Archive for the 'Politik' Category

Soalnya hati di kala menangnya ‘jebat’

April 8, 2009

Sehebat-hebat dan sejahat-jahat kerajaan pasola, akhirnya mereka terpaksa akur dengan pengaruh ‘Jebat’ yang benar. Suka untuk saya nyatakan bahawa saya berasa sangat gembira dan teruja bukan kerana ‘UMNO is falling down’ tapi kerana ‘Jebat’ mendapat tempatnya kembali.

Mebebaskan 13 tahanan ISA nampaknya tak memberi apa-apa kelebihan malah ia taktik lapuk yang turut digunakan Tun Pak Lah yang melepaskan DSAI semasa beliau baru menerajui kepimpinan..

Ya, ia belum berakhir. Masih awal. Pak Najib pastinya tak duduk diam dan tak reti nak berdiri atau berlari setempat selepas kekalahan di dua bukit. Kita tengok nanti..

Baik. Kita beralih..

‘Inni akhafullah harabbal ‘alamin’.

Ia sangat mudah dilafazkan. Membinanya?

Ia persoalan jelas tentang krisis iman dan taqwa yang belum berkesudahan. Membina ketakutan yang ampuh terhadap Pencipta Allah Rabbul Jalil sangat sulit apatah lagi dalam menghadapi cabaran akhir zaman yang benar-benar menekan. Skop persoalan mungkin lebih tertumpu kepada golongan umur pertengahan. Saya,  abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak kita.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

Maksudnya jelas.

Mudah kita gambarkan keadaannya. Di depan manusia yang ramai peribadi kita mengkagumkan. Baik, alim, sopan pendek kata ‘pijak semut tak mati-mati’. Sebaliknya ketika berseorangan, lain pulak pe’el kita. Diluar jangkaan sungguh. Ia jenayah yang sukar dimaafkan. Menipu manusia ramai adalah kesalahan besar.

Banyak beramal ibadah di hadapan manusia tapi hancus amalnya bila bersendirian. Dengan siapa dia beramal? Kepada siapa? Mahkluk atau khaliq? Takut akan Allah atau takut tak dapat pujian manusia?

Sejak dulu saya suka memerhati dan berfikir. Bukan mencari lemah manusia lain kerana kelemahan itu ada pada saya sendiri. Namun, pelik yang timbul ialah mudahnya manusia menonjolkan diri untuk tujuan sesuatu yang tersirat. Sedangkan ia tidak pernah dilakukannya sebelum ini malah ia berlaku secara tiba-tiba. Matlamatnya mungkin tercapai dan saya tidak pernah untuk suudzon walau sedikit pada awalnya. Sungguh! Tapi bila melihat telatah dan sikapnya di tempat lain, saya jadi marah dan kecewa. Mungkin saya tak  perlu terlalu husnusdzon atau bertenang saja. Bagaimana?

Atau saya yang terlalu memeningkan kepala?

Mudah.. Saya bawa ia ke dalam diri sendiri. Bagaimana saya di khalayak manusia dan bagaimana pula saya ketika seorang diri? Saya suka membanding-bandingkan keadaan dan keupayaan saya istiqamah dalam beramal ketika saya berada dilokasi yang berbeza. Paling mudah solat fardhu, Al Quran dan ma’thurat. Ya, nyata sekali ia berbeza. Di kampus ia nampak sangat mudah untuk disudahkan. Malah sukar untuk ditinggalkan walau sekali. Di rumah sewa dan di kampung Allah saja yang Maha Mengetahui kesulitannya. Adakah itu tanda tidak ada atau kurang takut kepada Allah?

Saya memikirkan begitu banyak faktor yang menghalang.

Soal hati lagi. Mahu saja menyalahkan godaan syaitan semata-mata. Ya Allah..

“Adham, surau Dahlia, syakirin atau masjid?”

Hari-hari dan hampir setiap waktu solat fardhu. Kami merancang nak berjemaah di mana. Memang biasa kami tak setempat saja. Ada tiga surau di sekitar kawasan Pangsapuri Mawar, Bandar sri Putra ini. Tidak ada alasan untuk berkata tidak kepada bersolat jemaah. Buatlah apapun untuk memaksa diri dan  mengingatkan sahabat-sahabat. Dan saya mesti bersedia juga untuk diingatkan.

Sahabat-sahabat,

Dalam tempoh dan masa ini, sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga yang lebih getir (kepada yang masih single mingle), adalah mustahak untuk kita sentiasa berusaha demi memastikan keutuhan dan kestabilan pelbagai aspek. Bukan setakat kerjaya dan ekonomi lebih dari itu ialah kebolehan memimpin dan menjadi qudwah (lelaki) dalam setiap perkara.

Kita hanya insan yang lupa tapi jangan kita terlupa bahawa Allah tidak pernah melupakan setiap perbuatan dan kelakuan kita hatta sekecil zarrah. Baik mahupun sebaliknya. Allahu’alam :)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Az-Zalzalah 99: 7, 8

ps: Biarpun ‘jebat’ mendapat tempatnya kembali tetapi musuh masih ramai. Patik tak risau sangat sebab majoriti rakyat jelata dibelakangnya :) Moh radix kita!!! :D

Adun Bota, tercicir dan 6:153

February 6, 2009

Bismillah walhamduLillah,

Saya menulis lagi…

Semalam, saya marah dengan Adun Bota.. Hari ni saya faham kenapa dia tak peluk tuan rumah walaupun diberi layanan yang baik sepanjang 10 hari.. Saya masih marah sebenarnya tapi biarlah.. Moga Allah beri hidayah kepadanya.. Pasal Najib, wallahua’lam.. Allah nak bagi dan terus bagi kat dia.. Inilah namanya istidraj.. Biaq pi dia rasa seronok dengan apa yang dia buat.. Buat masa ni, ye.. Dia rasa takda apa-apa yang berlaku.. Rasa selamat.. Ingat rakyat Perak bodoh macam dia agaknya! Dah!!!

Setiap masa saya sering terfikir dan berperasaan bahawa “aku akan gugur! Banyak versi saya dengar tentang pejuang-pejuang yang gugur di atas jalan dakwah. Gugur di sini bukan syahid ye sahabat-sahabat.. Tapi lari, tercicir atau gagal di dalam usaha untuk terus tsabat dalam perjuangan..

Sahabat-sahabat,

Hari ni juga, di tempat saya ada seorang doktor bercerita tentang Gaza.. Bila sebut Gaza kita bukan saja ingat HAMAS tapi yang lebih mustahak ialah pembebesan Masjid Al Aqsa itu sendiri.. Beliau juga ada memberitahu bahawa satu hari nanti senarai pejuang-pejuang kepada semua umat Islam di seluruh dunia akan dibuka untuk ke Palestin dan membebaskan Al AQsa.. KIta bukan duk berforum lagi dah kat sana.. Tapi dah bersedia angkat senjata untuk syahid.. Allah.. Naik bulu roma saya waktu tu.. Tersandar saya seketika.. Terkesima.. Saya bertanya diri sendiri, “aku boleh ke? mampu ke? Mak macamana? Bagi ke? Abah?

Sahabat,

SEbelum itu lagi, saya dah menyoal benda yang sama pada ibu saya ketika kami sedang menonton berita bersama.. Melihat berita tentang kekejaman israel terhadap rakyat Palestin yang belum pernah berakhir, saya bertanya pada ibu, “emak, kalau kita ke sana mak benarkan tak?”

Mak saya jawab mudah je, “kau memang tak sayang mak.”

Saya balas lagi.. “Kalau kita mati syahid, ada bahagian besar untuk mak nanti.”

Mak saya cuma kata, “jangan bukan-bukan.”

Ya, akhirnya saya akur dan kami tak teruskan..

Kenapa saya susah-susah nak habak benda ni?

Allah..

“mungkin aku akan gugur…”

Itu yang terus terlintas di benak fikiran saya..

Buka balik buku tulisan Ustaz Fathi Yakan, Al MUtasaqitun ‘ala tariq al Da’wah (Golongan Tercicir di sepanjang jalan dakwah).. BUka juga Bahtera Penyelamat dalam kehidupan pendakwah.. Ya, ada kaitan kedua-dua buku tulisan penulis yang sama.. Saya tak pasti yang mana kena baca dulu.. Kedua-dua buku ni sudah dalam simpanan saya sejak 5 tahun yang lalu..

Ada jaminan ke sahabat-sahabat setelah membaca dan memahami isinya? Bolehke kita bertahan di atas jalan ini? Atau mungkin kita syok sendiri dengan dakwah di kampus yang selesa? Ke sana ke mari membawa sesuatu untuk disebarkan.. DEngan amal ibadah yang nampak mudah untuk disudahkan setiap hari.. Dengan puasa sunatnya, solat jemaahnya, dengan Qurannya sentiasa dibibir, ada jaminan ke?

Berat… Payah.. Belum lagi beristeri, anak-anak lagi, karier lagi.. Menggaru kepala kita sahabat-sahabat.. Menggaru!!

Kalau macam ni, bersedia ke nak ke Palestin? Mati syahid? Ingat mati syahid ni macam pergi demo, berperang dengan FRU kat Jalan Tun Razak? Allahuakbar.. Sungguh banyak persoalan yang belum boleh kita beri jawapannya sekarang.. Bila boleh kita tahu jawapannya? Nanti, bila kita sudah melalui jalan perjuangan sehingga sampai satu tahap kita mengangguk, Ya, inilah jawapannya!.. Setiap orang akan ada jawapan berbeza bergantung sejauh mana keseriusan dalam berjuang dan berdakwah.. Saya? Ya, saya masih menyoal diri sendiri..

Sahabat-sahabat,

Akihirnya, mari kita redakan kegelisahan dengan merenung satu firman Allah dalam surah Al An’am 6: 153 yang bermaksud:

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Ps: Susah jadi Pengerusi majlis ni :) Tapi dapat pekena radix lepas tu, senyum balik :D

Campur-campur

October 14, 2008

Salam ukhwah secawan radix

Seolah-olahnya buat masa ini, saya dah dapat melupakan tragedi yang melanda ‘rumah ini’. Ye ke? Entahlah, mungkin apa yang berlaku tidaklah teruk mana. Cuma diperbesarkan dengan cara yang songsang..

‘Dilema Rumah ini’.. Lucu :D Tapi tak kelakar la. Ada yang menyangka saya bergaduh dengan ayah. Memang agak kerap ‘bergaduh manja’ dengan ayah. hehe.. “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.” Tapi, kekadang kuah tu dihirup je pun sedap. Ataupun makan dengan roti kosong. Tak semestinya dengan nasi.. Ishk2.. :) Memang sengaja. Saya mengharapkan ‘Dilema Rumah ini’ dibaca lebih dari sekali supaya saya tak digelar anak derhaka nanti.hehe..

Saya biasa-biasa je sekarang ni. Tak terasa nak bergembira walaupun england menang 5-1. Setakat Kazakstan.. Ok la.. Saya tersengih menggeleng-geleng bila pasukan kebangsaan menang 4-1 ke atas Pakistan. Entah kenapa susah untuk berbangga dengan kemenangan itu. Bukan memperkecilkan. Bukan sebab ia ‘friendly match’. Tapi????? Tugas berat buat Uncle Satianathan.. Caiyo caiyo!!!

Tok Guru Nik Aziz kata, tanda orang yang kuat beribadah ialah meninggalkan yang HARAM. Makna kata, orang yang jaga solat fardhunya atau yang tak pernah ponteng solat malam belum layak di katakan orang yang kuat beribadah sekiranya pada siang harinya masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

Taubat itu satu proses. Ia perlu dilalui dengan tumpuan dan fokus berterusan sehinggalah mencapai ‘kejayaan’. Jangan terlalu memikirkan samaada taubat diterima atau tak. Tapi, terus bertaubat.. Kita boleh rasa penerimaan itu. Dosa lama dah ditinggalkan jauh malah rasa benci Allah hadirkan untuk mengulanginya. Mungkin itu tanda taubat diterima..

Salah satu dari lebih 30 kewajipan bagi seseorang menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah yang ditekankan Iman As Syahid Hassan Al Banna dalam Risalah Ta’lim ialah “Jangan sesekali menghisap rokok“. Apa barang jadi smoker? Mulut bau busuk. Opps sori. Tak berapa wangi.. Jangan marah ye kekawan.. :)

Nenek saya kata, perempuan sekarang ni dah hilang sifat pemalunya.. Bukan dah tak malu tapi terlalu berani kot. Mungkin saya yang tak faham atau amat memahami situasi akhir zaman.  Wallahu’alam.. Malu bertempat. Macamana malu bertempat? Zaman sekarang semua kena berani. Berani pun kena bertempat. Mungkin begini. Malu nak buat dosa. Malu kalau amal tak cukup. MALU.. Rasulullah malu nak berlengging (tak berbaju) walaupun dalam rumah baginda sendiri. Zaman sekarang bukan lelaki je suka berlengging, kaum hawa pun suka bersinglet je kat pasar malam. Apa nak pelik?  Iman dan malu tu serumpun. Hilang rasa malu maka faham-fahamlah sendiri..

Akhir sekali, ada apa dengan melayu sehingga terlalu bangga untuk diperjuangkan? Dakwah Islamiyyah yang dibawa Nabi SAW bukan atas semangat “Nasionalis Arab” dan sebagainya. Jadi mengapa melayu? Perlembagaan? Ada apa dengan perlembagaan dunia lagi? Mengada-ngada sungguh! Tak cukup ke kita dengar anak melayu ISLAM yang mendahului carta maksiat dan kejahatan setiap hari?

Cukup-cukuplah buat masa ini.. Kalau dah campur-campur memang banyak je nak cakap. Maaf pada yang terasa sebab memang sengaja..

ps: skuad bola sepak kebangsaan nak kena tutup aurat la kan.. Baru power!

dilema rumah ini..

October 11, 2008

Salam sepaket radix,

Sungguh janggal dan tidak manis jika seorang anak menceritakan perihal bapanya kepada jiran. Lebih-lebih lagi anak yang tua. MUNGKIN salah bapa yang BARU berdengkur SEKALI. Tapi anak bantulah bapa. Mintalah bapa tidur mengiring agar dengkuran tidak berulang. Berbincang dengan bapa ELOK-ELOK. Bapa tak marah, InsyaAllah teguran pasti diterima baik. Bukan itu saja, malah kalau bertuah anak akan dibelanja minum radix kat ‘warung mapele’ berdekatan.. Tak nak ke?

Adakah selesai masalah jika gangguan dirumah dihebah luahkan kepada jiran-jiran yang bukan hanya tidak memahami malah mereka sendiri berserabut tak terurus dengan masalah dirumah masing-masing? Selesaikah?

Andai anak tak mampu untuk menegur dan meminta si bapa ELOK-ELOK secara terhormat, berlapang dadalah! SEBAB! Sebab, bapa sentiasa senyum saja melihat gelagat si anak yang dengkurannya lebih dahsyat. Tak pernah bapa minta anak keluar dari rumah atau si anak dibelasah di hadapan rumah jiran. Ada ke? Pernah? Sedangkan bapa boleh buat begitu kalau mahu. Tapi bapa dah lebih dulu minum susu. Bukan makan garam. Bapa tak ajar makan garam banyak-banyak.Tapi jika anak nak makan juga, bapa tak marah. Kalau dah sakit jangan salahkan bapa lagi.

Apapun hal di rumah, besar ke kecil, pokok atau cabang, penting atau tidak, bapa tak kisah untuk ditegur. Bapa terima teguran. Cuma anak-anak bapa yang lain tak suka jika anak bapa yang tua atau lebih sopannya berumur duduk bertenggek kat pintu pagar rumah dan pok pek pok pek hal kat rumah sendiri. Biarpun ikhlas tapi peraturan rumah sudah menggariskan adab dan tatacaranya yang mana bukan untukkebaikan si bapa sebenarnya, lebih dari itu yang lebih mustahak sampai bila-bila pun untuk kesejahteraan seisi rumah. SEBAB! Sebab rumah itu dibina atas dasar kasih agama yang tidak terhingga. Kalau nak merobohkan rumah dan tak kasihkan adik beradik lain, buatlah, teruskanlah niat yang tak berapa murni tu. Allah…

Jiran-jiran pasti gelak besar bila rumah dah goyang. Sebab anak yang tua duk terlompat sana terjerit sini tak puas hati. Anak tua kata, “aku ikhlas dan jujur.” Tapi entah di mana si anak belajar cara untuk menonjolkan keikhlasan. Bapa faham tapi jiran-jiran faham ke?

Anak tua masih bertegas. Tapi saya juga ahli rumah ini. Saya nak jadi ahli rumah yang baik dan sopan. Sebab bapa dah ajar begitu. Bapa banyak ilmu. Saya masih minum susu takkan nak melawan bapa. Tapi, saya juga sayang abang yang tua dan adik beradik lain yang ramai dan meriah. Walaupun abang masih lagi tegas dengan caranya, minta abang fikir ELOK-ELOK. Sebab saya sayang rumah ini. Rumah-rumah lain pandang tinggi rumah kita, cara kita jaga rumah dengan dasar agama yang kuat dan kukuh sejak sekian lama. Bapa ketua rumah dan tetap kekal begitu. Jadi, nasihat saya yang masih menghisap jari ni, abang ubahlah cara abang. Sebab abang tak macam ni dulu.

Saya sayang rumah ini, bapa, abang tua, abang-abang yang alim, adik beradik kita semuanya kerana Allah dan cinta agama. Wallahua’lam..

ps: Akhirnya saya kembali dengan entri yang bolehla dianggap luahan yang agak emosi. Apa yang saya cuba tulis dan sampaikan di atas adalah tentang apa yang berlaku dalam PAS sekarang. Saya dilema tapi sayang dan tetap sayang. Sayang semuanya.. huh! Cubala faham ye. Apapun, ISLAM for ALL!!! Takbir!!

Masih sempat…

April 24, 2008
Salam ukhwah… Pagi ini saya agak ‘free’ sementara menunggu demo D3S Lab Controlling System di Universiti Malaya jam 2 petang nanti.. Ada kerja yang perlu dibereskan sebelum itu, namun ia tidaklah begitu menekan.. Menyiapkan broshure dan kertas cadangan untuk ‘presentation’ itu nanti bukanlah sesuatu yang sukar.. Lagipun ia sudah ada.. Tinggal nak diperbaharui..

Semalam, penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger, Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 63 tahun.. Siapa yang tidak kenal Rustam Sani.. Setiap pandangan beliau, tidak kira dalam akhbar siasah(pandangan Rustam), harakah mahupun blognya sendiri (karya-merdeka.blogspot.com), impaknya besar dalam memberi faham suasana politik sekarang.. Bahasa tulisannya indah dan mudah difahami.. Disokong pula hujahnya yang bernas.

Semangat pejuang kemerdekaan dan Melayu dari bapanya iaitu Ahmad Boestaman
meresap kuat dalam dirinya.. Hakikatnya, Allahyarham sudah pun menyiapkan dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim.. Sumber dari harakah, Allahyarham sebenarnya dalam persiapan untuk pelancaran karya-karyanya terbarunya itu pada 26 April ini, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.

Rustam Abdullah Sani sudah pun meninggalkan kita. Apa yang pasti, tulisan-tulisan dan karya-karyanya akan terus menjadi khazanah penting buat kita semua terutama generasi muda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Ya ALLAH, apa nak jadi ni? Biar betul!!!

March 14, 2008

Gambar ini di emelkan kepada saya dan ia benar-benar mengejutkan.. Ya Allah… Kerana bencikan PAS mereka sanggup hina Islam.. Apa nak jadi? Masih Islam ke makhluk yang gantung poster ni? Inilah yang dimaksudkan disebabkan inginkan kemenangan ‘mereka’ sanggup mengendarai syaitan dan membelakangkan ALLAH dan Islam.. Lihatlah sendiri!
Nak cerita lanjut? Layarilah:

Lihat dan nilai sendiri!

March 14, 2008

Gambar-gambar majlis qiamualail besar-besaran sempena PRU 12 yang lepas benar-benar menyejukkan mata.. Ia bukan kali pertama diadakan dan bukan semasa PRU sahaja. Cuma gambar-gambar yang diambil ini membuktikan segalanya.. Amat mustahil jika saat itu doa tidak mustajab.. Inilah senjata sebenar kemenangan. Lihatlah dan nilailah sendiri!

Sekitar PRU 12. Sekadar pendapat…

March 11, 2008

Mengejutkan! Memang keputusan PRU 12 amat tidak disangka-sangka.. Walaupun sudah hampir seminggu, tapi rakyat terutama di 4 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor rata-rata tidak percaya yang mereka sudah berada dibawah pemerintahan Barisan Alternatif(BA).. Kelantan, sudah dijangka akan terus berada di bawah kepimpinan PAS walaupun pada kebanyakan masa sepanjang dua minggu berkempen seolah-olah di lihat seperti BN akan merampas negeri Cik Siti Wan Kembang itu selepas 18 tahun.. Biasalah media Malaysia! Entah dimana ketelusan mereka dalam menyampaikan sesuatu.. Tak nampak benarnya.. Cakap Tuan Guru Nik Aziz di’edit’nya agar dilihat terlalu buruk dimata rakyat.. Yang paling ‘baik’ pemimpin-pemimpin BN.. “Pembangunan berterusan”. Itulah yang dijanjikan jika Kelantan bertukar tangan.. Tapi, rakyat Kelantan lebih sayang Kelantan begini.. Mereka lebih kenal Tuan Guru Nik Aziz.. Jadi, nyah BN dan UMNO dari Kelantan. Lupakan hasrat mu..

Semalam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah hari ini tetapi tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti DAP memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar menyebabkan ia ditangguh ke satu hari yang akan ditentukan kemudian.. Macam-macam! Entah ya ntah tidak media ni.. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula akan mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor ke-14 hari ini.. Ia dari awal sudah dijangka walaupun ada yang berharap ADUN Gombak setia Datuk Dr Hassan Ali(PAS) akan memegang amanah itu.. Di Kedah, PAS yang buat julung-julungnya diberi mandat memerintah, sepakat memilih Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar..

Tak perlu lagi saya menghurai mengenai PRU 12.. Sahabat-sahabat sudah ramai yang memberi huraian panjang mengenainya dalam laman blog masing-masing.. Semua pun sudah boleh menilai.. Cuma ada gurindam menarik untuk dikongsi bersama..

Ku sangka panas sampai ke petang,
Rupanya hujan ditengahari,
BN sangka Kelantan dapat dijulang,
Rupanya hilang 5 negeri,
Alangkah malang nasib BN kali ini,
Kampung Pak Lah sendiri tiada lagi,
Penang negeri kesayangan sudah ditakluki…

Di sebalik keputusan PRU 12, kemenangan dan kekalahan adalah ujian yang berat.. Sepanjang 5 tahun yang mendatang, rakyat akan terus menilai.. Tahniah atas kemenangan dan takziah kerana memikul amanah yang berat.. Segalanya akan dipersoal di akhirat nanti!

Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinan, ianya akan menjadi penyesalan pada Hari Kiamat. Ianya sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat Imam Al-Bukhari)” .

Setelah dengan gilang-gemilangnya berjaya menawan Kota Konstantinople, Sheikh Shamsuddin berkata kepada Sultan Muhammad Al-Fatih:

“Walaupun hari ini engkau telah berjaya mencapai kejayaan yang paling besar, tetapi biarlah aku menjadi satu-satunya manusia yang terus mengingatkan engkau bahawa engkau adalah hamba kepada Allah SWT!.”

“ALLAH pasti bantu pada perkara kebenaran”

Peringatan sebelum turun mengundi!!

February 20, 2008
Kekalkan kepimpinan Ulama’
Salam ukhwah,

Di saat dan ketika ini sehinggalah 8 Mac nanti, percayalah mereka (UMNO dan BN) akan menggunakan segala kesempatan dan kuasa yang ada untuk ‘memenangi’ perlawanan yang sebenarnya tidak pernah mereka menangi.. Mereka menindas pemikiran rakyat dengan menyebut ‘jasa-jasa’ dan pengorbanan ’suci’ meraka.. Masa inilah mereka akan kehulu kehilir menyebarkan cerita bohong.. Parlimen sudah dibubarkan pun sempat lagi untuk menganjurkan program besar untuk menyokong pendekatan Islam Hadhari.. Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar yang berakhir semalam (18 Februari), tak lain tak bukan untuk mendapatkan ‘political mileage’ BN kerana pendekatan Islam Hadhari jelmaan PM sudah dilihat sebagai satu agama baru. Seorang berbangsa Cina baru-baru ini mahu masuk Islam Hadhari, kerana ia lebih mudah daripada Islam sebenar. Ini kerana pemimpin Islam Hadhari tidak mewajibkan para isteri bertudung, yang penting bagi orang awam,perkataan Islam tetap ada dalam konsep jelmaan mereka.. Geli hati sungguh.. PM sepatutnya terpukul dengan berita ini..
Di Kelantan, bukan main bersemangat BN untuk merampas kepimpinan dari PAS. Mereka awal-awal lagi sudah berjanji.. Tak lain tak bukan pembangunan berterusan jika menang.. TPM berjanji akan membina banyak masjid dan kononnya akan mengubah Kelantan menjadi ‘Islamic civilization hub’. Datuk Annuar Musa pula berjanji dengan berkata “projek pembangunan bernilai RM 2 juta sedang dirancang untuk rakyat Kelantan”. Betul ke rakyat Kelantan yang dapat faedahnya? Memang benar mereka akan bina banyak masjid seperti di Terengganu Darul Kristal. Memang benar mereka akan melancarkan banyak projek dengan motto “satu lagi projek barisan nasional”. Tapi semuanya atas sebab ada kepentingan yang mereka tak dapat dan tak mahu jelaskan kepada rakyat..

Sahabat-sahabat,
Sebuah artikel bahasa inggeris bertajuk “A Chinese in Kelantan speaks out” akan merungkaikan mengenai kehidupan rakyat cina di kelantan sepanjang pemerintahan PAS sejak 1990 dan perbandingannya dengan pemerintahan BN sebelum itu. Sahabat-sahabat boleh membaca keseluruhannya di harismibrahim.wordpress.com. Saya minta bacalah!!.. InsyaAllah, mudah-mudahan ia akan dapat membantu sebelum proses pembuangan undi 8 Mac nanti.. Terutamanya sahabat-sahabat dari pantai timur.. Wallahua’lam

Ini bukan gurauan!

February 14, 2008
Selamat mengundi!

“Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pun mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu.” (HR Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158)

Pemimpin adalah pengembala, sehingga dia tidak akan menjadikan ‘gembalanya’ sebagai mangsa iaitu rakyat yang dipimpinnya. Tidak akan memakan hak-hak rakyat atau memerah rakyat seperti lembu perahan. Membiarkan rakyat kelaparan, tidak adil dalam mengasaskan konsep pembangunan yang hanya mengutamakan orang-orang kaya, sanak kerabat dan kroninya, sedangkan rakyat secara am dibiarkan menderita. Mereka selalunya menyalahkan rakyat, dan bukannya merasa bersalah serta wajib bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya..
Saya tertarik artikel tulisan akhi Muhtar Suhaili yang mengulas mengenai pembubaran parlimen semalam. Beliau tak lupa untuk menarik pembaca supaya bukan sekadar membaca tapi menilai dan memahami situasi. Ia amat membantu terutama bagi individu yang selama ini bertaklid sahaja dalam memilih pemimpin. Paling menarik huraian ringkas dan padat mengenai membudayakan sifat syaja’ah. Tahap pemikiran saya masih bertatih untuk memahami tapi selepas membacanya, saya tertanya-tanya apakah status pemimpin kita di Malaysia ni.. “Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Masih adakah prinsip mulia itu di tanam pada diri setiap pemimpin kita? Atau pemimpin kita hanya berani membenarkan yang salah dan dan menyalahkan yang benar?

Di negara kita, tidak ada masalah untuk mencari pemimpin Islam tapi bukan mudah nak bertemu dengan pemimpin yang takutkan Allah, yang minta dibantu menegak kebenaran, yang minta ditegur kalau ia bersalah, yang tidak menyebut apa jua jasanya dan yang tidak banyak membuat janji manis! Masih ada, tapi silapnya dari kita kerana kita sendiri belum cukup takutkan Allah.. “Kalau pilih pemimpin ‘beserban’ alamatnya tak enjoy la kita. Kelab malam tutup. Tak jaga aurat kena denda. Hari-hari kena dengar ceramah je.” Bukankah kata-kata busuk ini keluar dari mulut orang Islam sendiri? Bukan setakat itu sahaja, malah kata-kata begini dijadikan bahan ketawa di mana-mana..
Satu Malaysia sudah dimaklumkan sebentar tadi.. 24 Februari adalah tarikh yang dipersetujui SPR sebagai hari penamaan calon dan 8 Mac sebagai hari mengundi.. Mungkin 2 minggu adalah tempoh yang adil untuk menilai, mengenal pasti, dan memilih pemimpin yang tepat untuk 4 atau 5 tahun akan datang. Kita berhak memangkah sesiapa sahaja tetapi harus diingat kita akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak atas setiap pangkahan kita itu.. Satu pangkahan boleh menjadi penentu kebangkitan atau kejatuhan.. Bersedialah!!!
Dari seorang sahabat:
“Memilih pemimpin bukan seperti memilih gula-gula. Pilihlah pemimpin berdasarkan pimpinan wahyu. Jangan berdasarkan logik akal semata kerana akal ini terbatas, lemah dan sering dipengaruhi oleh hawa nafsu..” Wallahua’lam.