Archive for the 'Tazkirah' Category

Jangan pernah..

July 15, 2009

Lama benar rasanya.. Nak sentuh keyboard pun kena cari dan curi peluang.. Dahla bukan hakmilik.. Jadi, wajiblah saya menghormati pemilik keyboard dan notebook acernya.. :)

sss

sedara sedari yang budiman,

Apabila kita kehilangan atau kekurangan(lebih tepat) sesuatu perkara yang  dianggap penting dan mesti ada dalam diri sendiri, maka kekurangan itu kadangkala menjadi penghalang besar kepada pencapaian yang lebih baik dalam kehidupan..

Percaya atau tidak, kita lihat diri sendiri!

Bukan setiap masa tetapi sedikit sebanyak itu memang mempengaruhi.. Terkadang kekurangan bukanlah perkara yang ‘existing’ dalam diri kita tetapi ia berlaku disebabkan peristiwa atau keadaan yang menekan..

Terkadang juga, kita sendiri yang mencipta kekurangan atau kelemahan itu.. “Buka pekung di dada”. Kita selalu dengar bukan..

Atau terkadang juga kawan sendiri yang tak reti jaga hati.. Depan khalayak ramai pula tu, diaibkannya kita.. Bagaimana?

Sabar, marah, malu atau sedar yang kita perlu berubah?

Anggaplah ia mudah untuk diselesaikan.. Dah buat, tanggung sendiri..

Atau kita minta sahabat baik untuk membantu. Beri galakan, dorongan dan juga nasihat. Ya, mungkin berbincang adalah cara terbaik.. Atau beruzlah untuk sesi muhasabah berkesan menjadi pilihan di hati.. Mungkin.. Ia juga bagus andai kena caranya..

Saya juga bukan ada strategi khas untuk membuang kelemahan dan kekurangan.. Nak buang sepenuhnya dengan segera pastinya sulit sekali tetapi meminimumkan itu tanggungjawab..

‘Jangan pernah merasa tidak mampu’..

Cuba dan berusahalah..

Pesan Nabi SAW:

“Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,

dia adalah orang yang beruntung.

Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T.”

ps: cuba untuk membaiki rumah yang usang lagi bersawang :)

bebelan dikala kehilangan

June 14, 2009

Kali ni bukan kekeringan idea.. Tapi segalanya soal masa..

Bukan lapang pun waktu ni.. Tapi tanggungjawab mesti dilaksanakan.. Orang yang selau meninggalkan rumah, mesti bersawang, berhabuk segala penjuru.. Bila dapat peluang balik sekali sekala, kena bersihkan.. Mop lantai, tukar langsir dan buang sesawang.. Biarpun alat cuci tak banyak, gunala apapun.. Janji bersih! :)

Sahabat-sahabat yang budiman,

Saya nak bebel sikit saja..

Dalam Islam, baik saja tidak cukup.. Ramai non muslim yang baik.. Jika baik saja yang kita mahu, kita sama saja seperti orang bukan Islam yang lain.. Islam menekankan pelbagai perkara asas yang kebanyakan manusia baik tidak turuti.. Ada artis seksi yang baik.. Ada ratu cantik yang baik dan ada pencuri yang baik.. Baik itu satu perkara, tetapi tuntutan sebagai seorang muslim juga satu perkara besar lain yang selalu dipandang enteng.. Contoh mudah, baik tapi sering meninggalkan solat fardhu.. Baik itu mulia tapi meninggalkan solat fardhu itu perkara terkutuk dan amat dimurkai Allah Taala..

Pesan Allah swt dalam kitab agung Al Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

-Surah AlBaqarah 2: 208


##################################################################################

fathi-yakan

Ustaz Dr Fathi Yakan sudah meninggalkan kita buat selama-lamanya untuk bertemu Tuhan Allah Rabbul Jalil semalam 13 Jun 2009.. Ya, ia kehilangan yang sangat besar..Kita sedih bila kehilangan.. Tapi sedih saja tidak cukup.. Ada budak nakal sedih kehilangan ayah yang selalu menasihatinya.. Tapi, nakalnya tetap tidak hilang selepas beberapa ketika.. Adakah sedih itu memadai? Berubahlah.. Wallahua’alam..

ps: Antara karya-karya hebat seperti, Bahtera penyelamat,  Maza Yakni Intima’i Lil Islam’, dan ‘Almutasaqitun ‘ala toriqidda’wah’ sentiasa menjadi pengubat kehilangan.. Jangan biar buku-buku ni bersawang!!!

Jangan PAUSE sokmo; tak semua yahudi jahat?

April 29, 2009

gabai

Sungai Gabai

Jiwa ketika ini benar-benar menyenangkan.. Hempasan air terjun sungai Gabai dari tingkat ke tingkat diserikan dengan suasana HIJAU hutan yang saya kira masih terpelihara, membibitkan ketenangan dan kedamaian. Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Benarlah bahawa apa saja ciptaan Allah Taala sangat menguntungkan hamba-hambaNya.

Cumanya, samaada kita sedar atau tidak, kita sulit sekali mahu mengucap syukur. Malas! Kita ego dengan Pencipta. Kita sangka kita lebih faham diri sendiri. Hakikatnya, yang lebih mengetahui ialah Tuhan, Allah Rabbul Jalil.

Ibarat karipap daging yang lazat. Apa rahsianya? Sudah tentu yang lebih arif ialah orang yang membuatnya. Begitu juga dengan manusia. Allah yang menjadikan manusia. Allah yang memberi rezeki, menghidup dan mematikan. Allah jualah yang memberi dan merampas kembali apa yang telah dikurniakan. Lantas, kenapa kita begini? Fikir!!!

Pause ll

Saya akan ‘Play‘ balik nanti.. Kalau saya teruskan, nanti ada yang tekan butang ‘forward‘. Takpun ‘next‘. Dah banyak kali sangat sampai ‘stuck‘. Akibatnya, ‘control‘ > ‘alt‘ > ‘delete’.. Kemudian, ‘end task‘. Hehe.. Masak.. :D

Saya tak reti putus asa. Cuma kekadang terasa tua bila banyak sangat membebel kat blog ni. Banyak membebel tandanya sayang. :) Kita tengok ibu. Menurut pakar, berbanding ayah, ibu lebih banyak bercakap (membebel) dari ayah. Ibu suka mempamerkan sayangnya. Manakala ayah, rasa sayang jarang-jarang ditonjolkan.. Ayah lebih suka untuk bersikap lebih ‘cool’ dan ‘macho’. Saya tak pasti dari segi ‘percentage’.

Justeru, buat masa ni biarlah saya pamerkan sayang saya pada kalian yang budiman. Esok-esok, dah jadi ayah lain la cerita kan :D InsyaAllah..

Maafkan saya.. :)

Nasihat pakar, jangan  tekan butang ‘pause’ secara mengejut ketika sedang berfikir. Biarkan ia bergerak mengikut tempo pemahaman. Andai perlahan, raikan ia. Andai laju, jangan biarkan ia terbabas. Jika tidak, teruk nanti..

Saya akan minta sedara sedari berfikir lagi..

‘Bukan semua yahudi jahat‘.

Dulu saya sangka semua yahudi jahat, kejam dan menyokong penubuhan negara haram Israel di Tanah Palestin. Saya benci melihat Yossi benayoun, pemain Israel yang bermain untuk Liverpool. Benci!! Biarpun, ’skill’nya hebat dan ‘control ball’ nya menakjubkan, saya tetap mengecam yahudi keseluruhannya.

4897178

Yossi Benayoun

Tapi, lagi sekali, ‘Bukan Semua Yahudi Jahat’.. Jadi siapa yang jahat sebenarnya? Zionisme tu menate gapo pulok?

Yahudi memang terkenal dengan sifat jahat dan kejamnya sejak zaman para Nabi lagi. Sehinggalah, zaman Rasulullah SAW, bangsa Yahudi diusir keluar dari Madinah. Sejak dari itu, bangsa Yahudi hidup dalam buangan dan mereka hidup di merata tempat. Akhirnya, wujudlah dua kelompok iaitu Ashkenazim (80%) dan Sephardim (20%). Sephardim adalah keturunan bani Israel, dari Nabi Yaakub iaitu bapa Yusuf dan anak kepada Ishak. Ashkenazim pula adalah dari keturunan Khazaria yang diyahudikan sekitar tahun 711 masihi.

Zionisme pulak, ialah aliran politik yang penting dan menjadi dasar penubuhan negara Israel. Jadinya, zionis bermaksud orang yang mendokong fahaman zionisme. Saya nak jelaskan di sini, bukan semua yahudi menyokong zionisme dan penubuhan negara haram Israel. Dan, bukan semua pendukung zionisme adalah yahudi. Terdapat sebilangan besar penganut kristian juga menyokong zionisme.

Untuk, itu, ada dua hujah:

  1. Yahudi juga berasal dari Bani Israel. Ramai Nabi dan Rasul dikalangan Bani Israel di turunkan untuk menyelamatkan mereka.
  2. Ramai dalam kalangan Yahudi yang anti-zionis termasuk paderi mereka (rabbi). Mereka turut bekerjasama menentang zionisme dan Israel. Ramai juga yang memeluk Islam dan menjadi tokoh hebat seperti Muhammad Asad (Leopold Weiss) dam Maryam Jameelah (Margaret Marcus).

Kesimpulan untuk difikirkan, jangan mudah mengatakan bahawa semua yahudi jahat, busuk dan kejam.Yossi Benayoun mungkin mewakili negaranya Israel yang jelas-jelas haram. Tapi, perlu diingat bahawa negara haram Israel telah ditubuhkan di atas tanah Palestin sejak 15 Mei 1948 iaitu 61 tahun yang lalu. Benayoun mungkin antara manusia-manusia berbangsa yahudi generasi ketiga atau keempat yang mendiami Israel. Saya bukan peminat Benayoun. Tapi, yang penting pointnya di sini, ‘bukan semua yahudi jahat’.

Oleh itu, saya sesekali tidak boleh menyalahkan diri sendiri yang baru belajar dan tahu selepas mengkaji. Saya juga tidak boleh menuding jari kepada yang tak suka dan malas buka buku atau mudahnya berat nak ‘explore’ sendiri tentang perkara-perkara yang tidak pasti.

Jadi, berubahlah..

Berubahlah demi kesejahteraan agama.

Kerana Allah suka pada orang yang berfikir dan mengkaji dari yang taklid membuta tuli :)

Moga saya juga benar-benar berubah..

InsyaAllah Taala..

ps: Belilah buku “Online dengan Tuhan” untuk menggali benda yang best dan kupasan yang menarik. Baca sambil pekena radix suam.. MasyaAllah, enak sekali :)

Hakikat zaman ini

April 27, 2009

Sekarang bukan seperti zaman mak ayah kita. Zaman sekarang zaman selesa. Zaman senang. Maklumat di hujung jari. Zaman di mana manusia mencipta dan merebut peluang. Jauh sekali zaman ini seperti zaman sebelum kedatangan Rasul SAW. Biarpun Islam semakin dagang tapi agama Allah ini masih lagi dibela dan dimartabatkan.  Zaman ini, ilmu agama terlalu mudah untuk diperolehi. Tak macam orang-orang dulu. Berjalan kaki berbatu-batu semata-mata mencari ulama dan guru. Kalau malas nak dengar kuliah di surau atau masjid, kuliah online berlambak. Ustaz apa nak. Tok Guru mana. Semua ada. Tinggal diri sendiri je.

Tapi still lagi ada segolongan yang duk fikir yang depa ni berada di zaman sebelum merdeka atau lebih parah zaman sebelum diturunkan penyelamat, Nabi Muhamad SAW. Senangnya, zaman jahiliah.

Terukkan?Ya, memang teruk. Di kala begitu banyak surau dan masjid di bina masih ada lagi yang memekakkan telinga pabila azan berkumandang.Berkumpul, berborak dan mengumpat kemudian ketawa terbahak-bahak seolah-olah masa dan waktu milik peribadi.

Bang, maghrib pendek je oi! Taknak solat ke?”

Dalam hati je mampu. Sungguh, saya tak berdaya. Di kawasan bandar seri putra ini, ada empat atau lima buah surau yang dibina atas dasar sayang agama. Selain masjid Kampus Al Azhar, milik KUIS yang biasanya menjadi tumpuan pada hari jumaat, surau-surau disekitarnya turut aktif menjalankan kuliah dan ceramah mingguan.

syakirin

Antara surau yang ada di BSP

papan-besarJusteru, memang saya sukar untuk terima keadaan ini. Umat Islam Malaysia menjadi begitu manja dan selesa. Nak tunggu kena serang dengan musuh Islam baru nak belajar solat jemaah. Baru nak ingat pakai kain pelekat. Baru nak cari kopiah yang dah berhabuk. Nampaknya, bala tsunami 2004 belum cukup menyedarkan. Bala tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tahun lalu belum boleh mengubah sikap. Nak tunggu kiamat?

Enta kena paham, hidayah milik Allah.

Memang hidayah milik Allah. Tiada keraguan walau sedikit. Tapi bagaimana dengan akal pinjamanNya? Kita letak mana. Kalau kata letak kat lutut, marah! Allah suruh fikir, malas!

Zaman sekarang, setuju atau tak, ungkapan hidayah digunakan untuk melepaskan diri.

“Awak ni bila nak pakai tudung dengan sempurna.”

“Tak dapat hidayah lagi. Nanti, nanti laa. Lepas kawin kot. hehe.”

Siap sengih macam dosa pahala kat tangan dia…

Moga Allah ampunkan dosa kita semua.. papan-tnda

Iman senipis bawang. Maka dengan iman yang serba lemah ini, saya menyatakan semua ini atas dasar cinta dan kasih saudara. Atas dasar manusia, saya hormati hak dan kehendak individu. Tapi atas dasar I’m a Muslim dan iluvislam, saya wajib untuk bertegas semampunya.

Setakat ini, saya masih tidak tahu ditangga dakwah mana saya berada. Namun, saya akan berusaha untuk terus berada di tangga dakwah ini dengan keupayaan dan kefahaman. Moga saya mampu naik ke tangga seterusnya dengan pautan  dan pelukan sahabat-sahabat sejalan.

Hanya jalan ini, Untuk Islam yang kucintai dan kerana Allah, Tuhan Rabbul jalil..

Ya Allah tetapkan kami di atas jalan agama MU dan ketaatan kepada MU.. Amin ya Rabbal ‘Alamin..

ps: moga matlamat untuk berjoging di taman tasik cempaka esok terlaksana. Lepas tu, beradix la :)

Cerita dakwah dulu dan perubahan

April 15, 2009

Dulu, saya amat keras dalam menegur.  Saya hampir jahil dalam berhikmah. Rasa saya..

Percaya atau tidak, saya pernah dipulaukan oleh sekumpulan pelajar kerana menegur mereka yang ketawa terbahak-bahak. Ada di antara mereka berkata dengan teriak yang jelas,” nak tegur pun, berhikmahla sikit.” Ingat kami murahan ke?”

Pada hemat saya ketika itu, hikmah itu seolah-olah berlemah lembut semata-mata. Bagaimana mungkin sekumpulan pelajar perempuan yang elok bertudung, berkumpul dan ketawa sehingga kelihatan anak tekak mahu ditegur secara berlemah lembut. Saya marah.. Ia seolah-olah menjatuhkan terus martabat kaum hawa yang selalu dikaitkan dengan perasaan malu.

Saya jadi ketakutan selepas itu. Saya bimbang kalau-kalau mereka terus-terusan mencabar kerja kecil saya untuk agama. Saya risau andai teguran itu langsung tidak diendahkan dan mereka menjadi semakin berani untuk melanggar batas-batas yang perlu ada dalam diri seorang wanita beriman.

Kebimbangan saya jadi kenyataan. Saya gagal. Malah saya dibenci untuk tempoh yang agak lama.Dalam tempoh beberapa ketika, saya agak terkejut kerna hubungan saya dengan mereka pulih dengan sendiri tanpa dipaksa.

Mereka amat segan dengan saya selepas itu dan saya sendiri rasa dihormati lagi dihargai. Itu yang saya rasa dan itu juga yang diberitahu..

Mereka ialah rakan  sekelas semasa diploma..  Itu cerita lima tahun lalu. Cerita kerja dakwah budak umur 20 tahun.

Kini, ia nyata berbeza. Pendekatan nampak sedikit ‘open’ tapi masih lagi kelihatan tegasnya. Itu apa yang dilihat sahabat-sahabat sejalan. Bukan syok menilai diri sendiri..

Saya masih belajar dan mencuba yang terbaik untuk agamaNya. Itu pasti..

Keinginan berdakwah, menjadikan saya seorang yang sangat serius. Dakwah menjadikan saya matang dalam berfikir. Ia membuatkan saya belajar cara hidup bermasyarakat. Bagaimana berdepan dengan mad’u pelbagai gaya, dan latarbelakang.

Memerhati perangai sekumpulan  pelajar sekolah menengah misalnya. Saya lihat saya di dalam mereka. “Aku pernah begini dan aku perlu faham.” Bayangkan pula saya adalah mad’u.. Saya mahu ditegur cara yang bagaimana.. Cara kasar, lembut, lawak atau bagaimana.

Saya tahu ia bukan mudah. Silap langkah, mad’u akan semakin jauh dengan Tuhan..

Pengalaman di SEPINTAR menceritakan sebahagiannya.. Bukan keseluruhan lagi. Mereka agak bertuah kerana berada di sekolah dimana biah solehah masih hebat terpelihara.

Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah harian biasa yang pelajar-pelajarnya ‘bebas keluar masuk’?

Ia cabaran besar buat saya sendiri kerana adik bungsu saya sendiri baru berada di tingkatan dua yang turut bersekolah di sekolah harian biasa.

Sahabat,

Cerita dakwah, berdepan masyarakat, dan sebagainya takkan habis di sini. Dakwah tidak akan berakhir selagi nyawa dikandung jasad.

Dakwah adalah nyawa dan ia milik Allah.. Bukan hak kita memikir jayanya dakwah. Hak Allah semata-mata.

Sebagai akhirnya buat masa ini,

Dari abu said al Khudri r.a. katanya: aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangan. Jika sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Jika sekiranya tidak juga ia mampu maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Dan yang demikian itu, adalah selemah-lemah iman. (riwayat muslim)

Teruskan bekerja untuk agama Allah dan keranaNya :)

Cerita Pasal rokok

April 14, 2009

Andai dikenang-kenang sejarah silam pasti pelbagai perasaan timbul. Tidaklah silam sangat. Umur saya pun baru nak masuk 25.. :)

Terkadang ketawa sendiri, terkadang sedih menyesali hingga mengalir air mata tanpa disedari..

rokok11Terkadang lagi perasaan bangga menyelebungi diri kerna berjaya menjaga kesucian diri dari dicemari najis rokok ketika diri dikelilingi perokok-perokok amatur dan Professional. Itu waktu di sekolah menengah..

Saya masih ingat, waktu hari pertama mendaftar tingkatan satu di sekolah menengah kebangsaan Clifford, Kuala Lipis, abah  berpesan:

Duduk asrama jangan macam-macam. Abah tahu ham merokok, siap! Berhenti sekolah, duduk rumah.”

Abah memang garang dulu. Garang nak didik anak. Bukan nak dera. Tapi, amaran keras abah waktu nak ‘melepaskan’ saya ketika itu, tidak menimbulkan sebarang kerisauan melampau bahkan saya hanya tenang mengangguk.mom-rokok

Jangan diajar

Saya tahu saya boleh bertahan. Saya anti asap. Saya tak boleh terima walaupun sekali untuk membenarkan paru-paru saya dimasuki asap.Saya berjaya untuk tidak mencuba walaupun sekali sehingga tamat sekolah.

Jika boleh pun sekarang, ia berlaku tidak sengaja samaada ketika menunggang moto, berjalan kaki, di kedai mamak dan ditempat-tempat awam. Maklumla, malaysia ni banyak asap. :)

Saya tak benci dan tak boleh nak membenci orang yang hisap rokok. Cuma kecewa. Tak tahulah.. Apa guna benci. Ramai perokok dikalangan kawan dan kenalan, mereka sangat baik. Kebanyakan mereka tahu mereka teruk dengan tabiat merokok dan mahu berhenti tapi malanganya tidak berdaya kerana kurang sokongan kawan serta keluarga. Jadi, selagi boleh saya akan memujuk dan memberi sokongan padu supaya mereka berusaha meninggalkan tabiat buruk tu.  Sokong dan pujuk dengan memaksa. Paksa sayang :) InsyaAllah..

Saya memang suka orang yang suka rukuk bersama orang-orang yang rukuk. Tapi ada dikalangan mereka mungkin perokok. Ishkk.. Perukuk yang perokok. Macamana tu?

Kalau pak Ustat atau tok imam merokok di depan kita? Apa rasa ye?2113746649_b2da833799

Berhenti kat sini pasal rokok. Banyak sangat  sampai macam nak tertelan asap.. Uhuk2.. Jangan memain! Walaupun tak merokok, tertelan asap rokok lagi bahaya lebih-lebih lagi yang keluar dari perokok.  Ia dipanggil merokok secara pasif (passive smoking),,

Udah le. Saya gerun.. Kesannya kepada orang yang tidak merokok  dari segi kesihatan  lebih dahsyat dari kesannya terhadap perokok. Kasihan sungguh!

Tidak mengapa. Moga Allah ampunkan dosa kita semua :)

Sahabat-sahabat yang budiman,

Cerita hari ini adalah hadiah. Esok dan lusa belum tentu. Masih misteri..

Memetik kata master Oogway kepada Po dalam Filem animasi mantop Kung Fu Panda:

Yesterday is history, tomorrow is a mystery and today is a gift”

Nikmati hari ini sebaiknya. Kenanglah apa yang berlaku semalam dengan senyuman. Berdoalah sebanyak mungkin agar misteri dihari esok menjanjikan sesuatu  yang baik dan menyenangkan. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya..

ps: Dan ketahuilah sahabat-sahabatku, rasa kopi radix sangat sedap jika ia dibuat di dalam gelas kecil dengan hanya sedikit susu pekat manis. :) Tepuk dada tanya selera.. Maaf kepada perokok. MOga anda bahagia..

Langgar pantang dan kalah godaan

April 12, 2009

Keadaan saya tak berapa baik ketika ini. Akibat terlanggar pantang, saya sedang melalui kegatalan hidung dan mata yang berair tahap sederhana..  he he.. Macam mustahak sangat!

Ni baru terlanggar pantang.  Dah seksa menggonyoh hidung :D Ishkk2..

Teringat dialog dalam Pendekar Bujang Lapok ni..

“Eiii, apa macam daa ramli! segala pokok bakau, batu engkau langgar ramli!!”

Pada hemat saya yang lemah ini, orang yang langgar larangan Tuhan dan buat dosa bukan tidak takut Allah.  Tapi, orang buat dosa kerana kalah dengan godaan. Godaan kawan, godaan kemewahan, kemasyhuran, wanita dan keseronokan PS2. Aikkk, PS2 pun ada :D

Mestilah! Ada orang sanggup tak makan sebab PS2. Sanggup tinggal solat sebab bahana keseronokannya.. Tak percaya tanya yang selalu main :D

Kepada yang kaki PS, klik kat link ni :

Stop a While

Selingan…. :)

Dalam surah Yassin ayat 60, Allah mengingatkan kita melalui firmanNya:

Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Sahabat-sahabat,

Akhirnya, kita tahu bahawa punca segala godaan tak lain dan tak bukan ialah dari nafsu jahat dan syaitan laknatullah. Kita tahu tapi selalu buat tak tahu dan buat-buat hilang pedoman.

Firman Allah lagi dalam surah yang sama ayat 62:

Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

Bukan bilang lebih kat orang lain. Saya pun sama malah lebih lagi rasanya..

Akhir sekali, sambil menikmati kopi radix mungkin :) , moh hayati lirik lagu ni:

Sebelum Terlena

Oleh: Hijjaz

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam

Sujudku menghambakan diri

Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Soalnya hati di kala menangnya ‘jebat’

April 8, 2009

Sehebat-hebat dan sejahat-jahat kerajaan pasola, akhirnya mereka terpaksa akur dengan pengaruh ‘Jebat’ yang benar. Suka untuk saya nyatakan bahawa saya berasa sangat gembira dan teruja bukan kerana ‘UMNO is falling down’ tapi kerana ‘Jebat’ mendapat tempatnya kembali.

Mebebaskan 13 tahanan ISA nampaknya tak memberi apa-apa kelebihan malah ia taktik lapuk yang turut digunakan Tun Pak Lah yang melepaskan DSAI semasa beliau baru menerajui kepimpinan..

Ya, ia belum berakhir. Masih awal. Pak Najib pastinya tak duduk diam dan tak reti nak berdiri atau berlari setempat selepas kekalahan di dua bukit. Kita tengok nanti..

Baik. Kita beralih..

‘Inni akhafullah harabbal ‘alamin’.

Ia sangat mudah dilafazkan. Membinanya?

Ia persoalan jelas tentang krisis iman dan taqwa yang belum berkesudahan. Membina ketakutan yang ampuh terhadap Pencipta Allah Rabbul Jalil sangat sulit apatah lagi dalam menghadapi cabaran akhir zaman yang benar-benar menekan. Skop persoalan mungkin lebih tertumpu kepada golongan umur pertengahan. Saya,  abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak kita.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari UQbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan ( bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia )

Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy

Maksudnya jelas.

Mudah kita gambarkan keadaannya. Di depan manusia yang ramai peribadi kita mengkagumkan. Baik, alim, sopan pendek kata ‘pijak semut tak mati-mati’. Sebaliknya ketika berseorangan, lain pulak pe’el kita. Diluar jangkaan sungguh. Ia jenayah yang sukar dimaafkan. Menipu manusia ramai adalah kesalahan besar.

Banyak beramal ibadah di hadapan manusia tapi hancus amalnya bila bersendirian. Dengan siapa dia beramal? Kepada siapa? Mahkluk atau khaliq? Takut akan Allah atau takut tak dapat pujian manusia?

Sejak dulu saya suka memerhati dan berfikir. Bukan mencari lemah manusia lain kerana kelemahan itu ada pada saya sendiri. Namun, pelik yang timbul ialah mudahnya manusia menonjolkan diri untuk tujuan sesuatu yang tersirat. Sedangkan ia tidak pernah dilakukannya sebelum ini malah ia berlaku secara tiba-tiba. Matlamatnya mungkin tercapai dan saya tidak pernah untuk suudzon walau sedikit pada awalnya. Sungguh! Tapi bila melihat telatah dan sikapnya di tempat lain, saya jadi marah dan kecewa. Mungkin saya tak  perlu terlalu husnusdzon atau bertenang saja. Bagaimana?

Atau saya yang terlalu memeningkan kepala?

Mudah.. Saya bawa ia ke dalam diri sendiri. Bagaimana saya di khalayak manusia dan bagaimana pula saya ketika seorang diri? Saya suka membanding-bandingkan keadaan dan keupayaan saya istiqamah dalam beramal ketika saya berada dilokasi yang berbeza. Paling mudah solat fardhu, Al Quran dan ma’thurat. Ya, nyata sekali ia berbeza. Di kampus ia nampak sangat mudah untuk disudahkan. Malah sukar untuk ditinggalkan walau sekali. Di rumah sewa dan di kampung Allah saja yang Maha Mengetahui kesulitannya. Adakah itu tanda tidak ada atau kurang takut kepada Allah?

Saya memikirkan begitu banyak faktor yang menghalang.

Soal hati lagi. Mahu saja menyalahkan godaan syaitan semata-mata. Ya Allah..

“Adham, surau Dahlia, syakirin atau masjid?”

Hari-hari dan hampir setiap waktu solat fardhu. Kami merancang nak berjemaah di mana. Memang biasa kami tak setempat saja. Ada tiga surau di sekitar kawasan Pangsapuri Mawar, Bandar sri Putra ini. Tidak ada alasan untuk berkata tidak kepada bersolat jemaah. Buatlah apapun untuk memaksa diri dan  mengingatkan sahabat-sahabat. Dan saya mesti bersedia juga untuk diingatkan.

Sahabat-sahabat,

Dalam tempoh dan masa ini, sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga yang lebih getir (kepada yang masih single mingle), adalah mustahak untuk kita sentiasa berusaha demi memastikan keutuhan dan kestabilan pelbagai aspek. Bukan setakat kerjaya dan ekonomi lebih dari itu ialah kebolehan memimpin dan menjadi qudwah (lelaki) dalam setiap perkara.

Kita hanya insan yang lupa tapi jangan kita terlupa bahawa Allah tidak pernah melupakan setiap perbuatan dan kelakuan kita hatta sekecil zarrah. Baik mahupun sebaliknya. Allahu’alam :)

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Az-Zalzalah 99: 7, 8

ps: Biarpun ‘jebat’ mendapat tempatnya kembali tetapi musuh masih ramai. Patik tak risau sangat sebab majoriti rakyat jelata dibelakangnya :) Moh radix kita!!! :D

Jangan sangka..

March 16, 2009

Memang banyak perkara diluar jangkaan berlaku. Tanpa sebarang alat sokongan, memang sulit untuk mengagak kecuali dengan naluri seorang manusia berdosa yang selalunya tersasar. Alat sokongan pun takde sebenarnya melainkan imiginasi yang tinggi selepas menonton final destination. Atau mungkin peminat setia ‘that’s so raven’. Nasihat saya, jangan cuba jadi Raven di rumah. Agak-agakla nak berangan ada kuasa psikik. Poning mak ayah karang..

Saya memang tak sangka Man Utd akan ditibai LIverfool kelmarin. Saya tertanya-tanya adakah Van Der Sar tersalah telan ubat atau ferdinand dipaksa ferguson untuk turun bermain walaupun tak cergas atau mungkin david blane punye kerja. Rupanya tidak.. Selain Vidic yang diarah keluar padang, Anderson budak brazil tu (yang selalu je tension bila main) yang tak berapa nak menjadi. Salah strategi pun ya jugak. Second half baru sibuk nak masukkan berbatov dengan dua orang kuda tua yang masih lagi hebat. Siapa lagi kalau bukan Giggs dan Scholes. “Sayang semuanya, sudah terlambat”. Takpelah.. Bola kan bulat. :)

Final Swiss Open, Chong wei macam biasa, jumpa budak lin Dan lagi . Masa final All England kena belasah straight set. Kali ni, Lin Dan kena belasah balik. KIra depa berdua ni macam Federer dengan Nadal la.

Memang susah nak ramal.

Kena saman. Ni pun satu. Elok-elok pakai sit belt, takde pulak JPJ atau trafik nak buat operasi. Terlupa sekali, elok keluar roundabout nah kat situ road-blocknya. Allahuakbar.. Dahla kereta hijau, sticker cermin dah macam nak pergi perang, masa tu plak berkopiah putih dengan adala janggut separa matang. Semacam Peg. JPJ tu tengok.

“Kenapa tak pakai sit belt?” soal peg. JPJ tu..

Saya tak jawab + senyum yang dah masuk ke tahap sengih. Dah memang salah.. Walaupun undang-undang dunia tapi kalau nak argue dengan Peg JPJ tu bukan dapat apapun. Makin dapat susah ada. Ambil saman, lepas tu sorok, jangan sampai diketahui ibubapa. Pandai-pandaila setel sendiri. he he.. Allah..

Kehidupan ni, kalau kita boleh ramal apa yang berlaku memang bagus. Maknanya kehidupan mungkin akan sempurna. Matlamat boleh capai dengan sangat mudah. Dan kita sukar untuk ditewaskan. Tetapi Allah menjadikan kita ini, manusia yang mempunyai kelebihan tersendiri yang terhad supaya kita tahu bahawa penciptaan kita di dunia ini tertakluk di bawah pemerhatian dan pengawasan. Kita perlu berusaha kemudian berdoa supaya permintaan dikabulkan. Sebaliknya jika tiada daya usaha maka kehidupan ini akan menjadi susah dan sempit.

Manusia yang dikurniakan kepintaran tidak akan mendapat tempat di dunia jika tidak berusaha dan merancang untuk berjaya. Sejarah manusia pintar di negara kita, tidaklah begitu baik untuk dikenang. Ia kekadang menakutkan. Saya fikir budak pintar seperti Adi Putra tidak seharusnya diberi terlalu banyak keistemewaan. Cukup kita tahu dia pintar dan layan dia seperti yang lain. JIka dibuat pengasingan maka dia akan semakin jauh dengan kanak-kanak yang sezaman dengannya. Dia akan keseorangan dan sendiri rasa terasing. Saya percaya keadaan ini akan memakan dirinya kelak.

Sejarah memang tidak boleh dijadikan satu-satunya kayu pengukur tapi sejarah berkaitan manusia biasanya tepat kerna ia lumrah.

Jika menanam sebatang pokok rendang yang tidak kuat akarnya maka ia tetap akan tumbang akhirnya. Ribut taufan tidak akan memilih. Maka, segeliga mana manusia sejak kecilnya jika tidak dibajai dengan asas agama yang cukup maka mudahlah hanyut dibawa arus jahilliyah. Na’uzbillah min zalik..

Maka sehebat mana Man Utd dipersada liga, jangan sangka chelsea atau liver’fool’ akan memintas mereka dipenghujung saingan. Sehebat mana rekod Lin Dan ke atas Chong Wei, jangan sangka dia boleh menang setiap kali berjumpa. Sehebat mana Peg JPJ dan trafik menyaman manusia bersalah di jalanRaya, jangan lupa bahawa Allah tidak pernah lupa untuk ‘menyaman’ manusia berdosa di atas dunia. Jika dunia tak merana maka akhirat akan merasa. Allahu Taala ‘alam..

ps: Ada orang minum radix dua paket satu cawan.. Kisah benar ni. Tak pelik tapi dasat :)

Ada orang….

March 2, 2009

Ketahuilah sekiranya Allah Azza wa Jalla berkehendak kebajikan dan hikmah bagi hambaNya, nescaya diperlihatkanNya kekurangan-kekurangan, kecelaan diri hamba itu. Sesiapa yang penglihatan hatinya tembus, nescaya tidak tersembunyi kepadanya akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu. Maka apabila dia sudah mengetahui akan kekurangan dan kecelaan dirinya itu, nescaya akan memungkinkan dirinya mengubati dan membersihkannya. Malangnya kebanyakan hamba tidak mengetahui akan kekurangan dirinya, malah mereka lebih mudah lagi melihat habuk pada mata saudaranya daripada melihat kecacatan matanya pada dirinya sendiri.

(Petikan dari Kitab Ihya Ulumuddin)

Memang lumrah manusia, baik beriman atau kufur, susah nak mengaku salah.. Memang lumrah jugak, manusia mencari salah manusia lain.. Ada orang pula, suka untuk diam dan menyendiri.. BerUzlah katanya.. Ada orang mungkin memulaukan dia tapi dia sendiri juga terus menerus mengasingkan diri seolah-olah “aku betul dan mereka yang salah.”

Ada orang, tak banyak peluang yang dia miliki sepanjang hidupnya.. Tapi, dia mungkin tak sedar atau berada dalam separa sedar tentang masa yang banyak dia bazirkan sehinggakan kehidupan ini bukan lagi dianggap ‘jambatan ke akhirat’.. Dunia memang penjara bagi orang beriman tapi dunia bukan tempatnya untuk terus mengurung diri, menolak itu dan ini tanpa sebab-sebab ampuh..

Ada orang sekali mencuba dan berjaya.. Ada orang kurang bernasib baik biarpun percubaan yang dilakukan sudah melebihi dari apa yang sepatutnya.. Ada orang yang kaya raya yang ingat Allah, takut dicampak ke dalam neraka disebabkan kekayaannya.. Ada pula yang fakir miskin tapi semakin jauh dari pandangan Allah disebabkan lupa tanggungjawab sebagai hamba.. Begitu juga sebaliknya..

Ada manusia yang bongkak dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki.. Selalu lupa tentang segala yang dikurnia semuanya bersifat sementara.. Orang semacam ini bukan tak ingat mati, tapi selagi nyawa dikandung badan, kuasa dan harta kekayaan mesti dipertahankan biarpun dengan cara yang salah dan bertentangan..

Argghhhh!!! Ada apa dengan dosa!! Mungkin itu yang terdetik di hatinya.. Wallahua’lam..

Ada orang nak popular.. Hidup glamour. Kemana pergi disanjung dan dipuja..Tapi akhirnya…… merana dan hampir gila.. Bila hidup tak diisi dengan ilmu, iman dan amal, maka bala datang bertimpa-timpa..

Ada orang makan orang.. Kawan ‘tikam belakang kawan’.

“Orang yang engkau sangka kawan hari ini, mungkin musuh esok hari.” Mungkin ada benarnya dan memang berlaku pun..

Ada orang sangka dia benar dalam perjuangannya tapi bila hati tak jaga, niat salah maka kemudian hari jadi penentang kebenaran pula.. Orang begini ada dan ramai.. Maklumlah.. Darah muda.. Minta dengan Allah kurang, tak dapat jawatan kecewa, dan akhirnya bawa diri.. Merajuk entah kemana..

Ingat Allah, ingat Allah…

Ingat sirah nabi.. Ingat para sahabat yang hebat.. Memang mereka hidup disamping Rasulullah.. Memang mereka bertuah.. Tapi kita juga bertuah kerana beriman tanpa Nabi disisi.. Para sahabat juga manusia.. Begitu juga kita.. Jika kita benar-benar beriman.. Jangan lemah dan sedih.. Jangan putus harapan kerana Allah tak suka.. Nanti DIA murka.. Kita masih ada ulama pewaris nabi.. Kita ada Quran yang Allah jaga.. KIta ada sahabat-sahabat yang baik, penegur setia, teman bergurau senda dikala duka dan tempat meluah segala..

Ada orang begitu dan begini.. Tapi, kIta jangan selalu bersangka-sangka kerana tak baik untuk hati.. Kita doa agar kita terus kuat bersama.. Hanya jalan ini.. Hanya kerana DIA dan agamaNya, ALLAH peneman selama..

ps: Dauman Ya Rabbi qad kunta maa’i..