Peringatan sebelum turun mengundi!!

Kekalkan kepimpinan Ulama’
Salam ukhwah,

Di saat dan ketika ini sehinggalah 8 Mac nanti, percayalah mereka (UMNO dan BN) akan menggunakan segala kesempatan dan kuasa yang ada untuk ‘memenangi’ perlawanan yang sebenarnya tidak pernah mereka menangi.. Mereka menindas pemikiran rakyat dengan menyebut ‘jasa-jasa’ dan pengorbanan ‘suci’ meraka.. Masa inilah mereka akan kehulu kehilir menyebarkan cerita bohong.. Parlimen sudah dibubarkan pun sempat lagi untuk menganjurkan program besar untuk menyokong pendekatan Islam Hadhari.. Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar yang berakhir semalam (18 Februari), tak lain tak bukan untuk mendapatkan ‘political mileage’ BN kerana pendekatan Islam Hadhari jelmaan PM sudah dilihat sebagai satu agama baru. Seorang berbangsa Cina baru-baru ini mahu masuk Islam Hadhari, kerana ia lebih mudah daripada Islam sebenar. Ini kerana pemimpin Islam Hadhari tidak mewajibkan para isteri bertudung, yang penting bagi orang awam,perkataan Islam tetap ada dalam konsep jelmaan mereka.. Geli hati sungguh.. PM sepatutnya terpukul dengan berita ini..
Di Kelantan, bukan main bersemangat BN untuk merampas kepimpinan dari PAS. Mereka awal-awal lagi sudah berjanji.. Tak lain tak bukan pembangunan berterusan jika menang.. TPM berjanji akan membina banyak masjid dan kononnya akan mengubah Kelantan menjadi ‘Islamic civilization hub’. Datuk Annuar Musa pula berjanji dengan berkata “projek pembangunan bernilai RM 2 juta sedang dirancang untuk rakyat Kelantan”. Betul ke rakyat Kelantan yang dapat faedahnya? Memang benar mereka akan bina banyak masjid seperti di Terengganu Darul Kristal. Memang benar mereka akan melancarkan banyak projek dengan motto “satu lagi projek barisan nasional”. Tapi semuanya atas sebab ada kepentingan yang mereka tak dapat dan tak mahu jelaskan kepada rakyat..

Sahabat-sahabat,
Sebuah artikel bahasa inggeris bertajuk “A Chinese in Kelantan speaks out” akan merungkaikan mengenai kehidupan rakyat cina di kelantan sepanjang pemerintahan PAS sejak 1990 dan perbandingannya dengan pemerintahan BN sebelum itu. Sahabat-sahabat boleh membaca keseluruhannya di harismibrahim.wordpress.com. Saya minta bacalah!!.. InsyaAllah, mudah-mudahan ia akan dapat membantu sebelum proses pembuangan undi 8 Mac nanti.. Terutamanya sahabat-sahabat dari pantai timur.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s