Mulia hidup berprinsip

Assalamualaikum Warrahmatullah

Saya mulakan dengan satu sabda nabi saw yang mana maksudnya:

….Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keihklasan dan pengharapan untuk mendapat keredhaan Allah swt, nescaya Allah akan menhapuskan dosa-dosanya yang lalu -Sahih Bukhari

Sepanjang bulan yang mulia ni, saya mencadangkan kepada diri sendiri agar tidak memulakan salam pembukaan dengan sebarang nama makanan atau minuman (kopi radix, hehe) seperti yang telah biasa pada entri-entri sebelum ini. Boleh, tapi penutup, InsyaAllah🙂

Gambar di atas telah berusia 12 tahun, dan masih dalam simpanan saya hingga sekarang. Memang tersengih melihat rupa sendiri ketika baru berumur 12 tahun (comel jugak waktu tu, hehe). Bila melihat kenakalan budak berumur 12 tahun sekarang ini, saya hanya membayang betapa saya juga sama nakalnya 12 tahun yang lalu, malah mungkin lebih dahsyat.😀

Entah di mana dua orang sahabat saya faizal Ahmad (kiri) dan Syukri Ismail (kanan) yang mengapit saya yang sedang duduk melihat keputusan UPSR. Keputusan yang hanya ok. 3A 1B. Biasalah, subjek yang B tak lain tak bukan ialah bahasa Inggeris. Trial gah dengan 4A. Saya yakin akan dapat keputusan yang sama seperti itu pada exam sebenar tapi keyakinan memakan diri. Saya menangis dan jika tak dipujuk abah waktu tu, saya pasti terus menangis. ( aku dulu memang gembing.. hehe)

“Takpelah, dah takde rezki”, pujuk abah.

Tak perlu dikenang lama-lama. Nanti lain jadinya🙂

Tapi, ada perlunya sekali sekala melihat ke belakang kembali. Ia begitu menyenangkan. Kini, selepas 12 tahun, hikmahnya terlalu besar buat saya. Buat kehidupan yang saya bakal tempuhi yang entah bagaimana pula selepas ini. Bila penghujungnya pun saya tidak pasti.

Entah macamana sedang saya asyik membaca sebuah majalah Islam, saya terjumpa hadith ini.

Kata Nabi saw:

Janganlah kamu menjadi orang yang terikut-ikut dengan mengatakan, ‘kalau orang lain berbuat kebaikan, kami pun akan berbuat baik dan kalau mereka berbuat zalim, kami pun akan berbuat zalim.’ Tetapi, teguhkanlah dirimu dengan berprinsip. ‘ Kalau orang lain berbuat kebaikan, kami berbuat kebaikan pula dan kalau orang lain berbuat kejahatan, kami tidak akan melakukannya’. (HR Tirmidzi)

“Jadilah orang berprinsip.”

Ia nampak mudah tapi bagaimana pula dengan seorang budak 13 tahun, hari pertamanya di sekolah berasrama harian biasa mampu untuk mempertahan prinsip baik yang ditanam ibu dan ayahnya sejak kecil untuk tempoh lima tahun? Allah…

Kita tak perlu pergi jauh. Bab rokok cukupla. ‘Senior’ pujuk sikit dah cair. “Try la, sedap ni bro. Awek nampak pun macho je.” Kena ayat baik, terus jadi gila sawan nak mencuba. Kalau cuba dan taknak dah takpe. Ini cuba dan jadi tabiat. Itu baru bab rokok. Belum masuk bab solat, aurat, perempuan (couple), akhlak, budaya kuning, Allah…

Hammons berkemeja biru, gembira sejurus diumumkan kemenangannya -majalah i, ogos 2008

Kalau saya nak letak contoh individu yang patut dicontohi seperti John Taylor Hammons mungkin terlalu tinggi. Sabrina Sagheb pun mungkin tak sesuai dan jauh sekali. Tapi lihatlah mereka yang berprinsip. Orang yang berprinsip seperti Hammons tak mungkin memenangi kerusi Datuk bandar Muskogee di Oklahoma pada usia baru 19 tahun. Sabrina Sagheb yang berprinsip mustahil dapat memberanikan diri bertanding sebagai calon paling muda dalam Pilihan raya umum Afghanistan. Di negara kita, contoh-contoh individu berprinsip masih ramai. Cuma, diri kita bagaimana?

Tak perlu terlalu mengimpikan ingin menjadi angkasawan seperti Dr Sheikh Muzapphar. Tapi, jadilah manusia berprinsip sepertinya. Kemuliaan akan datang sendiri kepada manusia yang berprinsip. Orang yang memegang erat prinsip hidup yang baik, mungkin dianggap polos, kolot dan ketinggalan. Biarlah, kalau sudah begitu. Tak perlu runsing dan malu. Bukankah kita hidup kerana Allah? Bukankah hari-hari dalam solat kita sudah berjanji, dalam doa iftitah yang kita baca “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam”. Bukankah? Jadi, kenapa takut menjadi manusia yang berprinsip?

Sahabat-sahabat,

Dalam keadaan Islam yang semakin dagang di akhir zaman ini, gerakan dakwah di kampus pula di lihat semakin bertenaga. Mungkin sukar untuk mendengar suara pimpinan gerakan Islam Kampus dek kerana halangan Akta Untuk Kaut Untung (AUKU). Tapi, jangan lupa bahwa zaman ini, zaman bersenjatakan pena. Jika mulut dikunci, masih ada tangan untuk memukul. Memukul keyboard maksud saya🙂 Bukan di kampus saja, bukan untuk satu golongan saja, tapi di mana-mana dan untuk semua. Kita ada portal-portal Islamik yang cemerlang seperti iluvislam.com, Ukhwah.com, kita ada blog-blog remaja yang sayang Islam yang berlambak dengan pelbagai corak tulisan. Ada yang sempoi, ada yang berbunga-bunga🙂, ada yang tinggi penggunaan bahasanya dan macam-macam ada. Pendeknya, zaman ini, zaman berjuang melalui tulisan. Tapi, itu bukan bermakna kita tak perlu turun padang. Apalah sangat berpeluh sedikit. Letih untuk Islam kan🙂

Allah…. Entri saya ni dah bercampur-campur. Tak taula rasanya macamana. Kalau rasanya bagus macam bubur lambuk Kg Baru, bolehlah saya tersengih panjang.😀 Kalau tak, biarkan jelah sebab kekadang rasa pahit itu baik untuk kesihatan.🙂

Katakan perkara yang benar, biarpun ia pahit

Benar atau tidak, pahit atau manis biar orang lain yang tentukan. Saya tak mahu syok sendiri. Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Selamat menambah iman dan amal. Ramadhan karim, ramadhan Al mubarak.

2 thoughts on “Mulia hidup berprinsip

  1. Wagh, ayat sedapny abang adham, (memukul keyboard). Lepas ni mungkin saya akan lg rajin guna ayat nih. Erm, isu pasal 2 org manusia tu pun bagus untuk dikups dalam usrah-usrah. saya betul terkena dengan persoalan tajam, SU GAMIS tu.

    sampai bile le silibus tarbiyah kite mampu bikin kite menjadi sesuatu. bukan just setakat jadi pembuntut je.alahai, terkasar lg.

  2. abudarwis says:

    Dulu amir, masa ana mula2 kat kuis, ada yg frust tertiarap sbb silibus trbiyah kita yang lemau.. diaorg pi lari, cari usrah lain yg lebih power.

    Ana xslhkan sngat the existing trbyh system yg dkatakn mmbosankan tu tp yg ana lbih2 slhkan diorang yg cabut lari.. Buat pa cabut larinya.. Bntu la.. Diorg nk tadah je tau.. Tp mmberi taknak.. Jgn compare kuis dgn Ipt lain.. mse tu, kita bkn stakat mrangkak tp mcm lumpuh skejap.. pmpinan dipilih xikut dr apa yg spatutnya.. yg korang buat skrg ni btulla.. slpas mlalui bape kali tmrin, bru calon2 akn di short listed kan.. Pastu dibahas plak.. Ana xslhkan mase lmpau.. Itu cbrn pd wktu tu.. we have to face it..

    AlhamduLillah, bmula G bro mas sistem dah dibaiki dan diupgrade ssuai dgn waqi kita.. Kredit 2 raup🙂 n yg lain2 jgk…

    Soal jd pengekor ni (cntek cket dr pmbuntut🙂 ), ni kmahuan sndiri.. Mntaliti n sikap kna ubah.. Blaja tuk brubah spnjang tmpoh kita dlm grakan di kmpus.. Mmg pyah sbb ana dulu pun suka mengekor jgk.. Mngkin sbb ana suka mkn ekor ikan kot😀
    la ni pun ada cket2 lg.. haha.. Wallahu’alam..

    Jzkallah komennya🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s