Bezanya kehidupan kini….

Salam ukhwah secawan kopi..

Lebih setahun berlalu, saya menjalani realiti kehidupan yang agak jauh berbeza dari sebelumnya.. Beberapa tahun bergelar mahasiswa sepenuh masa, kini kehidupan lebih mencabar setia sentiasa menanti hari demi hari.. Ia selalu buat saya sentiasa berpeluh! Banyak perkara bermain di kepala.. Sungguh saya kepenatan berfikir, tapi berfikir ialah proses tertinggi untuk memahami situasi.. Nak atau tak, perlu terus berfikir..

Perkara yang buat saya paling ‘takut’ ialah gugur.. Gugur di atas jalan dakwah.. Saya takut tergolong dalam golongan “mitasaaqitun”… Wajarkah nak salahkan sistem kehidupan sekarang? Adilkah? Adakah sistem yang menjadi penyebab? Tidak! Tidak Adham! Bukan sistem kehidupan yang patut disalahkan tapi yang patut disalahkan ialah cara kita melihat dan memahami sistem itu.. Salah cara lihat, salah faham akan berlaku maka salahlah tindakan kita.. Kesannya?! Tanya diri..

Dua minggu lepas, sebelum masuk kelas PJJ di UM kampus kota, saya dan sahabat baik saya Saudara Az Zahir ada berbincang mengenai cabaran yang kami hadapi waktu ini.. Kami masing-masing sudah setahun berada dalam industri dan dalam tempoh itu kami agak sukar untuk turun mengikuti program-program jemaah samaada alumni jemaah kampus mahupun kawasan.. Apa yang kami lalui hampir sama.. Kami saling cuba memberi semangat.. Sebenarnya tiada alasan untuk kami.. SIBUK!? Itulah sebab utama yang menggugurkan da’ie dari terus bergerak di atas jalan dakwah.. Saya cuba untuk menyedapkan hati atas apa yang saya lalui ketika ini. Bukan sibuk tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan.. Hakikatnya, saya tidak boleh menyembunyikan rasa bimbang bahawa keadaan ini sangat asing dan janggal.. Lebih bimbang kalau-kalau rasa janggal bertukar menjadi seronok dan akhirnya benar-benar tewas dalam melawan arus..

Dalam perbincangan dengan sahabat saya, kami berpendapat cabaran untuk kekal di atas jalan dakwah tu bukanlah besar manapun.. Cabaran atau halangan yang paling besar ialah diri sendiri.. SIKAP kita.. Mungkin terlalu dimanjakan dengan kehidupan perjuangan kampus yang agak selesa.. Jadi, kita lebih suka untuk menunggu dari merancang.. Gerakan dakwah dikampus adalah platfom yang sangat baik sebagai persediaan menghadapi cabaran gerakan dakwah di’luar’ kampus yang lebih sukar dan sulit.. Tetapi ia bukanlah jaminan mutlak yang seseorang itu akan terus kekal dalam gerakan dakwah.. Buktinya, ramai orang sudah tewas dan gugur malah lebih teruk menjadi penentang kepada gerakan dakwah pula. Kuncinya keikhlasan dan keikhsanan.. Cakap memang senang, tapi sendiri mahu ingat! Saya teringat pesan Ustaz Hasrizal melalui artikelnya kenapa anda berdakwah?-siri 1, “berdakwah bukan mahu menerima, tapi memberi”. Memberi akan mengingatkan kita pada peranan tapi menerima, kita akan sentiasa mempersoalkan hak yang tiada penghujungnya..

Sahabat-sahabat,

Saya sangat merasai peritnya pertarungan sengit ini, pertarungan untuk terus berada di atas jalan kebenaran ini.. Dan apa yang pasti saya akan terus bertarung.. Sahabat-sahabat pula bagaimana? Rasa selamat? Tepuk dada tanya iman sendiri:)= Wallahua’lam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s