Cerita saya… UiTM di hati ku…

Salam ukhwah secawan radixπŸ™‚

Bandar Tawau

Sudah hampir 10 tahun saya meninggalkan alam persekolahan.. Tamat tingkatan 5 dan selesai saja peperiksaan SPM pada tahun 2001, saya sekeluarga berpindah ke Tawau, Sabah.. Percaya atau tidak, itulah kali pertama kami sekeluarga ‘TERBANG DI AWAN BIRU’ kecuali abah yang pernah bekerja di Lahad Datu sebelum itu pada awal 80′ an (sebelum jumpa mak.. hehe).. Jakun abis saya dan adik-adik.. Tapi kejakunan saya ‘under control’ la supaya tidak menimbulkan rasa pelik penumpang lain.. hihi.. Adik-adik? Saya tak pasti..πŸ™‚

6 tahun keluarga di Tawau.. Dalam tempoh itu, saya pernah menuntut ilmu di Uitm Kota Kinabalu (Dip. Civil Engineering).. Tak sangka sebenarnya sebab keputusan SPM saya bukanlah dalam kategori baik.. Hanya sederhana. AlhamduLillah..

UiTM Kota Kinabalu dari atas

Namun begitu, jodoh saya dengan Uitm KK tidak berpanjangan tapi agak lama.. Bukan kena ‘tendang’ yea sahabat-sahabat..πŸ™‚ Saya sepatutnya tamat secara rasminya pada 2005.. Atas pilihan dan kehendak diri, pertengahan 2004 kalau tak silap, saya mengambil keputusan untuk berhenti.. Masa itu semester 4.. Sejujurnya, saya berat untuk meninggalkan Uitm kerna hanya ada baki 3 semester lagi untuk saya di kampus di ibu kota Sabah itu.. Saya berat meninggalkan Jemaah Pelajar Pusat Islam Uitm.. Berat sangat kerna akan meninggalkan tempat di mana saya mengenal erti diri dan perjuangan. Saya tak dapat membayangkan pada waktu itu, yang saya akan meninggalkan sahabat-sahabat tercinta.. Saya percaya kami akan sentiasa berhubung selepas itu.. Tapi pastinya tidak sama.. Segalanya hasil istikharah..

JPPPI UiTM

Jemaah Pelajar Pusat Islam UiTM adalah satu kumpulan atau persatuan mahasiswa Islam di UiTM KK yang bernaung di bawah Pusat Islam UiTM untuk menggerakkan, menganjurkan dan melaksanakan segala aktiviti dakwah.. Sama seperti PMIUM, PMIUTM, ISIUKM dan apa saja organisasi yang diterajui oleh mahasiswa Islam.. Cuma beza dan uniknya sebilangan dari muslimin akan tinggal menginap di Pusat Islam.. Masjid UiTM KK tidak dipanggil masjid tapi Pusat Islam atau popularnya PI.. Yang tinggal di PI digelar ‘Budak PI’.. Saya bertuah kerna diterima untuk menjadi sebahagian budak-budak PI.. Tiada temuduga khas untuk tinggal menginap di PI. Tiada syarat yang ketat, hanya ikhlas dan sukarela.. Tiada katil dan tilam empuk disediakan.. Tiada makanan sedap.. Yang ada hanya tanggungjawab dan amanah yang wajib dipikul dan dilaksanakan..

Kolej-kolej kediaman mahasiswa kebanyakannya terletak jauh dari PI.. Hanya kolej kediaman mahasiswi saja yang terletak berhampiran.. Disebabkan itu, PI pastinya akan sunyi dari solat berjemaah dan kuliah-kuliah jika tiada kumpulan yang menghidupkannya.. Itu antara tugas budak-budak PI.. Kamilah imam, kamilah bilal, kamilah makmum, kamilah yang mengetuai bacaan yasin dan kamilah yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perjalanan aktiviti Pusat Islam.. Kuliah maghrib, kuliah Subuh, ceramah-ceramah, kelas-kelas pengajian dan paling tak boleh lupa Kumpulan Nasyid.. Saya dah lupa nama Kumpulan Nasyid kami.. Dah terlalu lama.. Nur Ikhwan mungkin.. Allah… Teruk betul ingatan saya.. Namun, memori kenangan masih lagi terpahat dalam ingatan.. Kumpulan nasyid kami pernah mendapat tempat ketiga pertandingan nasyid peringkat negeri Sabah sempena Maal Hijrah.. Saya antara ahlinya (hehe.. promote sikit).. Suara saya tidaklah sedap tapi merdu tu ada..πŸ˜€

Di Pusat Islam pada waktu itu, tidak ada Imam yang dilantik secara rasmi.. Tidak ada Imam 1, Imam 2 dan Imam 3.. Seperti yang saya dah jelaskan, kamilah imam-imamnya.. Abang Sudirman meletakkan beberapa orang dikalangan kami yang baik bacaannya untuk bergilir-gilir menjadi imam solat fardhu.. Andai ada ustaz, ustazlah imamnya.. Biasanya Ustaz kamarudin.. Kami memanggil beliau Ustaz Kama.. Selain bertugas sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM KK beliau juga Mas’ul kepada Jemaah Pelajar PI.. Ustaz Kama kalau jadi imam, MasyaAllah suaranya merdu sekali.. Dengan tajwid dan makhrajnya, dibaca pula dengan berlagu.. Allah..

Seorang lagi ialah Ustaz Arsyad.. Ustaz Arsyad agak berumur orangnya dan guru Bahasa Arab di UiTM KK.. Orangnya pun lucu.. Pakar dalam perubatan Islam dan sering mengajak kami untuk turut serta menemaninya di sekitar Kota Kinabalu, bila ada yang meminta perkhidmatannya.. Kekadang sampai lewat pagi baru pulang.. AlhamduLillah, sekali lagi saya beruntung dapat beberapa kali mengikutnya.. Bukan boleh main ikut saja. Sebelum mengikut beliau, saya diminta menghafal surah Yasin, Al Insan, Al Jinn, Al Mulk dan beberapa potong ayat Al Quran.. Berkat tinggal di PI barangkali, agak mudah untuk saya menghafalnya.. Hah, sekarang dah mula lupa.. Allahukabar..

Kembali semula…

Dalam pada itu, skop tugas kami bukan saja tertumpu kepada aktiviti-aktiviti menghidupkan masjid tetapi juga menjadi ‘Cleaner sepenuh masa’.. Selepas Subuh berjemaah, kami akan memulakan kerja-kerja pembersihan.. Biasanya, jam 6.30.. Jadual tugasan disusun oleh Amir Jemaah Pelajar, Abang Sudirman Sabdan.. Dia paling tua dikalangan kami.. Dia sudah berumur 24 tahun sedangkan saya baru berumur 19 tahun ketika itu.. Memang dia amat dihormati bukan saja kerna umurnya tapi kerna peribadi dan imejnya.. Imejnya sangat sederhana.. Sangat tegas.. Paling rajin bangun malam.. Paling banyak menghafal ayat-ayat Quran dan hadith.. Paling cemerlang dalam sukan(pernah mewakili UiTM dalam kejohanan MASUM) dan dia seorang mahasiswa cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan.. Dia sangat tegas dalam bab keberkatan ilmu.. “Siapa-siapa budak-budak PI yang meniru ndak(tak) kira masa test, kuiz atau Final exam, keluar dari PI!! Lebih baik bodoh dari dapat sijil haram.. Lebih baik lecterur maki kita di dunia, dari Allah maki hamun di akhirat.” Saya masih ingat lagi..

Berbalik kepada tugasan membersih PI.. Antara tempat yang akan dibersihkan ialah dewan solat, koridor, tempat wudhu dan tandas.. Membersih tandas paling mencabar tapi paling disukai.. Sebab pahala paling tinggiπŸ™‚.. Kami ditanam begitu.. Jadi, tiada timbul soal geli atau jijik.. Memang kekadang rasa seperti nak muntah melihat keadaan tandas-tandas di PI.. Pelik saya.. Bukan budak 7 tahun yang menggunakan tandas ni.. Dah nak jadi bapa budak tapi masih tak tahu nak gunakan tandas dengan penuh rasa tanggungjawab.. Tapi tidak mengapa.. Cabaran.. cabaran..πŸ™‚ Lama kelamaan kami lali.. Rasa benci dan sakit hati jika melihat Pusat Islam kotor walaupun sedikit..

Selalunya kerja-kerja pembersihan akan tamat jam 7.00.. Kami akan turun sarapan bersama-sama di Dewan Makan asrama yang jauhnya lebih kurang 500 meter.. Asrama pada waktu itu hanya menempatkan pelajar perempuan.. Jadinya, hanya kamilah kumpulan lelaki yang makan di situ.. Kalau ada wang lebih atau ‘Loan PTPTN’ sudah masuk kami akan makan di Cafe berdekatan dengan tempat kuliah.. Makannya pun sedap sikit..πŸ™‚ Gilir-gilir kami membelanja bukan dibelanja saja.. Saya tidak memohon loan sepanjang belajar di Uitm.. Yurannya terlalu murah, tidak sampai RM 400.. Makan dan tempat tinggal semua percuma.. Itulah UITM – Universiti Ingin Tolong Melayu.. Itu yang sampai sekarang asyik minta subsidi.. hehe.. Minta jangan tak minta..πŸ™‚

DAKWAH SECARA MENYELURUH

Sepanjang menjadi budak PI, saya tidak menafikan bahawa budak-budak PI adalah kumpulan yang popular di UiTM KK pada waktu itu.. Agak popular saya rasa.. Kami diajar supaya tidak hanya di Pusat Islam saja.. Boleh dikatakan kami menyertai semua aktiviti yang dianjurkan pihak universiti kecuali yang sia-sia.. “Dakwah secara menyeluruh.” Program sasaran kami ialah sukan.. Maklumlah Amir Jemaah, Abang Man sememangnya kaki sukan.. Lagipun, program sukan biasanya mendapat sambutan ramai.. Jadi, masa inilah kita nak sampaikan dakwah melalui imej dan kelakuan..(Dakwah bil hal).. Salah satu program sukan yang memberi impak besar kepada pemerhatian (mendapat penghormatan besar) sebahagian besar warga kampus ialah program Larian Merdeka.. Bila sebut Larian Merdeka, sudah pastilah ia berlaku ketika atau dalam sambutan kemerdekaan negara.. Kenapa saya kata ia memberi impak yang besar? Sebab kami mendominasi kemenangan. Kami berseluar panjang menutup aurat.. Tak perlu pakai kasut Nike Air yang harganya RM 200.. Hanya kasut yang beli di kedai ‘bundle’..

20 pelari yang sampai dahulu ke garisan penamat dikira sebagai pemenang.. 10 darinya ialah kami kecuali saya (tempat ke 25.. hehe.. ok apa top 30).. Lebih membanggakan Johan dan Naib Johan ialah Abang Man dan Abang Mat.. Abang Mat seorang lagi jaguh lari jarak jauh dari PIπŸ™‚..
Bila nama-nama budak PI disebut untuk mengambil hadiah, setiap kali itu takbir dilaungkan.. Diiringi pula “Hidup PI”, saat itu jugalah perasaan bangga (bukan riak) terbit.. Bangga kerna kami dapat tunjukkan imej Islam.. Bangga kerna dengan imej itu kami mencapai kemenangan.. AlhamduLillah..

“Jika kamu tolong agama Allah, Dia akan membantu kamu dan menetapkan pendirian kamu”

Allahuakbar… Panjang lagi cerita saya.. Ini baru siri pertama.. Cerita saya bukan untuk meminta pujian atau menimbulkan rasa kagum(kalau ada).. Bukan cacian juga saya minta dari kalian.. Sekadar perkongsian bersama.. Nantikan cerita saya seterusnya.. Dari UiTM ke KISDAR.. InsyaAllah, andai panjang umur..

PS: sejak saya menyertai Jemaah Pelajar PI UiTM Kota Kinabalu saya tidak lagi memakai seluar jeans sehingga sekarang.. Seluar-seluar jeans dalam simpanan saya pada ketika itu, saya berikan kepada sesiapa saja yang berminat memakainya.. Tak banyak.. Adala beberapa helai.. Saya ada alasan tersendiri.. πŸ™‚

7 thoughts on “Cerita saya… UiTM di hati ku…

  1. Org jauh says:

    Ahah bro,

    sonok tak duk sabah.. Bile la dpt pegi sane.. Dpt kwin ngan org sane bes jgk kan.. hehe.. Xlah.. aku setia bebπŸ˜€

    Await quit bro.. Ko ni, suke wat kontroversi la.. Civil eng tu.. Allah.. rugi2.. Aku tau msti ko xsuke kimia kan.. haaa, aku tau.. hehe.. kuikui.. gughau bro.. Aku rse dpt agk sbb ape ko quit.. Masuk kisdar plak tu.. xpe2, nnt aku kol ko tuk mngtahui cite sbnr.. Kalau ko support mxis 30 tuk smnggu la.. Hahaha.. salamzzz..

  2. MUHAMAD ADHAM BIN HAMBALI says:

    xtau nk ckp la abu.. Sronok gileπŸ™‚. Knangan tlalu bnyak..

    Yeke ko setia.. Mcm tak caye je aku ni.. hihihi..

    Nila nmanya kyakinan.. bkn sng aku nak bhnti dikala itu.. Cea wahπŸ™‚ Mmg aku xsuka kimia tp bkn itu alasannya.. Sem 1 n 2 je subjek mmbunuh tu.. Yg pnting lpas maa.. Bnyak bnda aku fkir wktu tu.. Nk ubah diri n kluarga.. Nk brada kat jln pjuangan.. Aku nk jd ‘somebody’ yg bguna.. So, aku plu cari tmpat baru.. Tmpt dimana aku bleh bgrak dgn lbih selesa tnpa dipengaruhi sesiapa.. Aku xnak ikt2 org.. Ko xkan kkl lama bila ikt2 je atau popularnya taklid buta.. Aku plu degil tuk fham.. Emosi da ni bro.. Aku minta dgn Allah dulu n hasilnya aku plu bhijrah.. Sekian, Wallahualam..

  3. cik kerikil says:

    tak sangka…byk gak memori UITM SABAH dihatiku ni di hati u.adham, rugi saya x melalui suma tu disana, mungkin time part one sempat tgk org ketayap yg dihormati lalu..memang mcm ada malaikat lalu kalau group ni jalan.

    masa pertandingan musabaqoh alquran seluruh uitm cawangan kat shah alam, sempat jumpa ustaz baru yg handle d uitm SABAH,yg handle PI.paling takut kalau BASMI dimansuhkan. “kamu jangan risaulah..pandailah saya urus tu…” “kita mesti ikut apa yg HEP nak, kamu x faham semua tu”. sebab pertemuan agak singkat, saya ok kan saja apa yg dia cakap.time dsana dulu suka gaduh dengan ustaz penyabar tu..

    p/s -uitm di hatiku ke…sabah dihatiku..hehe…

  4. abudarwis says:

    mega,

    awk tlupa satu lg.. Kningau di hatiku.. hehe..

    Tu la cbrannya mega, bjuang ni.. Knapa HEP slalu n suka kacau?
    tp kalu hep xkacau xbest kanπŸ™‚ PI dihatikuπŸ˜€

  5. MAN says:

    aku pun dalam keadaan hampir sama cuma aku di melaka saja entah lah aku amik business study mula2 boleh buat tapi aku part-5 start mula masalah berlaku macam-macam pasal aku malas study sbb cgpa aku jatuh tahap entah tak reti kata ape skg ni cgpa ku 1.95 rasa down dje tapi mak ayah aku push juga lah tapi aku memang sudah tak boleh buat tak tau la kenapa mungkin give up atas masalah peribadi kotttt……… susah la aku…….

  6. TQ man

    jgn give up bro! aku dlu cgpa ok.. No prob tp xsmpai 3 la.. almost! aku ni kalu dah brubah hati aku ikt kan je.. tp istikharah dulu la.. ada bnda aku nk cpai dlm idup.. so, aku quit n bhjrah..AlhmduLillah, so far apa yg aku plan bjlan dgn baik wlupun ada lacking kat certain part.. But it’s ok.. prncangan mnusia kan.. Allah de prncangan lain tuk hambaNya..πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s