7 purnama aku di ‘sini’…

Salam ukhwah secawan radix :)=

Jika ustaz Nik Abduh yang saya kagumi menggunakan “salam kamunting” bagi permulaan setiap entrinya, saya pula memilih untuk menggunakan “Salam ukhwah secawan radix”.. Bukan kebetulan atau suka-suka tetapi disebalik secawan radix itu tidak kira samaada ianya dinikmati di restoren mamak, melayu atau di rumah, tidak kira bersama sahabat-sahabat mahupun ahli keluarga, pastinya ia akan menerbitkan betapa tautan hati atau hubungan persahabatan dan persaudaraan semakin dekat, bertambah mesra dan serasi.. Saya memilih kopi radix kerna ia minuman kegemaran nombor satu.. Lagipun ia nampak sangat sesuai, berbanding minuman lain.. Cuba kita ubah macam “Salam ukhwah semangkuk laici kang” atau “Salam ukhwah secawan sirap limau”.. Lucu benar bunyinya kan.. hehe..

Sahabat-sahabat,
Sudah hampir 7 bulan saya bergelar blogger secara serius.. Saya suka menulis tetapi untuk menyebarkan hasil tulisan kepada pembaca-pembaca satu Malaysia membuatkan saya agak keberatan pada awalnya.. Sebelum ini, saya hanya sebarkan artikel pada kenalan terdekat atau tampal di pintu bilik di rumah.. Kemudian saya biarkan mereka mengkritik atau memberi maklum balas.. Namun, akhirnya saya nekad untuk menyebarkan kepada umum dengan harapan saya akan dapat kritikan yang pelbagai dan mungkin juga lebih telus.. Saya akan terus berharap nampaknya(komennya masih kurang).. Saya pernah mendapat teguran beberapa bulan lalu kerna ada artikel saya yang agak terbuka dan bahaya. (kredit to akhi syakur).. Demi kemaslahatan bersama saya terus padam entri tersebut.. Ia juga mengajar saya supaya jangan syok sendiri (SS) dalam menulis artikel.. hehe..

Sepanjang 7 bulan ini juga, saya semakin gemar dan giat membaca.. Apa saja sumber bacaan, buku, majalah, surat khabar, internet, dan blog.. Paling rajin buka blog orang lain.. Kekadang disebabkan itu, saya rasa malas, berat dan rasa tidak layak untuk memasukkan entri baru.. Rasa seperti sedang menambah dosa yang sudah sedia banyaknya.. Entahlah.. Hati kotor barangkali..

Disebalik macam-macam peristiwa yang berlaku di negara kita saat ini yang mana tidaklah begitu mengejutkan (malah membuat saya bertambah benci dan loya), saya kuat berpendapat bahawa blog bukan tempat untuk mencari pengaruh, menjadi terkenal atau untuk dipertandingkan (nak tunjuk bahawa betapa cantiknya blog aku). Blog bukan wadah untuk menghentam, menfitnah dan menyebarkan cerita bohong.. Satu-satunya perkara penting ialah inilah antara medium terbaik untuk berdakwah.. Ini tujuan utama. Terpulang bagaimana cara penulisan.. Terpulang bagaimana dakwah itu dapat disampaikan melalui setiap entri yang akan di’publish’.. Terpulang.. Mustahaknya, ajak buat baik dan cegah kemungkaran.. Tapi, jangan sibuk meng’update’ blog saja tapi tak mahu turun padang.. Tak mahu bersosial dan bermasyarakat.. Masalah juga tu.. Hanya pandangan saya yang lemah ini dan lebih kepada mengingatkan diri sendiri..

Kepada sahabat-sahabat bloggers,
Teruskan perjuangan kalian.. Terus tajamkan pena kalian.. Teruskan dakwah kalian.. Teruskan semangat perjuangan kalian.. “Biar rebah, jangan berubah”..

p/s: Perang mulut antara DSNR dan DSAI belum berakhir dan nampaknya akan berterusan.. Siapa yang dilihat ‘baik’ dan ‘selamat’ ketika ini? ssshhhhh…. Sendiri fikir dan nilai.. :)=

2 thoughts on “7 purnama aku di ‘sini’…

  1. cik kerikil says:

    Sang penulis.

    Salah satu paksaan membina kepada penulis-penulis adalah membaca…menganalisis…merenung dengan lama sebelum memuntahkan apa yg tersimpan dalam kranium itu..kadang saya hairan juga blogger active yg begitu konsisten dalam kerja menulis ni..yg pasti mereka ni sgt tekun. Bukan mudah memberi kerja tambahan kepada diri … Saya kira menulis ni bukan lagi dikategorikan kerja masa lapang melainkan tuntutan diri berdisiplin mengambil ruang.. bukan kerana mereka ni punya waktu yg banyak, hanya part ini dipentingkan dalam diari hidup seharian..chayo’-chayo’ tiap diri manusia ni diberikan kelebihan tersendiri, moga kelebihan yg tuhan anugerahkan pada kita menjadi ladang amal yg boleh di manfaatkan pada org lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s