Tanya diri sendiri…



Sahabat-sahabat,

Saya rasa terpanggil untuk membangkitkan rasa ini setelah sekian lama ia terpendam.. Bila bersama sahabat-sahabat masa di kampus dulu, rasa itu ada tapi ia akan hilang bila sibuk dan disibukkan.. Tapi sekarang kita sama-sama tanya pada hati nurani… Benarkah kita sudah berjuang? Atau selama ini kita hanya bermunafiq dengan diri dan pura-pura kepada ALLAH? Apakah segala pengorbanan dan perjuangan kita sebelum ini benar-benar boleh diiktiraf sebagai pengorbanan dan perjuangan?

Adakah perjuangan kita selama ini kerana ALLAH dan RasulNYA atau atas kepentingan diri? Paling penting, redhakah ALLAH kepada kita dengan segala usaha dan ikhtiar kita selama ini? Andai kita mati hari ini atau mungkin saat ini, adakah kita layak menghuni SyurgaNYA yang penuh kenikmatan?

Ya Allah, hamba2Mu ingin terus berjuang di jalanMu, walaupun kini halangannya berbeza, semakin sukar.. walaupun kini hamba2Mu kian lemah… Walaupun terlalu banyak dosa kami Ya Allah.. Kekalkan hamba2Mu ini Ya Allah, di atas jalan menegakkan agamaMu.. Kami ingin syahid Ya Allah.. Kami ingin syurgaMu Ya Allah walaupun kami tahu kami tidak layak untuk syurgaMu.. Amin Ya Rabbal ‘alamin…

“Tiada sama penghuni-penghuni Neraka dengan penghuni-penghuni Syurga; penghuni-penghuni Syurga itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr, ayat 20).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s