Takut berubah?

” Saya bukan tak nak berubah jadi budak baik bang, tapi nanti member-member saya lari”.. Ishhkkk, ada juga macam ni.. Nak berubah tapi banyak pula tapinya.. Member lari la, awek lari la, mak ayah tekejut la, macam-macam ada.. Nak berubah ni memang susah.. Halangannya banyak.. Orang yang ada kesungguhan nak berubah, dia akan berusaha untuk memecah segala tembok yang menghalang.. Macam mana susah pun dia akan usahakan juga.. Biar la kawan nak lari.. Biar la awek nak putuskan hubungan.. Yang pentingkan dapat cinta Allah.. Dapat Islam..
“Takde orang nak bimbing saya la.” Alasan ni kerap juga diberi.. Kalau serius nak berubah, diri sendiri kena mulakan.. InsyaAllah, Allah akan mudahkan jalannya.. Kalau nak tunggu juga, alamatnya tak berubahla..

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra‘d: 11)

“Memang nak berubah tapi ambil masa la”. Berapa lama masa yang nak diambil? setahun? 2 tahun? 10 tahun? Atau nak tunggu dah ada cucu? Mungkin lepas naik haji ke? Apa?! Lepas naik haji? Bila tu? Lepas pencen? Astaghfirullah! Boleh pula ditangguh-tangguh.. Tak dinafikan, perubahan memang makan masa…. Tapi kematian boleh menjemput kita bila-bila masa.. Kematian tidak akan ditangguh, tidak akan dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat..
Sahabat-sahabat,
Dalam surah AL Nahl: 32, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa roh-roh orang yang beriman akan sambut oleh para malaikat dengan ucapan selamat sejahtera. Maksudnya :
“Mereka yang diambil nyawanya oleh para malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur, syirik dan maksiat) sambil para malaikat itu berkata kepada mereka, Selamat sejahtera kepadamu ; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan..”
Nak tunggu lagi? Kita nak kematian yang bagaimana? Berubahlah… Cukuplah, disebabkan akhlak dan kelakuan umat Islam akhir zaman ni jadi fitnah pada agama.. Cukuplah.. Kata seorang sahabat saya ” Let’s back to basic”.. Sebelum terlambat ayuhlah.. Marilah kita bersama membela Islam.. (^_^)

One thought on “Takut berubah?

  1. ish3..mcm terkena kat batang idung sendirik jek..hua3..mcm sy nk berubah pakai purdah.. hebat sungguh cabaran nak berubah nih..
    ape2 pun semua tu terletak dalam pemikiran. trust me!
    kalau kita fikir, fikir n fikir, banyak tapi dia. mcm2 yang mendatang.
    tapi kalau kita berhenti fikir, dan teruskan je BUAT, perubahan tu akan datang secara tak semena-mena yang kita pun tak terbayang kita berubah mcm tu sekali.

    hajat di hati nak berniqab, tak pernah pulak sebelum tu terfikir, saya nak pakai sebab saya nak jadi baik. tapi bila disingkap kembali, sebenarnya perasaan tu datang lepas dah pakai. baru makin kuat, kenapa kita nak buat. kita nak buat sebab kita nak berubah. asal2 kepada perubahan tu pun bermula dari hati n keinginan.

    sebab tu org kata, benda baik jgn tangguh2. keinginan tu takut terkubur. nak berubah, berubah cepat2. terus buat. tak payah tunggu n tangguh2..

    tapi tu sume perlukan daya usaha jugak. bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

    Wallahu’lam.
    sekadar berkongsi cerita..http://everjihad.blogspot.com/2008/09/luahan-hati-yang-tak-terungkap.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s