Berhenti, ‘U turn’ atau teruskan?

Malam tadi, pertama kali dalam hidup saya terpaksa bersesak-sesak dan berebut-rebut dengan puluhan atau mungkin ratusan pemandu lain untuk mengisi minyak petrol dengan harga RM 1.92 seliter buat kali terakhir mungkin.. Rasa saya..

Hari ini, seolah-olah diri ini masuk ke ‘alam’ lain.. Apa yang berlaku malam tadi bagaikan mimpi.. Aku siapa? Aku di mana? Kenapa aku di sini? Bagaimana aku boleh berada di tempat ini? Tidaaaaakkkkk!!! Huh! Entahlah.. Bawa bertenang sahabat-sahabat pembaca🙂 Tiada apa berlaku pada saya.. Saya masih lagi siuman untuk teruskan hidup.. Saya nak pastikan bahawa saya sudah dapat menerima kenyataan bahawa bermula hari ini harga seliter minyak sudah RM 2.70..

Dalam perjalanan ke pejabat, pelbagai persoalan muncul bermain-main di kepala “Perlukah aku berbasikal atau berjalan kaki saja? Atau menggunakan pengangkutan komuter yang semakin tidak efisen perkhidmatannya? Atau berhenti bekerja ‘makan gaji’ dan bekerja di rumah? Kerja apa yang aku nak buat di rumah? Nak meyakinkan diri bahawa aku boleh menjadi seperti Si jutawan, Saudara Irfan Khairi? Atau senang-senang buat macam biasa, lama-lama biasala keadaan ni kan.. Betul ke sahabat-sahabat? Macam ni ke? Atau kita nak menyertai satu lagi demonstrasi separa aman dan bergelut dengan FRU bagi membantahnya.. Bagaimana?

Mungkin minda saya berada di tahap separa sedar dalam menilai realiti.. Memang kita akan sedikit tertekan kalau tidak berfikir dengan baik.. Cuma, saya yakin dalam keadaan sekarang majoriti kita pasti mengeluh panjang.. Apa kita nak buat kerna kita hanya rakyat? Tapi ‘mereka’ lupa yang ‘mereka’ telah tersadung dan tersebam akibat dari perbuatan ‘mereka’ sendiri.. Apa rasionalnya membandingkan harga minyak terkini negara kita dengan negara-negara bukan pengeluar minyak? Saya tidak ada maklumat dan fakta mencukupi mengenainya.. Mungkin kalian boleh mengkajinya sendiri dan kemudian menilai..

Sahabat-sahabat,
Akhirnya, sekali lagi kita perlu benar-benar memahami sistem kehidupan semasa.. Kita tak boleh lari bersembunyi kerana kita terlibat dalam perjalanan sistem itu sendiri.. Kita perlu teruskan. Kita perlu bersemuka dan berhadapan walaupun ia sangat bertentangan dengan kehendak dan perancangan.. Kita boleh ‘berhenti seketika’ untuk merancang strategi baru untuk tempoh beberapa tahun yang bakal mendatang dan teruskan perjalanan melalui sistem itu.. Atau kita nak jadi pengecut dengan mengambil keputusan untuk ‘U turn’ dan berdiam diri? Kita sendiri ada jawapannya.. Saya ingin berhadapan dengan cara saya.. Melawan arus mungkin? Mampukah saya melawan arus? Atau saya akan ‘lemas’? Tanya diri..

ps: RM 625 subsidi setahun bagi kenderaan bawah 2000 cc.. Alaa, itu memang hak kita.. Apapun, harap-harap harga kopi radix tak naik laa🙂 Peace!

One thought on “Berhenti, ‘U turn’ atau teruskan?

  1. AdhaM El JuhrY says:

    mcm berat entri ni.. sje je, nak tmbah berat fikir.. Makin berat apa yg kita fikir, makin bgus la cara kita berfikir.. Btul ke? Mcm betul atau mmg betul? sendiri mau ingat la..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s