Hidayah bukan milik sesiapa tapi untuk semua..

Assalamualaikum Warrahmatullah dan salam secawan radix.

Hari-hari kopi radix. Tapi baru-baru ni, saya ada mencuba kopi sawda. Emmm, boleh tahan.🙂 Kalian boleh cuba pekena.

Sahabat-sahabat pembaca,

Apa yang akan kalian rasa jika terlihat sebuah keluarga yang si ibu yang bertudung litup tetapi anak perempuannya seksi dengan seluar jeans dan berbaju ketat ala-ala singlet gitu? Bagaimana pula jika si bapa seorang imam yang di hormati tetapi si anak lelakinya pula kaki lepak?

Bagi yang mencintai Islam sepenuhnya ia pasti merunsingkan. Runsing dengan keadaan ni dan runsing andainya ia berlaku pada diri sendiri. Bayangkan, jika si abang atau si kakak adalah pimpinan dalam sebuah gerakan Islam di Universiti tetapi si adik pula seorang kaki ‘dating’.. Ia contoh mudah yang boleh kita lihat di mana-mana.

Persoalannya, adakah wajar kita meletakkan sepenuh kesalahan si adik yang kaki ‘dating’ kepada si abang atau kakak yang sibuk dengan kerja-kerja dakwah kampus? Adakah patut dengan mudah kita menyalahkan ibu di atas keseksian anak perempuannya atau si bapa yang seorang imam di atas kedegilan anak lelakinya?

Tentu mudah jika begitu dan dengan mudah juga kita lupa apa yang di alami Rasulullah saw yang tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya, Abu Talib. Jika Rasulullah yang dididik Allah sepenuhnya tidak dapat menyelamatkan Abu Talib yang akhirnya mati dalam kekufuran, adakah kita dengan mudah menganggap baginda sudah gagal? Bolehkah begitu?

Di saat Abu Talib menghembuskan nafas yang terakhir sambil menyebut: Aku di dalam agama Abdul Muttalib bersama dengan hembusan nafas terakhir” dan Rasulullah berkata: “Sesungguhnya akan ku beristighfar untuk kau selagi mana aku tidak ditegah berbuat sesuatu untuk kau.”

Allah menegur dan memujuk Nabi SAW dalam wahyunya dalam surah al-Qasas 28: 56

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

Kini, kita pasti lebih jelas dan tahu hakikat sebenarnya. Iman seorang bapa tidak boleh dituang-tuang kepada anak-anaknya. Iman tidakboleh diwarisi, tidak boleh dipindah milik. TIDAK BOLEH sama sekali. Seorang yang bernama Nurul Hidayah tidak punyai kuasa memberi hidayah kepada rakan-rakannya🙂 Hidayah bukan milik si ibu. Bukan juga milik pemimpin sebuah persatuan mahasiswa Islam. Hidayah bukan boleh diminta-minta dari seorang yang sangat alim dan hebat amal ibadahnya. “Tuan guru, bagila saya sikit hidayah.” Lucu bunyinya. Ayah Pin bolehlah kot bagi ‘hidayah’. ‘Hidayah’ dari kerajaan langit.😀 Allahuakbar!

Sedang saya menulis artikel ini, saya selalu tersenyum sendiri. Hati saya seringkali memerli diri. Sengih sambil mengaru-garu kepala yang entah di mana gatalnya. Kenapa?

Samaada kita sedar atau tidak, sebagai sebahagian dari makhluk ALLAH SWT kita selalu telah mengetahui petunjuk dan pesan agama, tetapi ada saja hambatan dan halangan sehingga petunjuk atau pesan itu tidak dapat kita laksanakan. Banyak sebab, barangkali kita kalah dengan godaan nafsu dan pujukan syaitan. Boleh jadi juga kurangnya kemampuan. Tiada kekuatan. Contoh mudah, nak bangun tahajud. Kita sudah tersedar jam tiga, tapi dek sebab godaan syaitan dan lemahnya diri akhirnya kita gagal untuk bingkas bangkit dan terlepas peluang untuk berqiamualail. Allah..

Tahajud mungkin terlalu tinggi. Solat subuh bagaimana? Tanya diri..

Di malaysia, tentu ramai yang kenal dengan Azmil mustafa aka Ali setan. Memang setan si Ali dalam filem Ali setan. Kita tahu sejarah Azmil Mustafa. Saya tak mahu panjangkannya. Lihat bagaimana beliau sekarang. Sudah jauh berubah. Dengan sentiasa serban di kepala, berjubah dan kini sudah pun beberapa tahun di Syria untuk menuntut ilmu agama di sana. Lihat bagaimana bukti kekuasaan Allah. Ia bukan mudah buat sesiapa saja. Azmil Mustafa menempuh begitu banyak cabaran dalam menggapai nikmat kemanisan hidayah Allah. Takkan kita mahu mengharapnya dengan mudah.

Dalam kitab tafsir Al Misbah karya M. Quraish, Thahir Ibn Asyur membahagikan hidayah kepada 4 tahap. Kalian cari sendiri ya🙂 Dan jangan lupa untuk bertanya pada yang pakar. Saya tak layak membincangkannya di sini sebab huraiannya dalam bahasa Indonesia yang agak sukar untuk difahami.

Sahabat-sahabat,

Seseorang yang ingin berubah kepada kehidupan yang baik, menjadi seorang yang soleh dan solehah mesti berusaha ke arah itu. Hidayah Allah tidak akan datang jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya. Sejarah peribadi membuktikan yang manusia perlu bekerja keras untuk mencapai hidayah Allah. Takut berubah? Entri sempoi saya yang lepas untuk kalian membacanya.

Ya, dalam masyarakat kita,melayu Islam, memang seolah-olah di lihat satu kegagalan besar jika bapa yang alim tak mampu membentuk anaknya. Tetapi disebalik realiti kegagalan itu, terselit hakikat bahawa yang perlu kita ketahui dan sedari ialah hidayah milik mutlak Allah swt bertebaran di alam semesta ini untuk semua makhluk-Nya. Di manapun kita berada, di situlah hidayah Allah terhampar luas. Kita sebagai salah satu makhluk-Nya yang telah diciptakan dengan sebaik-baiknya, kita diberi akal untuk berfikir agar dapat mencapai nikmat kemanisan hidayahNya.

Sebagai penutup untuk entri kali ini izinkan saya untuk menyelitkan sebuah lirik untuk kalian menghayatinya. Lirik lagu dari Raihan ini untuk remaja khususnya.

Sekian wallahua’lam bissawwab. Mai secawan🙂

Adik Remajaku

oleh: Raihan

Teguhmu membangun Ummah
Pendirianmu membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yang sempurna

Usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah Allah wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmatNya
Bersabarlah dengan dugaanNya
Bertakwalah dirimu kepadaNya
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumahNya
Nikmat Syurga akan kau rasa

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah dengan kelebihan yang ada
Demi keagungan agama dan bangsa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s