Ini baru permulaan…..

Senja di KUIS.. Subhanallah!
Salam ukhwah..
Segala puji bagi Allah… Perjumpaan Alumni JI KUIS berjaya juga dilaksanakan walaupun kehadiran agak menyedihkan.. Kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah jua adalah penentu.. Apapun, liqa’ sebegini sebenarnya sudah lama tak diadakan.. Mudah-mudahan dengan kesungguhan sahabat-sahabat terutama akhi Izad mantan amir 05/06 (yang saya rasa he is the only ONE yang benar2 mahu alumni ini wujud kembali) akan menjadi pemangkin kepada yang lain… Wujud dalam erti kata akan terus wujud dengan kukuhnya .. Tak mahulah, wujud tahun ni tahun depan ghaib..

Sentiasa di hati

Maaflah, yang lain termasuk saya sendiri bukan tak bersungguh tapi kategorinya lain(^_^)… Ada 2 jenis, bersungguh dengan tindakan dan bersungguh tanpa tindakan atau tindakannya lambat.. Jadi, akhi izad bolehlah sedikit berbangga atau paling tidak tersenyum dengan usahanya(^_^)… Kami semua lambat! Apapun, redha Allah yang paling utama… Paling seronok, senior-senior 1999/2000 dan 2000/2001 hadir sekali.. Walaupun, tak ramai tapi ‘at least’ kami terasa dihargai dengan kehadiran mereka…(^_^)… Banyak benda sepatutnya berlaku pada hari itu.. Namun, setelah melihat kepada kehadiran yang agak menyedihkan, ia ditangguhkan kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan oleh Jawantankuasa Penaja yang dilantik ‘segera’ pada hari tersebut.. Harapan kita adalah sama.. Yassiru wa laa tu’assiru Basyiru wa laa tunaffiru… “Ini baru permulaan”..:)== InsyaAllah Ta’ala..
p/s: Nak berjuang kenala sabar, bukan boleh main ‘segera’ dan semberono je.. Kena ada persiapan, perancangan yang kemas, bekalan kena cukup.. Macam nak balik kampungla.. Contoh, dari KL nak balik Kelantan.. Kereta: kancil(2 tahun tak servis). Duit dalam poket: RM 20, isi minyak rm 10, lepas tu nak sampai dalam masa 1 jam.. Boleh ke sampai? Baru sampai bentong dah kena tolak kereta.. Baik balik naik bas.. Contoh je…(^_^)….. Salam secawan kopi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s