Archive for the 'semasa' Category

Jangan PAUSE sokmo; tak semua yahudi jahat?

April 29, 2009

gabai

Sungai Gabai

Jiwa ketika ini benar-benar menyenangkan.. Hempasan air terjun sungai Gabai dari tingkat ke tingkat diserikan dengan suasana HIJAU hutan yang saya kira masih terpelihara, membibitkan ketenangan dan kedamaian. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Benarlah bahawa apa saja ciptaan Allah Taala sangat menguntungkan hamba-hambaNya.

Cumanya, samaada kita sedar atau tidak, kita sulit sekali mahu mengucap syukur. Malas! Kita ego dengan Pencipta. Kita sangka kita lebih faham diri sendiri. Hakikatnya, yang lebih mengetahui ialah Tuhan, Allah Rabbul Jalil.

Ibarat karipap daging yang lazat. Apa rahsianya? Sudah tentu yang lebih arif ialah orang yang membuatnya. Begitu juga dengan manusia. Allah yang menjadikan manusia. Allah yang memberi rezeki, menghidup dan mematikan. Allah jualah yang memberi dan merampas kembali apa yang telah dikurniakan. Lantas, kenapa kita begini? Fikir!!!

Pause ll

Saya akan ‘Play‘ balik nanti.. Kalau saya teruskan, nanti ada yang tekan butang ‘forward‘. Takpun ‘next‘. Dah banyak kali sangat sampai ‘stuck‘. Akibatnya, ‘control‘ > ‘alt‘ > ‘delete’.. Kemudian, ‘end task‘. Hehe.. Masak.. :D

Saya tak reti putus asa. Cuma kekadang terasa tua bila banyak sangat membebel kat blog ni. Banyak membebel tandanya sayang. :) Kita tengok ibu. Menurut pakar, berbanding ayah, ibu lebih banyak bercakap (membebel) dari ayah. Ibu suka mempamerkan sayangnya. Manakala ayah, rasa sayang jarang-jarang ditonjolkan.. Ayah lebih suka untuk bersikap lebih ‘cool’ dan ‘macho’. Saya tak pasti dari segi ‘percentage’.

Justeru, buat masa ni biarlah saya pamerkan sayang saya pada kalian yang budiman. Esok-esok, dah jadi ayah lain la cerita kan :D InsyaAllah..

Maafkan saya.. :)

Nasihat pakar, jangan  tekan butang ‘pause’ secara mengejut ketika sedang berfikir. Biarkan ia bergerak mengikut tempo pemahaman. Andai perlahan, raikan ia. Andai laju, jangan biarkan ia terbabas. Jika tidak, teruk nanti..

Saya akan minta sedara sedari berfikir lagi..

‘Bukan semua yahudi jahat‘.

Dulu saya sangka semua yahudi jahat, kejam dan menyokong penubuhan negara haram Israel di Tanah Palestin. Saya benci melihat Yossi benayoun, pemain Israel yang bermain untuk Liverpool. Benci!! Biarpun, ’skill’nya hebat dan ‘control ball’ nya menakjubkan, saya tetap mengecam yahudi keseluruhannya.

4897178

Yossi Benayoun

Tapi, lagi sekali, ‘Bukan Semua Yahudi Jahat’.. Jadi siapa yang jahat sebenarnya? Zionisme tu menate gapo pulok?

Yahudi memang terkenal dengan sifat jahat dan kejamnya sejak zaman para Nabi lagi. Sehinggalah, zaman Rasulullah SAW, bangsa Yahudi diusir keluar dari Madinah. Sejak dari itu, bangsa Yahudi hidup dalam buangan dan mereka hidup di merata tempat. Akhirnya, wujudlah dua kelompok iaitu Ashkenazim (80%) dan Sephardim (20%). Sephardim adalah keturunan bani Israel, dari Nabi Yaakub iaitu bapa Yusuf dan anak kepada Ishak. Ashkenazim pula adalah dari keturunan Khazaria yang diyahudikan sekitar tahun 711 masihi.

Zionisme pulak, ialah aliran politik yang penting dan menjadi dasar penubuhan negara Israel. Jadinya, zionis bermaksud orang yang mendokong fahaman zionisme. Saya nak jelaskan di sini, bukan semua yahudi menyokong zionisme dan penubuhan negara haram Israel. Dan, bukan semua pendukung zionisme adalah yahudi. Terdapat sebilangan besar penganut kristian juga menyokong zionisme.

Untuk, itu, ada dua hujah:

  1. Yahudi juga berasal dari Bani Israel. Ramai Nabi dan Rasul dikalangan Bani Israel di turunkan untuk menyelamatkan mereka.
  2. Ramai dalam kalangan Yahudi yang anti-zionis termasuk paderi mereka (rabbi). Mereka turut bekerjasama menentang zionisme dan Israel. Ramai juga yang memeluk Islam dan menjadi tokoh hebat seperti Muhammad Asad (Leopold Weiss) dam Maryam Jameelah (Margaret Marcus).

Kesimpulan untuk difikirkan, jangan mudah mengatakan bahawa semua yahudi jahat, busuk dan kejam.Yossi Benayoun mungkin mewakili negaranya Israel yang jelas-jelas haram. Tapi, perlu diingat bahawa negara haram Israel telah ditubuhkan di atas tanah Palestin sejak 15 Mei 1948 iaitu 61 tahun yang lalu. Benayoun mungkin antara manusia-manusia berbangsa yahudi generasi ketiga atau keempat yang mendiami Israel. Saya bukan peminat Benayoun. Tapi, yang penting pointnya di sini, ‘bukan semua yahudi jahat’.

Oleh itu, saya sesekali tidak boleh menyalahkan diri sendiri yang baru belajar dan tahu selepas mengkaji. Saya juga tidak boleh menuding jari kepada yang tak suka dan malas buka buku atau mudahnya berat nak ‘explore’ sendiri tentang perkara-perkara yang tidak pasti.

Jadi, berubahlah..

Berubahlah demi kesejahteraan agama.

Kerana Allah suka pada orang yang berfikir dan mengkaji dari yang taklid membuta tuli :)

Moga saya juga benar-benar berubah..

InsyaAllah Taala..

ps: Belilah buku “Online dengan Tuhan” untuk menggali benda yang best dan kupasan yang menarik. Baca sambil pekena radix suam.. MasyaAllah, enak sekali :)

Ujian di Perak lalu dia terbang ke Jordan…

February 5, 2009

Bismillah walhamdulillah..

Jika apa yang berlaku di Perak membuatkan kita lemah dan kecewa, ya kita wajar berperasaan demikian. Saya juga begitu.. Tapi, saya sentiasa positif dalam menerimanya. Saya yakin, kebenaran akan kembali.. Kebatilan akan dikafankan. Pelan-pelan.. Allah tarik dan Allah akan kembalikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki.. Kebenaran tetap akan menang, dan Allah pasti bantu.

Keyakinan yang turun naik ni kekadang buat saya malas memikirkan pasal Dato Nasarudin yang masuk balik UMNO. Takde stand betul.. Dahla masuk bagi salam pun tak dengar, keluar pun tinggalkan taik kucing kat depan pintu rumah! Jangankan nak peluk tuan rumah yang bagi tinggal sepuluh hari, diludahnya pula tuan rumah dengan orang-orang rumah sekali.. Hishhh, pengotor benar sikap orang umno.. Kalau dah memang tak suka nak bersih diri, perangai kotor tu tak malu pulak nak ditonjolkan.. Takpe.. Kita tutup.. Buat masa ni :) Sambung sambil minum radix esok :D

Seorang sahabat saya akan ke Jordan tengah malam jumaat atau awal pagi sabtu, InsyaAllah.. Belum berangkat, dah terasa kehilangan.

“baiii, ana akan tinggalkan korang. Ana akan fly sabtu ni..”

“Sabtu ni!!” Saya memang terkejut.. Hati sayu..

“Dah confirm ke san.. KPT kol enta ke enta confirm sendiri ni?”, saya tanya nak sedapkan hati..

“Baru je dia kol ana.. Allah,, Banyak benda tak setel ni..”, Dia nampak benar-benar gembira.. Memang itupun yang dia nak setelah tak dapat ke Morroco tahun lalu..

Dia betul-betul akan pergi, pergi bukan untuk selamanya tapi 3 tahun memang lama.. Cukup-cukupla dia seorang.. Sahabat-sahabat yang ada, jangan tinggalkan daku kecuali yang nak berumahtangga.. Dibenarkan, dengan syarat kad jemputan mesti sampai kat tangan.. :D

Saya pernah hampir untuk sambung belajar ke UK dua tahun lalu.. Sangat hampir.. Tapi ibu tercinta berat nak lepaskan anak terunanya ni.. Ayah, dia senyum je.. “Ikut mak, ham.. Mak bagi abah benarkan, kalau tak kat malaysia je la..”

Almaklumla, anak lelaki tunggal.. Manis pulak tu.. hehe.. perasan..

Allah..

sahabat-sahabat,

Islam sedang bangkit.. Orang Islam sebenarnya tidak ditindas sebegitu hina seperti yang kita lihat di TV dan baca di dada akhbar.. Propaganda media oleh barat dan Yahudi sudah berlaku sejak sekian lama untuk melemahkan orang Islam.. Tapi kebangkitan Islam tetap dan sedang berlaku.. Ia tidak boleh di halang dan kemenangan yang entah bila pastinya akan terjadi suatu hari nanti.. Itu janji Allah dan RasulNya.. Tak mahukah kita jadi sebahagian dari proses kebangkitan ke arah kemenangan itu? Nah! Kalau kita menggeleng, ada besar kemungkinan kita sama macam perampas-perampas tak tahu malu di Perak.. Kalau kita mengangguk pun sebenarnya belum tentu kita jadi sebahagian yang mengisi kemenangan andai kita balik menambah taik mata, bergoyang kaki dan berpeluk tubuh.. Buatlah sesuatu untuk agamaNya.. Jangan hanya berkelana di masjid sedangkan di luar masih bersepah yang mendedahkan aurat.. Jangan hanya seronok dengan perjuangan kita andai hati dan niat tidak dijaga.. Jangan hanya seronok dengan perancangan andai iman dan amal tak dipelihara..

Mengambil kata-kata seorang sahabat,

“Islam tak pernah perlukan kita, tapi kita perlu kepada Islam.. KIta rasa kita dah bekerja 24 jam untuk Islam tapi musuh bekerja 25 jam untuk memusnahkan dan memporak perandakan perancangan kita.”

Apa intipatinya? MOh, kIta penatkan kepala otak kita untuk berfikir dan terus berfikir.. La ni, saya masih lagi menerima mesej-mesej tanpa henti tentang info-info terkini apa yang berlaku di Perak.. Saya berharap dan berdoa.. Sahabat-sahabat juga InsyaAllah.. Kita semua mengharap sesuatu yang seadil-adilnya berlaku di sana.. Sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha BIjaksana..

ps: Jangan suka sangat beradix sebab musuh kekadang berair suam je.. Musuh yang sengket la.. hehe.. Peace!!! :D

Ada apa dengan sistem pendidikan kita?

December 30, 2008

Bismillah Walhamdulillah :)

Ada sahabat menjelaskan dengan tegas, bahawa sistem pendidikan negara sudah cukup baik biarpun kita maklum bahawa ia berteraskan sistem pendidikan inggeris.

Kalau dilihat kembali konsep dan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK), Falsafah pendidikan negara rumusan 1988 dan disebut dalam akta pendidikan 1996 berbunyi begini:

Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Dari hasil pembacaan saya juga, Matlamat pendidikan negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

- Percaya dan patuh kepada Tuhan

-Berilmu pengetahuan

- berahklak mulia

- bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara

- memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

- memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Setelah lebih 50 tahun merdeka, adakah tercapai matlamat yang digariskan? Malangnya, ia tidak berlaku dan tiada siapa dari mana-mana individu berfahaman politik kanan setakat ini benar-benar mahu mengaku bahawa sistem pendidikan kita telah GAGAL. Mungkin mereka tahu atau mungkin mereka degil untuk mengaku atau mungkin mereka sudah malu dengan kegagalan ini atau mereka sebenarnya syok sendiri. Banyaknya pilihan. Mungkin juga kesemua di atas.. :)

Saya tak pastilah, apa sebenarnya yang boleh dibanggakan dengan sistem-sistem di Malaysia ni. Sistem demokrasi tak telus, sistem perundangan pun tak boleh nak diharapkan, ISA diagungkan seolah-olah ianya penyelamat (penyelamat UMNO dan BN), dan akhirnya beginilah negaraku.. Cemerlang, gemilang dan temberang.. Slogan hanya tinggal slogan..

Berbalik kepada maudhu asal. Dari rumusan Falsafah Pendidikan Negara ada menyatakan bahawa matlamatnya ialah ke arah mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bunyinya dah bagus. Dah cukup islamik.Tetapi malangnya sekali lagi, sistem sedia ada yang digunapakai sejak dulu tidak mencerminkan keseriusan untuk melahirkan insan sedemikian. Ini masalah keberkesanan sistem..

Pengajian Islam misalnya ialah matapelajaran teras dan wajib di hampir semua peringkat persekolahan dan peperiksaan. Tetapi bukan subjek utama yang menjadi syarat wajib cemerlang atau paling tidak kepujian bagi membolehkan seseorang pelajar masuk ke peringkat persekolahan seterusnya(agak konfius ayatku ini).  Sejak zaman berzaman, kita tahu dan maklum perkara tu. Sebab tu kawan-kawan, adik-adik kita tak rasa bersalah kalau gagal pengajian Islam SPM atau paling koman mereka rasa selamat dengan hanya cukup-cukup makan saja. Sedangkan, itu pengajian Islam. Kita mengaji tentang Islam, pasal agama sendiri.. Tak ke pelik tu. Saya nak habak satu kisah benar. Soalan Pengajian Islam Percubaan PMR yang bunyinya macam ni, “Sebutkan tiga masjid suci bagi orang Islam.” Lebih kurang la. Ada sorang budak ni, dia jawab masjid Putrajaya, Masjid Besi Putrajaya (yang belum siap tu) dan Masjid Jamek Kg Baru. Ini kisah betul. Mak budak ni cerita kat saya. Allah.. Kalau soalan ni pun dah pening, rukun Islam dengan rukun iman dia jawab apa pun aku tak tahu..Sungguh! Lucu kisah ni tapi risau kita dibuatnya. Islam Hadhari punya pasallah ni.. Ada bantahan! :D

Masalah budak ni ialah dia merasakan subjek pengajian Islam hanya subjek sampingan. “Lulus pun jadilah.” Mungkin itu yang dia fikir. Saya tak mahu bincang pasal sistem tarbiyah keluarga. Itu dah bab lain. Bab lain cerita hari lain. Isunya sekarang sistem pendidikan negara yang lompangnya semakin jelas kelihatan. Ia serius.. Sangat serius.. Tengoklah, berapa ramai sahabat kita yang tak tahu solat, yang tak tahu nak tutup aurat, tak tahu membaca Al Quran, tak tahu halal haram.. Inilah kesan ketidakseriusan sistem Pendidikan Negara. Maka, pada saat ini yang diharapkan ialah pelaksana sistem iaitu guru-guru. Tak semua guru-guru tak kira lepasan dari mana-mana institusi pun benar-benar faham kelompangan sistem pendidikan sedia ada. Ini hakikat. Yang mereka tahu, bila keluar terus mengajar. Gaji guru sekarang pulak dah semakin lumayan. Ada yang faham dan serius mahu jadi pelaksana sistem yang baik. Saya tak nafikan. Tapi bilangannya tak ramai.

Tinggi harapan agar sistem pendidikan negara dikaji semula dengan teliti. Kita bangga (ye ke?) semakin ramai yang mendapat 5A dalam UPSR, bilangan yang mendapat 8A dalam PMR juga meningkat dan tak kurang juga rasa bangga kita terhadap pelajar-pelajar yang mendapat 16A1 dan 17A. Golongan berkepentingan akan mengeluarkan kenyataan bahawa inilah hasil sistem Pendidikan kita yang diiktiraf antara terbaik dan menjadi model contoh bagi negara-negara lain. Kenyataan syok sendiri.. Orang kalau dah perasan bagus ni payah..

Namun begitu sebaliknya, sistem sedia ada ini hakikatnya tidak seimbang dan ia sebenarnya cuba menyekularkan rakyat malaysia secara senyap. Bila Islam cuba dipisahkan dari sistem maka, rosaklah ia.. Yang nak melaksanakan sistem pun pening, yang berada dalam sistem (pelajar) pun dah kenoning.. Wallahua’lam bissawwab..

ps: kalau Islam tak cuba dah dipisahkan dari sistem pendidikan kenapa ada lagi remaja umur 22 tahun tak reti baca ayat kursi? Nak salahkan pelaksana ke penggubal? Ke budak tu yang pemalas? Kita pikirla sama-sama.. Yang kita tahu dari kecik, doa makan. Sebut pasal makan, hari ni tak sempat pekena radix :D

Isu, isu dan isu.. Menguntungkan!!!

June 10, 2008

Salam ukhwah secawan kopi :)

Hari ini, agak berlainan bagi saya.. Bila melihat kepada peristiwa-peristiwa yang mengejutkan saban hari berlaku, ia semakin membuat saya bertambah teruja untuk menulis.. Tetapi bukan saya sahaja.. Ramai! Tidak kiralah apapun isunya, satu perkara yang positif yang saya pasti kita semua sedari ialah semakin ramai terutama golongan muda tampil berani melemparkan pandangan, kritikan, dan tak kurang juga kutukan melalui weblog masing-masing.. Samaada ia konstruktif atau tidak itu soal lain.. Soalnya di sini, isu-isu yang berlambak ketika ini menguntungkan golongan pemikir muda atau ‘young bloggers’ untuk menyatakan pendapat mereka dari apa yang mereka fikirkan.. Saya baru sahaja melawat laman blog seorang sahabat dan membaca entri terbarunya mengenai isu tudung di Turki.. Pantas sungguh! Isu tudung di negara sekular itu memang membimbangkan kita umat Islam seluruh dunia tetapi tindakan mahkamah membatalkan undang-undang bertudung bukanlah sesuatu yang mengejutkan.. Kita semua tahu doktrin konkrit yang ditanam Kamal Atartuk ke dalam setiap pemikiran rakyatnya.. Sekularism.. Opss.. Terlebih pula.. Saya bukanlah nak mengulas panjang tentang itu.. Sahabat-sahabat boleh membaca artikel hebat yang bertajuk Politik simbol yang membebalkan oleh Ustaz Hasrizal.. Pendeknya, itulah cabaran hebat saudara kita di sana dalam mempertahankan kesucian Islam.. Bagaimana pula kita di sini? Membatu? Tanya diri..

Banyak isu lagi.. Isu tempatan misalnya.. Isu kenaikan harga minyak, isu rakyat Malaysia yang ditangkap diluar negara angkara menyeludup dadah dan isu politik yang semakin menarik nampaknya.. Sebut pasal politik ini, baru Ahad lepas saya dan sahabat-sahabat mendengar Perhimpunan PKR dan PR bersama rakyat di Keramat.. Saya bukanlah peminat Dato Seri Anwar Ibrahim.. Cumanya, saya teruja untuk mendengar DSAI berucap mengulas mengenai kenaikan harga minyak dan lain-lain.. Sebelum majlis bermula, saya dan tiga orang lagi sahabat yang disayangi menikmati mee sup di gerai berhampiran tapak ceramah.. Memang superb! Kalau ada kopi radix lagi nikmat.. AlhamduLillah.. Sebelum DSAI berucap, YB Saari Sungib, YB Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim tampil berucap.. Biasalah! Klimaks majlis mestilah tepat.. Rosak majlis kalau DSAI yang berucap dulu.. :)

Akhir sekali, AlhamduLillah, tahniah buat mereka yang peka kerana sayangkan agama, bangsa dan negara.. Tabik spring buat mereka yang kebal dalam pertahan prinsip diri yang mulia.. Tahniah buat sahabat-sahabat yang terus thabat sebagai pejuang agama Allah.. Jangan takut kerana Allah bersama kita.. Tahniah sekali lagi!!!

*Belanda benam Itali 3-0 pun isu juga :)