Wanita dalam Al-Quran..

Istilah wanita dalam masyarakat kita turut digelar perempuan, manakala Al-Quran menyebutnya dengan annisa’. Daripada sekian banyak ayat al-Quran yang berkaitan dengan wanita, tidak ada satupun yang menunjukkan apa lagi memperlakukan wanita secara tidak adil dan diskriminasi. Jantina tidak membezakan darjat antara lelaki dan wanita. Al-Quran menggunakan nilai dan ukuran yang sama untuk lelaki dan wanita. Al-Quran tidak menggambarkan keindahan dan kecantikan wanita secara jasmaniah.

Apabila melukiskan jasmaniah dalam hubungannya dengan perlaksanaan syariat, seperti hubungan wanita dan lelaki, alQuran menggunakan kalimat-kalimat sopan seperti bersentuh dengan wanita, bercampur dengan wanita kamu, datangilah ladang kamu sesuka hati. Itulah sebabnya Al-Quran tidak meletakkan keindahan jasmani sebagai nilai ideal bagi wanita, sebaliknya mengajarkan wanita menutup dan menjaga keindahannya. Wanita cantik tidak pernah menjadi tokoh dalam alQuran kerana nilai utama wanita terletak pada kesolehan, kesucian dan kekuatan dalam mempertahankan keyakinannya.

Kalimah annisa’ disebut 57 kali dalam alQuran, lebih banayak daripada kalimah arrijal(lelaki). Di dalam Al Quran juga menjelaskan persamaan hak antara lelaki dan wanita terhadap tindakan dan amal mereka. Sahabat-sahabat, mari sama-sama buka tafsir atau terjemahan untuk mengetahui dan menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran iaitu An-Nisa’:14, an-Nahl:97, Ali Imran: 195, at-Taubah: 71.

Setelah menjelaskan kedudukan wanita, al-Quran secara khusus membicarakan dan menggambarkan jenis-jenis wanita menurut amal dan bakti mereka. Bagi wanita yang soleh, Allah SWT menyebut namanya dengan jelas. begitu juga sebaliknya, wanita yang buruk dan yang jahat Allah SWT tidak menyebut namanya secara langsung.

Maryam, ibu Nabi Isa al-Masih disebut namanya beberapa kali, bahkan namanya diabadikan oleh Allah SWT sebagai salah satu nama surah dalam alQuran. Aisyah binti mazahim, isteri firaun digambarkan Allah sebagai wanita pejuang. Hidup di bawah suami yang zalim, Aisyah tetap istiqamah mempertahankan keimanannya malah menentang dan memberontak melihat kezaliman firaun. Semua ini kerana Aisyah lebih suka memilih rumah di syurga melalui perjuangan menegakkan kebenaran.(at-Tahrim:11).. )>>

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s