Dah tak pelik dah

Assalamualaikum Warrahmatullah

Empat Ramadhan pertama yang menyejukkan. Tak pasti tempat lain. Sekitar lembah kelang, hujan berturut-turut turun sejak hari pertama berpuasa. Termasuk hari ini. Saat saya sedang ‘memukul-mukul’ keyboard untuk cerita terbaru hari ini pun, hujan masih turun dengan lebatnya. Nampaknya balik sat lagi pun meredah hujan la gamaknya🙂 “Allahumma soyyiban Nafi’a.. Ameen”

Allahuakbar… Apa cerita terbaru? Huh, bukan baru cerita ni. Cerita ummat yang berulang dan dah lekat pun menjadi tabiat. Ada seorang sahabat maya saya kata “memang pelik betul suasana sekarang ni.” Tapi saya rasa dah tak pelik dah.

Apa yang dah tak pelik tu?

Sekarang, dah tak pelik, takde orang datang solat fardhu jemaah kat masjid. Tapi, lagi pelik kalau masjid yang selalu sunyi tetiba penuh macam ada pesta. Luar biasa jemaah yang ‘singgah sekejap’. Cuba cek apa yang tak kena. Hah, patutlah ada makan-makan.. Bukan nak solat jemaah pun. “Takpela, ini usaha kita sekurang-kurangnya”, kata seorang ajk masjid dengan nada sabar..

Hidayah tu bukan milik kita. Saya akuinya. Tapi, memang dah tak pelik dah..

Sekarang pun dah tak pelik, solat subuh pukul 7. Kalau di qaryah kediaman kampus tu perkara biasa. Qada’ subuh pukul 9 waktu hari cuti pun macam rutin.

“Ko solat apa tu? Dhuha eik?. Aik, apasal dhuha ada qunut?” Terbahak-bahak satu bilik.. Yang tengah khusyuk mengqada subuh pun bengang dan jadi bangang seketika. (kisah benar)

Dah tak pelik. Sungguh.. Jemaah subuh tak sampai pun satu saf kecuali bulan ramadhan. Itupun bolehlah dua saf. Tak penuh juga tu. Hidayah memang bukan milik kita. Jadi, saya memang dah tak pelik.

Nak bangun tahajud? Lagi la saya tak pelik kalau memang takde yang bangun. Sekali sebulan pun dah kira bertuah. Habis digendong cerita satu kampung,

“wei kawan-kawanku. aku berjaya bangun tahajud. Yeahooo!”.

“Ooo, okla. Mesti best kan! Subuh ko pun mesti awal pagi tadi kan..”

“Hehe, lepas tahajud 2 rakaat, aku tetido. Pukul 7 baru bangun. Subuh kantoi. hehe.”

Mengeluh panjang si kawan.. Baru nak tanya rahsia dapat bangun malam.

Dah tak pelik dah..

Cerita pasal solat subuh, solat lain pun sama. Tak payah cerita solat jemaah, nak solat sendiri pun berat.

“Asar masuk pukul berapa?”

“lebih kurang 4.40.”

“Sekarang pukul 4.15. Ok, sempat lagi solat zuhur.. Nak bereskan keje ni sikit.”

Dah tak pelik dah..

Itu baru bab solat.. Nak cerita bab lain yang dah tak pelik? Lama pulak saya kat depan PC ni nanti. Hujan pun tak reda lagi.. Tapi, saya kena balik sekarang juga. Baju hujan pun dah sedia untuk disarungkan.

Kalian fikir la sendiri yea. Banyak sangat. Cuba perhati betul-betul dan jadikan ikhtibar sebagai bekal muhasabah untuk diri sendiri..

Kesian officemate saya.. Hari ni meredah banjir lagi kat MRR2.. Saya tak meredah banjir, meredah hujan je🙂

Selamat berbuka dengan senyuman. Sebiji kurma secawan radix🙂

ps: Aiman, kalau ayah ni kaya, bukan setakat jala ikan, jala ikan jaws pun ayah boleh bagi tau.. Hehe.. Suka iklan tu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s