Archive for the 'Pengumuman' Category

Jom ke masjid!

June 9, 2008

Salam ukhwah secawan kopi…

Selaku bekas mahasiswa KUIS, diri ini terpanggil untuk mempromosikan program yang amat baik ni.. KUIS, walaupun terletak di sempadan antara negeri Selangor dan Negeri Sembilan namun begitu kolej Islam ini bukanlah jauh di pedalaman ataupun terperuk di dalam hutan.. Kedudukannya agak strategik dan ada tasik di dalamnya.. hehe.. Sahabat-sahabat yang melalui Lebuhraya Utara-Selatan bolehlah masuk ke susur keluar Bandar seri Putra dan Bukit Mahkota.. 100 meter selepas plaza tol, akan kelihatan papan tanda KUIS..

Saya terus kepada maksud tujuan bagi mengiklankan program Karnival Jom ke Masjid ini.. Ia sudah pun bermula 6 Jun lalu dan hanya akan berakhir 14 Jun ini.. Hari ini, 9 Jun 2008 program ini akan dirasmikan oleh Dato Dr Hassan Ali, Exco Hal Ehwal Islam dan Istiadat Melayu Selangor..

Dalam menarik minat orang ke masjid terutama golongan muda, inilah antara usahanya.. Golongan muda memang terkenal dengan ‘keberatan’ untuk hadir ke rumah Allah.. Al maklumlah, banyak ‘tarikan’ lain… Justeru, dengan penganjuran karnival ini mudah-mudahan masjid-masjid dan surau-surau akan terus senantiasa diimarahkan..

Untuk keterangan lanjut, hubungi:

Saudara Rohaizad: 0179790849

Firman Allah swt bermaksud: “Hanyasanya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah dari kalangan mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka tidak takut melainkan kepada Allah, maka mudah-mudahan mereka itulah yang akan tergolong dari kalangan mereka yang mendapat petunjuk”. (Al-Taubah: 18)

ps: Biasanya, masjid penuh kalau ada program ‘makan-makan’.. Betul tak?

Salam Perhatian untuk kekawan FS!!!

May 26, 2008

Assalamualaikum Warrahmatullah… Salam secawan kopi:)=

Saya Muhamad Adham bin Hambali berumur 24 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor dengan berat hati sudah membuat kputusan untuk memberhentikan penggunaan friendster atau dengan kata lainnya meng’cancel’kan akaun FS saya berkuatkuasa mulai tengahari ini.. Sebabnya? Biarlah RAHSIA, cea wah:)= Minta maaf kerana saya tidak berkemampuan untuk memberitahu sebabnya..

Kpd shbt2 ex UITM KK, ex Cliffordian, ex KUIS, ex sk Kecau 1, ex sk Selancar 2 dan shbt2 sperjuangan dan sefikrah saya memohon maaf atas kputusan ini kerana ia dilihat seolah-olah “disebabkn nyamuk seekor, habis semua kelambu dibakar”. Maafkan saya dan jgn risau kerana saya akan membeli ‘kelambu’ lain atau biarkan saja nyamuk nyamuk mengigit saya.. Hehe, tidaklah.. Saya mungkin berubah kepada penggunaan penyembur racun srangga:)= haha…

Akhir skali, saya dengan rendah diri ingin memhon ribuan kemaafan kepada semua sahabat dan kenalan jauh dan dekat, samaada pernah bertemu dan bekerjasama atau tidak dalam apa jua program.. Maafkan diri ini.. Sgl kesulitan amat dikesali.. Saya tutup pengumuman ini dengan sepotong ayat Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 216)

Sekian… Assalamualaikum warrahmatullah..