Fenomena hujung ramadhan

Hujung ramadhan bermakna semakin hampirnya Syawal. Apa yang berlaku?

Hah! Beberapa fenomena hujung ramadhan yang sempat difikir dan diperhatikan:

  • Para ibu dan isteri semakin sibuk. Jahit baju raya, hias rumah, buat kuih dsb
  • Para ayah tengah sibuk buat belanjawan raya 2008. Minyak, tol, angpau raya dsb
  • Semakin ramai yang hilang jari.. mercun buatan sendiri punya pasal🙂
  • Para remaja sibuk gak. Hantar kad raya separa jiwang.. haha..
  • Anak-anak kecil dah berkira-kira nak mendapatkan hasil wang raya terkumpul melebihi raya yang lepas😀
  • Jemaah terawih makin kurang.. Tapi masa moreh tetiba ramai.. Dah tak pelik!
  • Lagu raya makin banyak berkumandang.
  • Tadarus Al quran makin ditinggalkan sebab sibuk menghafal lagu raya kot..
  • Stesen bas akan penuh bersesak sesak macam tin sardin nak pecah..
  • Ulat-ulat tiket makin hebat gerakannya walaupun dah ada yang kena cekup.
  • Sikit masa lagi bandar-bandar besar akan kesunyian dan lengang. KL terutamanya..
  • Akan berlaku kesesakan teruk di lebuhraya2 utama terutama pada malam raya.. Pengalaman lepas mengajar supaya isi minyak biar penuh.. Kalau tak, masak! Sangkut la jawabnya🙂
  • Masjid-masjid akan ‘dipenuhi’ pecinta ramadhan dan lailatulQadar. Iktikaf dsb.. Sikit sangat😦
  • Ramadhan berakhir dengan gelak tawa dan senda gurau bukan tangisan dan kesedihan.. Bezanya kita dengan para sahabat Nabi SAW.. Sungguh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s