Archive for the 'koreksi diri' Category

Jangan pernah..

July 15, 2009

Lama benar rasanya.. Nak sentuh keyboard pun kena cari dan curi peluang.. Dahla bukan hakmilik.. Jadi, wajiblah saya menghormati pemilik keyboard dan notebook acernya.. :)

sss

sedara sedari yang budiman,

Apabila kita kehilangan atau kekurangan(lebih tepat) sesuatu perkara yang  dianggap penting dan mesti ada dalam diri sendiri, maka kekurangan itu kadangkala menjadi penghalang besar kepada pencapaian yang lebih baik dalam kehidupan..

Percaya atau tidak, kita lihat diri sendiri!

Bukan setiap masa tetapi sedikit sebanyak itu memang mempengaruhi.. Terkadang kekurangan bukanlah perkara yang ‘existing’ dalam diri kita tetapi ia berlaku disebabkan peristiwa atau keadaan yang menekan..

Terkadang juga, kita sendiri yang mencipta kekurangan atau kelemahan itu.. “Buka pekung di dada”. Kita selalu dengar bukan..

Atau terkadang juga kawan sendiri yang tak reti jaga hati.. Depan khalayak ramai pula tu, diaibkannya kita.. Bagaimana?

Sabar, marah, malu atau sedar yang kita perlu berubah?

Anggaplah ia mudah untuk diselesaikan.. Dah buat, tanggung sendiri..

Atau kita minta sahabat baik untuk membantu. Beri galakan, dorongan dan juga nasihat. Ya, mungkin berbincang adalah cara terbaik.. Atau beruzlah untuk sesi muhasabah berkesan menjadi pilihan di hati.. Mungkin.. Ia juga bagus andai kena caranya..

Saya juga bukan ada strategi khas untuk membuang kelemahan dan kekurangan.. Nak buang sepenuhnya dengan segera pastinya sulit sekali tetapi meminimumkan itu tanggungjawab..

‘Jangan pernah merasa tidak mampu’..

Cuba dan berusahalah..

Pesan Nabi SAW:

“Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,

dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T.”

ps: cuba untuk membaiki rumah yang usang lagi bersawang :)

Baca, faham dan senyum!

June 16, 2009

Nak ‘kemas rumah’. Sebentar saja..

Ya, saya berdepan pelbagai cabaran sepanjang menulis.. Tak kira apa pun maudhu’nya, saya sentiasa belajar berwaspada terutama bab penjagaan hati(niat).. Untuk itu, saya meletakkan FOKUS yang tinggi. Ia bukan penyelesai tetapi lebih bersifat ‘antibiotik’ kepada pejuang biasa seperti saya.. Antibiotik bukan penawar. Ia lebih kepada merencatkan virus-virus perosak yang menghalang dari terus merebak.. Namun begitu, saya berharap agar antibiotik FOKUS yang diambil bukanlah semata-mata untuk mengelakkan perkara-perkara tertentu yang menggangu tetapi juga menjadikan saya penulis yang jujur dan amanah dengan apa yang ditulis.. Dan apa yang paling penting ialah bersabar dan ikhlas dalam setiap apa yang ingin disampaikan agar ianya dapat dihadam oleh pembaca dengan baik dengan menggunakan dua antena kurniaan Allah Taala iaitu hati dan akal..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

subur

Ada orang yang baru berhijrah merungut lembut tentang tempat barunya yang cantik dan subur tanahnya dengan tanam-tanaman yang tinggal mahu dikutip hasilnya. Tetapi ia terbiar! Dibandingkan dengan tempat lamanya yang kontang dan juga tidak subur.. Maka kerjanya banyak.. Nak mencari benih yang sesuai bukannya senang dalam keadaan itu.. Kerja bertahun-tahun, hasilnya mungkin seciput atau lebih teruk tidak ada..    Ya, dia berhak kecewa.. Dia berhak berkata apa saja tentang perihal petani-petani yang mungkin LEMAH di tempat barunya.. Tetapi, tidakkah lebih baik jika dia bersama-sama membantu???

Rungutan tidak akan mengubah apa-apa..  Ia malah akan melukakan hati petani-petani LEMAH yang mungkin dibebani tanggungjawab lain yang lebih menekan.. Justeru, jika kerjanya lebih mudah dengan tanah yang subur maka jadilah sebahagian yang meneruskan tradisi kesuburan dan kecantikan tempat baru itu dengan hati yang terbuka dan gembira..  Berilah sepenuh masa dan kudrat untuk menuai hasil yang sama dikemudian hari..

Atas sebab kesukaran di tempat lama, pengalaman tentu hebat untuk dikongsi maka hasilnya pasti lebih baik, InsyaAllah :)

ps: kata ustaz, “buat kerja untuk Islam banyak  manapun senyum je.. Ingat, semua kita buat dapat pahala..” :)

Maple! Radix kurang susu satu dengan air suam dua :D

Tak biasa tapi nak

May 25, 2009

Bukan kebiasaan bagi saya untuk berjaga semata-mata untuk mengupdate abudarwis.. Dua lima minit pagi.. Jarum jam terus bergerak,, Pencinta-pencinta tahajud sudah bersedia untuk bangkit dari kenikmatan.. Dan saya masih sanggup menahan dari terlena..

Terbalik pulak!!!

Apa yang saya buat ini, belum tentu ada nilainya disisi Allah Taala.. Tetapi, mereka-mereka yang merindui Tuhan ketika manusia lain sedang enak dengan dengkurannya, akan diangkat darjat mereka disisi Allah seperti firmanNya dalam surah Al Israa ayat 79:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

Namun apapun, kedegilan saya tidaklah berpanjangan. Saya sentiasa berharap setiap hari agar dapat berjemaah subuh di surau atau di masjid.. Dan nanti dalam beberapa jam lagi harapan tetap sama..

Jadi, biarlah saya mendidik kedegilan ini dengan harapan yang baik tentang ganjaran besar mendirikan subuh berjemaah.. Kerna subuh gajah itu pastinya dibenci :) Dan saya juga tidak mengiktiraf hari itu sebagai hari yang bagus untuk saya seandainya subuh gajah berlaku :D

InsyaAllah, mudah-mudahan..

Saya berhenti di sini.. Wallahua’lam bissawab..

ps: bahana radix mungkin.. ishkk2!!

Ketuk diri sendiri

April 28, 2009

Saya ulang lagi dalam entri berturut pagi ini..

Sebagai manusia, saya hormati kehendak dan hak individu. Tetapi, sebagai muslim yang percaya akan hari kebangkitan, saya mesti bertegas. Saya belum capai level ketegasan dalam beragama. Jauh lagi rasanya..

Semakin umur meningkat, amanah sebagai anak sulung semakin bertambah. Andai berkorban dalam pelbagai perkara pun, bukanlah suatu yang asing kerna ia memang tugas anak pertama. Lebih-lebih lagi lelaki. Ada sahabat dari Sabah, juga anak sulung lelaki, lama berkelana di tanah semenanjung mencari rezki untuk keluarga di Tawau. Hampir 30 umurnya.

Jadi, andai  rasa berat dengan amanah ini, saya seharusnya berfikir bahawa ada orang lain yang lebih berat memikul tanggungjawab yang sama.

Pesan abah, “Ham mesti kuat. Ham tempat adik-adik berpaut. Mak harapkan ham.”

Saya hanya ada tiga saja adik perempuan. Maknanya kami empat beradik bukanlah ramai. Tapi, saya tidak boleh terlepas pandang terutama dari segi pengisian (tarbiyah informal). Selagi mereka belum berkahwin, mereka tanggungjawab saya. Adik beradik ayah ada 13 orang semuanya. Wah, macamana Pak long nak pantau 12 orang di bawahnya? Abah tak cerita banyak tentang itu. Tapi saya percaya zaman ini cabarannya lain dan mungkin lebih berat. Zaman di mana kita boleh ‘diintai’ dimana-mana secara maya.

Saya bukan lahir dari keluarga tarbiyah. Abah seorang kakitangan felda yang akan bersara hujung tahun ini dan emak surirumah professional. Tapi, sewaktu kecil, mak dan abah sangat menekankan dua aspek iaitu solat dan Al Quran. Ketika umur saya 7 tahun, saya sudah boleh membaca Al Quran dengan baik. Ketika kawan-kawan sepermainan masih merangkak berpeluh-peluh mengeja, saya sudah khatam buat kali pertama ketika berumur 9 tahun. Perasaan bangga seorang budak yang agak  nakal ketika itu sangat tinggi. Maklumlah, nama pun budak.

Pada saya, Islam hanya itu. Boleh mengaji dengan baik, jaga solat, boleh membaca jawi, boleh azan, dan menolong ibubapa. Pada ketika itu, ya.. Bukan sekejap saya kira. Ia lama sehingga umur mencecah 15 tahun. Saya boleh ingat begitulah lebih kurang. Selepas itu, saya mula belajar sendiri untuk memahami. Proses pemahaman tidak berlangsung dengan mendadak. Saya mengambil masa yang panjang dan saya dapat merasakan jalan  menuju perubahan yang dilorongkan dengan terusun oleh Allah Taala. Berkat keinginan yang kuat dan doa yang berterusan, saya wajar berbangga dengan Islam yang ada pada diri saat ini.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

sahabat-sahabat yang budiman,

Mempertahankan kesucian iman dan Islam lebih sukar dari menggapainya. Kita tidak tahu apa muslihat musuh licik yakni syaitan laknatullah.  Dalam acara larian 5000 meter misalnya. Untuk kekal dihadapan adalah lebih sukar kerana pelari di belakang lebih mudah memasang strategi untuk memintas.

Pastinya kita tak rela dipintas. Taknak dipintas, maka stamina mesti power, cara larian kena betul, tepat dan jangan tersadung kaki sendiri.. Akibatnya, boleh jatuh berguling. Sudahlah jatuh, kena pijak pulak dengan pelari-pelari lain.  Silap-silap, jadi ‘cacat’. Ya Allah, sakitnya!

Nauzzubillah! Jangan biar iman kita cacat sedara!

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

Yassin 36 : 60 – 62

Inilah dia! koreksi diri di pagi hari.

Campur cerita lama sikit. Sekali sekala ingat yang lama, ada manisnya. Pahit pun  terasa. Pahit sikit. Tak mengapa. Saya ada agenda baru dengan sahabat-sahabat hari ini. Al maklum, meraikan diri sendiri yang baru lepas final exam. :) Tengoklah, kalau menarik boleh dikongsikan. Kalau tidak, senyap-senyap jelah.. he hee..

Wallahua’lam..

ps: sebelum masuk agenda baru, kena pekene radix dulu :D

Hakikat zaman ini

April 27, 2009

Sekarang bukan seperti zaman mak ayah kita. Zaman sekarang zaman selesa. Zaman senang. Maklumat di hujung jari. Zaman di mana manusia mencipta dan merebut peluang. Jauh sekali zaman ini seperti zaman sebelum kedatangan Rasul SAW. Biarpun Islam semakin dagang tapi agama Allah ini masih lagi dibela dan dimartabatkan.  Zaman ini, ilmu agama terlalu mudah untuk diperolehi. Tak macam orang-orang dulu. Berjalan kaki berbatu-batu semata-mata mencari ulama dan guru. Kalau malas nak dengar kuliah di surau atau masjid, kuliah online berlambak. Ustaz apa nak. Tok Guru mana. Semua ada. Tinggal diri sendiri je.

Tapi still lagi ada segolongan yang duk fikir yang depa ni berada di zaman sebelum merdeka atau lebih parah zaman sebelum diturunkan penyelamat, Nabi Muhamad SAW. Senangnya, zaman jahiliah.

Terukkan?Ya, memang teruk. Di kala begitu banyak surau dan masjid di bina masih ada lagi yang memekakkan telinga pabila azan berkumandang.Berkumpul, berborak dan mengumpat kemudian ketawa terbahak-bahak seolah-olah masa dan waktu milik peribadi.

Bang, maghrib pendek je oi! Taknak solat ke?”

Dalam hati je mampu. Sungguh, saya tak berdaya. Di kawasan bandar seri putra ini, ada empat atau lima buah surau yang dibina atas dasar sayang agama. Selain masjid Kampus Al Azhar, milik KUIS yang biasanya menjadi tumpuan pada hari jumaat, surau-surau disekitarnya turut aktif menjalankan kuliah dan ceramah mingguan.

syakirin

Antara surau yang ada di BSP

papan-besarJusteru, memang saya sukar untuk terima keadaan ini. Umat Islam Malaysia menjadi begitu manja dan selesa. Nak tunggu kena serang dengan musuh Islam baru nak belajar solat jemaah. Baru nak ingat pakai kain pelekat. Baru nak cari kopiah yang dah berhabuk. Nampaknya, bala tsunami 2004 belum cukup menyedarkan. Bala tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu belum boleh mengubah sikap. Nak tunggu kiamat?

Enta kena paham, hidayah milik Allah.

Memang hidayah milik Allah. Tiada keraguan walau sedikit. Tapi bagaimana dengan akal pinjamanNya? Kita letak mana. Kalau kata letak kat lutut, marah! Allah suruh fikir, malas!

Zaman sekarang, setuju atau tak, ungkapan hidayah digunakan untuk melepaskan diri.

“Awak ni bila nak pakai tudung dengan sempurna.”

“Tak dapat hidayah lagi. Nanti, nanti laa. Lepas kawin kot. hehe.”

Siap sengih macam dosa pahala kat tangan dia…

Moga Allah ampunkan dosa kita semua.. papan-tnda

Iman senipis bawang. Maka dengan iman yang serba lemah ini, saya menyatakan semua ini atas dasar cinta dan kasih saudara. Atas dasar manusia, saya hormati hak dan kehendak individu. Tapi atas dasar I’m a Muslim dan iluvislam, saya wajib untuk bertegas semampunya.

Setakat ini, saya masih tidak tahu ditangga dakwah mana saya berada. Namun, saya akan berusaha untuk terus berada di tangga dakwah ini dengan keupayaan dan kefahaman. Moga saya mampu naik ke tangga seterusnya dengan pautan  dan pelukan sahabat-sahabat sejalan.

Hanya jalan ini, Untuk Islam yang kucintai dan kerana Allah, Tuhan Rabbul jalil..

Ya Allah tetapkan kami di atas jalan agama MU dan ketaatan kepada MU.. Amin ya Rabbal ‘Alamin..

ps: moga matlamat untuk berjoging di taman tasik cempaka esok terlaksana. Lepas tu, beradix la :)

Exora, D46T DAN Sebelum sesat

April 23, 2009

Seringkali berbicara tentang jihad dan syahid. Pejuang muda seronok dan senantiasa bersemangat berbincang tentangnya. Dengan raut wajah yang serius. Jari jemari basah berpeluh seolah-olah membilang-bilang tarikh keramat yang belum pasti untuk terkorban mulia di jalan Allah.

Ditambah keadaan Islam yang semakin dagang, menekan umatnya untuk terus berjuang. Kepala otak makin sarat, fikir pasal umat. Diri sendiri kekadang terabai. Dan juga kusut masai. Tak terurus..

“Untuk Islam, biarlah aku begini.”

Sampai tara itu. Hebat. Orang muda memang hebat.

“Aku nak buat begini, lepas tu begitu dan akhirnya aku akan dapat beginun.”

Ya. Dan saya mengiaya lagi.. Dan lagi..

Kemudian, lemah.. Termenung dan duk membebel sorang-sorang, “Bilala dapat “test-drive” exora ni? :)

Baguskan proton! Dah ada MPV. Lepas ni SUV pulak. Perodua takkan senyap. Kita tunggu, boleh tak MPV perodua compete dengan Exora? Nampak macam boleh je. Paultan kata, harga seunit Perodua MPV D46T  yang bakal dilancarkan pada suku ke 3 tahun ini, dijangka RM57K hingga RM66k. Kalau nak buat perbandingan dari segi harga, D46T(nama-kod sebelum launch) dah menang. Lain-lain kita tunggu.

1large

Sumber : Paultan.org

Sesuai untuk yang baru berkahwin. :D

Sikit je, tak boleh banyak-banyak.. :)

Aik, apa ni? Cerita pasal jihad, syahid tetiba masuk kereta pulak. Apa kes?

Haaa, itula asam garam dalam nak mengupdate blog. :D Sebelum nak publish apa-apa entri ni, pemilik blog kekadang macam orang kena strok, kekadang macam kena heart attack ..  Lepas tu, sihat mengejut. ‘Sakit’ datang tak menentu..

Jarang-jarang, update blog sambil gelak sendirian. “Gilo apo?” Ada, memang ada sekali dua. Macam kena rasuk. Sebab baru lepas baca ujang. :D Nasihat saya untuk diri sendiri, sebelum update blog, tahajud dulu.. Kemudian solat taubat.. Takut depan Allah, menyesal tak sudah. Ni dok, baca ujang!

Tapi, ok jugak sebenarnya. Cuba beli ujang yang terkini. Banyak mesej tersirat tau! Tak baik. Sori yek Pak Din!! Better baca kalau tengah tension keletihan. Dulu ada komik lanun, lepas tu lanun kena gam. Tak tahulah gam apa. Gam gajah atau beryani gam. Kunun-kununnya memedaskan dan memakan dalamkan kerajaan UMNO. Pelik! Apapun, sangat-sangat la bagus komik ni. Kartun islamik belaka. Saya setuju sekeras-kerasnya komik-komik begini diwujudkan kembali. Hahaha, setuju sekeras-kerasnya :D

Ok sahabat-sahabat,

Sebelum saya meleret entah kemana dan semakin jauh sesat, saya berpesan lagi agar kita semua mendidik diri untuk bertanggungjawab, amanah dan mengambil berat dalam setiap tindakan. Ia akan menjadikan kita serius setiap masa. Serius tidak bermakna mesti jalan tunduk, muka berkerut, mulut muncung, tangan asyik menggenggam, lengan di kepala, di library kebanyakan masa, tak mahu menonton spongebob/Wonderpets dan dah tak reti nak senyum. Tapi, serius ialah keupayaan kita untuk grab dan adapt dengan keadaan semasa.

Nasihat lagi, jangan jadi macam Patrick.. he he..

Memasyarakatkan dakwah..

Semoga saya mampu dan kalian juga. InsyaAllah Taala :)

ps: Keupayaan dakwah dan berRadix di tepi highway :)

Cerita dakwah dulu dan perubahan

April 15, 2009

Dulu, saya amat keras dalam menegur.  Saya hampir jahil dalam berhikmah. Rasa saya..

Percaya atau tidak, saya pernah dipulaukan oleh sekumpulan pelajar kerana menegur mereka yang ketawa terbahak-bahak. Ada di antara mereka berkata dengan teriak yang jelas,” nak tegur pun, berhikmahla sikit.” Ingat kami murahan ke?”

Pada hemat saya ketika itu, hikmah itu seolah-olah berlemah lembut semata-mata. Bagaimana mungkin sekumpulan pelajar perempuan yang elok bertudung, berkumpul dan ketawa sehingga kelihatan anak tekak mahu ditegur secara berlemah lembut. Saya marah.. Ia seolah-olah menjatuhkan terus martabat kaum hawa yang selalu dikaitkan dengan perasaan malu.

Saya jadi ketakutan selepas itu. Saya bimbang kalau-kalau mereka terus-terusan mencabar kerja kecil saya untuk agama. Saya risau andai teguran itu langsung tidak diendahkan dan mereka menjadi semakin berani untuk melanggar batas-batas yang perlu ada dalam diri seorang wanita beriman.

Kebimbangan saya jadi kenyataan. Saya gagal. Malah saya dibenci untuk tempoh yang agak lama.Dalam tempoh beberapa ketika, saya agak terkejut kerna hubungan saya dengan mereka pulih dengan sendiri tanpa dipaksa.

Mereka amat segan dengan saya selepas itu dan saya sendiri rasa dihormati lagi dihargai. Itu yang saya rasa dan itu juga yang diberitahu..

Mereka ialah rakan  sekelas semasa diploma..  Itu cerita lima tahun lalu. Cerita kerja dakwah budak umur 20 tahun.

Kini, ia nyata berbeza. Pendekatan nampak sedikit ‘open’ tapi masih lagi kelihatan tegasnya. Itu apa yang dilihat sahabat-sahabat sejalan. Bukan syok menilai diri sendiri..

Saya masih belajar dan mencuba yang terbaik untuk agamaNya. Itu pasti..

Keinginan berdakwah, menjadikan saya seorang yang sangat serius. Dakwah menjadikan saya matang dalam berfikir. Ia membuatkan saya belajar cara hidup bermasyarakat. Bagaimana berdepan dengan mad’u pelbagai gaya, dan latarbelakang.

Memerhati perangai sekumpulan  pelajar sekolah menengah misalnya. Saya lihat saya di dalam mereka. “Aku pernah begini dan aku perlu faham.” Bayangkan pula saya adalah mad’u.. Saya mahu ditegur cara yang bagaimana.. Cara kasar, lembut, lawak atau bagaimana.

Saya tahu ia bukan mudah. Silap langkah, mad’u akan semakin jauh dengan Tuhan..

Pengalaman di SEPINTAR menceritakan sebahagiannya.. Bukan keseluruhan lagi. Mereka agak bertuah kerana berada di sekolah dimana biah solehah masih hebat terpelihara.

Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah harian biasa yang pelajar-pelajarnya ‘bebas keluar masuk’?

Ia cabaran besar buat saya sendiri kerana adik bungsu saya sendiri baru berada di tingkatan dua yang turut bersekolah di sekolah harian biasa.

Sahabat,

Cerita dakwah, berdepan masyarakat, dan sebagainya takkan habis di sini. Dakwah tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung jasad.

Dakwah adalah nyawa dan ia milik Allah.. Bukan hak kita memikir jayanya dakwah. Hak Allah semata-mata.

Sebagai akhirnya buat masa ini,

Dari abu said al Khudri r.a. katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangan. Jika sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Jika sekiranya tidak juga ia mampu maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Dan yang demikian itu, adalah selemah-lemah iman. (riwayat muslim)

Teruskan bekerja untuk agama Allah dan keranaNya :)

Cerita Pasal rokok

April 14, 2009

Andai dikenang-kenang sejarah silam pasti pelbagai perasaan timbul. Tidaklah silam sangat. Umur saya pun baru nak masuk 25.. :)

Terkadang ketawa sendiri, terkadang sedih menyesali hingga mengalir air mata tanpa disedari..

rokok11Terkadang lagi perasaan bangga menyelebungi diri kerna berjaya menjaga kesucian diri dari dicemari najis rokok ketika diri dikelilingi perokok-perokok amatur dan Professional. Itu waktu di sekolah menengah..

Saya masih ingat, waktu hari pertama mendaftar tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, abah  berpesan:

Duduk asrama jangan macam-macam. Abah tahu ham merokok, siap! Berhenti sekolah, duduk rumah.”

Abah memang garang dulu. Garang nak didik anak. Bukan nak dera. Tapi, amaran keras abah waktu nak ‘melepaskan’ saya ketika itu, tidak menimbulkan sebarang kerisauan melampau bahkan saya hanya tenang mengangguk.mom-rokok

Jangan diajar

Saya tahu saya boleh bertahan. Saya anti asap. Saya tak boleh terima walaupun sekali untuk membenarkan paru-paru saya dimasuki asap.Saya berjaya untuk tidak mencuba walaupun sekali sehingga tamat sekolah.

Jika boleh pun sekarang, ia berlaku tidak sengaja samaada ketika menunggang moto, berjalan kaki, di kedai mamak dan ditempat-tempat awam. Maklumla, malaysia ni banyak asap. :)

Saya tak benci dan tak boleh nak membenci orang yang hisap rokok. Cuma kecewa. Tak tahulah.. Apa guna benci. Ramai perokok dikalangan kawan dan kenalan, mereka sangat baik. Kebanyakan mereka tahu mereka teruk dengan tabiat merokok dan mahu berhenti tapi malanganya tidak berdaya kerana kurang sokongan kawan serta keluarga. Jadi, selagi boleh saya akan memujuk dan memberi sokongan padu supaya mereka berusaha meninggalkan tabiat buruk tu.  Sokong dan pujuk dengan memaksa. Paksa sayang :) InsyaAllah..

Saya memang suka orang yang suka rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Tapi ada dikalangan mereka mungkin perokok. Ishkk.. Perukuk yang perokok. Macamana tu?

Kalau pak Ustat atau tok imam merokok di depan kita? Apa rasa ye?2113746649_b2da833799

Berhenti kat sini pasal rokok. Banyak sangat  sampai macam nak tertelan asap.. Uhuk2.. Jangan memain! Walaupun tak merokok, tertelan asap rokok lagi bahaya lebih-lebih lagi yang keluar dari perokok.  Ia dipanggil merokok secara pasif (passive smoking),,

Udah le. Saya gerun.. Kesannya kepada orang yang tidak merokok  dari segi kesihatan  lebih dahsyat dari kesannya terhadap perokok. Kasihan sungguh!

Tidak mengapa. Moga Allah ampunkan dosa kita semua :)

Sahabat-sahabat yang budiman,

Cerita hari ini adalah hadiah. Esok dan lusa belum tentu. Masih misteri..

Memetik kata master Oogway kepada Po dalam Filem animasi mantop Kung Fu Panda:

Yesterday is history, tomorrow is a mystery and today is a gift”

Nikmati hari ini sebaiknya. Kenanglah apa yang berlaku semalam dengan senyuman. Berdoalah sebanyak mungkin agar misteri dihari esok menjanjikan sesuatu  yang baik dan menyenangkan. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya..

ps: Dan ketahuilah sahabat-sahabatku, rasa kopi radix sangat sedap jika ia dibuat di dalam gelas kecil dengan hanya sedikit susu pekat manis. :) Tepuk dada tanya selera.. Maaf kepada perokok. MOga anda bahagia..

Pagi ini…

April 12, 2009

Awal pagi yang menyejukkan.. Terasa kedinginannya menusuk ke tulang.. Jam dinding rumah menunjukkan 06.48 pagi..

Intro yang baik :)

Nantikan, kehadiran novel pertama saya yang dalam angan-angan untuk disiapkan :D

Cerpen pun merangkak, novel kunun.. he he.. Perlian untuk diri sendiri :)

Bangkit, bangkit…

Wahai pemuda Islam,

Mari bangkit berjuang

kita tegak syiar Islam

Janganlah takut, janganlah bimbang,

Ingat syurga menjadi Idaman,

Allahurabbuna, Allahu Ghayatuna

Allah Tuhan kami, Allah matlamat kami,

DariNya kita datang,

Dan kepadaNya.. Kita kembali..

Teringat SEPINTAR!

Kredit to akh Izad kerna lagu terakhir kami ini.. Dari 5 lagu kawan-kawan.. haha, banyakk.. Bayangkan, betapa ’seronok’ hadirin yang mendengarnya :D

1 Sedang berlatih untuk tidak gugup
ps: Sengaja dikaburkan untuk tujuan keselamatan :D

Saya memang tak mengharap apa-apa melainkan semangat juang kami yang takkan layu.. Semangat dan faham. Semangat saja tak cukup. Andai semangat Jihad tidak dikepilkan dengan kefahaman ‘apa itu jihad’ maka ia akan jadi rosak. Pandai bicara tentang jihad tapi tidak ada semangat untuk ‘fasa pengapalikasian’ ia juga sia-sia. Ramai orang termasuk saya mungkin ada kurang di mana-mana..

Tidak mengapa..

Kita baiki sama-sama.. Tiada istilah terlambat bagi yang mahu..

Taknak takpelah.. Nak, kena berusaha.. Jangan di’lempang’ dan di’heret’ yang taknak.. Biorkan.. Pelan-pelan :)

Ada kelas jam 9 nanti.. Saya nak ‘prepare something’.. Nak ‘lempang dan ‘heret’ diri sendiri. :D

Saya agak ‘frust’, Man City kena tibai malam tadi.. Tapi saya lagi ‘frust’ kalau ‘kabinet baru’ cepat rosak.. Nak tukar lama lagi pulak tu.. 5 tahun sekali..

Eh, apa pulak! Ok la tu.. Cepat rosak, cepat la kita ganti dengan ‘kabinet tahan lama‘ dari ‘kedai Islam‘.. :D

InsyaAllah, wallahua’alam..

ps: Sebelum kelas bermula, kita radix dulu!!! (bagi yang puasa sunat, teruskan)

Langgar pantang dan kalah godaan

April 12, 2009

Keadaan saya tak berapa baik ketika ini. Akibat terlanggar pantang, saya sedang melalui kegatalan hidung dan mata yang berair tahap sederhana..  he he.. Macam mustahak sangat!

Ni baru terlanggar pantang.  Dah seksa menggonyoh hidung :D Ishkk2..

Teringat dialog dalam Pendekar Bujang Lapok ni..

“Eiii, apa macam daa ramli! segala pokok bakau, batu engkau langgar ramli!!”

Pada hemat saya yang lemah ini, orang yang langgar larangan Tuhan dan buat dosa bukan tidak takut Allah.  Tapi, orang buat dosa kerana kalah dengan godaan. Godaan kawan, godaan kemewahan, kemasyhuran, wanita dan keseronokan PS2. Aikkk, PS2 pun ada :D

Mestilah! Ada orang sanggup tak makan sebab PS2. Sanggup tinggal solat sebab bahana keseronokannya.. Tak percaya tanya yang selalu main :D

Kepada yang kaki PS, klik kat link ni :

Stop a While

Selingan…. :)

Dalam surah Yassin ayat 60, Allah mengingatkan kita melalui firmanNya:

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Sahabat-sahabat,

Akhirnya, kita tahu bahawa punca segala godaan tak lain dan tak bukan ialah dari nafsu jahat dan syaitan laknatullah. Kita tahu tapi selalu buat tak tahu dan buat-buat hilang pedoman.

Firman Allah lagi dalam surah yang sama ayat 62:

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

Bukan bilang lebih kat orang lain. Saya pun sama malah lebih lagi rasanya..

Akhir sekali, sambil menikmati kopi radix mungkin :) , moh hayati lirik lagu ni:

Sebelum Terlena

Oleh: Hijjaz

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam

Sujudku menghambakan diri

Akan kuteruskan pengabdianku padamu