Memang kita tak sempurna tapi….

“Don’t judge a book by it’s cover”. Pepatah inggeris ini mungkin seringkali digunakan sebagai alasan atau hujah untuk membela diri.. Tak adil untuk menilai perempuan yang tak bertudung tu teruk atau yang bertudung tu memang baik. Tak adil untuk menilai lelaki yang me “remp-it” tu bermasalah dan sebaliknya.. Dalam Islam kulit dan isi, kedua-duanya penting malah sangat penting. Memang tak adil untuk menilai seseorang dari luarannya. Tapi luaran memang penting untuk kali pertama perkenalan, pertemuan atau seumpama dengannya.
Sememangnya tidak ada manusia yang sempurna. Tetapi tidak salah untuk berusaha ke arah kesempurnaan. Kekadang luaran kita ok tapi dalaman bermasalah, kekadang dalaman kita ok tapi luaran pula yang kekurangan.. Itu normal. Yang tak normalnya kita biarkan masalah-masalah tu sampai jadi penyakit yang sukar diubati dan akhirnya menjadi barah. Lebih parah kalau penyakit tu berjangkit pula kat orang lain. Sama la juga dengan soal iman. Iman manusia biasa memang turun dan naik. Tapi wajar kah kalau setiap kali berbuat silap atau dosa, soal iman dijadikan alasan sedangkan tanggungjawab kita sebagai hambaNya pun diletakkan penjuru matlamat hidup. Buat pun sekadar syarat. Solat fardhu pun di penghujung waktu. Bila dah susah atau ditimpa bala baru nak beringat. Atau mungkin kita terlupa. Memang kita pelupa. Perkataan insan sendiri berasal dari perkataan nisyan yang bermakna lupa. Tapi perlu ke sifat pelupa ni? Lupa pada pengalaman atau kenangan pahit dan menyedihkan yang boleh mengganggu gugat ketengangan jiwa adalah lupa yang positif yang apabila dimanfaatkan sesuai dengan tuntutan Illahi. Tapi yang kita tak mahu ialah lupa yang negatif yang mana dipergunakan syaitan untuk menjerumuskan manusia kelembah kehinaan dan kemaksiatan. Ini la yang selalu berlaku pada diri kita. Jadinya, kita kena banyak ingat Allah. “Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa. Dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini” (Al Kahfi: 24).
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Ada orang yang angkuh berkata ” kau tak payah tegur-tegur atau nasihat-nasihat aku. kau jaga lubang kubur kau. Kubur kan masing-masing!”. Kehidupan alam kubur bukan macam tinggal di hotel 5 bintang kalau kita hidup begelumang dosa kat atas dunia. Tapi sebaliknya kalau kita hidup dengan penuh rasa hati-hati, dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kat atas dunia, kita akan merasai nikmat kehidupan di alam kubur. Malah mungkin kita akan selamat di akhirat kelak. ” Dunia ini penjara bagi orang mukmin, syurga bagi orang kafir”. Sudah tentu kita nak menjadi orang mukmin muttaqin. Jadi, kita kena siap sedia berkorban, menangis, bersusah semasa masih hidup agar kita tak menyesal kelak. Suburkanlah rasa kasih dan cinta kepada cinta kepada Illahi agar setiap ibadah dapat kita lakukan dengan penuh rasa kemanisan dan kenikmatan. Mintalah cintaNya.. kerana bila kita sudah memiliki cintaNya kita akan rasa sentiasa dipayungi redhaNya dalam setiap langkah kita. Allahukabar!
“Wahai pembolak-balik hati, tetapkanlah hatiku diatas jalan agamaMU dan ketaatan Mu”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s