bangkit.. Orang Islam sebenarnya tidak ditindas sebegitu hina seperti yang kita lihat di TV dan baca di dada akhbar.. Propaganda media oleh barat dan Yahudi sudah berlaku sejak sekian lama untuk melemahkan orang Islam.. Tapi kebangkitan Islam tetap dan sedang berlaku.. Ia tidak boleh di halang dan kemenangan yang entah bila pastinya akan terjadi suatu hari nanti.. Itu janji Allah dan RasulNya.. Tak mahukah kita jadi sebahagian dari proses kebangkitan ke arah kemenangan itu? Nah! Kalau kita menggeleng, ada besar kemungkinan kita sama macam perampas-perampas tak tahu malu di Perak.. Kalau kita mengangguk pun sebenarnya belum tentu kita jadi sebahagian yang mengisi kemenangan andai kita balik menambah taik mata, bergoyang kaki dan berpeluk tubuh.. Buatlah sesuatu untuk agamaNya.. Jangan hanya berkelana di masjid sedangkan di luar masih bersepah yang mendedahkan aurat.. Jangan hanya seronok dengan perjuangan kita andai hati dan niat tidak dijaga.. Jangan hanya seronok dengan perancangan andai iman dan amal tak dipelihara..

Mengambil kata-kata seorang sahabat,

“Islam tak pernah perlukan kita, tapi kita perlu kepada Islam.. KIta rasa kita dah bekerja 24 jam untuk Islam tapi musuh bekerja 25 jam untuk memusnahkan dan memporak perandakan perancangan kita.”

Apa intipatinya? MOh, kIta penatkan kepala otak kita untuk berfikir dan terus berfikir.. La ni, saya masih lagi menerima mesej-mesej tanpa henti tentang info-info terkini apa yang berlaku di Perak.. Saya berharap dan berdoa.. Sahabat-sahabat juga InsyaAllah.. Kita semua mengharap sesuatu yang seadil-adilnya berlaku di sana.. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha BIjaksana..

ps: Jangan suka sangat beradix sebab musuh kekadang berair suam je.. Musuh yang sengket la.. hehe.. Peace!!! :D