Inilah kehidupan.. Nak ke taknak?

Salam Ukhwah

Secawan radix untuk dinikmati bersama🙂

Banyak perkara sudah saya pelajari sepanjang bekerja. Hujung bulan ini akan genap setahun tiga bulan. Kena marah tu biasalah. Kena caci saja belum. Majikan orang melayu Islam juga. Consider la kan🙂 So, marah-marah sayang lah.

Orang kata, kalau majikan berbangsa cina bukan setakat kena caci maki hamun, lebih lagi dari itu. Apa yang lebih? Dahsyat la maknanya kan. Nak solat susah. Kerja mesti perfect. Tapi gaji ‘masyuk’. ORANG KATA. Wallahua’lam. Belum ada pengalaman. Akan datang, InsyaAllah. Kalau majikan orang India? saya belum pernah dengar lagi ORANG KATA😀

Pengalaman bekerja memang mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih cekap dan tegas. Cekap dan tegas dalam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim. Degil pun ya juga. Degil yang macamana tu? haa, degillah degil. Degil yang positif. Misalnya, kalau bos nak kita hadiri mesyuarat di tempat sekian-sekian pada pukul 2. Sampai pukul 1.55… Belum solat zuhur lagi. Jadi, masa tu kena degillah. Solatlah dulu. Biarlah orang tunggu dan marah. Mana satu yang patut kita lebih bimbang. Kemarahan manusia atau kemurkaan Allah? CONTOH! Tapi, lain kali janganla sampai lambat🙂 Mesti punctual maaa😀

Kata Nabi SAW:

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah serahkan kita kepada manusia…

Ingat lagi kata-kata mencabar pensyarah FTSI KUIS, en Syarbaini (bakal doktor🙂 “Awak sekarang boleh lah gembira. Solat jemaah 5 waktu takkan ada masalah kan, masjid depan mata. Itupun ada yang sangkut. Esok bila dah masuk industri, awak rasakanlah kesulitannya.” “Aik? Takkan mantan Presiden PMIUTM cakap macam ni? Patutnya bagilah semangat ke, galakan ke”. Saya senyum saja. Dalam perasaan bercampur yang dah mula timbul tu, saya sempat lagi membalas, “Biasala tu encik, hehe.” Encik Syarbaini pun senyum juga.

Tapi, saya lupa yang beliau juga pernah bekerja sebagai pengaturcara selama 5 tahun. Tentu beliau sudah merasai cabarannya berada dalam industri. Itu sebabnya. Beliau cuba mengingatkan. Ia sangat memberangsangkan. Kuat Adham, kuat!

kUIS. Rindu pula nak kembali ke sana. Namanya mungkin tak sehebat UIAM. Tapi sekarang macam sudah semakin hebat. Politik kampusnya semakin hebat. Dengar cerita begitulah. Pimpinan MPM (dulu MPP) sekarang pun buat perkara yang ‘hebat-hebat’. Sampai jadi pelik dan terbalik. Tidak mengapa. Cabarannya berbeza setiap zaman. Saya tak mahu menambah kocak lagi air yang sudah sedia keruh. (perumpamaan terbaru). Semoga berjaya sehingga ke akhirnya.


Pergaulan dikalangan siswa dan siswi KUIS pun makin hebat dan mantap. Semakin berani! Bagus, bagus. Tugas para pencinta biah solehah bertambahlah gamaknya. Tidak mengapa. ‘Ganjaran besar’ untuk kalian. Haa, jangan tak buat kerja pula. Kopiah putih di kepala dan janggut yang tersusun rapi itu jangan dibiarkan hilang nilainya. Kalau tak samalah kita dengan vokalis metalicca. Berjanggut juga apa?

Yang saya suka, muslimat yang berniqab semakin ramai. Wah, semakin ramai ‘ninja-ninja’ di KUIS. Gembira saya melihatnya. Jangan salah anggap pula. ‘Ninja-ninja’ kan pejuang🙂 Kiranya, kalian ini sedang berjuang menghidupkannya kembali setelah sekian lama. Tidak mengapa. Tapi, tanya sentiasa pada diri, untuk apa kalian berpurdah? Aurat kalian sudah sempurna bukan tanpa perlu berniqab. Saya tidak membantah. Adik saya sendiri sudah mula berpurdah. Berpurdahlah. Tapi, lihat sekeliling kalian sebelum mengenakannya. Lihat mad’u kita. Mereka selesa? Jika ya, teruskan. Jika tidak, fikirkan kembali. Sesuaikannya.

Lelaki? Emmmm.. quite complicated. Kalian bertutup muka sekalipun sehingga mata tak kelihatan, hati lelaki-lelaki ‘soleh’ masih suka berbisik “siapakah gerangannya gadis disebalik kain itu?” Inikan pula yang tak malu langsung menayangkan auratnya. Pandangan saya secara umum. Maafkan saya jika tidak bersetuju.

Ya, syaitan memang rajin berusaha. Sikit pun jadilah. Asalkan umat Muhammad tewas.

Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. “Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”. (Al Mukminun 23: 97, 98 )

Haha.. Bila cerita pasal KUIS mesti jadi serius. Ayat pun dah lain. Mujurlah, belum sampai tahap lain macam. Tak tahulah. Sayang barangkali. Sayangla, tempat menadah ilmu. Biarlah orang nak cakap KUIS ni low-standard ke, low-quality ke, masuk dulu tengok.. Ada tasik lagi😀 Hari-hari boleh tengok komuter tau.. hehe..

Sejak dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat, ada yang sangsi nak menghantar anak masuk ke KUIS. Ada yang menyamakan situasi KUIS ketika ini dengan KUSZA satu ketika dahulu yang pernah berada di bawah permerintahan PAS pada 1999. Entahlah.. Mungkin sahabat-sahabat boleh membantu. Yuran mahal? Ya, tidak saya nafikan. Entahlah, saya sekali lagi tidak berkemampuan memberikan jawapannya. Jawapannya ada pada pihak Pengurusan KUIS sendiri.

Huh! Masa sangat pantas berlalu. Rasanya seperti banyak perkara yang sudah saya terlepas. Waktu benar-benar cemburu. Langsung buat diri ini tiada peluang untuk memeluk tubuh dan bergoyang kaki biarpun seketika. Allah.. Allah..

Beberapa minggu lalu, penghujung program realiti TV Akademi Nasyid, penyanyi yang digelar ‘papa-rock’ Ramli Sarip diundang sebagai penyanyi jemputan. Nyanyian lagu lama “Perjalanan Hidup” hampir-hampir membuatkan saya……… Tak terkata. Liriknya hebat. Saya tutup entri kali ini dengan lirik lagu yang menyentuh hati ini.. Wallahua’lam bissawwab.

Perjalanan Hidup

Oleh: Ramli Sarip

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata hidup ini
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

Dr Wan Zawawi Ibrahim
Dunia Muzik WEA Sdn Bhd
1987 WEA Records Sdn Bhd

9 thoughts on “Inilah kehidupan.. Nak ke taknak?

  1. h00..

    hmm..terasa mcm jeles dgr cerita perjuangan suasana ipt/s kat msia..tgk pic y sederet barisan kepimpinan kat univ…utk persatuan islam..ntah nape rase mcm cemburu..

    kalaulah sy di usim..
    huhu..

    skrg keadaan berbeza.
    taylor? canada? hmm.. biah y total different..

    diri ni xpernah puas. dulu cemburu org y masuk dq. dulu cemburu tgk org y gi overc.n skrg ni diri sendiri y bakal melalui tak rase ape pun. sikit pun takde rase mcm excited glerr.ntah nape, terasa mcm benda tu sbnrnye tak seindah y diimpikan walau pun utk ke overc pernah mnjadi impian sy. kdg2 diri lg cemburu tgk mereka2 y belajar ilmu agama lebih lagi. cemburu tgk budak2 pondok. cemburu tgk org hafal quran. cemburu tgk org y bergiat aktif, memperjuangkan islam.

    sy pernah dpt offer dq, sy tak pegi.
    pernah masuk usim, sy keluar.terima jpa.offer=.=
    tak menyesali. sbb sy tau, ini mungkin takdir y allah tetapkn. sy punya peranan tersendiri mungkin

    cuma tak dpt singkirkn rs cemburu dgn org lain. bila dgr cerite2 org y bergiat aktif dlm persatuan islam kat ipt2, n bljr ilmu2 islam..n tgk diri ni, alahai..

    hmm..ntah ape la sy merepek..
    sori..
    cemburu oh cemburu..

  2. abudarwis says:

    salam

    saya pula cmburu tngok shbt2 kat oversea..🙂 xpe, cmburu pd pkara baik.. balik mlysia, sibuk dgn misi watkeje Islam. Yg duk cni cbuk nak berehat.. Allah..

    Saya pnah dpt offer g UK thun lpas tp mak xbenarkan.. Restu mak penting.. biorlee.. KUIS pun KUIS la.. Master@Phd kot, InsyaAllah..🙂 Kalu tak, Malysia pun ok.. TQ 4 dropping by. Mai secawan!

  3. Huffaz Lughawi says:

    salam.
    apa masalahnya menilai wanita berpurdah? keserasian terletak pada diri mereka sendiri.. kenapa tidak menilai mereka yang bertindik dipusat? purdah adalah msalah yang lebih besar mengatasi masalah wanita-wanita skarang yang pakai xcukup kain? usah terlalu menilai langit yang tinggi klu belum bersayap. mengapa mereka berpakaian sedemikian? ada tegahan dalam hadis rasulullah? ada larangan dari al-quran?usah terlalu optimis utk memberi komen.. klu kita kembali kepada zaman salafussolih, lelaki (amrad) juga di tegaskan spy berpurdah. illatnya kerana fitnah.. apa masalahnya sekiranya di sbbkan kewaspadaan mereka (wanita berpurdah) untuk mencegah dari illat yang sama?
    ‘ala kullihal.. mereka berada di situasi yg benar krn memperjuangkan maruah, harga diri mereka, keimanan dan ketaqwaan mereka… wallahu a’lam =)

  4. abudarwis says:

    salam

    wah2, org hebat masuk blog ana ni🙂 ana mmg suka snyum n sengih😀

    enta tngok pmakaian purdah dr perspektif individu. Ana lihat dr perspektif yg lbih luas n mngkin lbh dr tu.. Apa yg enta bgtau smuanya btul n ana pun mklum.. Ana bkn salah mnilai atau cuba mmpertikaikan.. Rsenya🙂 Wallahua’lam. malah, ana gmbira adik ana berpurdah😀 Gmbira gila gua ckp lu.. hehe.. Tp ana bgtau dia,sesuaikan.. Mngkin dlm keadaan ttntu yg gnting atau lbh tepat keadaan smpai 1 thap ‘wajib’ berniqab.. Cth dlm teksi, ke KL atau ke tmpat2 yg asing bg kita.. Sesuaikan! Dlm kmpus cthnya, kalau org2 dskeliling kita(mngkin mad’u yg pnting) selesa, silakan.. pndpt ana mngkin dlamkonteks dkwh di KUIS. Itu shj.. Pepu, thanks komennya:)

  5. Huffaz Lughawi says:

    yg dilindung,biarlah terselindung, jgn diselak..mereka lbh tahu ape yg mereka selindungkan..aib utk mereka didedahkan ape yg mereka selindungkan..malahan mpertikaikan “siapa?ape?bagaimana?kenapa?” itu hak mereka..=)yg zahir kefasadan lebih mengingini jalan penyelesaian..=)maaf atas segala teguran yg “meruntuhkan” semangat..=)
    wassalam..

    1. abudarwis says:

      salam huffaz lughawi..

      ana ambil kptusan tul delete kesmua komen2 ana n ENTI yang tak mmbntu ana n pmbaca abudarwis.. ana phon maaf ats entri yg mngkin buat enti tguris.. ana fikir kalau niat enti ikhlas lillahitaala tak plu trasa hati dgn entri yang hnya pndapat pribadi.. ia hnya knyataan tnpa hujah yg pd pndangan ana mnyalahkan kaum adam sbg TEWAS dalam mnjaga pndangan dan khormatan scara umum. Pndpat2 ulama mngenai pmakaian niqab bnyak dan enti tntu lbih tahu dr ana.. Ana scara pribadi mrasakan pmakaian purdah yg smakin mndapat tmpat adalah satu pkembangan positif.. tp ana ttp dgn pndirian bkn mnyelak bnda yg bertutup tetapi berniqab plu dilihat dr konteks yg lebih luas.. kalau dirasakan bhwa beriqab ini sudah bjya mmbntu dlm mnyebarkan dkwah kpd glongan bermasalah yg bsepah kat luar sne, maka wajarlah ia diteruskan.. Kaum adam pun akan rmai2 bkopiah putih di mna2 skit mse lg.. salam kritikan🙂

  6. kanoute says:

    salam

    ni nk msuk cmpur cket.. sori ye blog owner.. cik huffaz lughawi, ngape bnda2 furu2 dibesarkan? pnulis blog ni tulis scara umum.. tok sah la nak besar2kan.. awk nk pkai niqab pkai je la..

    “klu kita kembali kepada zaman salafussolih, lelaki (amrad) juga di tegaskan spy berpurdah. illatnya kerana fitnah.. apa masalahnya sekiranya di sbbkan kewaspadaan mereka (wanita berpurdah) untuk mencegah dari illat yang sama?”

    -ni aku nak bilang.. mmg xde mslh nk berniqab, tp ade ke dalil yg suh berpurdah? aku ni xpndai.. sbb tu nk tau.. jgn ambil yg menegaskan saje, pndapt2 ulama lain pun amik juga.. aku stuju ngan abudarwis.. pndapat dia btul.. cuba ko duk kat tmpat org2 yg bru nk tutup aurat.. tnya mreka apa rse tngok org bpurdah.. dorang takut.. plak kkdng yg bniqab taknak dekati dorang DENGAN BAIK!.. Kalau dlm stuasi ni, pe slhnya plak kalu dtanggalkan? bdosa? haa, bg dalil.. ko kan pndai.. sori eik.. aku ngan abudarwis ni besfren wlupun dia xkanl aku.. peace🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s