Mengapa perlu bersukan?

Badan sihat, otak cergas, ibadah mantap
Islam bukan sahaja satu agama yang merangkumi aspek peribadatan semata-mata tetapi satu cara hidup yang menyediakan peraturan dan panduan dalam segala aspek kehidupan manusia termasuk kerohanian, ekonomi, politik, sosial, kesenian, ketenteraan dan tidak terkecuali, sukan.

Bila menyebut tentang sukan, teringat saya kehidupan seharian waktu dikampus dulu.. Pagi, jam 8 atau 9 ke kelas.. Kebiasaannya kelas akan tamat jam 4. Selesai solat asar jemaah di masjid, balik ke bilik terus bersiap-siap untuk bersukan.. Sukan pilihan saya bola sepak. Dah jadi rutin. Sepanjang 3 tahun pengajian, memang jarang sekali tak turun bersukan.. Sebab tak bersukan samaada hujan, kelas tamat lambat atau ada tugas-tugas persatuan yang memang tak dapat disiapkan segera dan tak boleh ditangguh.. Mungkin sebab saya memang ‘gila’ bersukan sejak di sekolah menengah lagi.. Wallahua’lam.. Yang pasti saya akan lebih bersemangat dan cergas untuk mentelaah pada malamnya dan bangkit awal pada keesokan paginya..

Sahabat-sahabat,
Itu hanya cerita saya.. Bukan tujuan saya untuk mendabik dada atau nak menunjukkan betapa kuatnya saya.. Tidak sekali.. Seperti yang disebut diawal tadi, Islam bukan menyuruh kita untuk setiap masa di tikar solat. Pembangunan spritual atau rohani amat penting tetapi ia harus seiring.

Islam bukan sahaja amat peka terhadap pembangunan aspek spiritual bahakan juga jasmani, intelektual dan emosi manusia agar proses transformasi yang di lakukan dalam dimensi-dimensi ini dapat melahirkan manusia bertaqwa, seimbang, berilmu, berakhlak, sihat, intelek, berdisiplin serta teguh pendirian.

Di dalam Al-Quran, Allah menyebut: “Tidak Kami Abaikan Sesuatu pun di dalam Al Kitab”(Surah Al-An’am, 38). Al-Quranlah sumber inspirasi, motivasi, ilmu pengetahuan, pengubat pelbagai penyakit fizikal, emosi dan rohani dan yang menjelaskan segala perkara yang bersangkut paut dengan perkara duniawi dan ukhrawi. Ini ialah kerana ia adalah wahyu Allah SWT dan sudah tentu Pencipta manusia lebih bijaksana daripada manusia itu sendiri. Pembuat jam sudah tentu lebih mengetahui mengenai komposisi jam itu, kelemahanya dan bagaimana untuk menggerakkanya daripada orang yang memakai jam tersebut. Begitu juga Allah SWT lebih tahu mengenai apa yang baik untuk manusia daripada manusia itu sendiri kerana Dialah yang menciptakan manusia. Allah sudah menentukan hanya cara hidup Islam sahaja yang menjamin kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat.

Oleh kerana itulah Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .

Tugasnya termasuk seperti firman Allah SWT
“Kamulah sebaik-baik umat yangdilahirkan daripada manusia. Kamu mengajak kepada kebaikan, kamu melarang daripada kejahatan dan kamu beriman kepada Allah”.

Apabila seseorang Muslim itu sihat ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang di amanahkan kepada nya oleh Allah SWT serta tanggungjawab lain yang di amanahkan oleh manusia lain kepada nya samada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan. Setiap individu di anugerahkan oleh Allah SWT dengan potensi dan bakat yang tersendiri. Kita haruslah mengembangkan potensi dan bakat yang di anugerahkan kepada kita oleh Allah SWT dengan cara yang di benarkan oleh syariat Islam bukan melalui cara-cara yang bercanggah dengannya. Gunakanlah potensi dan bakat ini untuk mengajak manusia supaya kembali kepada cara hidup Islam. Ini termasuk potensi dan bakat dalam aktiviti sukan.

Sebab itu ada perpatah yang berbunyi:
`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.

Sebab itulah Rasulullah bersabda `Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’ Seseorang Muslim mempunyai banyak tanggungjawab yang harus di laksanakan termasuk tanggungjawab terhadap dirinya, keluarganya, ibubapanya, saudara seagamanya, jirannya, masyarakatnya dan negara. Ini sudah tentu memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya. Bagaimana boleh seorang Muslim melaksanakan ayat Quran yang berbunyi `Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan’ (Surah Al-Maidah) sekiranya dia sentiasa menghadapi masalah kesihatan.

Malah kita di tuntut untuk membuat persediaan untuk menghadapi kekuatan musuh `Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka(musuh) sekadar yang terdaya dari kekuatan’(Al-Anfal: 60)


Walaubagaimanapun ini tidak bermaksud seseorang Muslim itu harus terlibat dalam sukan atau apa sahaja aktiviti jasmani sehingga lupa kepada tanggungjawab-tanggungjawab lain. Allah SWT tidak meredhai seorang Muslim yang begitu seronok bersukan sehingga dia melupai waktu solatnya. Seorang Muslim yang menyertai aktiviti sukan tanpa memikirkan pakaian yang sesuai dan menutup aurat sehingga auratnya terdedah kepada penglihatan orang lain dan ini adalah di haramkan oleh Islam. Islam mahu menutup `pintu-pintu kerosakan’ dan aktviti-aktiviti atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan teransangnya nafsu syahwat lelaki kepada wanita dan sebaliknya yang bukan suami isteri adalah mengundang kepada kerosakan dan kehinaan dalam masyarakat.

Oleh kerana itulah, kita dapat lihat gejala sosial dan penyakit yang berpunca daripada hubungan bebas lelaki dan wanita semakin berleluasa kerana manusia ingkar terhadap panduan dan peraturan yang di tetapkan Allah SWT yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan mereka tunduk kepada telunjuk hawa nafsu mereka.

Allah berfirman: “Tidakkah kamu melihat manusia yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya? Manusia yang di ciptakan oleh Allah SWT agar tunduk dan patuh kepada Nya memilih jalan yang merosakkan dirinya dengan mematuhi kehendak nafsunya.”

Oleh itu Islam amat menekankan agar peraturan dan panduan Islam di patuhi dalam semua aspek termasuk dalam aktiviti sukan yang amat di galakkan dalam Islam. Selain daripada itu kita mahu supaya aktiviti sukan yang kita libatkan diri akan di kira sebagai ibadah dan di terima oleh Allah SWT sebagai bekalan di hari akhirat kelak apabila kita bertemu dengan Allah SWT untuk di kira segala amalan kita dan di hisan oleh Nya samada kita di masukkan kedalam syurga atau nereka.

Dalam Islam `Matlamat tidak menghalalkan cara’ atau `al ghayah la tubarrirul wasilah’. Matlamat yang baik iaitu untuk menjaga kesihatan badan tidak harus di cemari dengan cara atau pendekatan yang bercanggah dengan syariat Islam. Kita tidak mahu usaha menyihatkan badan melalui aktiviti sukan tidak di kira sebagai ibadah oleh Allah SWT dan ia menjadi sia-sia sahaja. Aktiviti sukan yang membenarkan pencampuran lelaki dan wanita secara bebas boleh membawa kepada kemudaratan jiwa , akal dan emosi. Akhirnya ia boleh membawa kepada perbuatan sumbang dan merosakkan akhlak mereka yang terlibat.

Justeru, adalah sesuai dengan syariat Islam sekiranya tempat dan waktu bersukan bagi lelaki dan wanita di asingkan agar perkara ini dapat di elakkan. Kita harus menaman dalam diri kita rasa malu . Apabila rasa malu hilang daripada diri kita maka akan musnah benteng yang dapat menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih dahsyat lagi sehingga kita bersedia untuk meruntuhkan kehormatan kita.

Sahabat-sahabat,
Alangkah hebat dan indah kalau seorang muslim yang bersukan dengan menjaga batas-batas aurat dan pergaulan di petangnya, kemudian pulang ke rumah bersiap-siap pula untuk ke masjid. Solat maghrib secara berjemaah kemudian bersedia pula untuk kuliah maghrib atau apa-apa kelas pengajian dan akhir sekali solat Isya’ berjemaah. Allahuakbar.. Bukankah itu tujuan sebenar kita? Bila badan sihat dan otak semakin cergas selepas beriadah, sepatutnya lebih bersemangat untuk beribadah, bekerja, berilmu dan berdakwah(^_^)..

“Intasurullahayansurukum wa yutsabbit aqdamakum”

2 thoughts on “Mengapa perlu bersukan?

  1. Anonymous says:

    setuju…………!!!!!!!

    bagi yang wanita, takde masalahnya bersukan. jangan jadikan tudung sebagai penghalang yang penting jaga batasannya……

    tadi kite ikut joghaton sempena festival kesenian islam, UMS.

    hm…takde masalah pun kalau lari dengan bertudung yang penting jaga batasan lelaki dan wanita.

    Alhamdulillah tadi laluan lelaki lain. laluan perempuan lain. takde masalahnya….

    mukhlisah_nur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s