Bukan drastik tapi aku perlu cepat..

Salam ukhwah secawan radix🙂

Bukan sekali saya terpaksa melakukannya tetapi sudah dua kali atau lebih.. Menukar perancangan setelah melalui perancangan asal. Mungkinkah diri ini tak tetap pendirian?.. Betulkah menukar perancangan itu seperti tak tetap pendirian? Bukankah dalam kerja organisasi kita diajar untuk bersedia dengan membuat plan A, plan B dan back-up2 plan? Mestikah kita tetap dengan satu plan sahaja? Bukankah itu degil, andai plan itu dilihat tidak berjaya? Huh! Inilah yang paling sulit.. Mengadaptasikan ilmu dan pengalaman bekerja dalam organisasi ke dalam kehidupan sebenar..

Membuat keputusan adalah perkara paling sukar dalam hidup saya, lebih-lebih lagi melibatkan pertaruhan masa depan.. Umur akan mencecah 24 tahun Oktober ini. Tak boleh lambat tapi tak boleh juga terburu-buru.. Sejak dari zaman sekolah hingga kini, saya selalu dipesan oleh ibu ayah, guru-guru, ustaz-ustaz, motivator-motivator, kaunselor-kaunselor, pensyarah-pensyarah, naqib, senior, dan sahabat-sahabat bahawa, “Perancangan baik dan cemerlang akan menghasilkan pulangan yang baik dan cemerlang juga”. Tapi, segalanya atas izin Allah jua.. Kita merancang namun perancangan Allah adalah penentu mutlak.. Yang penting niat yang baik kerana Allah, usaha gigih yang berterusan, berdoa dan tawakal.. Itu biasa ditekankan..

Realitinya, berhadapan dengan situasi sebenar, kadangkala diri sendiri jadi serba tak kena, risau memanjang dan jadi keliru.. Yang saya tahu, saya perlu cepat dalam membuat keputusan tapi biarlah keputusan itu bukan drastik yang akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain terutama keluarga..


Saya yang membuat keputusan diumpamakan sebagai pemandu dan orang lain(keluarga) adalah penumpang.. Jika tersalah jalan atau tersesat saya perlu cepat membuat keputusan samaada mahu ‘U turn’, bertanya pengguna jalan yang lain atau mahu teruskan sehingga berjumpa papan tanda menunjukkan tempat yang hendak dituju.. Bukan mudah kerana pada masa itu kita mungkin ditekan oleh penumpang-penumpang yang pelbagai kerenah dan sikap.. Kita tidak mahu melukakan perasaan meraka atau bertengkar dengan mereka. Kita tidak mahu mereka menangis kerna keputusan yang bakal kita lakukan. Kita sentiasa mahu penumpang-penumpang tenang, selesa dan gembira dengan keputusan yang akan diambil agar mereka dapat turut sama merasai nikmat kegembiraan sejurus tiba di tempat yang dituju.. Hanya itu..

Mak dan adik-adik yang ku sayangi.. Abah juga walaupun abah tiada dalam pic ni🙂

Pertaruhan kehidupan ini ibarat “tarik benang dalam tepung, tepung jangan sampai berselerak.” Kalau berselerak tepungnya, kita juga yang kena lap.. Tapi kenapa cari pasal tarik benang dalam tepung sedangkan benang lain kan ada.. Di kedai runcit pun banyak di jual.. Tepung tu pun boleh buat jemput-jemput atau roti canai buatan tangan sendiri.. Sungguh cari pasal..

Berani buat berani tanggung..

Apapun, dalam sibuk menghadapi mehnah dan trebulasi dalam kehidupan di dunia ini, perkara paling penting yang perlu diri ini sentiasa ingat ialah kita akan di’tanya’ kembali di akhirat nanti.. Usaha, keputusan, perancangan, tindak tanduk, niat dan segalanya tidak akan terlepas.. Andai hanya untuk faedah dunia semata-mata, tunggulah betapa kerugian yang akan menanti kita ‘nanti’..

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” (Asy-Syura 42 : 20)

Akhir sekali, semuanya dari diri sendiri.. Tepuk dada tanya iman..

ps: saya sudah pun membuat keputusan walaupun terpaksa berlinangan air mata.. Sebab masa keputusan di buat, tengah menunggang moto pulang ke rumah tanpa helmet dikepala.. Jadi, habuk sudah masuklah.. Bukan senang tau seorang lelaki nak menitiskan air mata.. Mahal tu.. hehe… :D=

3 thoughts on “Bukan drastik tapi aku perlu cepat..

  1. orang jauh says:

    salam bro,

    kputusan apa ni? mcm besar je… putus cinta ke?… hehe.. xdelah gughau je.. Awaitnya? cite laa…

    Wei, pkaila helmet.. Ko ni suka lnggar peraturan jln raya.. kalu kna saman sape susah.. Aku jgk.. Sbb nnt ko nak byr saman lg.. xdpt la nk blnja aku.. aku tau la ko suka lnggar lmpu merah… hahaha..

    ok bro, gughau2 je.. kite jupe nnt.. Jgn nangis.. Xmola gembing2 ni… hehe.. peace!

  2. MUHAMAD ADHAM BIN HAMBALI says:

    salam,

    eh, mcm kenal je orang jauh ni… ade la kptusan pnting yg aku buat.. Nak tau mai scawan dulu la.. haha.. Umur da 24.. Ni kira kptusan mmpertaruhkan mse depan la ni.. InsyaAllah.. Moga dipermudahkan.. Ameen..

    Sbnrnya, aku xbwk helmet pun sbb g kedai rncit kat dlm taman aku je.. Mls la pkai helmet.. Mse tu la aku dah nekad dgn kptsan ini..

    Air mata ni jatuh hnya lyak dan bernilai kat dpan Allah je.. Apa brg nangis ats moto.. Aku gembing masa bdk je.. Aku ni ssh nak nngis.. Tp sjk akhir2 ni boleh dipertikaikan la ksusahan tu.. Ape2je la.. anyway, thanks komennya..

  3. - SIS NADIA - says:

    bab buat keputusan mmg payah n memeningkan,esp bila berkait dengan masa hadapan diri sendiri..

    but always have faith in God and believe that u r making the best decision for urself and other people as well,and u dun want to regret it later on.

    ape2pun,berusaha!hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s