Julang Islam walau di mana berada… Jangan takut atau malu!

Setelah melihat gambar di atas, dapatlah disimpulkan dengan mudah bahawa sebenarnya tiada alasan dalam menunaikan perintah Allah walaupun ruang masa, tempat dan keadaan untuk melakukannya begitu terhad dan sempit sekali.. Gambar 2 orang yang sedang solat berjemaah di tengah-tengah stesen minyak kemungkinan besar tidak berlaku di negara kita. Malah rasanya tidak pernah berlaku… Perasaan takut yang begitu tinggi kepada Allah akan melahirkan kesungguhan dan kekuatan untuk menjunjung perintahNya walaupun dihina dan diketawakan..
Cerita saya,
Pernah suatu ketika di Uitm Kota Kinabalu, universiti menganjurkan kejohanan bola sepak 9 sebelah.. Banyak pasukan yang mengambil bahagian. Macam-macam fesyen jersi.. Pelbagai warna dan jenama.. Yang menyedihkan, kebanyakan dari mereka yang muslim tidak menutup aurat. Alasannya, “ini kan bola sepak.. Takkan nak pakai seluar panjang.. Nak lari pun susah.” Bukan tak boleh nak berseluar pendek masa bersukan tapi pakailah seluar ketat yang menutupi sehingga ke bawah lutut di dalamnya.. Berlambak di jual di kedai sukan sekarang ini..
Disebalik kekecewaan melihat keadaan ini, tetiba terlihat sebuah pasukan yang mana semua ahli pasukannya menutap aurat.. Subhanallah, sejuk mata saya memandang.. Bukan calang-calang mereka ini.. Melihat wajah-wajah tenang dan imej mereka, saya sendiri berasa bangga.. Spontan keluar dari mulut saya “ni baru betul.” Buat apa nak malu dan segan.. Redha Allah lebih penting dari segalanya..
“Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah serahkan kita kepada manusia…’’
Hakikatnya, di semua tempat pun perkara ini(tak jaga aurat) berlaku dan nampaknya akan terus berlaku. Macam dah jadi ‘trend’.. Kalau ditegur pandai pula menjawab, “boleh tak jangan jaga tepi kain orang…’’
p/s: Tegur-menegur dan ingat-mengingat antara kita itu penting sebab kita ini selalu terlupa. Walaupun orang tak suka, walaupun kawan tarik muka, walaupun kita dipersenda tapi yang salah wajib dibetulkan.. Kalau orang yang kita tegur tak mahu terima, teruskan menegur. InsyaAllah, mudah-mudahan.. Ungkapan terkini yang baru saya dapat, “…jangan jaga tepi kain orang, tapi kalau kainnya tu dah nak hampir nak terkoyak kenalah bantu untuk tutup aibnya…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s