Salam Ukhwah
Secawan radix untuk dinikmati bersama
Banyak perkara sudah saya pelajari sepanjang bekerja. Hujung bulan ini akan genap setahun tiga bulan. Kena marah tu biasalah. Kena caci saja belum. Majikan orang melayu Islam juga. Consider la kan
So, marah-marah sayang lah.

Orang kata, kalau majikan berbangsa cina bukan setakat kena caci maki hamun, lebih lagi dari itu. Apa yang lebih? Dahsyat la maknanya kan. Nak solat susah. Kerja mesti perfect. Tapi gaji ‘masyuk’. ORANG KATA. Wallahua’lam. Belum ada pengalaman. Akan datang, InsyaAllah. Kalau majikan orang India? saya belum pernah dengar lagi ORANG KATA
Pengalaman bekerja memang mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih cekap dan tegas. Cekap dan tegas dalam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim. Degil pun ya juga. Degil yang macamana tu? haa, degillah degil. Degil yang positif. Misalnya, kalau bos nak kita hadiri mesyuarat di tempat sekian-sekian pada pukul 2. Sampai pukul 1.55… Belum solat zuhur lagi. Jadi, masa tu kena degillah. Solatlah dulu. Biarlah orang tunggu dan marah. Mana satu yang patut kita lebih bimbang. Kemarahan manusia atau kemurkaan Allah? CONTOH! Tapi, lain kali janganla sampai lambat
Mesti punctual maaa
Kata Nabi SAW:
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah serahkan kita kepada manusia…
Ingat lagi kata-kata mencabar pensyarah FTSI KUIS, en Syarbaini (bakal doktor
“Awak sekarang boleh lah gembira. Solat jemaah 5 waktu takkan ada masalah kan, masjid depan mata. Itupun ada yang sangkut. Esok bila dah masuk industri, awak rasakanlah kesulitannya.” “Aik? Takkan mantan Presiden PMIUTM cakap macam ni? Patutnya bagilah semangat ke, galakan ke”. Saya senyum saja. Dalam perasaan bercampur yang dah mula timbul tu, saya sempat lagi membalas, “Biasala tu encik, hehe.” Encik Syarbaini pun senyum juga.
Tapi, saya lupa yang beliau juga pernah bekerja sebagai pengaturcara selama 5 tahun. Tentu beliau sudah merasai cabarannya berada dalam industri. Itu sebabnya. Beliau cuba mengingatkan. Ia sangat memberangsangkan. Kuat Adham, kuat!

kUIS. Rindu pula nak kembali ke sana. Namanya mungkin tak sehebat UIAM. Tapi sekarang macam sudah semakin hebat. Politik kampusnya semakin hebat. Dengar cerita begitulah. Pimpinan MPM (dulu MPP) sekarang pun buat perkara yang ‘hebat-hebat’. Sampai jadi pelik dan terbalik. Tidak mengapa. Cabarannya berbeza setiap zaman. Saya tak mahu menambah kocak lagi air yang sudah sedia keruh. (perumpamaan terbaru). Semoga berjaya sehingga ke akhirnya.

Pergaulan dikalangan siswa dan siswi KUIS pun makin hebat dan mantap. Semakin berani! Bagus, bagus. Tugas para pencinta biah solehah bertambahlah gamaknya. Tidak mengapa. ‘Ganjaran besar’ untuk kalian. Haa, jangan tak buat kerja pula. Kopiah putih di kepala dan janggut yang tersusun rapi itu jangan dibiarkan hilang nilainya. Kalau tak samalah kita dengan vokalis metalicca. Berjanggut juga apa?
Yang saya suka, muslimat yang berniqab semakin ramai. Wah, semakin ramai ‘ninja-ninja’ di KUIS. Gembira saya melihatnya. Jangan salah anggap pula. ‘Ninja-ninja’ kan pejuang
Kiranya, kalian ini sedang berjuang menghidupkannya kembali setelah sekian lama. Tidak mengapa. Tapi, tanya sentiasa pada diri, untuk apa kalian berpurdah? Aurat kalian sudah sempurna bukan tanpa perlu berniqab. Saya tidak membantah. Adik saya sendiri sudah mula berpurdah. Berpurdahlah. Tapi, lihat sekeliling kalian sebelum mengenakannya. Lihat mad’u kita. Mereka selesa? Jika ya, teruskan. Jika tidak, fikirkan kembali. Sesuaikannya.
Lelaki? Emmmm.. quite complicated. Kalian bertutup muka sekalipun sehingga mata tak kelihatan, hati lelaki-lelaki ’soleh’ masih suka berbisik “siapakah gerangannya gadis disebalik kain itu?” Inikan pula yang tak malu langsung menayangkan auratnya. Pandangan saya secara umum. Maafkan saya jika tidak bersetuju.
Ya, syaitan memang rajin berusaha. Sikit pun jadilah. Asalkan umat Muhammad tewas.
Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”. (Al Mukminun 23: 97, 98 )
Haha.. Bila cerita pasal KUIS mesti jadi serius. Ayat pun dah lain. Mujurlah, belum sampai tahap lain macam. Tak tahulah. Sayang barangkali. Sayangla, tempat menadah ilmu. Biarlah orang nak cakap KUIS ni low-standard ke, low-quality ke, masuk dulu tengok.. Ada tasik lagi
Hari-hari boleh tengok komuter tau.. hehe..
Sejak dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, ada yang sangsi nak menghantar anak masuk ke KUIS. Ada yang menyamakan situasi KUIS ketika ini dengan KUSZA satu ketika dahulu yang pernah berada di bawah permerintahan PAS pada 1999. Entahlah.. Mungkin sahabat-sahabat boleh membantu. Yuran mahal? Ya, tidak saya nafikan. Entahlah, saya sekali lagi tidak berkemampuan memberikan jawapannya. Jawapannya ada pada pihak Pengurusan KUIS sendiri.
Huh! Masa sangat pantas berlalu. Rasanya seperti banyak perkara yang sudah saya terlepas. Waktu benar-benar cemburu. Langsung buat diri ini tiada peluang untuk memeluk tubuh dan bergoyang kaki biarpun seketika. Allah.. Allah..
Beberapa minggu lalu, penghujung program realiti TV Akademi Nasyid, penyanyi yang digelar ‘papa-rock’ Ramli Sarip diundang sebagai penyanyi jemputan. Nyanyian lagu lama “Perjalanan Hidup” hampir-hampir membuatkan saya……… Tak terkata. Liriknya hebat. Saya tutup entri kali ini dengan lirik lagu yang menyentuh hati ini.. Wallahua’lam bissawwab.
Perjalanan Hidup
Oleh: Ramli Sarip
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata hidup ini
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Dr Wan Zawawi Ibrahim
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd