Antara Gila Bola dan tuntutan sebagai MUSLIM..

Salam secawan radix:)=

Lewat pagi tadi, kelab gergasi Manchester United telah menjulang trofi berprestij Liga Juara-Juara Eropah buat kali ketiga setelah menewaskan Chelsea melalui sepakan penalti 6-5.. Masa perlawanan sebenar berakhir dengan 1-1.. Saya bukanlah nak mengulas tentang perlawanan tersebut. Walaupun gol tandukan Cristiano Ronaldo pada minit ke 26 hasil hantaran lintang Wes Brown memang ‘superb’ dan gol penyamaan Frank Lampard akibat kelam kabut barisan pertahanan Man Utd seminit sebelum separuh masa pertama berakhir benar-benar menyakitkan hati tetapi lebih BESAR dari itu saya suka untuk bercerita dan mungkin berkongsi atau paling tidak pun berleter melalui blog saya yang serba kekurangan ni tentang kerenah dan sikap ramai di antara kita yang gagal untuk bangkit selepas itu untuk menunaikan solat Fardhu Subuh yang hanya 2 rakaat.. Biasa bunyinya tapi besar impaknya..

Sejak belajar lagi, sudah menjadi kebiasaan bagi sahabat-sahabat, kenalan-kenalan malah saya sendiri(sekarang dah jarang sebab komitmen, dulu pun jarang sebenarnya) untuk menonton perlawanan bola sepak pada jam 2.30 pagi lebih-lebih lagi melibatkan pasukan-pasukan gergasi seperti perlawanan Man Utd vs Chelsea pagi tadi.. Bukan sesuatu yang pelik bagi yang minat, kerana minat akan melahirkan rasa sanggup dan kemudian rasa mampu untuk bangun dari tidur.. Ada sesetengah tu pula sanggup menahan ngantuk supaya tak terlepas jam 2.30 pagi.. Padahnya keesokan hari, bukan saja tak bersolat subuh malah tidak ke kelas dan lebih teruk lagi hanya bangkit pada malam keesokannya.. Ini benar kerana pernah berlaku! Teruk bukan! Teringat celoteh seorang sahabat saya yang anti-bola, katanya “Pelik sungguh aku tengok korang ni, sanggup bangun 2 pagi semata-mata nak tengok bola. Kalau hari biasa, kejut bangun tahajud punya la susah.. Tekejut sokmo.. Ni mudah pulak yea. Haa, tu subuh esok macamana?”..

Tidak lama lagi Kejohanan EURO 2008 di Austria dan Switzerland pula akan berlangsung dan pastinya perlawanan-perlawanan akan disiarkan pada awal pagi.. “Rugikan kalau tak menyaksikan siaran langsungnya, siaran tertunda apa barang..” Rugi tak bangun subuh tak pula fikir.. Marabahaya dosanya apatah lagi, tolak tepi terus..

Wahai sahabat-sahabat peminat-peminat bola,

Perkara ini sangat remeh tapi jangan ambil mudah.. Renung maksud ayat dalam surah al-An’am ayat 70:

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan senda gurau dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia.. Peringatkanlah mereka dengan Al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus (ke dalam neraka), kerana perbuatannya sendiri. Tidak ada baginya pelindung dan pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah…..”

Tak salah menonton bola, tapi yang salah ialah jika kita menonton bola sehingga terlalai dalam menyempurnakan tuntutan sebagai seorang muslim.. Sudahlah amalan yang kita lakukan belum tentu diterima, dibuat pula sambil lewa.. Sahabat-sahabat yang budiman, saya mungkin berdepan situasi ini.. Anda juga saya pasti(yang terlibat saja).. Bagaimana kita menghadapinya? Tepuk dada tanya iman sendiri:)=

ps: Kalau dah tahu susah nak bangun pagi, tak payahlah gatal-gatal nak menahan ngantuk.. Tak perlulah berkorban tak kena tempat.. Takde maknanya.. Peace!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s