Archive for the 'Uncategorized' Category

Sebelum ramadhan

August 21, 2009

Salam semulia ramadhan :)

Sedikit cerita sebelum kita menempuh bulan agung beberapa jam lagi…

Masih lagi, saya merasakan kerugian benar tidak merantau. Siapa tak mahu, andai dapat tawaran sambung belajar di luar Malaysia. Kata orang “Jauh perjalanan banyak pengalaman”. Betul sangat. Tapi, betul juga “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.”

Itulah… kehidupan…

Zaman ini, manusia yang tak merebut peluang dianggap bodoh dan dungu sedangkan hakikatnya di dunia ini disetiap zaman pun, kita hidup bersama manusia lain dimana saling memerlukan. Rugi pada pada pandangan manusia tidak bererti rugi di sisi Allah Taala. Ada bahagian yang kita akan peroleh di kemudian hari, InsyaAllah..

Makin ramai

Keluarga saya di tawau, Sabah selama 6 tahun. Penghujung 2006, mereka kembali ke semenanjung dan terus tinggal secara tetap di Nilai, Negeri Sembilan sehingga sekarang. Dan saya pada waktu itu, kebetulan bekerja setelah tamat diploma, menetap sekali menemani emak memandangkan abah bekerja di Perak. Kami agak rehat selama setahun. Maklumlah, tempat baru. Masuk tahun kedua, saya dapat ‘tender’ tiada nilai untuk mengajar mengaji anak-anak jiran. Memandangkan juga, saya selalu pulang lewat atas sebab desakan kerja yang berlambak hampir setiap hari, emak bersetuju untuk mengambil alih ‘tender’ tersebut juga hingga sekarang.

Seingat saya, anak murid mak hanya dua orang pada 2008. Mak tak pernah promosi. Saya sendiri tak pernah promosi. “Kita ni biasa-biasa je. Tak payah la promosi.. BIar yang ini pandai dulu. Esok-esok dah masuk Quran, baru kita cuba promot..” Begitulah kata emak. Saya terima. Saya pun bukan kisah sangat. Kita ajar pun nak minta apa-apa.. KIta nak budak-budak ni pandai dan rasa seronok dengan Al Quran.

Dalam satu maksud hadith pendek yang diriwayatkan oleh Bukhari dan MUslim, Rasulullah saw bersabda dari Utsman bin affan, “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al Quran dan mahu mengajarkannya.”

Tapi, selepas-selepas itu, semakin hari semakin ramai yang menghantar anak-anak mereka. Emak tak menolak. Saya pula yang risau sebab emak juga ambil upah menjahit. Bimbang kelam kabut. Tetapi, keyakinan melalui pesan Nabi SAW melalui hadith baginda sudah cukup memberitahu bahawa segalanya akan dimudahkan Allah Taala.

Sehingga hari ini, anak murid emak sudah lebih 10 orang. Bukanlah terlalu ramai. Sesuailah dengan keupayaan seorang ibu. Nak tak nak kena bahagi dua juga, ada sesi petang selepas asar dan sesi malam selepas maghrib.

Bising memanglah bising. Dah namanya budak. Kalau bapak budak buat bising memanglah pelik. Takpelah.. Biarlah rumah saya bingit. Pe’el budak-budak yang belum baligh ni kekadang buat kita gembira dan tersenyum. Agak-agak dah overlimit, pandai-pandaila tinggi suara sikit. Kita pun dulu lebih kurang apa.. :D

ONE MALAYSIA

Saya sayang Malaysia. Semua rakyat malaysia. Jangan ditanya apa ideologi pilihan, bangsa, keturunan dan agama. Malaysia tetap di hati. Justeru, sebelum One Malaysia digagaskan lagi oleh Dato Seri Najib Razak pun, One Malaysia sudah ada. Apa yang diterapkan dalam One Malaysia nampak seperti pengulangan dan rakyat seolah-olah tertanya-tanya adakah selama ini kita sesama sendiri tidak menghormati langsung kemajmukan Malaysia.

Jangan diungkit perbalahan disebabkan salah faham. Malah, selalunya kita tidak mahu menyoalkan pun. Saya pernah menumpangkan remaja berbangsa India yang berjalan kaki tanpa saya menyoalkan apa-apa mengenai perbezaan selain sempat beborak tentang perkara yang ’simple’ dan mengeratkan hubungan walaupun seketika. Begitu juga remaja tersebut, yang agak terkejut kerana saya sanggup menumpangkannya.

Saya tak kata One Malaysia ’sampah’ tetapi’ ia hanyalah slogan baru oleh PM yang baru. Seperi Islam Hadhari yang dicanangkan PM terdahulu, yang semakin kita rasa ‘kehilangannya’, maka tunggulah nanti samaada One Malaysia mampu bertahan atau tidak.

Hanya pandangan saya…

H1NI, Autorun dan Trojan

Ia menyerang tanpa di sangka. Andai H1N1 menyerang manusia, Autorun dan trojan yang semakin mengganas pula menyerang ‘Desktop PC, notebook dan segala bentuk ‘device’ yang berkaitan. Rumah sewa saya di sri Putra ini pun sedang dipenuhi notebook2 yang diminta oleh tuannya untuk diformat setelah sekian lama ‘dikuarantin’. Kalau tak kuarantin, maka ia akan terus berjangkit dan ‘memakan’ segala fail dan data yang disimpan. Maka lagi, cadangan dari sahabat-sahabat saya , selain dari amalan biasa ’scan’ dan ‘defrag’ andai sedara sedari mempunyai keinginan untuk maju setapak kehadapan, beralihlah kepada ‘Operation System’ yang lain iaitu Linux. Macam-macam ada dan paling baik setakat ini ialah LInux Fedora.

H1NI pula?? MOga ramadhan yang bermula esok penawar terbaik.. Baca Quran lebih lama dari biasa, amalan sunat lebih dasyat dari biasa dan segalanya luar biasa sepanjang bulan mulia ini terutama 10 malam terakhir.. Kita sama-sama berdoa..

Perlu diingat, ia datang dari Allah dan ubatnya juga dari Allah.. Kita back to basic :)

Ramadhan ini

Ia ramadhan ke 25 buat saya. Saya tidak ingat sejak umur bila saya sudah berpuasa penuh. Walaupun diupah satu hari penuh, dapat rm 1 :) Tetapi, yang pasti Allah telah memberi peluang sebanyak 25 kali untuk saya merasai hidup di bulan ini. Justeru, seperti kebiasaan ramadhan adalah madrasah tarbiyah terbaik buat semua. Kita grab peluang yang ada, InsyaAllah..

Itu saja setelah sekian lama ‘berehat’… ;)

Selamat berpuasa dan bersahur..

PS2 players, Jebat dan Sultan juga manusia…

February 9, 2009

Bismillah walhamdulillah

Alangkah mudah jika menjaga iman ini seperti menjaga barang kesayangan peribadi.. Tentu juga lebih ringan jika keinginan istiqamah dalam beramal keseronokannya macam main permainan PS2. Gian beribadah ini tak semua dapat rasa.. Tapi kalau sekali terjebak dengan PS2 , alamatnya kesanggupan manusia sampai ke tahap tidak lagi mempedulikan hak diri sendiri dan orang lain. Malah lebih dari itu, hak Allah Taala juga turut diabaikan..

Bukan semua :) Ada yang berhenti serta merta bila azan berkumandang.. Kelam kabut bersiap nak jumpa Allah Taala, dalam keadaan sedang syok ber’winning Eleven’ atau BerCounter Strike atau berNeed 4 Speed.. :)

Berbanggalah yang tegas dalam beragama!!

Pembetulan!!! Yang lagho tetap lagho… :D

Cerita lain…

Di taman saya, seorang jiran wanita separa umur berseluar pendek dengan sering kelihatan rokok dibibirnya, menghantar anaknya berumur 8 tahun belajar mengaji dengan emak saya. Emak ok je.. Saya yang tak berapa ok, tekezut!! Aiiii, takpela.. Orang macam ni lebih mulia dari orang tua kutuk tak sedar diri macam Najib Razak n the Geng.. Including his wife, Rosmah.. :)

Berani depa kata Haji Nizar penderhaka macam Hang Jebat.. Hei, sape kata hang jebat derhaka! Hujung cerita Hang Tuah pun akhirnya tahu yang Jebatlah yang benar.. Jebat pembela dan pejuang kebenaran.. Tuah? Sultan? Sultan adalah mangsa keadaan si jahat karmawijaya yang membuat fitnah terhadap Tuah.. Sultan tak boleh juga disalahkan walaupun baginda sepatutnya bertindak lebih adil dengan menyiasat dan mengadili.. Tidak mengapa.. Allah Maha Adil, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. Saya hanya mampu melihat, mendengar dan berdoa agar ‘Jebat’ yang dikatakan derhaka akan mendapat kembali ‘tempat’nya.. Kita doa sama-sama..

Andai Sultan didaulatkan dan terus-terusan begitu, maka jangan sesekali kita lupa bahawa baginda Sultan juga tetap manusia yang akan berhadapan dengan Allah di akhirat nanti.. Mahkamah Allah tidak memilih bulu.. Sehebat mana kita di dunia, tiada siapa yang akan terlepas dari diadili… Kalau di dunia boleh terlepas dari hukuman dengan membeli hakim-hakim, peguam-peguam dan individu-individu berkepentingan di dunia, di akhirat kelak, NO WAY!!! Kalau di dunia, dengan selamba bodoh membuat kenyataan palsu untuk melepaskan diri, cubalah di akhirat nanti.. Boleh? Ingat dapat!!!

Sahabat-sahabat,

Penyakit Cinta Dunia dan takut mati (al wahnu) punca manusia sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat.. Halal haram langsung tak dipeduli asalkan apa yang diingini berjaya dimiliki seolah-olah kehidupan ini kekal abadi.. Agama Allah dipermainkan.. Hukum Tuhan dianggap melucukan oleh orang yang faham agama.. Dan akhirnya kita umat Islam ditertawakan.. JIka Karpal akan karam maka kita pula umat Islam akan lemas, hanyut dan terkapai-kapai dek fitnah akhir zaman yang dimulakan oleh saudara seagama sendiri.. Maka untuk selamat dimana tempat sepatut kita berpaut? PAStinya kita semua mahu selamat.. Tapi, jangan terlambat! Fikir sambil beradix pun ok :)

ps: Al Fatihat buat Ustaz Roslan Shaharom MP PAS Bukit Gantang yang telah menemui Allah TUhan Rabbul Jalil..

Dah setahun rupanya..

January 27, 2009

Bismillah walhamdulillah,

Saya mulakan dengan firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah 2:44 yang bermaksud :

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?

muka-bulan

abudarwis akan berumur setahun bulan depan… Saya pula akan masuk 25.. 25 tahun lagi 50.. Tenaga masa tu dah tak kuat macam sekarang. Nak sepak bola futsal pun kena hati-hati. Takut tersadung.. Dah tak boleh nak hatrik (poyo tul).. Muka pun dah mula kendur sana kedut sini.. La ni pun, muka dah berlopak macam permukaan bulan.. Maklumla, orang muda kalau tak berjerawat rugila.. Jerawat ni pemanis muka.. hehe, coverline..

Merapu adalah pilihan saya sebagai antara inti muqaddimah entri kali ni.. Al maklum, lama juga tak berdaki keyboard ni.. :D

sahabat,

Sepanjang setahun ini, saya sudah menulis hampir seratus entri dengan pelbagai gaya tulisan.. Lebih seratus komen diterima dan baru-baru ini kritikan yang benar-benar jujur turut dirasai kehangatannya.. takpe, perkara furu’ pun furu’ la.. Saya ok je.. :) Walaupun hakikatnya setiap entri saya kebanyakannya menyentuh banyak perkara dan ianya lebih bersifat umum. Umum ya kekawan, saya ulang UMUM.. Ya, mungkin ada yang marah tapi itulah kelemahan saya. Pohon maaf dan terimalah seadanya..

Kita dikejutkan dengan banyak cerita menarik sejak akhir-akhir ni. Cerita p36 yang membuatkan saya tersenyum dan terharu, isu sejagat Palestin-Gaza, cerita adun bota masuk PKR, banyaklah nak sebut.. Belum cerita Malaysia kena tibai 5-0 dengan UAE.. Aib, aib.. Terimalah kekalahan yang biasa itu.. Kalau menang terkojut pulak.. Tajuk berita pun lain nanti.. :) Tu yang buat kosmo laku pun..

Sebut pasal Palestin, benda yang berkait rapat ialah kempen memboikot produk yahudi.. Bab boikot ni saya tak pastilah.. Bukan soal pendirian peribadi tapi sekarang ni sejak tentera zionis laknatullah dah genjat senjata dan berundur (sebenarnya dah kalah, taknak mengaku..), MacD dan KFC kembali dipenuhi.. Apa kes? Nampak sangat, sebelum ni tahan diri tak masuk, tak beli dan tak makan bukan sebab ada kesedaran. Ada juga yang muka tak malu, buat muka takde sen selamba dek dia je makan prosperity burger (tau dari orang yang makan.. Bukan penulis yek) dengan lahapnya masa Gaza kena serang.. Siap bungkus buat bekalan seminggu lagi tu.. Allah.. Burger otai kan ada.. Begedil pun sedap.. Nak juga bayar mahal2.. Nak juga kasi untung yahudi.. hebat2!!! Nak tunggu Malaysia kena serang pulak baru nak makan Radix fried Chicken.. Masa tu kempenla sorang-sorang.. hehe.. Gelak-gelak juga.. Nak boikot pun kena bijak. Kempen mesti diteruskan dengan penuh ketenangan bukan ketegangan.. Nampak orang minum milo ais dibelasahnya cukup-cukup.. Ada ke yang macam tu? CONTOH.. :)

Kepada pengkritik-pengkritik setia abudarwis, saya tak kisah dan suka dikritik walaupun kekadang kritikan tersebut sedikit sebanyak menimbulkan persoalan yang samar dan belum ada jawapannya sehingga kini.. Saya juga gembira kerna ia terus menerus membuatkan saya berfikir dan mengkaji.. Ia sedap macam karipap berinti kentang dan daging.. Ia bagus untuk saya sentiasa mengupgradekan processor abudarwis kepada satu tahap kualiti yang dipercayai bukan setakat dikagumi..

Kita selalu dengar, “biar murah asal selesa.” Kita tak mahu selesa saja sekarang ni, sebab keselesaan tak menjanjikan yang ia boleh digunapakai dalam tempoh yang lama.. Kita tukar, “biar sedikit mahal asalkan tahan lama.” Sudah pasti ia lebih-lebih lagi selesa.. Mana yang lebih berbaloi? Sahabat-sahabat ada jawapannya..

Perbandingan orang yang menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan dan susah payah dengan orang yang hanya menunggu dan malas.. Saya ambil contoh itu sebagai kiasnya.. Cukup sampai di sini.. Saya pohon maaf andai terkasar bahasa tersalah bicara.. Jom radix! :)

ps: teruskan mengkritik dengan bijaksana :D

gelagat si BOB di hari ucap Bapak Anwar

January 10, 2009

Bismillah walhamdullilah,

InsyaAllah, sikit je petang ni.

Setelah mendengar Bapak Anwar Ibrahim berucap sempena Seminar 100 tahun Bapak Natsir, saya hampir hilang kesemua idea untuk menulis sebab tetiba ternampak orang paling popular KUIS, Sedara Bob(bukan nama sebenar) yang ‘qiut’ dan ‘cubby’ saling tak tumpah seperti watak Po dalam animasi kung fu panda..  Hehe.. Macam kesian,tengok beliau.. Terpinggir tapi beliau nampak tenang menelan kepahitan dipinggir.

Buat kejahatan akan dibalas dengan benda yang sama jugak, malah mungkin lebih teruk cara pembalasannya. Saya nampak itu yang sedang berlaku kepada beliau. Lumrah manusia, sukar memaafkan orang. Takde siapa yang mudah untuk melupakan apa yang beliau dah lakukan sebelum ni dan sekarang juga.

Ia bukan benda yang boleh diterima dengan sekejap walaupun beliau cuba berubah dengan datang ke masjid, datang ke program-program yang tak pernah beliau sertai sebelum ini (b4 PRU 13) tapi warga KUIS terutama mahasiswa bertindak memulang paku buah keras terhadap orang BESAR KUIS itu.. Bukan taknak bagi peluang kepada beliau, tapi sulit sekali..

Hakikat, hakikat..

Saya? Saya takde masalah dengan En BOB tu dan saya nak ambil pendekatan lebih sederhana dengan senyum je walaupun banyak perkara penting tak berjaya nak disetelkan dengan cemerlang lebih-lebih lagi final exam bakal menjelang tak lama lagi.. Saya datang nak belajar. Bukan nak jumpa En Bob atau nak tuntut ganti rugi dari JPM.

Moga Allah campakkan taufik dan hidayah kepada kami, En bob dan KJ JPM..

Doakan :)   Jangan lupa untuk terus berdoa untuk saudara-saudara kita di Palestin juga..

ps: Dah sampai masa, orang-orang intelek dan kaki masjid duk manage KUIS. Bukan orang yang ada kepentingan… Harap songkok je tinggi.. hehe..

Alam dan Manusia.. Dua-dua pun makhluk..

December 9, 2008

Hakikat bumi Allah.. Hakikat yang hakikat..

BUMI DAH MARAH!!!”…

Bumi mahkluk. Sama macam kita. Cuma kita Allah bagi akal. Tapi kebanyakan kita tak nak guna. Allah kurnia hati, tapi kita hitamkan dengan maksiat dan kejahatan. Bila hati dah mula kotor dan terus dikotori, maka kebaikan tidak lagi menjadi pilihan. Bagilah nasihat dan penampor pun tak jalan. Kasornye ayat aku! Taklah, penampor manja. Bukan nak cari gadoh.. Tapi nak cari pasal je. hehe.. Apa hehe?

Maksiat, bila dah jadi rutin, dan tidak cuba dihentikan dengan segera, maka dengan sebab itu,  kita sengaja menempah bala Allah. Bala tidak semestinya tanah runtuh. Tidak semestinya berlaku hanya di Bukit Antarabangsa. Kita lihat, ia tidaklah seteruk tragedi Highland Tower yang berlaku lebih sepuluh tahun yang lalu. Ia bukanlah tragedi terburuk yang pernah berlaku di negara kita. Tsunami misalnya atau ribut greg di Sabah yang lebih dahsyat. Persoalannya di sini dan di mana-mana, adakah kita ambil ikhtibar?

Ya, kita kena bersabar, bersabar dalam kesedihan. Malangnya, kesedihan bukanlah atas sebab sedar bahawa azab Allah sedang mengingatkan. Tapi, sedih sebab kehilangan kereta merkudis, sebab hilang kemewahan yang di bina dalam sekelip mata.

Bagaimana kalau ia berlaku pada saya?

Ya, saya juga belum diuji sedahsyat itu. Wallhua’lam. Saya menulis bukan untuk menghentam semata-mata. Saya menonton berita, membaca akhbar dan ia memang menakutkan. Menakutkan kerana bala Allah Taala tanda kemurkaanNya. Pasti ada sesuatu di sebalik kejadian ini. Maksiat yang berterusan, bangga dengan kejahatan yang dilakukan dan mengajak orang lain melakukannya. Dan lebih bahaya lagi, jika tiada siapa yang mampu dan cuba untuk menghalang dan mencegahnya. Maka, kita semua sedang menanti bala demi bala.

Kita boleh lihat sendiri, bencana berlaku hanya di Bukit Antarabangsa tetapi  satu negara alami kebimbangan yang MELAMPAU. Ketakutan menyeleruh ini juga bala. Penghuni-penghuni apartment dan rumah teres akan tidur celik setiap malam. Tak percaya tanyalah depa. Itu belum cerita banjir lagi..

Ini bala. Ini tanda murka Allah.

Perhati dan fikir betul-betul. Rujuk balik Al Quran. Cuba faham apa pesan Allah terutama surah-surah dalam juzu ‘amma. Cek balik ibadah kita. Bersihkan hati dan berTAUBATLAH! Cukup-cukuplah! Saya juga tuan-tuan, bukan tuan-tuan je. Puan-puan dan cik-cik jugak.

Ketika entri ini ditaip secara spontan, saya dalam keadaan yang tidak berapa baik. Tapi InsyaAllah sahabat-sahabat, saya akan berselebung dan akan cuba sedaya upaya untuk berpeluh menjelang pagi esok.

Wahai Pencipta langit dan bumi.. Wahai Allah, Tuhan sekalian alam. ampunilah dosa kami.. Jadikanlah bala yang Dikau turunkan ke atas kami ini sebagai satu wadah dan peluang buat kami kembali ke pangkal jalan. Campaklah taufik dan hidayah ke atas kami dan jangan biarkan hati kami terus menerus di hinggapi titik-titik hitam yang akan membuatkan kami terus leka dengan nafsu dan kejahatan. Jangan biarkan Ya Allah. Pimpinlah kami. Terimalah taubat kami, Wahai penerima Taubat.. Wahai Pencipta langit dan bumi.  Wahai Tuhan sekalian alam.. Ameen Ya Rabbal ‘alamin..

ps: doa ini yang terdetik kat hati saya….. Maaflah, tajukpun spontan.. :) Saya memang macam ni.. Terimalah seadanya.. :D “Bang, kopi radix ada tak? Bagi satu ye, gelas kecik, susu sikiiiit je.”

Beri tanda

November 17, 2008

Salam ukhwah secawan radix :)

Lama sangat tapi tak lupa. Tak pernah. Ni la tempat saya nak meluahkan ‘muntah’. Mana mungkin saya tak rindu. InsyaAllah Taala… Jadi selama ni saya ‘muntah’ kat mana? Haa, saya tahan je. Kesian kan.. Sakit! Sakit tengok KUIS la ni. Takpe, nanti dulu. Tak cukup masa.

Saya masih hidup dan sihat. Bertambah sihat. Malam kelmarin sempat main futsal. Hampir hatrik tu.. Cea wah! Gol sendiri pun ada jugak :D Itu malam kelmarin..

Malam sebelum tu, saya akhirnya berjaya menerobos halangan yang selama ini menjadi tembok untuk saya mendapat kembali ’spirit of jihad’. Ia hampir hilang. Saya boleh kata begitu untuk diri sendiri. Syukran buat sahabat-sahabat especially izad. Usrah yang sekejap tapi sangat bermakna. ‘re-generate power of signal’ kata budak computer network.. hehe.. Apa kena mengenanya haa adham! Wallahua’lam..

 Senda gurau tanda maaf buat pengunjung abudarwis.. Saya pohon maaf sangat-sangat kerana sibuk bebeno. Al maklum baru jadi mahasitua (mahasiswa tua) sepenuh masa. Setelah hampir 2 tahun tu.. Lemau lemau.. Memang lemau.. Tapi masih boleh dimakan, InsyaAllah :) Masih enak.. hehe..

Akhirnya buat masa ini, mudah-mudahan segalanya untuk Islam kerana Allah..

Pencen sementara

September 23, 2008

Assalamualaikum Warrahmatullah

Saya tidak akan mendapat apa-apa faedah dari tindakan ini.. Saya hanya mahu menghormati kehendak diri.. Saya akan ‘berehat sebentar’ selama beberapa ketika. Jika Allah berkehendak saya untuk ‘berehat terus’, jadi blog ini hanya akan tinggal kenangan. Doakan kesejahteraan bersama..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat beramal di baki ramadhan yang tinggal.. Moga terus diberi kekuatan.. Tangisilah ramadhan yang bakal pergi. Ramadhan mendatang belum tentu lagi..

Salam syawal buat semua.. Seandainya ada entri-entri saya yang terlajak kata, terlanjur bicara dan terlebih rasa, urutlah dada.. Dan kemudian, maafkanlah saya.. Maaf zahir dan batin.. Saya bukan setakat nak susun sepuluh jari, tapi juga nak susun kata-kata. Jadi, maafkanlah saya sekali lagi kalau terlalu berbunga-bunga :)

RAMADHAN KAREEM!! ALLAAHU AKRAM!! KULLU SANAH WA ANTUM BIKHAIR!_-

ps: Moh kita sama-sama puasa enam pula lepas ni! Buat jangan tak buat adham.. Biar bikin serupa cakap :)


Anak kecil takut neraka

August 22, 2008

Assalamualaikum Warramatullah dan salam secawan kecil radix :)

AlhamduLillah, lepas solat jumaat tadi, dapat menikmati segelas kecil radix di restoren mamak Bismillah berhampiran masjid UPM. Memang popular restoren ni. Tak taulah sebab apa. Biasa je saya tengok. Mungkin sebab ada kembar seiras lelaki yang sentiasa senyum dan peramah. :) Agak hensem jugkla abang kembar tu.. hehe.. Entah hape-hape petang ni. Merepek je. Allah…

Sahabat-sahabat,

Saya cuma nak membawa satu kisah seorang anak kecil yang sangat hebat kerana sangat takutkan api neraka. Ceritanya begini:

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?” Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.” Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?

Moga kisah ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Sekian…

ps: Tak sampai dua minggu lagi kita semua akan menempuh bulan ramadhan. Semoga ibadah puasa di bulan mulia kita kali ini lebih baik dan berkualiti. Allahumma bariklana fi ramadhan.. Ameen.. :)

Jangan macam tu. Macam ni.. :)

August 7, 2008

Salam ukhwah seteguk radix :)

Pagi tadi sempat seteguk saja, sebab dah terlambat. Boleh lah kan :D

Saban hari, ada saja yang dah mula benci dengan politik Malaysia. Muak dah. Sampai ada yang nak masuk tabligh ( Ust Nik Abduh). Isu muqabalah yang belum ada sudahnya. Isu ’sodomy’ yang semakin dramatik :) Isu Altantuya yang nampaknya pun akan berlanjutan entah sampai bila. Allah… Saya pun dah mula menyampah. Hari-hari beli sinar harian sebab nak tahu tapi lama kelamaan…? Entah.. Utusan, berita hairan lagi la saya tolak tepi. Selak-selak saja yang ada kat pejabat ni. Bahagian sukan lama sikit. Biasalah tu :D

Yang saya pasti, budak-budak sudah mula untuk tahu.

“Abah, liwat tu apa?”. tanya anak yang baru umurnya 7 tahun.

“Bukan abah tak nak bagitahu sayang. Tak boleh bagitahu.”, jawapan abah yang agak ‘bernas’.

“Kenapa abah?”, tanya si anak yang cerdik.

“ko ni! Banyak tanya pulak. Liwat tu haram tau!,” emosi sungguh si abah.

“Haram tu macamana abah?” si anak tak putus asa.

“aaaaaaaaaagggggggghhh, tidakkk,” si abah yang tidak terkawal emosinya. hehe..

Apa kita nak buat? Nasib baik si anak tanya pada abahnya. Kalau tanya pada kawannya yang memang ‘pemurah’, tak ke naya. Siap buat demo lagi. Mampus!!

Allahuakbar… Dunia memang dah makin pelik terbalik.

Tapi, kalau buat tak tahu saja pun tak patut juga. Ya, kita ambil tahu, dan kemudian bertenang. Kita hadam perlahan-lahan dengan dua antenna kurniaan Allah Taala. Akal dan hati. Fikir dan nilai. Jangan emosi dan marah-marah. Senyum dan boleh sengih kalau mahu. :D :)

Nak marah? Marah kerana Allah. Marah orang yang kuat dan tegas dalam beragama ni lain. Beza dengan orang biasa. Marah orang tak pernah ponteng usrah ni ada ‘class’ tersendiri. Marah sebab tanggungjawab, sebab sayang Islam tu lebih dari segalanya, macam Ust Solihin dan rakan-rakannya (DPP Selangor) pasal konsert Ella dan Mas Idayu, macam sahabat-sahabat unit AMAL semasa Perhimpuanan Protes yang tak menjadi (tragedi londeh seluar nampak punggung), macam sahabat-sahabat saya di KUIS yang berang pasal persembahan joget-joget pada malam penutupan Pesta Konvo baru-baru ini. Emmm.. Semuanya saya tak terlibat. Marah juga bila dapat tahu. Tapi marah saya ni, tak sama macam mereka yang melaluinya.

Apa kesimpulannya ya?

Oh ya, teruskan berjuang sehingga kita benar-benar digelar pejuang agama Allah. Saya juga, kalian dan yang lain-lain. Kita sama-sama. ‘Top-up’ kan semangat sahabat-sahabat kita yang lesu dan lemah. Minta mereka buat yang sama jika semangat kita juga sedang mengalami saat kejatuhan. “Biar rebah jangan berubah”.

ps: Izad, bang masdar, ehsan, zahir. Jom turun pekena kopi radix petang ni. Bila-bila pun takpe kalau korang semua tak free.. Zahir, roti canai kat AU 1 hari tu sedaplah. Roti canai orang melayu lagi sedapkan :D Mai secawan :)

Untuk yang benar-benar sayang…

August 5, 2008

Tadi,semalam, kelmarin dan hari-hari yang sudah berlalu. Rasanya diri ini semakin tenat. Nazak. Nampak sihat. Sepertinya tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun sebaliknya? Allah SWT Maha Mengetahui segalanya.

Kita rasa sudah kenal benar diri ini. Kita rasa kita mampu hadapi semuanya sendiri. “Ya, aku mesti kuat. Aku mesti tabah”. Benarkah diri ini kuat dan tabah? Atau kita hanya berpura-pura? Hidup konon kurang dosa dan nista. Padahal setiap masa kita menambah beban beratnya. Tak percaya? Tanya diri.

Selalu janji kepada Allah tidak mengulangi dosa dan kesilapan. Selalu. Sungguh! Tapi selalu juga kita khianat sendiri janji itu. Nah! Tanya lah diri lagi. Layakkah kita menjadi pejuang agamaNya? Layakkah?

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Memikirkan dosa-dosa membuatkan kita rasa seperti telah mengabaikan diri sendiri. Rasanya macam mensia-siakan peluang yang Allah Taala dah berikan. Rasa-rasa yang seolah-olah mengajak untuk bersara dari kerja Islam. “Ah, cukuplah untuk orang lain. Diri engkau sendiri banyak dosa. Engkau sendiri pun belum tentu syurga. Sibukkan orang lain.” Sampai begitu sekali syaitan ni buat kerjanya.

Memang. Kalau boleh nak tinggal bertapa kat mana-mana masjid saja. Berzikir siang malam. Solat sunat seribu rakaat. Khatam Quran 100 kali sehari. Hafal seratus hadith sebulan. Yakin syurga ke? Biarkan Islam diinjak-injak. Biarkan maksiat berleluasa. Biarkan Al Quran dihina. Biarkan solat diabaikan. Biarkan saja. Betul begitu?

Bukankah bela agama Allah ini jual beli yang menguntungkan? Janji Allah jelas. Lihat maksud ayat dari surah As-Saff 61: 10, 11

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Ayat lain dalam surah At-Taubah 9: 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Takut untuk berjuang? Ya, ia normal malah rasa takut itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Keberanian hanya akan datang melalui pemahaman. Bukan dibuat-buat. Bukan berani membuta tuli. Ia tidak boleh dipaksa-paksa. Yang paling penting dan mustahak, kebijaksanaan dan perancangan yang tersusun.

Firman Allah lagi dalm surah As-saff 61: 4

Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang berjuang di atas jalannya dalam satu saf yang tersusun

Manakala Saidina Ali pula berpesan:

Kebenaran yang tidak bersistem akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang bersistem.

Sahabat-sahabat,

Apa lagi sebenarnya kita inginkan di dunia ini? Semuanya sudah cukup terhidang untuk kita bawa sebagai bekal ke akhirat. Tinggal diri sendiri saja mahu memilih hidangan yang mana. Memang bukan senang untuk membuat pilihan. Apatah lagi, hidangannya nampak sama sedap dan menggiurkan. Ada yang hanya sedap di dunia tapi merana rasanya di akhirat. Ada yang sedap sentiasa dunia dan akhirat dan ada pula yang nikmat kesedapan hanya Allah akan berikan di akhirat nanti (syurga).

Renunglah firman Allah At-Taubah 9: 72 (sambungan ayat 71 di atas):

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar

Sekadar itu saja. Untuk diri sendiri utamanya dan kalian sahabat-sahabat seperjuangan. Kita serahkan segalanya pada Allah kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Menangislah selagi kalian mampu dalam mengenang dosa-dosa. Menangislah kerana Allah. Kelak di ’sana’ tiada peluang lagi bagi kita. “Biar rebah, jangan berubah”