Pencen sementara

Assalamualaikum Warrahmatullah

Saya tidak akan mendapat apa-apa faedah dari tindakan ini.. Saya hanya mahu menghormati kehendak diri.. Saya akan ‘berehat sebentar’ selama beberapa ketika. Jika Allah berkehendak saya untuk ‘berehat terus’, jadi blog ini hanya akan tinggal kenangan. Doakan kesejahteraan bersama..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat beramal di baki ramadhan yang tinggal.. Moga terus diberi kekuatan.. Tangisilah ramadhan yang bakal pergi. Ramadhan mendatang belum tentu lagi..

Salam syawal buat semua.. Seandainya ada entri-entri saya yang terlajak kata, terlanjur bicara dan terlebih rasa, urutlah dada.. Dan kemudian, maafkanlah saya.. Maaf zahir dan batin.. Saya bukan setakat nak susun sepuluh jari, tapi juga nak susun kata-kata. Jadi, maafkanlah saya sekali lagi kalau terlalu berbunga-bunga🙂

RAMADHAN KAREEM!! ALLAAHU AKRAM!! KULLU SANAH WA ANTUM BIKHAIR!_-

ps: Moh kita sama-sama puasa enam pula lepas ni! Buat jangan tak buat adham.. Biar bikin serupa cakap🙂


6 thoughts on “Pencen sementara

  1. fadhiel_ehya says:

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    PERTAMA & selamanya ayuh kita panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat ilahi
    kerana pada hari ini masih tidak putus lagi rezeki dan nikmat ALLAH berikan kepada kita.

    Hakikatnya semua itu pinjaman belaka dan harus di bayar ‘disana’ dan hasil kumpulan amal di dunia.
    Umpamanya jika kita bekerja dan menyimpan untuk membiaya sambung belajar, sama la juga kita beramal soleh untuk membiaya hutang yang Allah pinjamkan pada kita pada hari ini. Metaforanya. .
    yang Allah pinjamkan pada kita hari ini. Nikmat kenyang, melihat, berjalan dengan sempurna. Hamba bukannya padai bermadah pujangga. Namun biarlah berkata benar ikhlas dan jujur.

    LA TAHZAN INNALLAHA MA’ANA
    Jangan bersedih sahabatku, sesungguhnya ALLAH bersama dengan kita.

    Setiap sesuatu yang Allah takdirkan pasti ada hikmah disebalik kejadian

    “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Q. S. Al-Baqarah 216)

    Sifat Seorang mukmin yang beriman : Alquran Jadi paduan Sunnah jadi ikutan
    Saya petik sedikit tentang orang mukmin. Seorang mukmin sejati mempunyai iman yang teguh dan kuat, tidak mudah bergoyang atau rapuh, mempunyai cita-cita luhur yang tidak kunjung padam sentiasa mengerjakan kebaikan, selalu hidup di dalam perjuangan, menjauhkan diri daripada kejahatan, sabar di dalam menghadapi cubaan dan menunjukkan keperibadian yang baik. Dia tidak gugup dan hilang akal bila menghadapi sesuatu yang buruk, sebaliknya dia tidak lupa daratan dan hilang perseimbangan dikala memperolehi nikmat. Apabila ditimpa musibah dia bersikap sabar. Di dalam kehidupannya sentiasa terpancar ketenangan dan kedamaian. Kehidupan yang bahagia.Hal inilah yang digambarkan oleh Allah di dalam Al Quran:
    “Seseiapa yang melakukan perbuatan yang baik, lelaki atau perempuan di dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (Tayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih beik daripada kebaikan yang mereka kerjakan.”
    TAQWA & REDHO : Orang mukmin sejati juga ialah mereka yang hanya meminta pertolongan dari Allah di dalam menghadapi sesuatu kesulitan. Kita dapati perbezaan orang yang lemah dan orang yang kuat imannya. Orang yang lemah imannya selalu gelisah, gugup, hilang pegangan dan pegangan. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa sahaja. Yang dianggapnya dapat menringankan kesulitan dan konflik jiwa yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu hanya sementara sahaja di dunia yang fana ini. Akan tetapi mukmin yang sejati, hanyalah yang meminta pertolongan dengan Allah. Ia memohon terus dengan Allah, tanpa ada perantaraan orang lain. Sebab dia yakin kuasa yang menentukan pada saat yang terakhir ialah Allah s.w.t. tanpa mengabaikan ikhtiar dan usaha dari manusia itu sendiri. Firman Allah:
    “Kepada Engkaulah (Allah) kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon perlindungan.”
    (Al Fatihah: 5)
    USAHA & TAWAKKAL : Sebagai orang mukmin yang sejati juga, tidak bersikap lemah, yang dimaksudkan disini bukan sahaja lemah fizikal atau tubuh badan tetapi akal dan jiwa terutama sekali rohaniah. Jiwa atau semangat yang kental yang tidak dapat dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban. Orang yang beriman sentiasa mempunyai pengharapan, kegembiraan dan optimis. Dia tidak mudah patah hati, tidak mudah berhenti berjuang atau menyerah kalah. Kepercayaan yang padu di dalam jiwanya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi
    pahala kelak di dalam menanamkan semangat pengharapan kepadanya dan menjadikan pegangan baginya, bahawa setiap usaha dan perjuangan akan berhasil.

    Dia selalu berpegang kepada petunjuk ilahi sebagaimana firman Allah yang
    bermaksud:
    “Jangan putus harapan kepada kurniaan Allah, sesungguhnya yang berputus harapan kepada kurniaan Allah itu hanyalah orang-orang yang kafir.” (Yusuf: 87)

    Kekallah kita didalam iman. . . amin

    * ASIF JIDDAN jika ada salah dan silap
    SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH

  2. abudarwis says:

    thanks ain.. akhirnya org sngapore tnggalkan jejak kat blog hmba ni🙂

    seandainya Allah pilih kita utk syahid di jalanNya, ‘Berehat terus’ itu satu knikmatan yg teramat bahkan kita hakikatnya masih ‘hidup’ di sisiNya..

  3. kerikil says:

    salam ham.bila masuk blog anta, da nak tutup plak.huhu.main permainan lain ek…permainan belakang tabir adakalanya lebih menarik dan terjaga.niat terjaga…keikhlasan terjaga..keberhati-hatian kita dalam menjaga niat merupakan satu perjuangan yg mencabar.hanya niat penentuan reward sebenar pada usaha kecil ini. walaupun tidak dinafikan hampir keseluruhan niat muslimin dan muslimat yg membuat blogger berasaskan niat kerana ALLAH, menjunjung redhanya.Tapi hakikat dhaif seorang insan bernama pejuang…kegelinciran niat berlaku tanpa kita ingini.ia kerap dan acap(saya x meragui niat sahabat..sori..)

    apapun tapak yg sahabat singgahi, saya doakan agar bertunjangkan tauhid yg benar2 utuh, sentiasa merasa dilihat dengan kehangatan CINTA rabbul jalil…

    secawan radix ramadhan…hehe

  4. abudarwis says:

    to cik kerikil=mega

    amboi, mndalam sngguh.. bbrpa ketika taklah lama.. sya akn kmbali slepas 1 purnama.. Bgntung🙂

    saya mnulis bnyak mngenai klmahan sndiri n jgk apa yg brlaku dsekeliling.. jk tuan blog, xrasa apa2 mngenai apa yg ditulis, there’s must be something wrong somewhere.. Hati.. Ye hati.. Makin bnyak mnulis, hati mkin kotor, baik cek cpt2.. Koreksi balik.. Jk makin mls beramal, niat hnya nk show off smata2 baik bhnti.. Mngkin ayat amaran Allah dlm surah as saf: 2,3 ptt jd pgangan kpd stiap blogger.. Thnks anyway..😀

    to intan>
    😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s