Peranan nasyid. Masih relevenkah?

Salam Ukhwah Secawan radix🙂

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” (As-saff: 3, 4)

Konsert Akademi Nasyid akan masuk minggu keempat Sabtu ini. Dua orang peserta individu(wanita) dan satu berkumpulan sudah terkeluar. Kumpulan yang terkeluar ialah Voice oF Men. Fakta ni! hehe.. Fakta habuk.. Banyak fakta lain yang lagi penting. Di kala kecelaruan yang sedang berlaku, masih ada masa berbicara soal hiburan.. Sudah tentu ada masa. Mesti ada masa. “Perkara furu’ ni adham.. Biaq pi la”. Entahlah.. “Nasyid konon, batang hidung kat masjid pun tak pernah nampak”, kata seorang kenalan saya dengan nada yang agak marah.

Sudah terlalu banyak kumpulan-kumpulan nasyid. Berlambak-lambak. Bertimbun-timbun. Macam-macam gaya dan fesyen. “Kumpulan nasyid ke ni? Imej nasyid ke ni? Rambut cacak sana, cacak sini, berseluar jeans.. Pastu sibuk ajak orang ingat Tuhan”, perli mak saya semasa menonton konsert Akademi Nasyid minggu lepas. Saya hanya tersengih mendengarnya. Mak saya memang tak suka orang pakai seluar jeans. Macam ‘gengster’ katanya. Jadi, saya dah berjaya menjadi orang kesukaannya.. hehe.. Saya tidak ada masalah, as long as seluar jeans tu tidak dirabakkan dibahagian lutut oleh si pemakainya🙂 Ishkkk.. Bincang apa ni?

Kembali semula.,

Nasyid Kontemporari Hilang Arah“. Artikel Ustaz Hasrizal ini sudah berusia lebih setahun yang mana mengulas panjang dengan penuh ilmiah mengenai nasyid di Malaysia. Perbincangan isinya sangat luas sehingga saya rasa amat kerdil untuk mengulasnya. Cuma saya amat tertarik dengan satu perenggan dalam entri tersebut di bawah sub tajuk Medium Mesej Islam.

Selain faktor desakan strategi pemasaran, nasyid tidak lari dari terus dianggap sebagai wadah untuk mesej Islam disampaikan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Perubahan selera masyarakat di dalam cita rasa seni mereka, diambil oleh kumpulan-kumpulan nasyid kontemporari sebagai faktor yang menuntut mereka agar turut berubah dan mengejar trend masyarakat. Dengan cara itu, nasyid boleh tampil dengan imej yang lebih dekat dengan remaja. Dalam erti kata yang lain, perubahan irama nasyid hari ini, dianggap sebagai justifikasi dakwah yang hikmah. Apa yang dimaksudkan dengan hikmah itu adalah mengungkapkan mesej Islam dalam bentuk yang menepati sasaran dakwah, iaitu pendengar nasyid. Nasyid kontemporari dengan genre hiphop dan rock ditujukan sebagai dakwah kepada generasi muda yang hiphop dan rock.

Akan tetapi, kepelbagaian irama nasyid kontemporari ini masih terus menimbulkan perbagai persoalan yang wajar diberi perhatian. Sekurang-kurangnya terdapat dua persoalan utama yang menuntut analisa secara mendalam iaitu:

1. Sejauh manakah nasyid di Malaysia hari ini terus relevan sebagai medium dakwah Islam kepada masyarakat?
2. Sejauh manakah nasyid di Malaysia ini boleh menjadi sebahagian daripada apa yang dinamakan sebagai seni bunyi dan muzik Islam?


“Berapa ramai non muslim yang tertarik dengan Islam melalui nasyid, entah-entah takde”, kata seorang ustaz di tempat saya. Nah! Dua persoalan yang dibangkitkan ustaz Hasrizal. Jawapannya, ada di dalam kocek pemikiran sahabat-sahabat. Lihat dan nilailah sendiri.

Melalui pemerhatian saya, industri nasyid di negara kita berkembang dengan amat baik. Sehinggakan saya rasa Malaysia tidak akan ketandusan bakat-bakat nasyid. TIDAK AKAN! Ditambah pula dengan kewujudan akademi nasyid, nampaknya akan ada musim kedua, ketiga dan seterusnya. Maka dengan itu, akan terus bertambahlah kumpulan-kumpulan nasyid🙂 Secara asasnya, kebanyakan kumpulan-kumpulan nasyid lahir dari IPT-IPT. Kumpulan Brothers dari UM, InTeam dari UIAM dan banyak lagi. Biarpun banyak genre-genre muzik baru muncul, nasyid tetap terus menjadi antara genre yang diminati oleh sebilangan besar terutama golongan muda. Di KUIS sebagai contoh, saya rasa tidak kurang lima kumpulan nasyid yang ada. Sekarang mungkin lebih. Wallahua’alam. Apa yang saya lihatsepanjang menuntut di sana, sikap dan kelakuan sebilangan penasyid-penasyid yang saya kenali tidak menggambarkan yang ‘mereka’ seorang penasyid yang sebenar. ‘Mereka’ tidak layak. Nak dijadikan contoh yang baik kepada mahasiswa kampus apatah lagi. Ia menyakitkan. Sedangkan sepatutnya ‘mereka’ ini menjadi ‘role-model’ kepada yang lain. Ada yang bagus. Tidak saya nafikan. Yang selalu solat jemaah di masjid, yang hebat akhlaknya, akademiknya, dan imejnya. Akan tetapi, bilangannya kecil. Allahuakbar… Penasyid juga seorang pendakwah. Penasyid juga WAJIB berkelakuan seperti seorang pendakwah. Berimej seperti seorang pendakwah. Bercakap seperti seorang pendakwah. Bukankah tujuan bernasyid untuk menyampaikan mesej-mesej yang baik? Bukankah orang atau kumpulan yang menyampaikan mesej yang baik juga harus baik secara keseluruhannya? Nah! Berusahalah.. Kita sama-sama usaha.

“Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua”. Nasyid masih tetap medium dakwah kepada masyarakat Islam amnya dan masyarakat Malaysia umumnya. Biarpun peranannya dalam menyebarkan mesej Islam sering dipertikai, namun ia wajar diteruskan. Diteruskan dalam erti kata perlu kepada penambahbaikan dan perubahan yang positif agar ia terus relevan sebagai salah satu metod dakwah. Kepada penasyid-penasyid, jaga tingkahlaku, imej, peribadi, amal dan sikap anda. Masyarakat melihat anda dan saya pasti anda tahu anda diperhatikan. Janganlah dek kerna degil dan keras kepala kita, ia menjadi fitnah kepada agama dan dakwah itu sendiri.

Tak mahu tulis kena tulis. Dah tulis risau pula.. Allah..

Renung sekali lagi firman Allah dalam surah As-saff: 3,4:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”

ps: Apa yang aku buat akan dipersoalkan ALLAH kelak. Kalian juga begitu. Bersediakah disoal?

7 thoughts on “Peranan nasyid. Masih relevenkah?

  1. abudarwis says:

    InsyaAllah amir.. Memarik bunyinya🙂 Berani tu mmg berani, cuma sammada sedia atau tdak je.. Ada org mnta ana ulas, ana tegak je, mlas nak belok2 ni.. hehe.. Sbb nasyid bkn bnda jauh kan.. Bila bdk ALAM nak wat team nasyid? ana sdia jd managernya😀

  2. Betul ke? Saya akan tuntut janji ni abang. tapi plan saya bukan untuk ALAM le. Saya nak cabar ALAM sebenarnya supaya berani bereksperimen. OK bang. Saya dah ada untuk abang nanti.

  3. cik kerikil says:

    Tambahkan nasyid kanak-kanak leh ke…da terlalu banyak nasyid org dewasa ni.Anak-anak saya pun hanya tau Elmo jer.. suara saye x cukup sedap untuk budak kecik dengar..harap2 esok2…adala.. team nasyid orang-orang kerdil.hehe

  4. abunawas08 says:

    Bila diperjuangkan Islam itu secara kasar dan tidak berakhlak laksana hidangan makanan yang enak kepada tetamu,tapi diberi secara dilemparkan.
    Pengerusi Eksekutif
    GLOBAL IKHWAN
    Ustaz Hj Ashaari
    Muhammad

  5. Anuar says:

    Salam semua….

    Agak2 ade tak akademi nasyid musim ke-2..aku teruja nak participate n test baakt ..hehe.. dah lame aku minat nasyid ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s