Sayang mak dan ayah, sayang tanpa syarat…

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah
mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)

Hari ni hati saya begitu tersentuh, terasa sedih dan kecewa… 24 tahun hidup, selalu sangat buat mereka susah hati.. Selalu sangat buat mereka sedih terutama mak.. Setiap kali ada salah faham dengan mak memang hati terasa sangat sedih, sedih sangat.. Rasa tak dapat nak teruskan hidup.. Bila dalam keadaan begini, persoalan berulang-ulang bermain “derhakakah aku”… Kerana salah faham kecil, hati ini terasa begitu sedih sekali.. Sedih bukan kerana salah faham tapi sedih kerana saya sayang mak.. Lebih dari diri ini..

Abah, jauh di Kelantan mencari rezeki.. Tak pernah sekali merungut dengan perangai anak-anak.. Pasti abah ada terkilan tapi kasih sayangnya tak pernah berkurang.. Sentiasa menjadi kaunselor keluarga biarpun jauh.. Bila pulang ke rumah, tak kering gusi ketawa dengan lawak spontan abah.. kekadang mak menyambung lawak abah menjadikan kami adik beradik ketawa terbahak-bahak.. bukan selalu sebab bila abah balik ke kelantan, mak akan menumpukan kerja-kerja menjahit, jaga anak jiran.. Sesekali saya mengusik mak.. Saya faham dia letih seharian.. Bukan senang jaga anak jiran yang umurnya baru nak masuk 2 tahun, nak siapkan tempahan jahitan lagi, memasak, mengemas.. Letih sangat..

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s