Jangan macam tu. Macam ni.. :)

Salam ukhwah seteguk radix🙂

Pagi tadi sempat seteguk saja, sebab dah terlambat. Boleh lah kan😀

Saban hari, ada saja yang dah mula benci dengan politik Malaysia. Muak dah. Sampai ada yang nak masuk tabligh ( Ust Nik Abduh). Isu muqabalah yang belum ada sudahnya. Isu ‘sodomy’ yang semakin dramatik🙂 Isu Altantuya yang nampaknya pun akan berlanjutan entah sampai bila. Allah… Saya pun dah mula menyampah. Hari-hari beli sinar harian sebab nak tahu tapi lama kelamaan…? Entah.. Utusan, berita hairan lagi la saya tolak tepi. Selak-selak saja yang ada kat pejabat ni. Bahagian sukan lama sikit. Biasalah tu😀

Yang saya pasti, budak-budak sudah mula untuk tahu.

“Abah, liwat tu apa?”. tanya anak yang baru umurnya 7 tahun.

“Bukan abah tak nak bagitahu sayang. Tak boleh bagitahu.”, jawapan abah yang agak ‘bernas’.

“Kenapa abah?”, tanya si anak yang cerdik.

“ko ni! Banyak tanya pulak. Liwat tu haram tau!,” emosi sungguh si abah.

“Haram tu macamana abah?” si anak tak putus asa.

“aaaaaaaaaagggggggghhh, tidakkk,” si abah yang tidak terkawal emosinya. hehe..

Apa kita nak buat? Nasib baik si anak tanya pada abahnya. Kalau tanya pada kawannya yang memang ‘pemurah’, tak ke naya. Siap buat demo lagi. Mampus!!

Allahuakbar… Dunia memang dah makin pelik terbalik.

Tapi, kalau buat tak tahu saja pun tak patut juga. Ya, kita ambil tahu, dan kemudian bertenang. Kita hadam perlahan-lahan dengan dua antenna kurniaan Allah Taala. Akal dan hati. Fikir dan nilai. Jangan emosi dan marah-marah. Senyum dan boleh sengih kalau mahu.😀🙂

Nak marah? Marah kerana Allah. Marah orang yang kuat dan tegas dalam beragama ni lain. Beza dengan orang biasa. Marah orang tak pernah ponteng usrah ni ada ‘class’ tersendiri. Marah sebab tanggungjawab, sebab sayang Islam tu lebih dari segalanya, macam Ust Solihin dan rakan-rakannya (DPP Selangor) pasal konsert Ella dan Mas Idayu, macam sahabat-sahabat unit AMAL semasa Perhimpuanan Protes yang tak menjadi (tragedi londeh seluar nampak punggung), macam sahabat-sahabat saya di KUIS yang berang pasal persembahan joget-joget pada malam penutupan Pesta Konvo baru-baru ini. Emmm.. Semuanya saya tak terlibat. Marah juga bila dapat tahu. Tapi marah saya ni, tak sama macam mereka yang melaluinya.

Apa kesimpulannya ya?

Oh ya, teruskan berjuang sehingga kita benar-benar digelar pejuang agama Allah. Saya juga, kalian dan yang lain-lain. Kita sama-sama. ‘Top-up’ kan semangat sahabat-sahabat kita yang lesu dan lemah. Minta mereka buat yang sama jika semangat kita juga sedang mengalami saat kejatuhan. “Biar rebah jangan berubah”.

ps: Izad, bang masdar, ehsan, zahir. Jom turun pekena kopi radix petang ni. Bila-bila pun takpe kalau korang semua tak free.. Zahir, roti canai kat AU 1 hari tu sedaplah. Roti canai orang melayu lagi sedapkan😀 Mai secawan🙂

3 thoughts on “Jangan macam tu. Macam ni.. :)

  1. RadixAIS says:

    berkaitan ttg couple @ CINTA antara manusia ini mmg salah satu ujian dari Allah. benar semua itu urusan-Nya dan kita manusia ni xpyh la nk sibuk kan diri utk mengatur diri kita. Tapi saudara, bersetuju tak dgn sy andai sy katakan selain hanya berdoa dan tawakal kita manusia perlu jg brusaha?? mcm kata saudara, xpyh selalu berhubung n berjumpa, jika ada jodoh Insya’Allah.. Tapi tanpa usaha?? hanya bertanya khabar?? jika sy menyukai seorg gadis berkualiti, sekali dua sms je.. Cukup ke utk mmberi tahu kita suka@CINTA kan si “DIA”?? saudara, bunga berkualiti menjadi idaman setiap Jejaka. Bagi saya, Cinta itu membina sekiranya bertunjangkan kpd-NYA.. Insya’Allah dgn usaha dan ikhlasnya kita kpd si “DIA” + doa + istiharah mgkn niat baik kita di lihat Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s