Untuk yang benar-benar sayang…

Tadi,semalam, kelmarin dan hari-hari yang sudah berlalu. Rasanya diri ini semakin tenat. Nazak. Nampak sihat. Sepertinya tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun sebaliknya? Allah SWT Maha Mengetahui segalanya.

Kita rasa sudah kenal benar diri ini. Kita rasa kita mampu hadapi semuanya sendiri. “Ya, aku mesti kuat. Aku mesti tabah”. Benarkah diri ini kuat dan tabah? Atau kita hanya berpura-pura? Hidup konon kurang dosa dan nista. Padahal setiap masa kita menambah beban beratnya. Tak percaya? Tanya diri.

Selalu janji kepada Allah tidak mengulangi dosa dan kesilapan. Selalu. Sungguh! Tapi selalu juga kita khianat sendiri janji itu. Nah! Tanya lah diri lagi. Layakkah kita menjadi pejuang agamaNya? Layakkah?

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Memikirkan dosa-dosa membuatkan kita rasa seperti telah mengabaikan diri sendiri. Rasanya macam mensia-siakan peluang yang Allah Taala dah berikan. Rasa-rasa yang seolah-olah mengajak untuk bersara dari kerja Islam. “Ah, cukuplah untuk orang lain. Diri engkau sendiri banyak dosa. Engkau sendiri pun belum tentu syurga. Sibukkan orang lain.” Sampai begitu sekali syaitan ni buat kerjanya.

Memang. Kalau boleh nak tinggal bertapa kat mana-mana masjid saja. Berzikir siang malam. Solat sunat seribu rakaat. Khatam Quran 100 kali sehari. Hafal seratus hadith sebulan. Yakin syurga ke? Biarkan Islam diinjak-injak. Biarkan maksiat berleluasa. Biarkan Al Quran dihina. Biarkan solat diabaikan. Biarkan saja. Betul begitu?

Bukankah bela agama Allah ini jual beli yang menguntungkan? Janji Allah jelas. Lihat maksud ayat dari surah As-Saff 61: 10, 11

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Ayat lain dalam surah At-Taubah 9: 71:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Takut untuk berjuang? Ya, ia normal malah rasa takut itu sebenarnya mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Keberanian hanya akan datang melalui pemahaman. Bukan dibuat-buat. Bukan berani membuta tuli. Ia tidak boleh dipaksa-paksa. Yang paling penting dan mustahak, kebijaksanaan dan perancangan yang tersusun.

Firman Allah lagi dalm surah As-saff 61: 4

Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang berjuang di atas jalannya dalam satu saf yang tersusun

Manakala Saidina Ali pula berpesan:

Kebenaran yang tidak bersistem akan dapat dikalahkan oleh kebatilan yang bersistem.

Sahabat-sahabat,

Apa lagi sebenarnya kita inginkan di dunia ini? Semuanya sudah cukup terhidang untuk kita bawa sebagai bekal ke akhirat. Tinggal diri sendiri saja mahu memilih hidangan yang mana. Memang bukan senang untuk membuat pilihan. Apatah lagi, hidangannya nampak sama sedap dan menggiurkan. Ada yang hanya sedap di dunia tapi merana rasanya di akhirat. Ada yang sedap sentiasa dunia dan akhirat dan ada pula yang nikmat kesedapan hanya Allah akan berikan di akhirat nanti (syurga).

Renunglah firman Allah At-Taubah 9: 72 (sambungan ayat 71 di atas):

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar

Sekadar itu saja. Untuk diri sendiri utamanya dan kalian sahabat-sahabat seperjuangan. Kita serahkan segalanya pada Allah kerana Dia Yang Maha Mengetahui. Menangislah selagi kalian mampu dalam mengenang dosa-dosa. Menangislah kerana Allah. Kelak di ‘sana’ tiada peluang lagi bagi kita. “Biar rebah, jangan berubah”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s