Dai’e, jangan selalu jadi ‘dai’e!

Salam secawan kopi! Baru tadi dapat pekena kopi radix.. Memang nikmat tapi lebih nikmat jika dapat menikmatinya bersama walaupun hanya secawan!:)= Dah lama tak menulis. Nak mula balik, terasa benar kekoknya.. Rasanya tak ramai, malah diri ini kuat mengatakan tiada siapa pun yang menunggu kehadiran entri terbaru dari saya.. Apapun, atas dasar ‘perlu’ saya akan terus berusaha menulis.. Orang suka atau tidak bukan itu matlamatnya.. Dalam menyampaikan pendirian kebenaran, kita bukan seperti artis.. Kalau nak popular, masuk program realiti TV.. Macam-macam ada sekarang… Yang baik, yang tak baik semua ada! ‘Confirm’ popular walaupun terkeluar awal..

Huh! Kontroversi sungguh tajuk entrinya.. Tak pasal-pasal saya akan digam nanti..:)= Jangan salah faham.. Tak lama dulu, saya pernah terbaca satu artikel, yang mengatakan golongan pendakwah tak suka didakwah.. Pendeknya, tak suka ditegur dan merasakan dirinya ‘perfect’.. Betulke? Macam betul atau memang betul?

Pernah, waktu saya belajar dulu, seorang kenalan yang bolehlah dikatakan dia ni seorang dai’e dari imejnya yang ala-ala ustaz gitu.. Kesnya mudah.. Dia jarang ke masjid untuk solat berjemaah.. Lantas ditegur oleh ‘junior’ satu bilik yang muda 2 tahun darinya.. Apa lagi, melentinglah.. Dah la kena tegur, yang tegur tu pula budak ‘junior’.. Jatuh ‘standard’.. Situasi ni mungkin tak boleh dijadikan hujah.. Lebih tepat lagi, ia hanya gambaran..

Masjid KUIS di waktu malam

Saya cuba meletakkan diri saya dalam keadaan seperti kenalan tadi.. Mungkin saya boleh terima teguran tersebut, tapi tetap akan wujud sedikit ego melalui jawapan balas.. Mungkin lebih kurang begini ayat ‘poyo’ yang keluar selepas ditegur.. “Aku selalu pergi masjid, kau je tak nampak. Aku selalu kat saf kedua.” Atau “Kau ni, macam tak tau pulak. Aku kan Presiden Persatuan… Sibuk tau, nak urus program sana sini. Kau apa tau, budak lagi kat sini.” Atau “Ana selalu solat jemaah kat masjid luar, lepas tu terus dengar kuliah di sana..” Macam-macam jawapan ‘cover line’ yang mungkin keluar.. Padahal dah merah muka menahan malu..

Jangan selalu jadi dai’e.. Dai’e juga insan biasa bukan insan maksum dan sewajibnya dai’e juga ada ketikanya perlu meletakkan diri sebagai mad’u.. Perlu ada ‘auto switch’ dalam diri setiap pendakwah supaya sentiasa bersedia berlapang dada apabila didakwah.. Ia akan berlaku bila-bila masa.. Adakalanya pendakwah akan ditegur kita sedang berdakwah.. Kuatkah untuk menahan emosi pada waktu itu atau kita mempersoalkan kembali teguran itu?Tepuk dada tanya iman!

Dalam kes kenalan saya tadi, saya secara totalnya meletakkan kelemahan dan kesilapan itu padanya.. Dia memang dikenali selaku presiden sebuah persatuan.. Dia tahu dia menjadi tumpuan atau popularnya ‘public figure’.. Andai dia selalu turun jemaah di masjid, pasti dia tak dipersoalkan walaupun ada ketikanya dia tak dapat atas sebab sibuk dengan urusan persatuan.. Saya pasti itu.. Saya boleh kata itu bukan rutinnya.. Kalau dah memang kebiasaan kita di mana-mana solat berjemaah, dikampus pun solat berjemaah.. Kalau dah memang hati kita memang di masjid, di mana-mana pun kita akan cari masjid.. Tak tenang kalau tak berjemaah di masjid! Mudahnya, nak jadi dai’e kena jadi ahli masjid dulu.. Permulaannya di masjid.. Lepas tu baru cerita nak nak jadi dai’e.. Jangan orang nak jadi dai’e kita pun nak jadi dai’e.. Jadi dai’e ni bukan nak seronok-seronok, sebab tanggungjawab besar.. Akhirat nanti pun kena soal teruk depan Allah Ta’ala.. Ni tidak, sudahlah solat jemaah tak turun, solat pun tak jaga, Al-Quran jarang-jarang baca, sibuk nak gelarkan diri dai’e.. Layakkah jadi dai’e kalau begitu? Rasa tersentak bila ditujukan pada diri sendiri..

Asleh Nafsaka Wad’u Ghairaka“Perbaikilah dirimu dan diwaktu yang sama dakwahlah orang lain kepada Islam”.. Ya, ia perlu seiring.. Kebanyakan dari kita sibuk nak betulkan orang, sehingga lupa diri sendiri semakin songsang.. Apa kesimpulannya? Kita masing-masing boleh membuat kesimpulan setelah melihat ke dalam diri sendiri.. Tanya diri!…(^_^)…

p/s: kena baca dan fahamkan buku “Madha ya’ni Intima’i lil Islami” ( Apa erti saya menganut Islam) karangan Ustaz Fathi Yakan.. Yang dah habis baca pun mesti baca selalu! Jangan sombong!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s