Archive for the 'puisi dan gurindam' Category

Mereka telah bangkit!!!

March 7, 2008

Mereka telah bangkit
Dari buku yang dibacanya
Dari tembok yang melindunginya
Dengan bendera dan lilit kepala.

Mereka telah bersuara
Dari bumi tanahair yang subur
Demi ISLAM YANG MENGAJAR HIDUP BERANI
Demi janji yang kini telah dimungkiri.

Mereka sekarang telah bangkit
Ditengah-tengah gelombang zaman
Dari keperibadian yang telah ditindas
Untuk masa depan warisan keturunan.

Dari BAHASA lidah zaman hidup kita
Kebangkitan ini dipancang detik batu-tanda
Untuk pelaksanaan SATU BAHASA
Yang berdaulat menyinar mutiara.

( Puisi ini telah ditulis pada tahun1967, kira-kira 41 tahun dahulu olehseorang manusia berjiwa halus yangbernama Usman Awang @ Tongkat Warrant@ Sasterawan Negara Malaysia. Kata-kata yang sungguh relevan sampai kehari ini. Semoga Roh Allahyarham Dato’Usman Awang dicucuri rahmat oleh Allahswt. Al – Fatehah… )

Kita sebenarnya

February 11, 2008

Kita sebenarnya…
lebih gembira menyambut 1 Jan dari 1 Muharram
Kita sebenarnya…
lebih tahu apa itu 14 Feb dari 12 rabiulawal
Kita sebenarnya…
lebih membesarkan hari sabtu dan ahad dari hari Jumaat
Kita sebenarnya…
lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar azan
Kita sebenarnya…
lebih suka lepak dari mendirikan solat
Kita sebenarnya…
lebih tahu nama-nama artis dari 99 nama-nama Allah
Kita sebenarnya…
lebih suka memberi ucapan helo atau hai dari ucapan Assalamualaikum
Kita sebenarnya…
lebih suka menyanyi dari berwirid atau bertasbih
Kita sebenarnya…
lebih suka memuji sesama manusia dari memuji Allah
Kita sebenarnya…
lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama dan AlQuran
Kita sebenarnya…
lebih suka pergi konsert dari ceramah agama
Kita sebenarnya…
lebih suka mengumpat, mengata dan memaki dari mendoakan dan menasihati
Kita sebenarnya…
lebih suka kemungkaran dari kebaikan
Kita sebenarnya…
lebih bangga dengan kejahilan dan dosa yang kita lakukan dari menyesalinya dan bertaubat
Kita sebenarnya…
lebih cintakan dunia dari akhirat
Tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita, kita lebih suka menjawab….
Kita sebenarnya…
lebih suka menuju ke syurga dari neraka…
tapi layakkah kita dengan syurga Allah S.W.T.?

“Sesungguhnya, akhirat itu negeri yang kekal abadi.. Barngsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalas melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu. Dan barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberimrezeki di dalamnya tanpa hisab.”

Sangka-sangka

February 1, 2008

manusia hari ni suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik.. Ada sangkaan buruk…
orang beribadah disangka riak
orang yang relax disangka malas
orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
orang pakai baju buruk disangka zuhud
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sikit disangka diet
orang baik disangka buruk
orang buruk disangka baik
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka pakai susuk
orang ceria disangka ‘membela’
mana tahu yang diam itu sebab ingat Allah
mana tahu yang senyum sebab nak bersedekah
mana tahu yang masam sebab kenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu sebab hati dan minda bersih
mana tahu yang ceria itu sebab cergas cerdasnya..
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api…
1 benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat..
semuanya bergantung bagaimana kita melihat…SALAM UKHWAH(^_^)..