Diskaun Paling Lumayan Ramadhan

Assalamualaikum Warrahmatullah

Fasa pertama (fasa rahmat) ramadhan sudah berlalu. Kita sedang berada di fasa pengampunan. Masuk fasa ni, jemaah Terawih pun nampaknya semakin kurang. Di tempat saya la..

Ni la kita.. Bukan mereka saja tapi saya sekali. Sebab tu kita.. Bukan nak penuhkan masjid.. Bukan nak berebut-rebut buat amal.. Berebut-rebut juga sebenarnya.. Tapi, entah.. Rayanya lambat lagi.. Lepas buka dan solat maghrib je, tarikannya ke tempat lain. Bukan lagi ke masjid atau surau. Nak tadarus pendek pun dah ‘tak sempat’. Kononnya!

“Ala bang, terawih sendiri kan boleh.” Lemah si suami.. (Kaum ibu dan isteri jgn marah diri hamba yang bujang ni.. he he.. Contoh je.. Tapi, mungkin betul kot😀 )

Al maklumla, diskaun 30%, 50% dan 75%. Tak gila kita dibuatnya? Mau tidak. Tok imam pun resah semacam je.. Resah pasal kehadiran makmum yang semakin berkurangan satu.. Satu lagi, bimbang tak sempat. Makmum dah pakat bantai habiskan.. Imam mana tu yek? Imam planet Cybertron kot.. Makmum tu pun bukan dari Malaysia rasanya.. he he..

Cerita pasal diskaun, kita lupa atau tak ingat atau mungkin juga buat-buat hilang pedoman tentang diskaun-diskaun yang Allah Taala kurniakan yang mana jauh lebih menguntungkan terutama di fasa-fasa terakhir ramadhan ni..

Malam Lailatul qadar misalnya. Malam ini, Allah bagi ‘special offer’, kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah olah mengerjakan ibadat selama 83 tahun. Lihat diskaun yang Allah bagi.. Bukan setahun, bukan sepuluh tahun, tapi dekat seabad punya diskaun yang kita akan dapat. Dengan syarat ikhlas dan bersungguh-sungguh..

Umur Umat Muhamad ni pendek.. Sebab tu, tawaran yang Allah bagi lumayan khas untuk kita saja.. Adui kita ni.. Dah diberi peluang tak mahu rebut..

Kita yea.. Bukan mereka.. Tapi anda, saya dan mereka iaitu kita semua..

Pe’el manusia.. Bagi betis nak peha.. Dah bagi peha, nak sup tulang pulak.. Hehe.. Jangan fikir macam-macam ye.. Dah tentu saya puasa hari ni..🙂

Saya akan mulakan kerja sekejap lagi.. Nak menyudahkan tugas-tugas terakhir di Diversified Group.. Bulan ni bulan terakhir saya di sini.. Selepas raya, saya akan jadi warga kampus semula.. Doakan..🙂

One thought on “Diskaun Paling Lumayan Ramadhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s