Oh.. hidupku..

Salam Ukhwah Secawan Radix🙂

Hampir dua tahun di Desa Cempaka 3, Bandar Baru Nilai. Menumpang rumah keluarga. Menemani emak sebenarnya. Ayah masih di Kelantan mencari rezki. Tak lama dah. Setahun lagi pencen. Jadi, ayah amanahkan jaga emak sehingga saat itu. Al maklum, anak sulung. Memang hasrat di hati ingin sendiri, hidup di rumah sendiri biarpun hanya menyewa🙂. Emak tak pandai memandu dan menunggang. Jadi emak hanya pandai duduk di sebelah dan dibelakang. Saya sejujurnya lebih gembira emak tak pandai kedua-duanya. Biar anak teruna tunggalnya ini yang membawanya kemana saja emak mahu pergi. Ke kedai, ke Nilai 3, ke klinik, beli barang dapur, beli ubat, beli pasu.. Apa saja. Saya seronok begitu. Seronok dapat berbual dengan emak, tak kira ketika di sebelah atau dibelakang. Bila dah syok sangat berbual, emak selalu pancung “Ham pandang depan, berbual, berbual jugak. Emak seram tengok kereta kiri kanan laju sangat.” Lepas itu saya muncung. Muncung manja. Mana tak, tajuk perbualan menarik sangat..😀 Tak kisah. Adham tak kisah.. Memang saya tak kisah.. Itulah emak. Satu-satunya..

Abah pernah cerita, emak dulu dah pandai tunggang Yamaha Cup 70. Tapi, insiden terbabas langgar tangga rumah buatkan emak trauma. Usahkan dua tayar, empat tayar lagilah.. Emak memang tak mahu dah. Abah pernah nak belikan emak skuter. ” Zam, abang belikan skuter untuk zam nak tak? Senang je bawaknye. Pulas je”, kata abah. “Tak nak lah. Lagi susah. Nanti pulas punya pulas, terlupa nak berhenti..”, balas mak. Abah ketawa. Saya ketawa. Adik-adik pun begitu. Tidak mengapa.. Sungguh!

Di Desa Cempaka, saya tak mahu duduk saja. Biasalah. Tinggal berjiran. Macam tinggal di kampung. Seperti kehidupan di kampus. Bermasyarakat, bersosial. Perkara pertama saya buat, cari masjid atau surau. Masjid memang jauh. Lebih sepuluh kilometer dari rumah jaraknya. Surau memang ada dan dekat. Surau Al Ikhlas, Taman Desa Cempaka. Dekat dekat pun, kena berkendaraan. Nak jalan kaki memang boleh. Kalau waktu maghrib 7.30, 6.30 dah kena gerak. Terpulang.. Yang penting solat berjemaah dan majlis ilmunya. Majlis ilmu setiap minggu memang padat. Isnin dan Selasa pengajian tafsir dan Hadith (Riyadusolihin). Rabu, pengajian kitab minhajul abidin dan seterusnya. Banyak lagi sebenarnya. Semuanya lepas maghrib. Kalau kerja habis awal, sampai rumah awal, dapatlah saya turut serta dari awal. Kalau tak, hujung-hujunglah jawabnya. Allah.. Penyakit sibuk.. Kekadang tak sibuk pun, meyibukkan diri yang banyak. Allah..

Sebelum ini, saya ada mengajar anak-anak jiran mengaji Al Quran. Tak ramai pun. Tapi, macam mengajar satu kelas. Nakalnya, masyaAllah. berlari sana. berlompat ke sini. Tidak mengapa, budak-budak. Tak pelik pun. Kalau mak bapak budak yang terlompat-lompat itu yang pelik lagi terbalik.🙂 Namun begitu, emak dah ambil alih mengajar anak-anak jiran yang ‘baik’ lagi ‘sopan’ tu. Sebab, selalu sangat saya sampai rumah lewat. Takkan nak biar menunggu lama-lama. Makin lama, main ‘ceria’ suasana rumah.

Nak buat macamana? Kalau dah namanya bekerja di syarikat SWASTA dalam bidang IT. Selagi tak beres kerjanya, jangan harap nak pulang. Sejak akhir-akhir ini, lagi bertambah-tambah. Kerja saya lebih kepada teknikal. Jadi, memang tak boleh di tinggal-tinggal. Mesti siap.. Tidak mengapa. Tak lama dah. Oktober ini semuanya akan berakhir. InsyaAllah, andai panjang umur. Mudah-mudahan. Banyak perkara nak diselesaikan sebelum itu.

AlhamduLillah emak faham. Emak lagi.. Gandingan yang baik. Persefahaman cemerlang ibu dan anak. Allah.. Terima kasih emak..

Abah? Dua minggu atau tiga minggu sekali baru dapat bersama. Bila dah bersama apa lagi, gelanggang futsal bandar Baru Salak Tinggi lah tempat kami tuju. Kalau bukan malam sabtu, malam ahad. Bukan kami berdua saja. Nak main apa kalau berdua😀 Semuanya sudah diuruskan awal biro sukan taman, Cikgu Zulkifli. Setiap minggu.. Tapi, segalanya bergantung kepada kehadiran. Bilangan minimum yang mesti ada sepuluh orang, kalau kurang batal. Hah, itulah dia.. Macam-macam ada.. Itu belum saya cerita yang lain-lain.. Banyak aktiviti yang dah dianjur. Sampai tak terikut saya🙂 Maklumlah, orang penting.. hehe.. Pentinglah sangat😀

Wah, semenjak dua menjak ini, suka benar cerita pasal diri sendiri. Allah.. Bukan tujuan untuk memoyokan diri.. Tidak sama sekali.. Sekadar perkongsian kerana diri ini suka berkongsi.. Suka boleh baca, tak suka apa boleh buat..

Emmm.. Sungguh, inilah kehidupan dunia yang kita sangka benar tetapi ghurur belaka. Yang kita sangka besar untungnya tetapi melaut ruginya kecuali yang beringat dan berwaspada. Ya, kehidupan di dunia, kita harus manfaatkan sepenuhnya.

Namun ingat amaran Allah dalam surah Ali-Imran 3: 77 yang maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

ps: Orang luar seronok kalau datang Nilai. Sebab ada Nilai 3. Banyak barang bernilai. Tapi orang luar tak tau yang Nilai banyak bangunan berNilai tapi terbiar kosong sehingga dah tak berNilai. BerNilai untuk orang yang beli barang ‘baik’. Dapatlah diorang melepaskan gian menghisap dan menyedut barang ‘baik’ sampai jadi manusia yang tiada Nilai. Jadi, pihak Majlis Perbandaran Nilai, Nilai, nilailah sendiri.. Mai secawan😀

6 thoughts on “Oh.. hidupku..

  1. abudarwis says:

    salam…
    Syukran abg masdar.. Suka sngat enta msuk cni🙂

    ahah, itu la dia.. Mnulis ni kkdg nk amik sdapkan ati sndiri n jaga snsitiviti org laen.. Tp bnyak sngt puaskan ati org laen pun ssh. Ssh nak keje.. hehe.. Wallahualam.. Ingat tak dulu artikel maah hijrah yg ‘agak panas’. Siap sebar stiap bilik lg.. Yg tak sayang Islam marahlah.. Keraslah, tak berhikmah lah.. Mujur mse tu letak emel je kat bwh, kalu tulis nama rse kna blasah kot.. Allah.. Skrg ni, kna beza cketla kan.. Org kata lebih fleksibel🙂

    Tidak mngapa.. Tapi jgn lmbat sbb akaun blogspot akan saya delete esok.. Makasih..

  2. Assalamualaikum wrt.

    Brother Adham bukanlah orang yang asing di kalangan kami yang sentisa mengikuti perkembangan kepemimpinan mahasiswa di kampus KUIS.

    Peribadi ini ialah bekas Timb. Yang di-Pertua MPPKUIS. Khadam sangat berbangga memiliki sahabat seperti Bro Adham apatahlagi Khadam bekerja di bawahnya ketika Khadam diamanahkan sebagai anggota MPPKUIS.

    Bro Adham insan yang sangat diplomasi dan hatinya sentiasa melekat di masjid dan majlis ilmu.

    Banyak perkara yang dapat Khadam pelajari daripada akhlak dan peribadi Bro Adham.

    Teruskanlah menulis agar kita termasuk di kalangan penyambung lidah kebenaran.

    arrazzi alhafiz
    KHADAM MAHASISWA

  3. abudarwis says:

    salam

    puji bebeno gamaknya..🙂 Allah..

    xde mknenya.. ana besa je.. g msjid, duk dlm mjlis ilmu kan dituntut😀
    smua org sptutnya…

    MPP? Biarlah ia berlalu.. kerna hati ini cukup sakit mngenangkan ktidakadilan pngurusan trutama JPP( la ni JPM).. Dulu ana ingat nk hentak meja kat JPP tu, tp xsmpai ati nk buat.. Sabo2..

    Thnks akh🙂

  4. cik kerikil says:

    salam..

    cerita yang menarik..!saya baru menjelajah separuh dari kawasan bandar baru nilai.memang bandar…xda suasana kampung..

    x dapat bayangkan tanggungjawab anak pertama ni…sgt berat, apatah lagi lelaki, “anakku…moga engkau sentiasa menjadi permata yang menyinari alam , menjadi pimpinan yg baik buat orang yg di bawah jagaanmu…” (wakil mak )

  5. abudarwis says:

    salam

    Yeke? saya rse nilai la bndar pling xbest.. Twau lg sonok mega🙂 Sungguh!

    tharu la plak saya.. Sob2😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s