Daki-daki kebenaran (^_^)

Sehari satu entri..🙂 Macam dah takde kerja lain.. ‘Keyboard’ ni pun sampai dah naik berdaki.. Tidak mengapa.. Daki-daki kebenaran🙂

Dulu, di tanam senior-senior UiTM, seminggu hafal satu hadis dan satu mukasurat Al Quran.. Bolehla walaupun sekarang payah bebeno nak mengingat.. Yelah, pelajar IT la katakan..🙂 Jumpa orang sana, jumpa orang sini, ketawa sana, lepas tu gelak tak ingat (kekadang je), menonton rancangan-rancangan ‘macam-macam ada’, ‘dekat di hati’, ‘teman setia anda’, ‘duniamu’, pendek cerita dah bercampur baur.. Memang tak jadi la.. Mujahadah sungguh..

Dulu juga, ada seorang kenalan di KUIS. Dia ni pelajar tahfiz. Masuk semester empat dia nak tinggal luar (menyewa). Ustaz marah.. Ustaz kata, “nak menghafal apa kat luar tu?”.. Haa, tengok! Nak hafal Quran ni, banyak pantang larang. Mata, mulut dan telinga seolah-olahnya kena mangga.. Tengok tak boleh macam-macam.. Makan tak boleh sembarangan.. Nak hafal ayat Allah, tapi duk buat macam-macam, cheroi laa..

Jadinya, pelajar IT (Iman dan Taqwa) macam saya yang ada niat nak hafal 30 juz ni pun tak terkecuali.. Lebih-lebih lagi la kan.. Tapi, biarpun nak jadi pembaca setia je, mata, mulut dan telinga tu tetap kena mangga juga.. Mangga murah pun ok.. Yang senang nak buka la.. Nanti jadi pendiam sangat pun susah.. Maksiat depan mata pun, buat bodoh je.. Masalah tu.. Kunci mangga jangan hilang.. haha.. Masak kalau hilang😀

“Sebab apa kena mangga juga? Aku bukan budak pengajian Islam..”

Sebab, kita ni muslim dik oii.. Islam bukan untuk pelajar tahfiz je. Islam bukan untuk graduan-graduan Al Azhar je.. Islam untuk semua PAStinya..

Yang saya tahu, Islam hadhari bukan untuk semua.. Muktamad! Tak boleh panjang-panjang.. Nanti kena cekup macam bro Sheih. Akta hasutan tengah aktif la ni.. Tak puasa agaknya akta ni kan😀 Yang peliknya, tak rasa terhasut pun baca blog dia.. Huh! pelik! Tapi, aku taknak pencen jadi blogger..🙂 Bukan ada epf pun kalau berhenti.. Baik teruskan.. Kita sebar kebenaran!

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (2: 42)

Kita dah 19 hari berpuasa di bulan ramadhan.. Dah nak masuk masa-masa kecedaraan dah ni.. Kalau dalam bola sepak, masuk je minit ke 80 tu memang mendebarkan.. Kena pula 0-0 lagi.. Team mana yang ‘score’, possibility untuk menang memang tinggi.. Namun begitu, bola itu bulat.. Kena tinggal 3-0 pun boleh menang lagi..🙂 At least. draw la.. he he..

Itu bola..

Samala juga macam sekarang ni.. Ibaratnya kita dah nak masuk minit ke 80 dalam bulan ramadhan.. Apa kita dah buat? Berapa kali bangun qiamulalail haa adham? Dah berapa juzuk Quran yang dah kita baca? Dah dua kali khatam, AlhamduLillah.. Hebat! Tapi kalau baru juzuk dua, memang sah dah kena belasah 6-0..🙂 Habis ramadhan mahu jadi 15-0 tu.. Allah..

Esok hari yang ke 20. Hari ni kita dah sepatutnya bersedia untuk buat ‘ super post-moterm’ terhadap prestasi amal kita sepanjang ramadhan.. Belum terlambat untuk bermula… Tidak ada istilah ‘dah terlambat’.. Masih ada 10 hari untuk bertarung dan mana tahu kita terpilih untuk bertemu dengan malam LailatulQadar🙂 Mudah-mudahan, kita terus di beri kekuatan beramal untuk baki ramadhan yang tinggal.. Ameen Ya Rabbal ‘alamin..

ps: Puasa orang awam macam kita ni kena buat jadual amal..😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s