Baju raya sebenar

Assalamualaikum Warrahmatullah

Saban tahun, tiba saja ramadhan kita sentiasa diingatkan tentang tujuan utama berpuasa di bulan mulia ini. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Kalau puasa kita hanya itu, samalah kita seperti ayam betina yang berpuasa sebulan semasa mengeram telurnya. Ayam betina ‘berpuasa’ selama lebih kurang tempoh itu sehinggalah telur yang dieramnya menetas(betulkan saya kalau silap). Kalaulah puasa itu, tujuan lainnya untuk menguruskan dan menurunkan berat badan, mungkin matlamat itu sudah pun tercapai. Mungkin juga puasa kita, hanya menambah ‘taik mata’. he he.. Tanyala diri sendiri..

Apa kata Allah dalam surah Al Baqarah ayat 183? Yang imam duk baca di saat-saat sebelum tibanya ramadhan. Diulang-ulang ayat yang sama.. Mai, kita tengok maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Taqwa.. Kita selalu dengar. Dalam khutbah jumaat, selalu tok khatib pesan “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya (3:102)”. Benda yang sama. Bulan ramadhan benda yang sama juga. Sampai dah masuk hari ke 18 ramadhan ni pun, maudhu tazkirah dan kuliahnya masih belegar-legar pada persoalan taqwa. Sebab apa? Sebab, kalau taqwa itu sudah sampai tahap menjadi kasut dan pakaian kita, kita pasti selamat. Selamat dunia, sejahtera akhirat.

Amboi, cakap macam senang je. Kata orang putih, Not that easy..😀 Habis nak buat macamana? Madrasah ramadhanlah medan latihan terbaik. Sebab tu Allah kata ‘supaya kamu bertaqwa’.. Tercapai atau tidak matlamat taqwa itu, kita akan lihat dan sedar pada bulan-bulan yang lain. Kalau tidak, berharaplah semoga Allah temukan kita lagi pada ramadhan akan datang.

Jadi, apa tu taqwa? Taqwa itu, hati-hati, berwaspada, berjaga-jaga dengan segala tingkah laku dan tutur kata. Mungkin juga kita boleh kaitkan taqwa dengan sifat ihsan. Thalq bin Hubaib dalam menyampaikan hakikat taqwa, “Takwa adalah engkau melakukan ketaatan kepada Allah berdasarkan nur (petunjuk) dari Allah karena mengharapkan pahala dari-Nya. Dan engkau meninggalkan maksiat kepada Allah berdasarkan cahaya dari Allah karena takut akan siksa-Nya.”

Sahabat-sahabatku,

Kalau nak lebih jelas huraian taqwa, bukalah blog ustaz-ustaz kita🙂 Lagipun, blog saya bukan blog yang begitu ilmiah. Mungkin ada yang boleh dikongsi. Huraian saya lebih kepada pandangan bedasarkan pemerhatian dan pemahaman yang biasa.

Baik, izinkan saya teruskan.. Saya boleh kata di sini, sepanjang bulan ramadhan, masjid-masjid, surau-surau, rumah-rumah meriah dengan bacaan ayat suci Al Quran. Biarpun, mungkin hanya pada bulan ini tapi suasana yang begitu menyejukkan mata. Menyenangkan hati dan menyedapkan telinga mendengarnya. Kalau hari bekerja, selepas solat fardhu Zuhur jemaah, seandainya tidak ada kuliah ramadhan, boleh kata hampir semua pakat duduk sekejap untuk baca dua ke empat helai muka surat. Ada yang lancar dan laju bacaannya macam bacaan tahfiz, bolehlah dapat satu juzuk sebelum masuk kerja semula pada jam dua. Subhanallah! Hebat! Ni la kemuliaan ramadhan..

Kita tengok satu lagi maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah juga:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa

Nah! Kita semua mahu jadi orang yang bertaqwa. Kita nak mencapai matlamat itu di bulan mulia ini. Kemana saja, jadikan Al Quran, sahabat baik.. Asal ada masa lapang, asal ada peluang kita nak bacanya.. Kita nak kaji maksud ayat-ayatnya. Tujuan kita satu, kita nak baju taqwa. Itula baju raya sebenar untuk dipakai setiap masa sampai akhir hayat.. Taqwalah penyelamat dalam mencari redha Allah..

sahabat,

Taubat orang muda lebih mulia di sisi Allah. Tangisan takut kerana Allah orang muda lebih hebat. Begitu juga sifat taqwa. Lebih-lebih lagi yang masih bujang😀 Ujian berat, dugaan banyak. Jadi nak selamat, baju taqwalah pakaian kita.. Baju taqwa ni lebih dasat dan pastinya lebih hebat dari baju kalis peluru. Tapi, macam saya dah bilang, bukan senang. Bukan boleh sekelip mata. Bukan boleh petik jari. Bukan senang macam makan kacang.. Bukan boleh dijual beli. Mesti latihan berterusan.. Mesti ada keinginan untuk melakukan pengorbanan. Mesti berjuang terus untuk menang. Mesti!

Gunalah sebaik mungkin pengajian di madrasah ramadhan ini. Pengambilan akan datang, belum tentu Allah izinkan kita. Saya, anda dan mereka iaitu kita. Wallahu’alam..

Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan dari-keduanya Allah memperkembangbiak-kan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (QS. An-Nisaa 4:1)

One thought on “Baju raya sebenar

  1. subhanAllah, setuju sangat… baju raya sebenar adalah baju taqwa, tanpa taqwa kita tak kemana, dengan taqwa itulah ukuran Allah pada kita… subhanAllah…. semoga taqwa ini kita peroleh dengan hati yang luhur dan tulus pada-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s