Ini bukan gurauan!

Selamat mengundi!

“Sebaik-baik pemimpin kamu, adalah orang yang kamu cintai, mereka pun mencintai kamu. Kamu mendoakan mereka, mereka pun mendoakan kamu. Dan seburuk-buruk pemimpin kamu, adalah orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu. Kamu melaknat mereka, dan mereka pun melaknat kamu.” (HR Muslim dalam Shahih Muslim, III/1481; Al-Baehaqi, Sunan Al-Kubra, VIII.158)

Pemimpin adalah pengembala, sehingga dia tidak akan menjadikan ‘gembalanya’ sebagai mangsa iaitu rakyat yang dipimpinnya. Tidak akan memakan hak-hak rakyat atau memerah rakyat seperti lembu perahan. Membiarkan rakyat kelaparan, tidak adil dalam mengasaskan konsep pembangunan yang hanya mengutamakan orang-orang kaya, sanak kerabat dan kroninya, sedangkan rakyat secara am dibiarkan menderita. Mereka selalunya menyalahkan rakyat, dan bukannya merasa bersalah serta wajib bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh rakyatnya..
Saya tertarik artikel tulisan akhi Muhtar Suhaili yang mengulas mengenai pembubaran parlimen semalam. Beliau tak lupa untuk menarik pembaca supaya bukan sekadar membaca tapi menilai dan memahami situasi. Ia amat membantu terutama bagi individu yang selama ini bertaklid sahaja dalam memilih pemimpin. Paling menarik huraian ringkas dan padat mengenai membudayakan sifat syaja’ah. Tahap pemikiran saya masih bertatih untuk memahami tapi selepas membacanya, saya tertanya-tanya apakah status pemimpin kita di Malaysia ni.. “Mengiayakan yang benar dan menidakkan yang bukan”. Masih adakah prinsip mulia itu di tanam pada diri setiap pemimpin kita? Atau pemimpin kita hanya berani membenarkan yang salah dan dan menyalahkan yang benar?

Di negara kita, tidak ada masalah untuk mencari pemimpin Islam tapi bukan mudah nak bertemu dengan pemimpin yang takutkan Allah, yang minta dibantu menegak kebenaran, yang minta ditegur kalau ia bersalah, yang tidak menyebut apa jua jasanya dan yang tidak banyak membuat janji manis! Masih ada, tapi silapnya dari kita kerana kita sendiri belum cukup takutkan Allah.. “Kalau pilih pemimpin ‘beserban’ alamatnya tak enjoy la kita. Kelab malam tutup. Tak jaga aurat kena denda. Hari-hari kena dengar ceramah je.” Bukankah kata-kata busuk ini keluar dari mulut orang Islam sendiri? Bukan setakat itu sahaja, malah kata-kata begini dijadikan bahan ketawa di mana-mana..
Satu Malaysia sudah dimaklumkan sebentar tadi.. 24 Februari adalah tarikh yang dipersetujui SPR sebagai hari penamaan calon dan 8 Mac sebagai hari mengundi.. Mungkin 2 minggu adalah tempoh yang adil untuk menilai, mengenal pasti, dan memilih pemimpin yang tepat untuk 4 atau 5 tahun akan datang. Kita berhak memangkah sesiapa sahaja tetapi harus diingat kita akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak atas setiap pangkahan kita itu.. Satu pangkahan boleh menjadi penentu kebangkitan atau kejatuhan.. Bersedialah!!!
Dari seorang sahabat:
“Memilih pemimpin bukan seperti memilih gula-gula. Pilihlah pemimpin berdasarkan pimpinan wahyu. Jangan berdasarkan logik akal semata kerana akal ini terbatas, lemah dan sering dipengaruhi oleh hawa nafsu..” Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s