Hati sakit dek semangat sementara…

Lama benar rasanya! Rindu tapi ruang masa begitu sempit.. Sahabat-sahabat ramai juga yang bertanya lama tak dengar berita.. “Adham, bila nak minum-minum? Enta ni, sibuk mengalahkan pemimpin kerajaan” ‘Pedas’ jugak rasanya bila dapat sms dari sorang sahabat baru-baru ni.. Teringat zaman belajar tak lama dulu.. Lepas subuh kat masjid kampus, ramai-ramai kami satu rumah lebih kurang 6 orang singgah mapele (restoran mamak) untuk bersarapan.. Hampir setiap hari. “Hah! Tak payah susah-susah rancang nak buat jadual usrah.. Masa ni pun kita leh buat. Kalau rancang susah benar nak jadinya.” Teringat lagi bebelan seorang sahabat. Dah setahun lebih.. Rutin sebegitu dah jadi kenangan.. Rindu sungguh saat itu!

“Hati sakit dek semangat sementara.” Tajuk entri kali ni macam berat benar bunyinya.. Ni kes hangat-hangat tahi ayam la.. Saya tidak la nak menghurai panjang.. Tak layak pun! Tapi realitinya semangat baik ni memang mudah benar turun.. Nak istiqamah amal ni payah! Mujahadah sungguh! Benda tak baik mudah pulak datang.. Hakikat, ni la hakikat! Sakit, memang sakit! Tapi tak boleh putus asa.. Kena terus berjuang.. Jatuh, bangun balik! Jatuh, bangun balik! Kalau terpaksa merangkak, merangkaklah! Kalau terpaksa mengesot, mengesotlah! Kalau dah lumpuh, minta tolong orang yang dipercayai papahkan! Jangan minta tolong pada penipu, pembohong, kaki ampu, jahil dan munafik.. Sebab mereka akan seret, campak dan ‘bunuh’ kita.. Berhati-hati!

Firman Allah swt:

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. ( Surah Al-Imran: 139)

Lagi firman-Nya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan). (Surah Al-Imran: 200)

P/S: 5 tahun lalu masa menuntut di Uitm Kota Kinabalu, ketika tu umur baru 19 tahun.. Sambil makan tengahari seorang abang senior, Abang Sudirman Sabdan pesan: ” Adham, ko nak ubah diri itu bagus tapi jangan lupa ajak orang lain.. Bergerak dalam jemaah.. Jangan sendiri! Balik semenanjung nanti, cari jemaah! Rindu sungguh saat itu(^_^)..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s