Campur-campur

Salam ukhwah secawan radix

Seolah-olahnya buat masa ini, saya dah dapat melupakan tragedi yang melanda ‘rumah ini’. Ye ke? Entahlah, mungkin apa yang berlaku tidaklah teruk mana. Cuma diperbesarkan dengan cara yang songsang..

‘Dilema Rumah ini’.. Lucu😀 Tapi tak kelakar la. Ada yang menyangka saya bergaduh dengan ayah. Memang agak kerap ‘bergaduh manja’ dengan ayah. hehe.. “mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.” Tapi, kekadang kuah tu dihirup je pun sedap. Ataupun makan dengan roti kosong. Tak semestinya dengan nasi.. Ishk2..🙂 Memang sengaja. Saya mengharapkan ‘Dilema Rumah ini’ dibaca lebih dari sekali supaya saya tak digelar anak derhaka nanti.hehe..

Saya biasa-biasa je sekarang ni. Tak terasa nak bergembira walaupun england menang 5-1. Setakat Kazakstan.. Ok la.. Saya tersengih menggeleng-geleng bila pasukan kebangsaan menang 4-1 ke atas Pakistan. Entah kenapa susah untuk berbangga dengan kemenangan itu. Bukan memperkecilkan. Bukan sebab ia ‘friendly match’. Tapi????? Tugas berat buat Uncle Satianathan.. Caiyo caiyo!!!

Tok Guru Nik Aziz kata, tanda orang yang kuat beribadah ialah meninggalkan yang HARAM. Makna kata, orang yang jaga solat fardhunya atau yang tak pernah ponteng solat malam belum layak di katakan orang yang kuat beribadah sekiranya pada siang harinya masih melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah.

Taubat itu satu proses. Ia perlu dilalui dengan tumpuan dan fokus berterusan sehinggalah mencapai ‘kejayaan’. Jangan terlalu memikirkan samaada taubat diterima atau tak. Tapi, terus bertaubat.. Kita boleh rasa penerimaan itu. Dosa lama dah ditinggalkan jauh malah rasa benci Allah hadirkan untuk mengulanginya. Mungkin itu tanda taubat diterima..

Salah satu dari lebih 30 kewajipan bagi seseorang menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyyah yang ditekankan Iman As Syahid Hassan Al Banna dalam Risalah Ta’lim ialah “Jangan sesekali menghisap rokok“. Apa barang jadi smoker? Mulut bau busuk. Opps sori. Tak berapa wangi.. Jangan marah ye kekawan..🙂

Nenek saya kata, perempuan sekarang ni dah hilang sifat pemalunya.. Bukan dah tak malu tapi terlalu berani kot. Mungkin saya yang tak faham atau amat memahami situasi akhir zaman.  Wallahu’alam.. Malu bertempat. Macamana malu bertempat? Zaman sekarang semua kena berani. Berani pun kena bertempat. Mungkin begini. Malu nak buat dosa. Malu kalau amal tak cukup. MALU.. Rasulullah malu nak berlengging (tak berbaju) walaupun dalam rumah baginda sendiri. Zaman sekarang bukan lelaki je suka berlengging, kaum hawa pun suka bersinglet je kat pasar malam. Apa nak pelik?  Iman dan malu tu serumpun. Hilang rasa malu maka faham-fahamlah sendiri..

Akhir sekali, ada apa dengan melayu sehingga terlalu bangga untuk diperjuangkan? Dakwah Islamiyyah yang dibawa Nabi SAW bukan atas semangat “Nasionalis Arab” dan sebagainya. Jadi mengapa melayu? Perlembagaan? Ada apa dengan perlembagaan dunia lagi? Mengada-ngada sungguh! Tak cukup ke kita dengar anak melayu ISLAM yang mendahului carta maksiat dan kejahatan setiap hari?

Cukup-cukuplah buat masa ini.. Kalau dah campur-campur memang banyak je nak cakap. Maaf pada yang terasa sebab memang sengaja..

ps: skuad bola sepak kebangsaan nak kena tutup aurat la kan.. Baru power!

3 thoughts on “Campur-campur

  1. assalammualaikum,

    uhrm…. betullah tu, malu dan iman serumpun, tak jadi kalau dipisahkan. tak betul kalau tak bertempat… berani perlu kena pada keperluan, bukan semena-mana, nanti orang kata gila… meninggalkan perkara yang haram itu penting, kalau nak mencapai kejayaan seperti mana awwaliin… kalau hati kotor macam mana Allah nak bantu kita dalam perjuangan sebagaimana Allah membantu mujahideen afghanistan yang apabila tentera soviet union menjatuhkan peluru berpandunya, burung-burung kecil menampung peluru tersebut agar tidak jatuh menimpa bumi….

    kita di akhirat, tak akan dihisab melalui bangsa, kaum, dan nasionaliti… imanlah ukuran semuanya… kalau iman tak mantap, macam mana hari hisab nak menjanjikan kebaikan?

    huhu~ jzkk akhi, atas entri ini…

  2. abudarwis says:

    wa’alaikumussalam akh

    nak jd ahli masjid lbih snang dr nak mninggalkan mksiat.. ada org solat frdhu 5 wktu jmaah tk pernah miss tp brgayut dgn awek smpai berjam2 stiap malam pun tak miss jgk.. dah tabiat! Allah dah kata, jgn cmpur hak dgn yang batil, awaitla kita dgil.. tmasuk ana la kita tu.. yg tulis entri ni pun sma dngan je.. thanks akh komennya..🙂

  3. salam ya akhi.. ana setuju mmg keadaan skrg perempuan terlalu berani..ana pn takut kdg2 2..huhu.. ana dah tag nta kat blog ana.. tlg sempurnakan tag 2 yer…:p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s