Anak kecil takut neraka

Assalamualaikum Warramatullah dan salam secawan kecil radix🙂

AlhamduLillah, lepas solat jumaat tadi, dapat menikmati segelas kecil radix di restoren mamak Bismillah berhampiran masjid UPM. Memang popular restoren ni. Tak taulah sebab apa. Biasa je saya tengok. Mungkin sebab ada kembar seiras lelaki yang sentiasa senyum dan peramah.🙂 Agak hensem jugkla abang kembar tu.. hehe.. Entah hape-hape petang ni. Merepek je. Allah…

Sahabat-sahabat,

Saya cuma nak membawa satu kisah seorang anak kecil yang sangat hebat kerana sangat takutkan api neraka. Ceritanya begini:

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu’ sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?” Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.

Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata orang tua itu, “Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.” Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?

Moga kisah ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. Sekian…

ps: Tak sampai dua minggu lagi kita semua akan menempuh bulan ramadhan. Semoga ibadah puasa di bulan mulia kita kali ini lebih baik dan berkualiti. Allahumma bariklana fi ramadhan.. Ameen..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s