Archive for the 'pandangan' Category

Jangan PAUSE sokmo; tak semua yahudi jahat?

April 29, 2009

gabai

Sungai Gabai

Jiwa ketika ini benar-benar menyenangkan.. Hempasan air terjun sungai Gabai dari tingkat ke tingkat diserikan dengan suasana HIJAU hutan yang saya kira masih terpelihara, membibitkan ketenangan dan kedamaian. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Benarlah bahawa apa saja ciptaan Allah Taala sangat menguntungkan hamba-hambaNya.

Cumanya, samaada kita sedar atau tidak, kita sulit sekali mahu mengucap syukur. Malas! Kita ego dengan Pencipta. Kita sangka kita lebih faham diri sendiri. Hakikatnya, yang lebih mengetahui ialah Tuhan, Allah Rabbul Jalil.

Ibarat karipap daging yang lazat. Apa rahsianya? Sudah tentu yang lebih arif ialah orang yang membuatnya. Begitu juga dengan manusia. Allah yang menjadikan manusia. Allah yang memberi rezeki, menghidup dan mematikan. Allah jualah yang memberi dan merampas kembali apa yang telah dikurniakan. Lantas, kenapa kita begini? Fikir!!!

Pause ll

Saya akan ‘Play‘ balik nanti.. Kalau saya teruskan, nanti ada yang tekan butang ‘forward‘. Takpun ‘next‘. Dah banyak kali sangat sampai ‘stuck‘. Akibatnya, ‘control‘ > ‘alt‘ > ‘delete’.. Kemudian, ‘end task‘. Hehe.. Masak.. :D

Saya tak reti putus asa. Cuma kekadang terasa tua bila banyak sangat membebel kat blog ni. Banyak membebel tandanya sayang. :) Kita tengok ibu. Menurut pakar, berbanding ayah, ibu lebih banyak bercakap (membebel) dari ayah. Ibu suka mempamerkan sayangnya. Manakala ayah, rasa sayang jarang-jarang ditonjolkan.. Ayah lebih suka untuk bersikap lebih ‘cool’ dan ‘macho’. Saya tak pasti dari segi ‘percentage’.

Justeru, buat masa ni biarlah saya pamerkan sayang saya pada kalian yang budiman. Esok-esok, dah jadi ayah lain la cerita kan :D InsyaAllah..

Maafkan saya.. :)

Nasihat pakar, jangan  tekan butang ‘pause’ secara mengejut ketika sedang berfikir. Biarkan ia bergerak mengikut tempo pemahaman. Andai perlahan, raikan ia. Andai laju, jangan biarkan ia terbabas. Jika tidak, teruk nanti..

Saya akan minta sedara sedari berfikir lagi..

‘Bukan semua yahudi jahat‘.

Dulu saya sangka semua yahudi jahat, kejam dan menyokong penubuhan negara haram Israel di Tanah Palestin. Saya benci melihat Yossi benayoun, pemain Israel yang bermain untuk Liverpool. Benci!! Biarpun, ’skill’nya hebat dan ‘control ball’ nya menakjubkan, saya tetap mengecam yahudi keseluruhannya.

4897178

Yossi Benayoun

Tapi, lagi sekali, ‘Bukan Semua Yahudi Jahat’.. Jadi siapa yang jahat sebenarnya? Zionisme tu menate gapo pulok?

Yahudi memang terkenal dengan sifat jahat dan kejamnya sejak zaman para Nabi lagi. Sehinggalah, zaman Rasulullah SAW, bangsa Yahudi diusir keluar dari Madinah. Sejak dari itu, bangsa Yahudi hidup dalam buangan dan mereka hidup di merata tempat. Akhirnya, wujudlah dua kelompok iaitu Ashkenazim (80%) dan Sephardim (20%). Sephardim adalah keturunan bani Israel, dari Nabi Yaakub iaitu bapa Yusuf dan anak kepada Ishak. Ashkenazim pula adalah dari keturunan Khazaria yang diyahudikan sekitar tahun 711 masihi.

Zionisme pulak, ialah aliran politik yang penting dan menjadi dasar penubuhan negara Israel. Jadinya, zionis bermaksud orang yang mendokong fahaman zionisme. Saya nak jelaskan di sini, bukan semua yahudi menyokong zionisme dan penubuhan negara haram Israel. Dan, bukan semua pendukung zionisme adalah yahudi. Terdapat sebilangan besar penganut kristian juga menyokong zionisme.

Untuk, itu, ada dua hujah:

  1. Yahudi juga berasal dari Bani Israel. Ramai Nabi dan Rasul dikalangan Bani Israel di turunkan untuk menyelamatkan mereka.
  2. Ramai dalam kalangan Yahudi yang anti-zionis termasuk paderi mereka (rabbi). Mereka turut bekerjasama menentang zionisme dan Israel. Ramai juga yang memeluk Islam dan menjadi tokoh hebat seperti Muhammad Asad (Leopold Weiss) dam Maryam Jameelah (Margaret Marcus).

Kesimpulan untuk difikirkan, jangan mudah mengatakan bahawa semua yahudi jahat, busuk dan kejam.Yossi Benayoun mungkin mewakili negaranya Israel yang jelas-jelas haram. Tapi, perlu diingat bahawa negara haram Israel telah ditubuhkan di atas tanah Palestin sejak 15 Mei 1948 iaitu 61 tahun yang lalu. Benayoun mungkin antara manusia-manusia berbangsa yahudi generasi ketiga atau keempat yang mendiami Israel. Saya bukan peminat Benayoun. Tapi, yang penting pointnya di sini, ‘bukan semua yahudi jahat’.

Oleh itu, saya sesekali tidak boleh menyalahkan diri sendiri yang baru belajar dan tahu selepas mengkaji. Saya juga tidak boleh menuding jari kepada yang tak suka dan malas buka buku atau mudahnya berat nak ‘explore’ sendiri tentang perkara-perkara yang tidak pasti.

Jadi, berubahlah..

Berubahlah demi kesejahteraan agama.

Kerana Allah suka pada orang yang berfikir dan mengkaji dari yang taklid membuta tuli :)

Moga saya juga benar-benar berubah..

InsyaAllah Taala..

ps: Belilah buku “Online dengan Tuhan” untuk menggali benda yang best dan kupasan yang menarik. Baca sambil pekena radix suam.. MasyaAllah, enak sekali :)

Jangan sangka..

March 16, 2009

Memang banyak perkara diluar jangkaan berlaku. Tanpa sebarang alat sokongan, memang sulit untuk mengagak kecuali dengan naluri seorang manusia berdosa yang selalunya tersasar. Alat sokongan pun takde sebenarnya melainkan imiginasi yang tinggi selepas menonton final destination. Atau mungkin peminat setia ‘that’s so raven’. Nasihat saya, jangan cuba jadi Raven di rumah. Agak-agakla nak berangan ada kuasa psikik. Poning mak ayah karang..

Saya memang tak sangka Man Utd akan ditibai LIverfool kelmarin. Saya tertanya-tanya adakah Van Der Sar tersalah telan ubat atau ferdinand dipaksa ferguson untuk turun bermain walaupun tak cergas atau mungkin david blane punye kerja. Rupanya tidak.. Selain Vidic yang diarah keluar padang, Anderson budak brazil tu (yang selalu je tension bila main) yang tak berapa nak menjadi. Salah strategi pun ya jugak. Second half baru sibuk nak masukkan berbatov dengan dua orang kuda tua yang masih lagi hebat. Siapa lagi kalau bukan Giggs dan Scholes. “Sayang semuanya, sudah terlambat”. Takpelah.. Bola kan bulat. :)

Final Swiss Open, Chong wei macam biasa, jumpa budak lin Dan lagi . Masa final All England kena belasah straight set. Kali ni, Lin Dan kena belasah balik. KIra depa berdua ni macam Federer dengan Nadal la.

Memang susah nak ramal.

Kena saman. Ni pun satu. Elok-elok pakai sit belt, takde pulak JPJ atau trafik nak buat operasi. Terlupa sekali, elok keluar roundabout nah kat situ road-blocknya. Allahuakbar.. Dahla kereta hijau, sticker cermin dah macam nak pergi perang, masa tu plak berkopiah putih dengan adala janggut separa matang. Semacam Peg. JPJ tu tengok.

“Kenapa tak pakai sit belt?” soal peg. JPJ tu..

Saya tak jawab + senyum yang dah masuk ke tahap sengih. Dah memang salah.. Walaupun undang-undang dunia tapi kalau nak argue dengan Peg JPJ tu bukan dapat apapun. Makin dapat susah ada. Ambil saman, lepas tu sorok, jangan sampai diketahui ibubapa. Pandai-pandaila setel sendiri. he he.. Allah..

Kehidupan ni, kalau kita boleh ramal apa yang berlaku memang bagus. Maknanya kehidupan mungkin akan sempurna. Matlamat boleh capai dengan sangat mudah. Dan kita sukar untuk ditewaskan. Tetapi Allah menjadikan kita ini, manusia yang mempunyai kelebihan tersendiri yang terhad supaya kita tahu bahawa penciptaan kita di dunia ini tertakluk di bawah pemerhatian dan pengawasan. Kita perlu berusaha kemudian berdoa supaya permintaan dikabulkan. Sebaliknya jika tiada daya usaha maka kehidupan ini akan menjadi susah dan sempit.

Manusia yang dikurniakan kepintaran tidak akan mendapat tempat di dunia jika tidak berusaha dan merancang untuk berjaya. Sejarah manusia pintar di negara kita, tidaklah begitu baik untuk dikenang. Ia kekadang menakutkan. Saya fikir budak pintar seperti Adi Putra tidak seharusnya diberi terlalu banyak keistemewaan. Cukup kita tahu dia pintar dan layan dia seperti yang lain. JIka dibuat pengasingan maka dia akan semakin jauh dengan kanak-kanak yang sezaman dengannya. Dia akan keseorangan dan sendiri rasa terasing. Saya percaya keadaan ini akan memakan dirinya kelak.

Sejarah memang tidak boleh dijadikan satu-satunya kayu pengukur tapi sejarah berkaitan manusia biasanya tepat kerna ia lumrah.

Jika menanam sebatang pokok rendang yang tidak kuat akarnya maka ia tetap akan tumbang akhirnya. Ribut taufan tidak akan memilih. Maka, segeliga mana manusia sejak kecilnya jika tidak dibajai dengan asas agama yang cukup maka mudahlah hanyut dibawa arus jahilliyah. Na’uzbillah min zalik..

Maka sehebat mana Man Utd dipersada liga, jangan sangka chelsea atau liver’fool’ akan memintas mereka dipenghujung saingan. Sehebat mana rekod Lin Dan ke atas Chong Wei, jangan sangka dia boleh menang setiap kali berjumpa. Sehebat mana Peg JPJ dan trafik menyaman manusia bersalah di jalanRaya, jangan lupa bahawa Allah tidak pernah lupa untuk ‘menyaman’ manusia berdosa di atas dunia. Jika dunia tak merana maka akhirat akan merasa. Allahu Taala ‘alam..

ps: Ada orang minum radix dua paket satu cawan.. Kisah benar ni. Tak pelik tapi dasat :)

Ginila aku la ni..

February 28, 2009

Bismillah walhamdulillah,

Hari ini, banyak masa dihabiskan di rumah sewa.. Sahabat saya AzZahir, yang juga teman sebilik, teman sepengajian dan teman mesra :) pulang ke rumah keluarganya di Keramat. Saya seorang diri sejak semalam. Bukan menyendiri atau mengasingkan diri di bilik.. Tapi, dah ada bilik sendiri.. Takkan nak menempelkan diri kat bilik orang lain.. hehe.. Kadangkala sahabat-sahabat serumah yang lain datang menemani, bawa alat-alat bantu studi dan studi bersama saya..

Ya, saya ada dua final exam paper lagi untuk dihadapi.. 4 mac(rabu) dan 6 mac(jumaat).. Network fundementals dan Data Communication.. Kedua-duanya agak berat, tapi belum sampai tahap ‘killer subjek’. Carry mark yang agak baik memangkinkan saya untuk tidak terlalu tertekan.. :) Buat masa ni ya, saya agak relax.. Esok lusa Wallahu’alam.. InsyaAllah..

Sahabat-sahabat,

Tak ada apa sangat yang saya hendak bawakan dalam entri kali ini.. saya cuma ingin katakan bahawa kita sedang berhadapan dengan kesombongan dan keangkuhan pemerintah.. Jika firaun pada zaman Rasulullah SAW ialah Abu Jahal, maka kita sedang melihat firaun-firaun di Malaysia yang bertopengkan Islam.. Mereka perampas dan penghina undang-undang Allah.. Mereka kata mereka pembela tetapi merekalah pengkhianat.. Mereka tuduh Jebat penderhaka tetapi mereka inilah pewaris sikap jahat karmawijaya.. Bacul dan pembuat fitnah.. Talam dua muka dan muka tembok jugak.. Wallahualam..

ps: Saya kena saman lagi sebab tak pakai tali pinggang keledar minggu lepas. Kali ni JPJ. Kalau polis trafik saya tak heran tapi yang ni memang saya heran. Saya heran sebab pemandu berhemah macam saya tak patut disaman.. :D Jom radix!!

Ada apa dengan sistem pendidikan kita?

December 30, 2008

Bismillah Walhamdulillah :)

Ada sahabat menjelaskan dengan tegas, bahawa sistem pendidikan negara sudah cukup baik biarpun kita maklum bahawa ia berteraskan sistem pendidikan inggeris.

Kalau dilihat kembali konsep dan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), Falsafah pendidikan negara rumusan 1988 dan disebut dalam akta pendidikan 1996 berbunyi begini:

Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Dari hasil pembacaan saya juga, Matlamat pendidikan negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

- Percaya dan patuh kepada Tuhan

-Berilmu pengetahuan

- berahklak mulia

- bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara

- memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

- memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Setelah lebih 50 tahun merdeka, adakah tercapai matlamat yang digariskan? Malangnya, ia tidak berlaku dan tiada siapa dari mana-mana individu berfahaman politik kanan setakat ini benar-benar mahu mengaku bahawa sistem pendidikan kita telah GAGAL. Mungkin mereka tahu atau mungkin mereka degil untuk mengaku atau mungkin mereka sudah malu dengan kegagalan ini atau mereka sebenarnya syok sendiri. Banyaknya pilihan. Mungkin juga kesemua di atas.. :)

Saya tak pastilah, apa sebenarnya yang boleh dibanggakan dengan sistem-sistem di Malaysia ni. Sistem demokrasi tak telus, sistem perundangan pun tak boleh nak diharapkan, ISA diagungkan seolah-olah ianya penyelamat (penyelamat UMNO dan BN), dan akhirnya beginilah negaraku.. Cemerlang, gemilang dan temberang.. Slogan hanya tinggal slogan..

Berbalik kepada maudhu asal. Dari rumusan Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan bahawa matlamatnya ialah ke arah mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bunyinya dah bagus. Dah cukup islamik.Tetapi malangnya sekali lagi, sistem sedia ada yang digunapakai sejak dulu tidak mencerminkan keseriusan untuk melahirkan insan sedemikian. Ini masalah keberkesanan sistem..

Pengajian Islam misalnya ialah matapelajaran teras dan wajib di hampir semua peringkat persekolahan dan peperiksaan. Tetapi bukan subjek utama yang menjadi syarat wajib cemerlang atau paling tidak kepujian bagi membolehkan seseorang pelajar masuk ke peringkat persekolahan seterusnya(agak konfius ayatku ini).  Sejak zaman berzaman, kita tahu dan maklum perkara tu. Sebab tu kawan-kawan, adik-adik kita tak rasa bersalah kalau gagal pengajian Islam SPM atau paling koman mereka rasa selamat dengan hanya cukup-cukup makan saja. Sedangkan, itu pengajian Islam. Kita mengaji tentang Islam, pasal agama sendiri.. Tak ke pelik tu. Saya nak habak satu kisah benar. Soalan Pengajian Islam Percubaan PMR yang bunyinya macam ni, “Sebutkan tiga masjid suci bagi orang Islam.” Lebih kurang la. Ada sorang budak ni, dia jawab masjid Putrajaya, Masjid Besi Putrajaya (yang belum siap tu) dan Masjid Jamek Kg Baru. Ini kisah betul. Mak budak ni cerita kat saya. Allah.. Kalau soalan ni pun dah pening, rukun Islam dengan rukun iman dia jawab apa pun aku tak tahu..Sungguh! Lucu kisah ni tapi risau kita dibuatnya. Islam Hadhari punya pasallah ni.. Ada bantahan! :D

Masalah budak ni ialah dia merasakan subjek pengajian Islam hanya subjek sampingan. “Lulus pun jadilah.” Mungkin itu yang dia fikir. Saya tak mahu bincang pasal sistem tarbiyah keluarga. Itu dah bab lain. Bab lain cerita hari lain. Isunya sekarang sistem pendidikan negara yang lompangnya semakin jelas kelihatan. Ia serius.. Sangat serius.. Tengoklah, berapa ramai sahabat kita yang tak tahu solat, yang tak tahu nak tutup aurat, tak tahu membaca Al Quran, tak tahu halal haram.. Inilah kesan ketidakseriusan sistem Pendidikan Negara. Maka, pada saat ini yang diharapkan ialah pelaksana sistem iaitu guru-guru. Tak semua guru-guru tak kira lepasan dari mana-mana institusi pun benar-benar faham kelompangan sistem pendidikan sedia ada. Ini hakikat. Yang mereka tahu, bila keluar terus mengajar. Gaji guru sekarang pulak dah semakin lumayan. Ada yang faham dan serius mahu jadi pelaksana sistem yang baik. Saya tak nafikan. Tapi bilangannya tak ramai.

Tinggi harapan agar sistem pendidikan negara dikaji semula dengan teliti. Kita bangga (ye ke?) semakin ramai yang mendapat 5A dalam UPSR, bilangan yang mendapat 8A dalam PMR juga meningkat dan tak kurang juga rasa bangga kita terhadap pelajar-pelajar yang mendapat 16A1 dan 17A. Golongan berkepentingan akan mengeluarkan kenyataan bahawa inilah hasil sistem Pendidikan kita yang diiktiraf antara terbaik dan menjadi model contoh bagi negara-negara lain. Kenyataan syok sendiri.. Orang kalau dah perasan bagus ni payah..

Namun begitu sebaliknya, sistem sedia ada ini hakikatnya tidak seimbang dan ia sebenarnya cuba menyekularkan rakyat malaysia secara senyap. Bila Islam cuba dipisahkan dari sistem maka, rosaklah ia.. Yang nak melaksanakan sistem pun pening, yang berada dalam sistem (pelajar) pun dah kenoning.. Wallahua’lam bissawwab..

ps: kalau Islam tak cuba dah dipisahkan dari sistem pendidikan kenapa ada lagi remaja umur 22 tahun tak reti baca ayat kursi? Nak salahkan pelaksana ke penggubal? Ke budak tu yang pemalas? Kita pikirla sama-sama.. Yang kita tahu dari kecik, doa makan. Sebut pasal makan, hari ni tak sempat pekena radix :D

Lagi dan lagi..

December 22, 2008

Bismillah walhamdulillah..

Mencabar hukum Allah.. Tak nak ikut.. Degil.. Bila masuk Institusi Islam macam KUIS ni, ada peluang Allah bagi untuk berubah, membaiki diri tapi seronok juga melanggar syariat, maknanya orang macam ni mencabar Allah.. Ni golongan yang mencabar ayat Allah!

Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 24:34

Rujuk ayat-ayat sebelum tu juga..

Bila ada sahabat cerita pasal PRK (pilihanraya kampus- yang bakal berlangsung pada pertengahan Januari), bagi saya pimpinan MPM sebelum ni bukan tak fikir.. Yang bakal pun kemungkinan besar ada fikir, tapi sejauh mana keseriusan untuk bertindak.. Peluang menggunakan ‘KUASA BESAR’ untuk kerja Islam.. Bukankah sepatutnya itu setiap kali?

Sekarang ni pun, di KUIS berapa banyak persatuan yang beridentitikan Islam dah wujud berbanding 4 tahun lepas? Banyak.. Tapi kita tak bersatu atau mungkin kita sibuk dengan gaya kita saja?.. Wallhua’alam..

Tepuk dada, penampar manja pipi sendiri dan kemudian tanyala iman..

Kita wajib bimbang dengan keadaan di KUIS, tapi bimbang saja tak cukup kalau kerja tak jalan.. Sorang dua orang memang tak boleh.. Kena ramai.. Kena bersatu.. Setiap persatuan ada hala tuju, ada matlamat masing-masing.. Tapi, kerja dakwah kita buat sama-sama.. Cakap memang senang tapi tak cakap lagi senang.. Datang kelas, nampak maksiat senyum je, lepas tu balik hostel atau rumah sewa, pendeknya buat hal sendiri.. Buat bodoh.. Depan Allah nanti nak jawab apa? Kita fikir dan cuba buat sesuatu..

Berbalik kepada cerita awal..

Saya maksudkan yang mencabar lebih kepada mereka yang tahu.. Mereka yang tahu dan belajar tapi mereka inilah seolah-olah menghalalkan apa yang Allah tegah dengan jelas.. Sonang cerito, PELAJAR AI (akademi Islam).. Mereka yang jahil yang background keluarganya jauh dari Islam akan jadikan alasan bahawa pelajar AI yang memulakan.. Mereka dah tak endah peraturan pemakaian dan tatatertib KUIS.. Sebab pelajar AI yang mengaji pengajian Islam pun 2×5.. Jadi, yang nak berubah tak jadi berubah.. Yang sepatutnya ada timbul rasa segan bila masuk ke KUIS sebab background peribadi pun dah tak jadi segan.. Paling tidak rasa segan dan malu tu ada.. Tapi? Allah.. Suasana tak baik bila dimulakan ciptanya oleh orang yang faham dan tahu hakikat itu,habislah! Yang terpinga-pinga pun seronok sebab ada contoh.. Yang memang taknak buat baik pun makin ramai dan terus ramai sehinggalah timbul rasa biasa yang akhirnya kita akan tahu nanti bahwa inilah suasana baru KUIS sebuah IPT Islam… Suasana yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pencinta-pencinta maksiat.. Penghujungnya nanti, siapa kita nak salahkan?

Hujjatul Islam Imam Ghazali pernah meluahkan kebimbangannya:

“Dua lelaki telah memberi musibah ke atas diriku, pertama orang alim yang melanggar larangan agama dan kedua orang jahil yang beribadah. si jahil memperdayakan orang ramai dengan ibadahnya manakala si alim memperdaya orang ramai dengan pelanggaran terhadap agama”.

Saya tak minta kita cari siapa yang harus kita salahkan.. Saya nak cerita, inilah yang sedang berlaku di KUIS! Kalau tak buat sesuatu, andai kerja dakwah dibuat sambil lewa maka kita sedang melihat proses penyebaran suasana buruk ini berlaku dengan lebih lancar lagi.. Buat maksiat memang nikmat.. Tapi azab Allah tak nikmat adik kakak.. Kalian sedang menempah satu sesi seksaan jika tidak dihentikan segera.. Kalian taukan azab Allah.. Bukan rotan-rotan.. Bukan penjara seumur hidup atau denda seribu ringgit.. Bukan.. Tak payah diteruskan, semua pun tahu tapi buat bodoh dan buat layan dengan kerja syaitan.. Hari-hari benda sama tapi kena selalu.. Untuk diri sendiri utamanya..

Kata nabi SAW:

“Jadilah kamu orang-orang yang memelihara ilmu dan janganlah kamu menjadi tukang riwayat”.

Sahabat-sahabat

Kerja dakwah ialah kerja yang menyeronokkan.. Orang-orang yang buat kerja dakwah ni biarpun asing, nampak pelik tapi kenikmatannya itu tak dapat dibayangkan keseronokannya.. Allah cinta, DIA suka.. Siapa? Pejuang-pejuang agamaNya.. Siapa mereka itu? Termasuk kita ke? Tanyalah diri sendiri.. Kalau termasuk apa kita nak buat dan apa kita kena buat? Persoalan untuk kesimpulan yang biasa.. Saya tulis sebab sayang. Kalau benci pun masih ada sayang di hati ini.. kita kan bersaudara :) Wallahua’lam..

Kita orang muda

December 6, 2008

Kita orang muda, buat cara orang muda. Fikir cara muda, bertindak cara muda.. Amal kita, amal orang muda.. Tak mo lembik-lembik.. Tak perlu bagi alasan.. Mesti cargas, bukan cergas.. cargas ni, cergas kuasa 2. :D

Orang muda ni diibaratkan matahari kat atas kepala. PANAS. Memang PANAS! Cuaca tengahari. Panas terik. Orang tak mau lalu tengah panas kalau ada laluan berbumbung.

Sebab apa? Sebab panasla.. Sayang kulit.. Nanti losyen fair n lovely cair.. he he..

Macam ni, mudah je. Guna sebaik mungkin masa muda. Buat benda baik, buat kerja Islam, cegah perkara mungkar,  nikmatinya… Muda takkan datang lagi. Bukan bila dah berumur, kita tak boleh buat atau tak mampu buat, cuma tenaga orang muda ni luar biasa.

Kita sedia maklum bahwa  sejarah telah membuktikan betapa orang muda ni mampu menggegar negara. Tindakan, kata-kata, keberanian, tulisan, bergerak pulak dalam pasukan… WOW! Mantep2!!

Saya tak kata kita kena buat demo tanpa tujuan, memberontak tak tentu pasal, bertumbuk cederakan orang itu dan ini, tulis sebarangan sebar fitnah sana sini.. Tak..  Bukan lagu tu.

Pejuang agama Allah bukan macam tu. Ada caranya. Ada jalannya. Tapi mesti dikepilkan dengan imu dan kefahaman mendalam. Tambah amal yang istiqamah.. Memang susah. Dibilang-bilang memang gampang.

Allah….

Saya nak ulang, kita ni orang muda.. Sementara masih muda dan lebih daya, gunala. Tuntut ilmu banyak2, pergi seminar-seminar ilmiah, jadi kaki masjid, jadi kaki bola dan futsal (for those yg berkenaan la.. bersukan la maksudnya ), dan kalau dah bagus, dah jadi pimpinan, jadila penggerak yang baik, yang boleh jadi ikutan, buat program-program yang baik, bukan program joget-joget yang konon-kononnya pembaharuan.. Mangkuk tul!

Udah la buat masa ni, saya nak balik Nilai. Jumpa lagi nanti. Benda sama juga saya cakap. Ustaz bilang, benda baik ni kena cakap banyak kali.. Cakap sekali tak jadi.. Untuk diri sendiri utamanya.. Kita sama-sama muda.. Muda dan ada lebih daya usaha.. Jadila orang berguna bukan pe’el macam orang kena ‘guna-guna’..  Kopi radix kurang susu wone! :) Wallahua’lam..

Benda sama

December 4, 2008

Dah masuk awal pagi Jumaat. Jam menunjukkan 12.30 pagi. Mata belum nak terlelap. Saya terfikir banyak perkara. Penting, tak penting, remeh, mengarut semua ada. Streamyx kat rumah ni pun dah ok. Tahap kestabilannya saya bagi B+ la. Belum layak dapat lebih dari tu.

Ishkkk, awaitla malam ni. Nak kata fikir MASALAH umat 100% tu takla. bercampur-campur. Allah, lemah sungguh!Nak tegur budak kat kampus yang duk bercampur sesuka hati pun dah tak mampu. Ikut suka hati je nak berdating kat cafe. Depan Ustaz pulak tu. Nak je aku luku kepala-kepala muka tak tau malu yang tengah bermesra mesraan depan pensyarah AI (Akademi Islam). Bengang!Hati membebel, sambil mata memandang dengan pandangan marah gila.

Lepas tu, mulala mulut pulak membebel dalam kereta sampai Apartment Sri Mawar (Rumah sewa). Yang jadi mangsa sahabat saya, Zahir. Mangsa bebelan. Kesian zahir.. Dah masuk rumah pun sambung lagi tu. Kesian sahabatku.. Mujurla dah 4 tahun kenal. Kami dah macam adik beradik. ‘bergaduh mesra’ tu dah selalu sangat. :) Sepanjang persahabatan kami, saya belum pernah nak ’smackdown’ dia. Begitu jugak sebaliknya. hehe.. Pengaruh gusti :D Astaghfirullah.. Baru dua tahun tinggalkan, dah PELIK nak TERBALIK KUIS yang ku sayangi.

Tak adil kalau saya nak bandingkan bi’ah KUIS sekarang dengan KISDAR empat tahun yang lalu. Tak adil! Tapi, lagi tak adil dan kejam kalau terus dibiarkan.

Persatuan dah banyak sangat kat KUIS. Dah gah dengan persatuan je. Kalau datang KUIS, dah tau, budak ni ahli Perkim KUIS, budak ni budak ALAM. Jangan memain! Siap ada blazer rasmi. Dari segi tu, saya tabik spring. Organisasi yang baik yang di dalamnya ada orang-orang baik dan hebat yang memimpin maka, apa saja yang dilakukan pasti ada manfaat untuk semua yang dipimpin. Saya tidak ada masalah tentang itu. Cuma, keseriusan tentang kerja-kerja dakwah belum ada kesepaduan ditahap yang optimum. Mungkin kena bersabar dengan keadaan terBALIK ni. Saya tak pasti sampai bila, tapi yang saya tau kerja kena diteruskan.

Baru-baru ni juga, saya terserempak dengan student Syariah semester tiga semasa saya sedang minum-minum malam dengan sahabat saya, Bro Buk. Dengan berantai lehernya, rambut ala-ala punk, seluar londeh, berserabut saya tengok. Berkerut dahi lepas tu. Aduh, parah tul. Kalau graduan syariah lepasan Azhar, balik Malaysia pun menganggur, dia nak kerja apa nanti dengan gaya peliknya tu???? Nak kata tak tau, takkan la. Sikap, sikap.. pe’el, pe’el.. Kalau macam ni la, aduh.. Tergamam daku seketika.

‘System not responding………..’.

“Nak buat macamana, dah dia memang macam tu”. Sahabat saya nak sedapkan hati. Saya tak tau nak cakap apa.

Saya kena tukar ‘proccessor’ baru la gamaknya. Mungkin AMD Turion x2 64. Tambah RAM ddr2 ke 2GB. OS upgrade ke Vista. Antivirus beralih dari avira ke kaspersky. Dan akhir sekali. hardisk 160 GB. Haa, lagi satu. Garphic card nak cuba Nvdia 9100. Perghh! Mantop!!! Barula ada power… :)

Allah.. Betapa sukarnya saya nak terima keadaan ni.. Sungguh! Nak kena ada benda baru yang menyuntik. Apa lagi ‘vitamin’ yang saya kena ‘telan’ agar bila ke kuis selepas ini saya bisa hadapinya dengan selamberani (selamba+berani).? Usrah.. Ya, istiqamah dengan usrah dan majlis ilmu.  Solat jemaah lagi la. Takde benda lain dah. Belajar menerima kenyataan dan terus bekerja. That’s it!!

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu – (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?  Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya; Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. (Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) – kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat; Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan, Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu? (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah. (Al-Infitar 82: 6-19)

Dr MAZA dah ke UK. Beliau tinggalkan banyak perkara untuk diingati. Rakyat Perlis terutamanya. Tindakan, keputusan, dan lain-lain.

Zaid Ibrahim dipecat dari uMNo. Dato Ariff Shah ‘join’ PR dan Arsenal kalah 2-0 kepada Burnley dalam Piala Liga selapas kononnya mengalahkan Chelsea :D Ishhhkk2..

Allah……..

Perjuangan perlu PENGORBANAN! Tanpa PENGORBANAN (play-safe) apalah erti sebuah perjuangan.

Untuk jalan ini, hanya jalan ini….  Untuk Islam kerana Allah… Salam Idul adha buat kalian. Jangan lupa pekena kopi radix di pagi raya! :D

Campur-campur

October 14, 2008

Salam ukhwah secawan radix

Seolah-olahnya buat masa ini, saya dah dapat melupakan tragedi yang melanda ‘rumah ini’. Ye ke? Entahlah, mungkin apa yang berlaku tidaklah teruk mana. Cuma diperbesarkan dengan cara yang songsang..

‘Dilema Rumah ini’.. Lucu :D Tapi tak kelakar la. Ada yang menyangka saya bergaduh dengan ayah. Memang agak kerap ‘bergaduh manja’ dengan ayah. hehe.. “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.” Tapi, kekadang kuah tu dihirup je pun sedap. Ataupun makan dengan roti kosong. Tak semestinya dengan nasi.. Ishk2.. :) Memang sengaja. Saya mengharapkan ‘Dilema Rumah ini’ dibaca lebih dari sekali supaya saya tak digelar anak derhaka nanti.hehe..

Saya biasa-biasa je sekarang ni. Tak terasa nak bergembira walaupun england menang 5-1. Setakat Kazakstan.. Ok la.. Saya tersengih menggeleng-geleng bila pasukan kebangsaan menang 4-1 ke atas Pakistan. Entah kenapa susah untuk berbangga dengan kemenangan itu. Bukan memperkecilkan. Bukan sebab ia ‘friendly match’. Tapi????? Tugas berat buat Uncle Satianathan.. Caiyo caiyo!!!

Tok Guru Nik Aziz kata, tanda orang yang kuat beribadah ialah meninggalkan yang HARAM. Makna kata, orang yang jaga solat fardhunya atau yang tak pernah ponteng solat malam belum layak di katakan orang yang kuat beribadah sekiranya pada siang harinya masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

Taubat itu satu proses. Ia perlu dilalui dengan tumpuan dan fokus berterusan sehinggalah mencapai ‘kejayaan’. Jangan terlalu memikirkan samaada taubat diterima atau tak. Tapi, terus bertaubat.. Kita boleh rasa penerimaan itu. Dosa lama dah ditinggalkan jauh malah rasa benci Allah hadirkan untuk mengulanginya. Mungkin itu tanda taubat diterima..

Salah satu dari lebih 30 kewajipan bagi seseorang menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah yang ditekankan Iman As Syahid Hassan Al Banna dalam Risalah Ta’lim ialah “Jangan sesekali menghisap rokok“. Apa barang jadi smoker? Mulut bau busuk. Opps sori. Tak berapa wangi.. Jangan marah ye kekawan.. :)

Nenek saya kata, perempuan sekarang ni dah hilang sifat pemalunya.. Bukan dah tak malu tapi terlalu berani kot. Mungkin saya yang tak faham atau amat memahami situasi akhir zaman.  Wallahu’alam.. Malu bertempat. Macamana malu bertempat? Zaman sekarang semua kena berani. Berani pun kena bertempat. Mungkin begini. Malu nak buat dosa. Malu kalau amal tak cukup. MALU.. Rasulullah malu nak berlengging (tak berbaju) walaupun dalam rumah baginda sendiri. Zaman sekarang bukan lelaki je suka berlengging, kaum hawa pun suka bersinglet je kat pasar malam. Apa nak pelik?  Iman dan malu tu serumpun. Hilang rasa malu maka faham-fahamlah sendiri..

Akhir sekali, ada apa dengan melayu sehingga terlalu bangga untuk diperjuangkan? Dakwah Islamiyyah yang dibawa Nabi SAW bukan atas semangat “Nasionalis Arab” dan sebagainya. Jadi mengapa melayu? Perlembagaan? Ada apa dengan perlembagaan dunia lagi? Mengada-ngada sungguh! Tak cukup ke kita dengar anak melayu ISLAM yang mendahului carta maksiat dan kejahatan setiap hari?

Cukup-cukuplah buat masa ini.. Kalau dah campur-campur memang banyak je nak cakap. Maaf pada yang terasa sebab memang sengaja..

ps: skuad bola sepak kebangsaan nak kena tutup aurat la kan.. Baru power!

dilema rumah ini..

October 11, 2008

Salam sepaket radix,

Sungguh janggal dan tidak manis jika seorang anak menceritakan perihal bapanya kepada jiran. Lebih-lebih lagi anak yang tua. MUNGKIN salah bapa yang BARU berdengkur SEKALI. Tapi anak bantulah bapa. Mintalah bapa tidur mengiring agar dengkuran tidak berulang. Berbincang dengan bapa ELOK-ELOK. Bapa tak marah, InsyaAllah teguran pasti diterima baik. Bukan itu saja, malah kalau bertuah anak akan dibelanja minum radix kat ‘warung mapele’ berdekatan.. Tak nak ke?

Adakah selesai masalah jika gangguan dirumah dihebah luahkan kepada jiran-jiran yang bukan hanya tidak memahami malah mereka sendiri berserabut tak terurus dengan masalah dirumah masing-masing? Selesaikah?

Andai anak tak mampu untuk menegur dan meminta si bapa ELOK-ELOK secara terhormat, berlapang dadalah! SEBAB! Sebab, bapa sentiasa senyum saja melihat gelagat si anak yang dengkurannya lebih dahsyat. Tak pernah bapa minta anak keluar dari rumah atau si anak dibelasah di hadapan rumah jiran. Ada ke? Pernah? Sedangkan bapa boleh buat begitu kalau mahu. Tapi bapa dah lebih dulu minum susu. Bukan makan garam. Bapa tak ajar makan garam banyak-banyak.Tapi jika anak nak makan juga, bapa tak marah. Kalau dah sakit jangan salahkan bapa lagi.

Apapun hal di rumah, besar ke kecil, pokok atau cabang, penting atau tidak, bapa tak kisah untuk ditegur. Bapa terima teguran. Cuma anak-anak bapa yang lain tak suka jika anak bapa yang tua atau lebih sopannya berumur duduk bertenggek kat pintu pagar rumah dan pok pek pok pek hal kat rumah sendiri. Biarpun ikhlas tapi peraturan rumah sudah menggariskan adab dan tatacaranya yang mana bukan untukkebaikan si bapa sebenarnya, lebih dari itu yang lebih mustahak sampai bila-bila pun untuk kesejahteraan seisi rumah. SEBAB! Sebab rumah itu dibina atas dasar kasih agama yang tidak terhingga. Kalau nak merobohkan rumah dan tak kasihkan adik beradik lain, buatlah, teruskanlah niat yang tak berapa murni tu. Allah…

Jiran-jiran pasti gelak besar bila rumah dah goyang. Sebab anak yang tua duk terlompat sana terjerit sini tak puas hati. Anak tua kata, “aku ikhlas dan jujur.” Tapi entah di mana si anak belajar cara untuk menonjolkan keikhlasan. Bapa faham tapi jiran-jiran faham ke?

Anak tua masih bertegas. Tapi saya juga ahli rumah ini. Saya nak jadi ahli rumah yang baik dan sopan. Sebab bapa dah ajar begitu. Bapa banyak ilmu. Saya masih minum susu takkan nak melawan bapa. Tapi, saya juga sayang abang yang tua dan adik beradik lain yang ramai dan meriah. Walaupun abang masih lagi tegas dengan caranya, minta abang fikir ELOK-ELOK. Sebab saya sayang rumah ini. Rumah-rumah lain pandang tinggi rumah kita, cara kita jaga rumah dengan dasar agama yang kuat dan kukuh sejak sekian lama. Bapa ketua rumah dan tetap kekal begitu. Jadi, nasihat saya yang masih menghisap jari ni, abang ubahlah cara abang. Sebab abang tak macam ni dulu.

Saya sayang rumah ini, bapa, abang tua, abang-abang yang alim, adik beradik kita semuanya kerana Allah dan cinta agama. Wallahua’lam..

ps: Akhirnya saya kembali dengan entri yang bolehla dianggap luahan yang agak emosi. Apa yang saya cuba tulis dan sampaikan di atas adalah tentang apa yang berlaku dalam PAS sekarang. Saya dilema tapi sayang dan tetap sayang. Sayang semuanya.. huh! Cubala faham ye. Apapun, ISLAM for ALL!!! Takbir!!

Daki-daki kebenaran (^_^)

September 19, 2008

Sehari satu entri.. :) Macam dah takde kerja lain.. ‘Keyboard’ ni pun sampai dah naik berdaki.. Tidak mengapa.. Daki-daki kebenaran :)

Dulu, di tanam senior-senior UiTM, seminggu hafal satu hadis dan satu mukasurat Al Quran.. Bolehla walaupun sekarang payah bebeno nak mengingat.. Yelah, pelajar IT la katakan.. :) Jumpa orang sana, jumpa orang sini, ketawa sana, lepas tu gelak tak ingat (kekadang je), menonton rancangan-rancangan ‘macam-macam ada’, ‘dekat di hati’, ‘teman setia anda’, ‘duniamu’, pendek cerita dah bercampur baur.. Memang tak jadi la.. Mujahadah sungguh..

Dulu juga, ada seorang kenalan di KUIS. Dia ni pelajar tahfiz. Masuk semester empat dia nak tinggal luar (menyewa). Ustaz marah.. Ustaz kata, “nak menghafal apa kat luar tu?”.. Haa, tengok! Nak hafal Quran ni, banyak pantang larang. Mata, mulut dan telinga seolah-olahnya kena mangga.. Tengok tak boleh macam-macam.. Makan tak boleh sembarangan.. Nak hafal ayat Allah, tapi duk buat macam-macam, cheroi laa..

Jadinya, pelajar IT (Iman dan Taqwa) macam saya yang ada niat nak hafal 30 juz ni pun tak terkecuali.. Lebih-lebih lagi la kan.. Tapi, biarpun nak jadi pembaca setia je, mata, mulut dan telinga tu tetap kena mangga juga.. Mangga murah pun ok.. Yang senang nak buka la.. Nanti jadi pendiam sangat pun susah.. Maksiat depan mata pun, buat bodoh je.. Masalah tu.. Kunci mangga jangan hilang.. haha.. Masak kalau hilang :D

“Sebab apa kena mangga juga? Aku bukan budak pengajian Islam..”

Sebab, kita ni muslim dik oii.. Islam bukan untuk pelajar tahfiz je. Islam bukan untuk graduan-graduan Al Azhar je.. Islam untuk semua PAStinya..

Yang saya tahu, Islam hadhari bukan untuk semua.. Muktamad! Tak boleh panjang-panjang.. Nanti kena cekup macam bro Sheih. Akta hasutan tengah aktif la ni.. Tak puasa agaknya akta ni kan :D Yang peliknya, tak rasa terhasut pun baca blog dia.. Huh! pelik! Tapi, aku taknak pencen jadi blogger.. :) Bukan ada epf pun kalau berhenti.. Baik teruskan.. Kita sebar kebenaran!

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (2: 42)

Kita dah 19 hari berpuasa di bulan ramadhan.. Dah nak masuk masa-masa kecedaraan dah ni.. Kalau dalam bola sepak, masuk je minit ke 80 tu memang mendebarkan.. Kena pula 0-0 lagi.. Team mana yang ’score’, possibility untuk menang memang tinggi.. Namun begitu, bola itu bulat.. Kena tinggal 3-0 pun boleh menang lagi.. :) At least. draw la.. he he..

Itu bola..

Samala juga macam sekarang ni.. Ibaratnya kita dah nak masuk minit ke 80 dalam bulan ramadhan.. Apa kita dah buat? Berapa kali bangun qiamulalail haa adham? Dah berapa juzuk Quran yang dah kita baca? Dah dua kali khatam, AlhamduLillah.. Hebat! Tapi kalau baru juzuk dua, memang sah dah kena belasah 6-0.. :) Habis ramadhan mahu jadi 15-0 tu.. Allah..

Esok hari yang ke 20. Hari ni kita dah sepatutnya bersedia untuk buat ‘ super post-moterm’ terhadap prestasi amal kita sepanjang ramadhan.. Belum terlambat untuk bermula… Tidak ada istilah ‘dah terlambat’.. Masih ada 10 hari untuk bertarung dan mana tahu kita terpilih untuk bertemu dengan malam LailatulQadar :) Mudah-mudahan, kita terus di beri kekuatan beramal untuk baki ramadhan yang tinggal.. Ameen Ya Rabbal ‘alamin..

ps: Puasa orang awam macam kita ni kena buat jadual amal.. :D