Berfikir untuk berjaya!

Petang-petang begini memang menguji kesabaran.. Mengantuk sungguh! Alangkah bagusnya dapat pekena kopi Radix.. Ummmmppphh… Tapi, dalam keadaan minda separa sedar, dalam keadaan masih banyak kerja yang belum selesai dan ada yang belum dimulakan, saya masih lagi sempat untuk merewang jauh dalam berfikir tentang hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan saya.. “Kenapalah Perodua Nautica ni mahal sangat? RM 89,900! Toyota Rush lagi murah. RM 88,888! Pelik bebeno perodua ni.. Ada ke orang nak beli Nautica tu? Binaan asasnya Toyota Rush, hampir-hampir sebiji! Baik beli Rush. Aaaahh! Biarla, pandai-pandai la diorang pikir sendiri.. Rush ke Nautica ke, bukan duit aku.” Mengarutkan! Sampai ke situ perginya.. Tapi, syukur masih lagi dalam Malaysia.. Kalau dah sampai ‘planet cybertron’ atau berangan jadi Sam Witwicky itu dah parah! Nazak!

Berangan dan berfikir, dua perkara yang hampir sama tetapi bertentangan keadaannya.. Kematangan seseorang bergantung kepada sejauh mana tahap berfikir seseorang dan apa yang difikirnya.. Berfikir boleh berubah menjadi berangan, satu istilah yang sering dikaitkan dengan peribahasa “angan-angan mat jenin”. Ia selalu dan sering dianggap negatif, namun boleh menjadi positif jika diiringi dengan tindakan walaupun apa yang diangankan itu masih jauh untuk digapai
malah dipandang mustahil oleh segelinitir manusia..

Sebagai contoh, seorang remaja 13 tahun memasang angan-angan untuk menjadi angkasawan.. Kawan-kawan sekelas pasti tergelak terbahak bahak mendengarnya tetapi jika dia menanam tekad dan usaha yang berganda diiringi dengan amal ibadah dan doa yang berterusan, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan..

Kata kuncinya di sini ialah “berfikir untuk berjaya”. Orang yang berfikir kebiasaannya akan tepat dan cepat tindakannya.. Orang yang malas selalunya akan meminta-minta dan menunggu nunggu.. Tunggu orang menyuapnya dan disuap.. Mudahnya, dalam situasi nak menyiapkan ‘assignment’, ada orang yang suka meng’copy’ and ‘paste’ dan ‘submit’. Malas berfikir, malas bertindak, akan terhasillah hasil kerja yang cukup-cukup makan.. Markahnya pun cukup-cukup makan! Adil untuk orang yang malas berfikir..

Kepada sahabat-sahabat, ini hanya contoh :)= Adakalanya, dalam keadaan tertentu nak tak nak kita ter’copy’ juga, tapi sebelum ‘paste’, studi la dulu apa yang hendak di ‘paste’ tu.. Pasti tak sia-sia.. hehe.. (ayat cover)..

Saya tidak berhasrat nak memanjangkan entri ini. “Berfikir untuk berjaya”. Berjaya itu terlalu subjektif dan pengertian berjaya itu terlalu luas untuk dibahaskan.. Terpulang kepada pemahaman masing-masing.. Ayuh berfikir dan terus berfikir :)=

“Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.” (Luqman :31)

Selamat berfikir sambil menikmati kopi radix :)= Ummmppphhh…

2 thoughts on “Berfikir untuk berjaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s