Isu, isu dan isu.. Menguntungkan!!!

Salam ukhwah secawan kopi🙂

Hari ini, agak berlainan bagi saya.. Bila melihat kepada peristiwa-peristiwa yang mengejutkan saban hari berlaku, ia semakin membuat saya bertambah teruja untuk menulis.. Tetapi bukan saya sahaja.. Ramai! Tidak kiralah apapun isunya, satu perkara yang positif yang saya pasti kita semua sedari ialah semakin ramai terutama golongan muda tampil berani melemparkan pandangan, kritikan, dan tak kurang juga kutukan melalui weblog masing-masing.. Samaada ia konstruktif atau tidak itu soal lain.. Soalnya di sini, isu-isu yang berlambak ketika ini menguntungkan golongan pemikir muda atau ‘young bloggers’ untuk menyatakan pendapat mereka dari apa yang mereka fikirkan.. Saya baru sahaja melawat laman blog seorang sahabat dan membaca entri terbarunya mengenai isu tudung di Turki.. Pantas sungguh! Isu tudung di negara sekular itu memang membimbangkan kita umat Islam seluruh dunia tetapi tindakan mahkamah membatalkan undang-undang bertudung bukanlah sesuatu yang mengejutkan.. Kita semua tahu doktrin konkrit yang ditanam Kamal Atartuk ke dalam setiap pemikiran rakyatnya.. Sekularism.. Opss.. Terlebih pula.. Saya bukanlah nak mengulas panjang tentang itu.. Sahabat-sahabat boleh membaca artikel hebat yang bertajuk Politik simbol yang membebalkan oleh Ustaz Hasrizal.. Pendeknya, itulah cabaran hebat saudara kita di sana dalam mempertahankan kesucian Islam.. Bagaimana pula kita di sini? Membatu? Tanya diri..

Banyak isu lagi.. Isu tempatan misalnya.. Isu kenaikan harga minyak, isu rakyat Malaysia yang ditangkap diluar negara angkara menyeludup dadah dan isu politik yang semakin menarik nampaknya.. Sebut pasal politik ini, baru Ahad lepas saya dan sahabat-sahabat mendengar Perhimpunan PKR dan PR bersama rakyat di Keramat.. Saya bukanlah peminat Dato Seri Anwar Ibrahim.. Cumanya, saya teruja untuk mendengar DSAI berucap mengulas mengenai kenaikan harga minyak dan lain-lain.. Sebelum majlis bermula, saya dan tiga orang lagi sahabat yang disayangi menikmati mee sup di gerai berhampiran tapak ceramah.. Memang superb! Kalau ada kopi radix lagi nikmat.. AlhamduLillah.. Sebelum DSAI berucap, YB Saari Sungib, YB Azmin Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim tampil berucap.. Biasalah! Klimaks majlis mestilah tepat.. Rosak majlis kalau DSAI yang berucap dulu..🙂

Akhir sekali, AlhamduLillah, tahniah buat mereka yang peka kerana sayangkan agama, bangsa dan negara.. Tabik spring buat mereka yang kebal dalam pertahan prinsip diri yang mulia.. Tahniah buat sahabat-sahabat yang terus thabat sebagai pejuang agama Allah.. Jangan takut kerana Allah bersama kita.. Tahniah sekali lagi!!!

*Belanda benam Itali 3-0 pun isu juga🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s